Flashbacks
Dengan renungan kosongnya, Elijah berjalan masuk ke dalam rumah agam sambil mendukung Darra dalam pelukan. Setiap langkah yang di atur dititi dengan berat dan sebak, namun air mata tidak dapat mengalir lagi. Sekalipun dia dalam keadaan sedih dan patah hati yang amat sangat.
"Ayah..."sebut Darra berusia dua tahun dalam pelukan ketika itu.
"Ya sayang..."sambut Duke Elijah apabila seorang maid muncul di depan mereka dan menyambut kedatangannya.
Tidak mengatakan apa-apa lagi, Darra kemudiannya tunduk bermain dengan anak patung dalam tangannya.
"Selamat datang tuan, Duke Brett berada di dalam sedia menunggu tuan.." maklum maid tersebut.
"Terima kasih.."ucap Elijah sebelum bergerak masuk ke ruangan di tingkat satu yang ditunjuk oleh maid tadi. Dan berdiri saja dia di situ, matanya terus terarah pada rakan seakademi yang sedang tunduk bermain dengan anak lelaki di atas pangkuannya waktu itu. Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu terkekek-kekek ketawa. "Brett..."
Bersama sisa senyuman di bibir, Duke Brett mengangkat kepala. Memandang terkejut ke Elijah sesaat selepas bertentang mata dengannya. "Elijah..."
"Maaf datang kerana tidak beritahu.."ucap Elijah sambil mengusap belakang kepala Darra.
"Apa yang buatkan kau ke sini?Kenapa tak beritahu awal, kalau tidak aku hantar orang untuk jemput kau..."Duke Brett berkata sambil memberi isyarat kepada nanny Ricardo supaya mengambil anak lelakinya untuk dikeluarkan dari situ.
Elijah perlahan-lahan tunduk meletakkan Darra yang sudah pandai berjalan ke lantai sebelum berdiri memandang Duke Brett. "ada sesuatu yang aku perlu minta dari kau..."
"Sudah tentu.."Duke Brett mengangguk kepala sambil mematai anak kecil yang berjalan di depan mereka waktu itu. "Memangnya ada sesuatu dah berlaku ke?Kenapa kau bawa anak kau ke sini?Di mana isteri kau??"
"Aku dah berpisah dengan isteri aku...dia tidak tahan lagi untuk meneruskan rumah tangga bersama dengan lelaki miskin seperti aku ni...tadi aku baru saja pulang dari mahkamah untuk selesaikan penceraian kami..."jelas Elijah memandang akan Darra sedang bercangkung di depan permaidani saat anaknya itu menguntil benang permaidani kerana ingin tahu.
Tergamam kerana mendengarnya, Duke Brett terus mendekati Elijah. "Apa kau cakap?Tapi-"
"Tak apa. Aku tak apa-apa. Kau jangan risau mengenainya. Aku dah bersedia..." renungan kosong Elijah terarah pada tatapan serba salah Duke Brett.
"Memangnya apa yang kau nak aku lakukan tadi?"
Untuk seketika, Elijah diam termenung seakan memikirkan sesuatu sebelum senyum sedih ke Duke Brett.
"Andaikan satu hari nanti, kau berniat hendak berkahwin semula, boleh kau jadikan Agnes sebagai calonnya?"
"APA!?"terbutang luas mata Duke Brett.
"Aku sayangkan Agnes, Brett. Dan aku tak boleh biarkan dia bersama dengan lelaki lain yang mungkin akan sakiti dia...jadi aku ke sini untuk sampaikan permintaan kecil dari kau..untuk kahwini Agnes. Sebab aku tahu kau seorang lelaki yang baik. Yang boleh menjaga, melindungi dan mencurahkan segalanya untuk dia nanti..."beritahu Elijah dengan mendatar.
Duke Brett melepaskan dengusan tidak percaya. Dia hampir sahaja hendak membentak rakan baiknya ini kerana keberangan.
"Sampai bila kau nak terus macam ni Elijah?Boleh tak berhenti ambil peduli tentang orang lain sedangkan diri sendiri menderita!?"
"Tolong aku Brett...kahwini Agnes dan jagakan dia untuk aku. Aku takkan ganggu kehidupan dia. Apa yang aku mahu adalah dia dalam keadaan baik dan selamat..."
"Kalau kau cintakan Agnes kenapa kau lepaskan dia?"
"Kalau aku tak lepaskan dia, hidup kami takkan pernah bahagia...dari aku seksa dia...baik aku biarkan Agnes pergi..."
"Anak kau orang macam mana?Kau orang berdua ada fikir tak kebahagiaan anak kau sekali?"
"Aku akan jaga dia..."
"Elijah, kau ni..."
"Tolong Brett...selain kau, aku dah tak ada sesiapa lagi yang boleh aku minta tolong.."
End of flashbacks
Knock!
Knock!
"Masuk..."Duke Brett tekun meneliti nombor-nombor yang ada di dalam skrol bersama pena pelepah di tangan kanan sewaktu bunyi ketukan pintu kedengaran.
Seorang Wanita beruniform serba hijau berjalan masuk lantas berkata. "Duke Brett. Duke Elijah datang hendak bertemu." maklumnya.
Fokus Duke Brett terus teralih. Lelaki itu mengangkat kepala dari meneliti kerjanya. "Minta beliau masuk kalau begitu."
"Baik tuan."'Wanita itu keluar dari situ lantas masuk semula bersama Duke Elijah di belakang.
Dengan senyuman lebar, Duke Brett terus bangun. Menyambut kehadiran sahabatnya itu. "Nak minum apa-apa?"tanya dia.
Sama seperti biasa, Duke Elijah dingin tanpa ekspresi mengangkat tangan tanda tidak perlu.
"Kamu boleh keluar Lily."arah Duke Brett sejurut itu.
Wanita beruniform hijau tadipun keluar dari situ. Meninggalkan dua orang tersebut di situ.
"Kenapa kau tak datang sekali malam tadi ke majlis ulang tahun kelahiran Ricardo?" Duke Brett berjalan keluar dari belakang meja lantas mengajukan tangan kepada Duke Elijah menyuruh lelaki itu duduk di kerusi kosong depan jendela.
Duke Elijah duduk sambil berkata. "Aku ada beberapa urusan penting yang perlu diuruskan. Maaf kerana tidak sempat hadirkan diri. Tapi aku dah kirimkan hadiah buat Ricardo."
Duke Brett tersenyum. "Tak apalah...aku tanya aje. Aku faham kau orangnya sibuk..kau tahu Darra bertemu ibunya malam tadi?"
"Tahu."angguk Duke Elijah dengan kecil.
"Kenapa kau tak nak beritahu Darra hal sebenar?Bukan ke lebih baik dia tahu apa yang terjadi?"
"Aku tak nak Darra bencikan ibu kandung dia sendiri sekiranya Darra tahu ibu kandung dia tinggalkan dia kerana harta dan nama...cukuplah dia membencikan aku seorang..."
Duke Brett tersenyum nipis saat menggeleng kekesalan. "Dulu ke sekarang...kau sentiasa fikir tentang orang lain...sampaikan diri sendiri tersakiti pun kau tak ambil peduli.."
Lantas Duke Elijah memandang Duke Brett tanpa mengatakan apa-apa. Sebenarnya banyak perkara yang ingin dia sampaikan kepada sahabat baiknya yang satu ini, namun Duke Elijah tidak dapat meluahkannya taktala teringat betapa banyaknya pengorbanan yang telah Duke Brett lakukan deminya. Selama 20 tahun persahabatan, Duke Brett la yang menjadi tulang belakang dia. Abang dan ayah yang selama ini bantu dia untuk berdiri semula dan menjadi seperti mana dia sekarang.
Perasan dirinya diperhatikan, Duke Brett berdengus kecil. "Kenapa kau pandang aku macam tu?Ada sesuatu yang kau perlukan ke?Kalau soal akaun audit yang kau minta tu, aku masih cuba siapkan secepat mungkin sebab seka-"
"Brett, aku berhenti."sampuk Duke Elijah tanpa menunggu Duke Brett menghabiskan kata-kata.
Ternganga sekejap Duke Brett. "Hah?Apa maksudnya?Kau berhenti apa?"
"Hujung bulan musim bunga nanti...aku takkan ada dekat sini lagi. Aku berhenti sebagai Menteri."
Air muka ceria Duke Brett terus berubah menjadi keruh taktala dia mendengar ucapan Duke Elijah. "Ke-kenapa tiba-tiba pulak ni?Kau jangan nak bergurau..."
Duke Elijah mengangguk kepala. "Aku dah fikir masak-masak. Aku akan lepaskan semuanya yang ada dekat sini dan bina hidup baru dekat luar sana. Sebab itu aku ke sini menemui kau..."
"Elijah...kau tak boleh macam ni...memangnya kenapa?Kenapa kau tiba-tiba nak pergi dari sini?Masalah apa pulak kali ni?Beritahu aku...aku tolong kau.."
Perlahan-lahan Duke Elijah menggeleng kepala. "Cukup la dengan apa yang kau dah lakukan untuk aku selama ni. Dari awal hingga akhir, aku banyak berhutang dengan kau, termasuk dengan Ricardo."
"Mana ada...kau tu aku dah anggap macam adik sendiri. Jangan la macam ni...fikir la dulu betul-betul. Kalau kau nak pergi dari sini..ke mana kau nak bertapak?Sini la rumah kau..sini la kampung kau... Elijah.."
Dengan erat Duke Elijah mengetap gigi mendengar suara lirih Duke Brett. "Aku minta maaf untuk semuanya Brett. Di saat tiada siapa yang percayakan aku, kau orang pertama yang ada dekat sisi aku, disaat aku susah kau yang bantu aku, semasa aku perlukan bantuan, kau yang menghulurkan tangan...jadi sebagai penghormatan, aku telahpun memberi nama kau sebagai Menteri Pertahanan yang baru selepas aku pergi nanti...hanya itu yang aku mampu berikan kepada kau sebagai balasan..."
Mata Duke Brett mula kemerahan. Betapa sebaknya dia rasakan taktala mendengarnya. Lidahnya kelu tidak terkata kerana terkejut.
"Elijah...apa yang dah buatkan kau putus asa?Siapa yang telah sakiti hati kau sampai senekad ni kau buat keputusan... beritahu aku...aku akan bersemuka dengan mereka...dan pastikan mereka menerima hukumannya.."
Duke Elijah pandang Duke Brett bersama perasaan kosong di dada.
Dia dah putus asa. Hati dia dah retak seribu. Dia dah terlalu patah hati untuk kekal di sini. Hendak menangis apalagi lagi marah jauh sama sekali. Hatinya dah mati untuk merasai semua itu.
"Tak perlu. Kau dah lakukan banyak untuk aku Brett. Cukup la. Aku tak mampu membalas semua jasa kau yang aku hutang selama ni...."beritahu Duke Elijah termenung memandang ke satu arah. Terbayang dia akan momen lama dia semasa mereka belajar di akademi. Saat itu Brett di tahun terakhir sementara dia masih di tahun pertama. Marcel dan mereka berdua sama-sama bersahabat baik. Tapi sayangnya, rakan lama yang dia telah kenali sejak kecil menikam dia dari belakang dan hanya Brett sahaja yang ada setia bersama sehingga sekarang. "Sebelum tu, ada satu permintaan terakhir aku untuk kau..."
Kening Duke Brett berkerut seribu. Wajah tua itu kelihatan pucat tidak semena.
"Jangan Elijah. Jangan cakap macam kita takkan berjumpa langsung. Aku tak suka."
"Selepas aku tiada lagi di Cameron, aku titipkan rakyat, penduduk serta raja sendiri kepada kau untuk dijaga dengan baik. Layani mereka seperti mana kau layani aku. Penuh kasih sayang dan hormat. Selepas ni aku takkan minta kau lakukan apa-apa lagi.."
Nafas Duke Brett tersekat-sekat kerana dia mengawal diri dari marah dan menangis di situ.
"Kau takkan kembali ke sini langsung??"
Duke Elijah mengangguk. "Aku akan bawa Darra bersama dan seisi kediaman Keluarga Kirk dengan aku. lepas ni kau tak perlu jaga aku lagi. Tak perlu risaukan aku lagi..dan aku pun takkan lagi susahkan kau.."
Dada Duke Brett mula sebu. Dia merasakan seakan langit runtuh menghempapnya.
Sahabat baiknya mahu pergi dari sini?Buat selamanya!?
"Berapa kali aku beritahu, tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang kau ni menyusahkan. Aku tolong setulus hati aku... sebab kau kawan baik aku. Kalau kau marah sekalipun, takkan la jauh kau bawa diri hingga tak kembali lagi??"perlahan sahaja Duke Brett bertanya. Dia terus tiada tenaga kerana kata-kata Duke Elijah tadi.
Perpisahan itu menyakitkan.
Tapi kena tahu, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Bezanya kembali atau tidak kembali sahaja.
Sekarang atau nanti.
Duke Elijah tetap pada pendiriannya tidak kira apa sekalipun, dia akan tinggalkan tempat ini buat selamanya.
"Maafkan aku untuk segalanya Brett. Sehingga hujung nafas aku, kau adalah sahabat baik aku, abang aku dan ayah yang aku hormati."senyum Duke Elijah dengan lebar.
Waktu itulah Duke Brett tunduk menekup muka menangis teresak-esak kerana melihat Duke Elijah tersenyum buat kali pertama.