Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 70 - Episode 70 : Tak apa

Chapter 70 - Episode 70 : Tak apa

Pintu bilik di tutup.

Seperti biasa, bilik itu akan gelap dan dingin.

Jadi Alfareeze gerak ke perapian. Menyalakan api di situ untuk menghangatkan suhu bilik tersebut. Untuk seketika dia mengambil masa menghidupkan api. Setelah berjaya kot labuh dan mafela ditinggalkan sebelum di campak pada kerusi belajar.

Setelah itu dia buka pintu almari. Mencapai sepasang pakaian ganti iaitu pijama tidur hitam miliknya dari almari baju. Awalnya tadi dia baru pulang dari istana makan malam bersama Raja Alan dan keluarga diraja sambil ditemani ibubapanya. Biasalah katanya makan malam suai kenal dan beramah mesra. Tapi boleh dikatakan sesi makan itu terarah pada topik politik dan pemerintahan semata.

Permaisuri Aurora berbual dengan Puan Rona la.

Kemudian Puteri Eiliana try hard untuk membuka perbualan, tapi Alfareeze waktu itu memang tiada mood atau selera untuk lama-lama hanya layan acuh tak acuh aje Puteri Eiliana dengan sikap dinginnya. Hampir dua jam juga mereka di istana. Kemudian baru beransur pulang ke kediaman.

Pulang saja di rumah, Alfareeze mandi dan tukar pakaiannya. Dengan alasan mahu keluar untuk uruskan sesuatu dan takkan balik ke rumah, seperti biasa.

Ingatkan bila di sampai ke dorm Darra, dapatlah dia menemui Darra, rupanya gadis itu tiada di bilik lagi.

Selesai menukar pakaiannya Alfareeze gerak ke depan perapian. membetulkan sedikit kayu api di situ supaya abu hitam tidak terbang ke karpet bilik Darra.

Sedang lelaki itu membongkok, waktu itulah pintu bilik terbuka. Berjalan masuknya tuan punya bilik.

Klik!

tersentak mendengar pintu ditutup, Alfareeze segera berdiri dan memusingkan badannya.

Serta merta mereka berdua saling bertentang mata.

       "Dah lama kau sampai?"tanya Darra saat menanggalkan pakaian tebal dari badan untuk digantung ke tempat gantungan.

        "Kau ke mana?Kenapa waktu macam ni baru nak balik asrama?"Alfareeze menyilang tangan ke dada sambil perhatikan gerak geri kekasihnya berjalan ke hulu dan hilir bilik melakukan sesuatu.

        "Aku baru aje selesaikan urusan penting tadi dekat pejabat sebelum balik sekejap ke rumah."beritahu Darra dengan jujur. Dia sendiri baru dari rumah terus akademi. Ayah dia yang panggil kerana mereka perlu mengemas barang-barang di kediaman itu untuk dibawa keluar awal-awal supaya nanti tidak kelam kabut. kebetulan ayahnya sudahpun mendapatkan rumah baru di luar negeri sana. Jadi dia balik ke rumah untuk bungkus barang-barangnya yang mana perlu di bawa pergi dahulu.

Selesai menanggalkan pakaian luar, Darra gerak ke almari baju. Dia capai sepasang pakaian di balik pakaian Alfareeze yang lelaki itu simpan secara rahsia tanpa pengetahuannya. Katanya nak mudahkan urusan lelaki itu sekiranya bermalam di biliknya. Dah macam dia pula yang menumpang dalam bilik ni.

        "Kau dah makan belum?"tanya Alfareeze lagi sambil berjalan ke arah katil.

Tadi sempat la makan snek dari Nanny Clara. Tapi makan berat tu belum. Sebab dia memang sibuk kerana urusan perpindahan dia. Ayahnya itu kan jenis yang serba sempurna dan teratur. Jadi kalau boleh persiapan perpindahan mereka perlu dibuat awal walaupun masa masih berbaki beberapa bulan lagi.

         "Dah tadi dekat rumah.."beritahu Darra menanggalkan baju kemejanya di situ. "Kau ke sini dah makan belum?"

          Bersama muka tidak puas hatinya, Alfareeze duduk di katil itu. Memandang ke meja belajar seakan meja itu buat salah kepadanya. "Dalam keadaan marah macam ni, apapun aku tak dapat nak jamah..kau tanya lagi buat apa?"

          Darra baru saja pakai baju semasa dengar Alfareeze cakap begitu. Dia berhenti sekejap dari membutang pijama dibadannya. "Kau masih marah?"tanya dia.

Alfareeze tidak mengatakan apa-apa.

          Seluar dicapai lalu Darra sarung ke kakinya. "Aku dah beritahu kau kan...ianya tak ada apa-apa maksud...kenapa kau nak marah hanya kerana aku tunaikan permintaan Ricardo tu..."jelasnya.

          "Salah ke kalau cemburu?"pandang Alfareeze ke Darra.

           Darra berdengus kecil, dia jalan ke Alfareeze sebelum duduk di atas riba tu dan melingkar tangan ke sekeliling lehernya. Dia pandang wajah cemberut Alfareeze itu lama-lama. Nanti bila dah berpisah, pasti wajah ini akan bermain dalam fikiran dia. "Tak salah kalau nak cemburu, tapi pada-pada sayang..." beritahunya sambil bermain dengan rambut di belakang kepala Alfareeze. "Dah la jangan marah lama-lama...aku minta maaf ya. Tak ada dah lain kali...okay?"

Alfareeze melepaskan hela nafas mengalah.  Mana lah dia sampai hati hendak merajuk dengan Darra lama-lama. Kalau dia marah tiadanya dia datang ke sini untuk bersama dengan Darra.

           "Aku pun nak minta maaf sebab tinggikan suara pada kau..."tunduknya ke ceruk leher Darra lalu menghirup bau dari badan hangat itu.

          Geli dibuat sentuhan hidung dan bibir Alfareeze itu, Darra ketawa kecil. "Macam mana dengan hari kau?Satu hari tiada di akademi...apa yang kau buat?"

         "Jangan buat aku mulakannya.." Alfareeze bercakap semasa bibirnya masih ada di leher Darra. "Ayah desak aku untuk makan bersama dengan Raja Alan dan Puteri Eiliana. Sepanjang hari ni aku luangkan masa dengan mereka semata...tadi baru balik.."

          "Kenapa?Kan mereka nanti jadi keluarga kau?"

          "Itu kalau aku nak...kalau tidak memang aku dah batalkan terus perjodohan ni.."

          "Aih...jangan cakap macam tu...malu nanti keluarga kau...susah tahu. Cukuplah Keluarga Elijah Kirk aje yang dijadikan sebagai bahan jenaka orang dalam negeri ni, Jangan kau tambah senarainya"menung Darra semasa merehatkan pipinya ke tepi dahi Alfareeze. Ayahnya pasti telah menanggung banyak derita selama berpeluh tahun hidup di sini. Sejak dia belum lahir sehinggalah sekarang, pasti pelbagai cemuhan yang ayah dia hadapi. Maklumlah...anak dari keturunan miskin ini memang banyak kekurangannya. Terutamanya akan sentiasa dipandang rendah.

            "Biarlah...kalau mereka tahu malu, keluarga aku tidak akan melakukan hal yang tidak sepatutnya.." keluh Alfareeze penuh rasa kesal.

            "Jangan begitu...kau kena ingat, baik buruknya ibubapa tu, mereka la yang melahirkan dan membesarkan kau...dan setiap manusia akan ada kesilapan mereka. Jangan terus menghukum."pujuk Darra mengusap lembut belakang kepala Alfareeze. Dia enggan Alfareeze terus menerus berdendam pada Duke Marcel. Sekiranya ayah dia sudahpun ikhlaskan semua perbuatan Duke Marcel, Alfareeze juga patut berbuat perkara yang sama.

Alfareeze mengangkat kepalanya dari leher Darra lalu bersua muka dengannya. Dia pegang tepi pinggang Darra dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi berehat di atas peha itu. Dia tenung mata Darra tanpa mengatakan apa-apa selepas itu.

Tidak mengalihkan pandangannya, Darra juga membalas tatapan Alfareeze dengan senyuman nipis dibibir. Tangannya memegang lembut leher Alfareeze sebelum menolak kepala itu merapat kepadanya sehingga dahi mereka saling berlaga.

Tanpa mengatakan apa-apa, Alfareeze pegang bawah kaki Darra. Mendukung tubuh itu sekejap lalu dibaringkan ke atas katil. Lalu bergerak ke atas badan Darra dengan sebelah tangan ditegakkan untuk menyokong agak dia tidak menghempap sepenuhnya tubuh kecil itu.

          "Kau mungkin akan rasakan apa yang aku katakan kejap lagi cringey, tapi aku nak kau tahu."beritahu Alfareeze sambil bermain dengan cuping telinga Darra saat menatap tepat ke matanya.

           "Apa tu?"sengih Darra memegang belakang badan Alfareeze supaya baring kepadanya. Dia tak apa-apa. berat badan Alfareeze tidak la buat dia sesak hingga tidak boleh bernafas. Dia masih boleh tahan.

           "Sebelum aku temui kau, aku tak tahu apa tujuan aku hidup. Apa aku tahu belajar, kena marah, belajar, kena marah...sampailah kau muncul, kali pertama aku jumpa..siapa budak lelaki muka cantik ni?Kenapa setiap kali pandang kau buat aku rasa macam ada sesuatu terbit macam 'eh..cerahnya hari ni?', 'esok nak jumpa dia la', mesti seronok sebab dapat sakat kau lagi' dari situ aku sedar selain belajar tujuan aku hidup adalah menemui kau.."bicara Alfareeze dengan bisikan memujuk.

           "Lepas tu?"Darra tersenyum senang.

           "Ahh...lepas tu baru sedar..aku sukakan budak lelaki ni la...jadi aku kena tarik perhatian dia. Buatkan dia kenal dengan aku...buatkan dia sentiasa teringat pada aku...itu yang berlaku insiden dimana kau jatuh kuda gara-gara hendak selamatkan Pearl..sebab budak perempuan tu menjengkelkan aku..sebab dia asyik berkepit dengan kau sepanjang masa..."dahi Darra dikucup Alfareeze dengan lembut.

           "Jahatnya kau..."

           "Ada masa tu, aku berdebar-debar bila nampak kau...bahkan aku rasa cemburu bila kau terlalu fokus pada perkara lain bukan aku...itu yang aku selalu sakitkan hati kau dengan berkata kasar..."tidak meletakkan berat sepenuhnya, Alfareeze hempap badan Darra sebelah badan dengan kaki menindih kaki Darra. "Sampai la satu masa, aku terpaksa ke medan perang. Perasaan aku ibarat macam langit tiba-tiba gelap dan segalanya jadi sunyi lepas sedar aku akan menjauh dari kau..."

         Terkedip mata Darra bila dengar. Nafasnya tertahan kerana cerita Alfareeze. Jika waktu itu Alfareeze sudah crush padanya...dia pada masa itu sudahpun suka Alfareeze sampaikan takut dan termimpi-mimpi sekiranya ayahnya tahu. "Masa tu aku bencikan kau sangat...tau tak?"

          "Tahu...dan aku tak menyesal sebab berjaya buatkan kau sentiasa ingat pada aku...sampailah kita bertemu semula dua tahun kemudian. Aku terkejut betapa berbezanya kau...entah kenapa kau Nampak kacak dan cantik pada masa yang sama..."

          "Hahaha...serius??"

          "Hm...tapi perasaan aku langsung tak berubah sampailah aku sedar 'oohh...aku bukan minat tapi sebaliknya dah tersuka terus' sejak tu aku berfikir..memangnya aku ada masalah ke?Atau preference aku berubah?Rupanya bukan...aku sukakan kau sebab kau adalah kau...sejak tu aku nekad aku mahukan kau tak kira apa sekalipun caranya.."mata Alfareeze mula berkaca.

Darra mengetap garis nipis dibibir apabila tahu kisah seterusnya bagaimana.

           "Aku tak nak bersama dengan sesiapa selain kau Darra. Apa patut aku buat sekarang?"lirih suara Alfareeze. "Aku menyesal buat keputusan menerima perjodohan tu...kalau boleh diputar balik masa, aku akan menolaknya serta merta."ucapnya sebelum mengucup kening kiri Darra dengan lama.

Menghela nafas yang panjang Darra dibuatnya. Dia ikut memejamkan mata kerana sayu dengan sentuhan lembut Alfareeze. Dia sedih Namun air matanya tidak dapat mengalir lagi. Hatinya telah patah dan retak seribu sejak awal lagi.

           "Sekalipun kau menolak perjodohan tu, dapat ke kau bersama dengan aku?"bisik Darra.

            Kening Alfareeze mula kemerahan saat dia buka mata dan kembali memandang muka Darra.Ya!Diatas kesalahan memalukan ayahnya, dia tidak berani berhadapn dengan Duke Elijah lagi. Dia berasa hina hendak bersua muka gara-gara perbuatan kejam dan tidak berhati perut ayahnya. "Maafkan aku..."gelengnya sudah mahu menangis.

            Bersama senyuman dibibir. "Tak apa. Sekiranya bukan dihayat ini kita bersama, kita akan bersama dihayat seterusnya.."ucap Darra menggosok tepi mata Alfareeze yang begitu sedih.

Tidak dapat membendung rasa sedihnya, Alfareeze tunduk menjatuhkan wajahnya ke ceruk leher Darra. Dia lingkarkan kedua belah tangan ke belakang badan Darra. Dia tidak bersedia berpisah dengan Darra! Lagipun belum tentu pertunangan ini akan berlangsung!Dia masih ada masa lagi untuk mengubah keadaan. Tapi bagaimana!?

Dan Darra balas pelukan Alfareeze. Sekarang dia hanya perlu fokus untuk luangkan masa yang ada bersama dengan rakan-rakannya dan Alfareeze. Itu paling penting.