Hari seterusnya kembali seperti sedia kala.
Walaupun cuaca masih bersalji dan sejuk, langit biru cerah dan berawan pada hari itu.
Malam majlis ulang tahun kelahiran Ricardo berlangsung dengan lancar. Ramai tetamu mengucap taniah dan menemui Ricardo tanpa henti sepanjang malam tersebut kerana pertama kali mereka melihat wajahnya secara umum memandangkan Ricardo sebelum ini mengenakan topeng mulut.
Selesai dengan majlis itu, Darra pun kembali ke asramanya semula memandangkan esoknya hari kuliah. Menjalani harinya seperti biasa, iaitu hadiri kelas, mendapat keputusan peperiksaan tempoh hari yang mana tidak la seteruk yang disangka gara-gara kes Bian tempoh hari. Sibuk menghadap Marvin dan rakan kelas lelaki itu yang sudah terbiasa menemui Darra ke mana saja Darra ada dengan magik. Seakan mereka semua boleh mengagak Darra akan berada di mana. Setelah itu Ricardo berkelakuan lebih ceria dari biasa kerana dikhabarkan keputusan peperiksaan Ricardo tempoh hari memberitahu Ricardo di tempat pertama kerana lulus untuk semua subjek.
Sementara Alfareeze tiada di akademi kerana ada urusan rasmi diraja yang perlu diuruskan. Jadi Darra tidak sempat hendak menemui Alfareeze atau memujuk lelaki itu. Darra memang berniat hendak temui Alfareeze tapi niatnya itu terbatal sebaik mendengar hal tersebut.
Jadi selepas habis kelas kelima untuk hari itu, Darra ambil keputusan untuk duduk di laman riadah di antara tiga bangunan dimana kebanyakan pelajar selalu duduk melepak untuk mengambil angin ataupun merokok.
Tidak jauh dari sebuah kolam air pancur, beberapa meter menghadapnya sebuah bangku terletak. Dan di situ kelihatan seseorang sedang duduk sendirian.
Sambil menyelak helaian jurnal lama milik ayahnya yang dia curi ambil dari simpanan, Darra cuba meneliti semua butiran catatan ayahnya. Dia ingin cuba mula mencari maklumat mengenai ibu kandungnya. Kalau boleh dia mahu cari tahu sebelum berpindah keluar dari sini.. Yalah..mana tahu selepas ini mereka tidak kembali lagi, jadi sebelum hal itu terjadi Darra ingin memastikan sama ada ibu kandungnya masih hidup ataupun tidak. Tetapi tiada satupun butiran yang menceritakan identiti ibunya di dalam jurnal tersebut.
Sedang Darra tunduk menyembunyikan wajah di balik mafela dan membaca tulisan di jurnal atas ribanya, waktu itulah bayang-bayang hitam menyelubunginya dari atas.
Untuk seketika Darra diam, apabila matanya naik ke kaki yang sedang berdiri dihadapannya. Siapa pulak ni?Fikir Darra seketika sebelum dongak memandang ke atasnya.
Ingatkan Alfareeze, rupa-rupanya Putera Eilian. Dan wajah lelaki itu begitu muram sekali. Seakan Putera Eilian versi lama kembali semula.
Kenapa?
Sesuatu berlaku ke?
"Huh?Saya ingatkan tuanku tidak hadir ke akademi hari ini??"tegur Darra kehairanan. Tadi di dalam kelas Putera EIlian langsung tidak kelihatan. Jadi dia anggap yang Putera EIlian tidak hadir terus. "Bagaimana tuanku boleh menemui saya di sini?"soalnya semasa menutup jurnal tadi.
"Saya bertanya mereka di sekitar...mereka beritahu kamu ada di sini."Putera Eilian menyeluk tangan ke dalam poket kot uniform sebelum menghela nafas panjang bersama wap putih keluar dari helanya.
"Ohh."
"Boleh kita bercakap sekejap?"soal Putera Eilian mendatar.
Semakin kehairanan Darra saat itu. Entah kenapa dia dapat mengesan sesuatu yang aneh dengan Putera Eilian. Bergaduh dengan Pearl ke?
Ada pulak ni?Lain macam aje gayanya?Kening Darra berkerut kehairanan.
"Ya...ada apa ni?"
Putera Eilian menarik nafas dengan dalam sebelum dia berkata. "Saya dengar dari ayahanda yang kamu akan berpindah sama dengan Duke Elijah pada musim bunga nanti...kamu tahu apa alasannya?"
Hah!Putera Eilian tahu?Haish!Dia terlupa pulak. Jangan sampai Putera Eilian beritahu yang lain sudah. "Saya tidak pasti mengenainya. Ayah hanya beritahu kepada saya yang dia tidak mahu lagi berada di sini."
Kening Putera Eilian berkerut. "Tak boleh ke kamu lakukan sesuatu mengenainya.."
"Tentang apa?"
"Tentang perpindahan kamu?"
Kenapa sedih sangat bunyinya ni?"Putera Eilian...angin apa yang dah merasuk tuanku ni?Bukan ke selama ni kalau boleh tuanku hendak lihat saya lenyap dari pandangan mata tuanku?"soal Darra dengan nada hendak ketawanya.
"Ianya tiada yang lucu. Saya benar-benar maksudkannya. Jangan pergi. Kekal di sini...apapun isu kita di masa lalu saya minta maaf...."minta Putera Eilian lagi.
Melihat betapa terdesaknya reaksi Putera Eilian, Darra pun bangun dari situ. Dia dongak memandang wajah itu dengan kening berkerut susah hati. "Tuanku..."
"Kalau Pearl tahu awak pergi dari sini kerana kesilapan ayahanda saya...Pearl takkan maafkan saya...dan kami takkan bersama...jadi saya merayu...tolong jangan pergi..."
Terkedip-kedip mata Darra selepas dengar.
Apa dia tadi?
"Tuanku kata apa?Salah raja?"
"Duke Elijah meletakkan jawatan beliau kerana ayahanda saya...dan saya faham tindakan ayah saya itu tak dapat diterima,"beritahu Putera Eilian.
"Kenapa?Apa yang Raja Alan telah lakukan kepada ayah saya?"
"Tolong jangan pergi...demi Pearl."
"Saya tanya apa yang Raja Alan telah lakukan!?"kening Darra berkerut tidak suka kerana Putera Eilian cakap tidak sampai habis.
Dia tidak dapat mengatakanya. Dia terlalu malu untuk mengakui kesilapan ayahandanya. "Maafkan saya..."ucap Putera Eilian tertunduk sebelum dia jatuh melutut di depan Darra. "Jangan pergi...tinggal di sini..saya tak boleh kehilangan Pearl...dan dia tak boleh kehilangan awak..."
Kelam kabut Darra pegang Putera Eilian. Memaksa lelaki itu bangun. "Apa tuanku lakukan ni...bangun lekas."
"Tak...saya merayu...tolong saya...jangan pergi."Putera Eilian dongak memandang Darra. "Saya tahu ayahanda saya salah dan tak dapat dimaafkan atas perbuatannya pada ayah awak...tapi saya tak boleh membiarkan awak pergi hanya kesilapan ayahanda...Pearl takkan pernah maafkan saya dan kami akan berpisah semula..."
Darra membongkok di depan Putera Eilian cuba menarik lelaki itu supaya bangun tapi usahanya itu langsung tiada gunanya. "Jangan macam ni tuanku...apa orang fikir kalau ada yang nampak"
Putera Eilian memegang lengan Darra. "Jangan pergi...saya merayu..."
"Saya tak boleh tuanku..."beritahu Darra dengan senyuman sedih bibir. "Saya tak tahu apa yang telah Raja Alan lakukan pada ayah saya...tapi saya tak boleh lakukan apa-apa mengenainya. Jadi tolonglah bangun...saya mohon."
"Saya merayu Darrius..saya akan lakukan apa-apa saja. Tolong saya untuk kali ini..."
Darra terundur ke belakang apabila Putera Eilian mahu memegang kakinya. Dia begitu terkejut dengan tindakan tersebut. "Hentikannya Eilian!"
Pada masa itu sekumpulan pelajar berjalan keluar dari situ. Dan serta merta mereka nampak kelibat Putera Eilian dan Darra di situ.
"Apa tu?"
"Bukan ke itu Putera EIlian?"
"Kenapa dia melutut depan Darrius?"
Sedang mereka berjalan ketika itulah mereka nampak Putera Eilian cuba mendapatkan Darra, tapi Darra mengelak dan menolak lelaki itu supaya menjauh darinya.
Hairan melihatnya, mereka terus bergegas ke tempat itu bersama.
"Hentikannya tuanku!!"Darra pandang Putera Eilian dengan nafas naik turun terkejut. "Saya tak boleh lakukannya. Ayah saya hanya mempunyai saya dalam hidupnya...ke mana dia pergi saya akan bersama dengan dia...jadi berhenti merayu. Bangun sekarang."
"Saya tak boleh!Saya mahu bersama Pearl...dan sekiranya dia sedar bahawa ayahanda punca saya semua ini...saya akan kehilangan dia..."minta Putera Eilian mendapatkan tangan Darra. Dia capai tangan Darra.
Terlalu bingung, Darra pandang wajah terdesak Putera Eilian dengan nafas naik turun. Hendak menangis kerana lelaki itu terdesak sekali mengelakkan Pearl dari lepas dari lelaki itu. Kalau begitu bagaimana dengan dia?Bagaimana perasaan dia untuk Alfareeze!?
"Darrius...beri saya masa. Saya janji saya akan betulkan semula keadaan. Tolong pujuk ayah awak untuk tunggu..."pinta Putera Eilian saat memegang tepi lengan Darra. "Saya akan betulkan semula keadaan..."
Mata Darra mula berkaca bila dia dengar.
"Andai kata kami kekal di sini, adakah tuanku dapat beri jaminan orang akan berhenti menilai ayah saya dan kami sekeluarga?Adakah tuanku dapat pastikan yang ayah saya tidak akan dilukai atau disakiti dengan sesiapa?Dapat ke tuanku lakukan semua tu?"
Putera Eilian terdiam.
"Tuanku tak boleh kan?"dengus Darra dengan sengih meleret. "Seperti yang tuanku tahu, rata-rata mereka di sini begitu membencikan keluarga Duke Elijah. Sebolehnya mereka mahu lihat kami pergi dan tak berada di sini...jadi ini yang terbaik.."
"Jangan begini Darrius...tolong!"
Di saat Putera Eilian menarik Darra dekat kepadanya semula, pada masa yang sama suara lain kedengaran.
"Ada apa ni?"
"Semuanya okay ke?"
"Darrius?"
Darra tersentak apabila sekumpulan pelajar lelaki mula berkerumun di situ. Dia cemas. Mereka yang lain tidak boleh tahu mengenai hal ini. Ianya perlu rahsia sehingga hari dia pergi.
Mereka pegang Putera Eilian. Cuba hendak menjarakkan lelaki itu dari Darra.
"Bawa bertenang tuanku...jangan begini.."minta mereka saat itu.
"Tak!Darrius!Saya minta kali ini.Tolong saya merayu...saya minta maaf..saya akan minta maaf...jadi tolonglah...lakukan sesuatu mengenainya."Putera Eilian cuba memeluk Darra. Lelaki itu begitu terdesak.Dia begitu takut memikirkan sebarang kemungkinan sekiranya Darra benar-benar pergi dari situ nanti.
Tidak dapat mengatakan apa-apa, Darra diam di situ taktala Putera Eilian bergelut dalam kekangan mereka di situ dan dirinya di tolak dan tarik tanpa henti. Dia tidak tahu lagi hendak buat bagaimana bila melihat begini sekali reaksi Putera Eilian hanya kerana dia hendak pergi.
Memangnya apa yang Raja Alan lakukan sehingga melibatkan ayah dia dan meletakkan jawatan?
Apapun ia, dia enggan ambil peduli.
Kalau benar Raja Alan bersalah sejak awal, Putera Eilian sepatutnya bercakap dengan Raja Alan sendiri mengenai hal ni. Bukannya dia. Yang menyakiti ayahnya adalah Raja Alan.
Tentang Pearl pula, dia tahu pemergiannya akan menyakiti rakan baiknya itu, tapi dia tak dapat melakukan apa-apa lagi. Ayahnya sudah membuat keputusan, dan dia pun enggan menjalani kehidupannya sebagai lelaki buat selamanya. Jadi cepat atau lambat mereka akan tetap pergi dari sini.
Pergi jauh.
Dari tempat dimana orang yang tidak pernah menerima kehadiran mereka dengan baik. Kan itu lebih baik...
"Kenapa ni?Apa yang kau orang borakkan,..Darrius??"
Kecoh tempat itu tidak pasal-pasal!
"Lepaskan Darrius dulu tuanku...jangan macam ni.."
"Tak!Lepaskan!Lepaskan aku!"ronta Putera Eilian ingin mendapatkan Darra.
"Bawa bertenang Putera Eilian..."
"Darrius...saya mohon...tolong pertimbangkan permintaan saya ini.."rayu Putera Eilian sambil menarik lengannya dari cengkaman mereka di situ.
Ianya mungkin kedengaran kejam, tapi tiada apa-apa yang dia boleh lakukan pun. "Maafkan saya. Saya benar-benar tak boleh lakukannya. Dan saya harap tuanku tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai hal ni.."arah Darra. Enggan membuatkan tempat itu semakin kecoh, Darra berpaling dari situ meninggalkan tempat tersebut.
Beredar sahaja Darra dari situ, suara teriakan kuat Putera Eilian menyumpah seranah kedengaran di belakang.