Chapter 15 - Masa Kelam

"jangan bermain-main budak, kau tidak akan mampu melindunginya mahupun sesiapa pun."

Kelam. Dunia terasa pahit seperti warna tidak wujud; seolah-olah hitam dan putih mewarnai segalanya, sekarang.

Kata-kata daripada lelaki kusam, rambut yang panjang hingga ke bahu disertai mata tajam seperti pisau mematikan, menatap budak; memiliki rambut hitam pekat, mata seperti mati tanpa cahaya.

"Jangan bermain-main?"

Budak kecil yang terlihat seperti berumur 10 tahun itu mengetap bibirnya sehingga merasakan kesakitan. Setelah itu, budak itu berhenti kerana merasakan perit teramat dan menyambung berkata dengan nada kesal.

"Aku bermain-main..." Kata diulanginya dan disambung dengan penuh emosi " Kau yang bermain-main bajingan! Aku yang akan menjaganya, tidak peduli betapa sukarnya itu! Kau yang tidak layak, kau hanya ingin merebut segalanya dari aku, bukan?!"

Meja kasar dihentak oleh budak kecil itu, akibatnya membuat rasa sakit diterima oleh tangannya.

Mata budak itu yang mati sekarang berganti mata yang penuh dendam, dan kebencian.

Lelaki kusam yang tadi masih terlihat tenang tanpa bereaksi. Lelaki itu hanya dapat menghela nafas panjang, dan berkata dengan mata penuh jengkel seolah-olah bercakap dengan anak ayam yang marah.

"Kau tidak ketahui apa-apa budak. Kau tidak memiliki apa-apa budak. Kau hanya akan membuatnya semakin menderita dengan hanya bersamanya. Kau tidak tahu apa yang ditakdirkan olehnya. Kau sangat egois budak, sungguh mengganggu." Kata-kata yang tegas dan tidak memiliki simpati terhadap lawan cakapnya terasa amat menyakitkan.

Rasa sakit pada tangan budak itu seolah-olah bukan apa-apa. Budak itu mencengkam tangannya sehingga berbunyi.

Bajingan di hadapannya tidak akan mendengar lagi. Itulah difikirkan oleh budak itu.

Mereka berdua sangat berdegil, terhadap pemikiran mereka sendiri.

Memikirkannya membuat budak itu melonjak marah tanpa sebab sehingga emosi mengambil alih dan berkata tanpa mengetahui apa yang dikatakannya.

"Aku egois? Kau yang egois! Memang apa yang kau ketahui tentang kami? Hah?! Kau selama ini hanya ingin harta keluarga kami, bukan?! Kerana itu kau ingin mengambilnya dari aku, bukan? Kau ambil sahaja harta itu sialan! Aku tidak memerlukannya. Jadi, jangan ganggu aku dan adik aku lagi. PAKCIK BANGSAT!"

Seika berkata dengan penuh emosi kemarahan.

Tetap pakciknya— Fadhil Ansel— kekal tenang seolah-olah tidak terkesan sama sekali dengan luapan emosi budak bernama Seika itu.

Mata pakciknya menyempit seolah-olah menatap hina ke budak bernama Seika itu.

"Kalau begitu akan aku tanyakan ini; Apakah kau sanggup menerima segala tanggungjawab terhadapnya?"

Pakciknya berkata dengan tenang dan menatap tajam.

Mata Seika membulat melihat Ansel, tapi kemarahannya tidak memudar.

"Aku yang... akan melindunginya."

Seika tidak menjawab secara langsung dan masih memiliki keraguan pada suaranya sehingga membuat Pakciknya mendengus.

"Kau tidak akan. Dasar budak."

Sekali lagi kemarahan Seika memuncak sehingga menghentak meja sekali lagi, tapi kali ini cawan diatas meja tersebut berguling dan jatuh ke lantai serta-merta pecah meninggalkan air koko membasahi lantai.

Satu hal yang ada dalam fikiran Seika sekarang adalah 'sudah tidak berguna bercakap dengan bajingan ini'.

Walaupun dia memang masih kecil dan boleh dikatakan tidak matang, bukan bermakna dia benar-benar bodoh dan tidak mengetahui apa-apa. Oleh itu, Seika menelan semua perasaannya dan membuat keputusan.

Seika mengetap gerahamnya melepaskan amarah, dan pergi kearah pintu.

"Aku tidak akan membiarkan adik aku pergi bersama engkau bajingan!"

Seika terus menutupi pintu dengan ganas sehingga bunyi yang memekak.

Meninggalkan Pakciknya diruangan yang hening dan hampa. Cuaca diluar tingkap juga cukup mendung. Sungguh hari yang kelam, kata ansel di benaknya.

Setelah beberapa saat, Ansel menghela nafas. Dan turun mengambil pecahan kaca. Dia cukup kenal dengan cawan ini, ini adalah cawan kakaknya, cawan yang selalu digunakan oleh kakaknya.

Seketika memikirkannya sambil mengutip dan tiba-tiba merasakan sakit pada tangan yang sedang mengutip pecahan itu.

Ansel melihat tangan yang terasa sakit itu dengan ekspresi kosong.

Darah mengalir dengan halus.

Melihat itu Ansel berkata seolah-olah perasaan nostalgia mengingatkannya terhadap sesuatu.

"Dia seperti kamu, kakak. Apa yang kau didik kepada dia?" Ansel menghela nafasnya sambil melihat tangannya yang berdarah.

Kakaknya yang keras kepala dan anaknya yang juga keras kepala. Sungguh bapa borek anak rintik.

Darah yang dilukai oleh kaca mengalir daripada jari telunjuk turun menitis lantai dengan warna merahnya sambil ditatap oleh mata yang terlihat sedih.

***

*Tup

Titisan darah pekat jatuh ke tanah yang keras disertai akar kayu yang menjulang keluar dari tanah.

Nafas naik dan turun, pakaian yang terlihat sedikit robek, dan memiliki kesan luka garisan tajam di pipi yang membuat luka berdarah— seperti luka yang dibuat dengan menda tajam— Dan Seseorang berlari sepenuh hati seperti hidup dan mati menentukannya.

—Huff-puff... huff-puff...

Pandangan dihadapan lelaki itu hanyalah pokok-pokok yang lembab dan akarnya bersepah menjulang keatas. Sepertinya, lelaki yang malang itu berada dalam hutan lebat.

"Yang benar sahaja!" Lelaki itu terus berlari walaupun memiliki jalur yang penuh rintangan.

Langkah demi langkah, kadangkala melompat dan kadangkala mengambil arah yang berbeda. Situasi dalam hutan ini tidak membenarkannya untuk berlari dengan tenang.

Walaupun itu sangat sukar, justeru Itu mungkin bagus untuk situasi dia sekarang. Getaran dirasai oleh lelaki tersebut—walaupun dalam keadaan berlari. Dia menyedari seseorang sedang mengejarnya dengan sangat agresif.

Burung yang diatas pokok mula beredar dengan ketakutan serta diselimuti oleh bunyi bak gambar berskala besar. Itu menandakan seseorang yang mengejarnya sukar melewati jalan berliku-liku seperti hutan ini.

"Oi! Oi! Oi! Apakah dia masih dapat mengejar aku?!"

Lelaki itu tidak memiliki pilihan; hanya lari menjadi pedomannya sekarang. Walaupun nafasnya hampir habis tapi adrenalinnya tetap memaksa tubuhnya berkerja.

Tidak ada arah untuk dituju hanya mengikut naluri otaku yang takut akan kematian.

Terus melangkah merendahi semak-samun dan pokok tinggi teramat. Dirinya merangsumsi bahwa dengan usaha akan menghasilkan kejayaan, itu yang selalu diyakininya kerana ayat itu terdengar cool.

Tapi sekarang dirinya tidak ingin menggunakan lagi ayat tersebut.

Dihadapannya sekarang hanya ada bukit batu yang menjulang ke langit biru keputihan. Melihat itu otaknya dengan tegas menjelaskan kepada tuannya bahawa mereka akan tamat.

"Yang... Benar saja..."

Nafasnya terus terisak-isak seolah-olah akan mati bila masa sahaja, jantungnya terus berdegup seolah-olah tidak membenarkannya untuk bertenang.

Jalan mati persamaan dengan akhir dari kisahnya.

"Aku sepatutnya tidak menerima tentangan itu..." Kisah lampau diungkit kembali dan dia mula menyesali tindakannya lalu.

Tapi itu sudah tidak relevan, sekarang dia hanya dapat fokus akan satu hal.

Lelaki muda itu melihat tangannya dan menggoyangkannya sepantas mungkin, seolah-olah penamat kisahnya ditentukan oleh tangannya.

"Ayuhlah! Ayuhlah! Dimana kekuatan itu tadi?!"

Harapan seketika padam. Bunyi yang memekak pada kawasan hutan di belakangnya terdengar sudah tiba sehingga menarik perhatian dia dengan patas.

'Dia sudah muncul!!' Fikir dia.

Seperti meluncur diatas ombak pantai, seseorang menaiki tanah dan meluncur diatas pokok tebal yang tinggi kemari seperti ombak kearah lelaki malang diujung tanduk.

Gigi yang dipamer begitu tajam seperti jerung sedang memburu mangsanya, muka yang ganas dan memiliki rambut koko tidak kalah aneh dengan giginya.

"Kemana kau ingat pergi, Hah?!"

Lelaki meluncur di atas ombak tanah turun dengan gagah ke tanah perbatuan kasar.

Mukanya yang ganas dan tidak berpuas hati menambah teror yang mengerikan.

Sekitar beberapa ratus meter terlihat dihadapan lelaki jerung terlihat seorang lelaki ketakutan setengah mati.

"Dasar menyedihkan. ayuhlah! Ayuhlah! Tunjukkan kepada aku kau layak disini, jadi jangan berlari-lari seperti kelinci, sialan!" Bahasa kasar seperti kena dengan wajahnya terlihat samseng.

Kelinci ketakutan itu mula menenangkan dirinya, dan mencuba mengatur nafas yang kacau-bilau.

Tidak memiliki pilihan, kalau kelinci melawan jerung 100% kelinci kalah dan menjadi santapan sedap bagi si jerung. Apatah lagi sekarang kelinci sudah masuk dalam perangkap mematikan.

Si kelinci hanya memiliki satu pilihan iaitu mengsuap jerung dengan makanan lain.

"Tenanglah saudara, kita tidak patut bermusuhan, bukan? Itu hanyalah masa lalu... Kita sekarang lebih baik melupakannya, dan terus maju. Jadi ayuh hentikan ini, dan lepas itu mari kita pergi makan bersama dan melupakan masa lalu." Terlihat jelas ekspresi muka kelinci tersenyum paksa sambil dilipahi keringat.

Mendengar itu, bukan membuat si jerung senang malah wajahnya yang sudah merah semakin memerah.

"Hah?! Kau mencoba memain-mainkan aku kah?! Hah?! Kau fikir aku benar-benar bodoh?! Dasar hama!" Si jerung koko berkata dengan jengkel sambil menunjukkan-nunjukkan jari telunjuknya ke arah kelinci secara harfiah mangsanya.

Nampaknya seketika rancangan perdamaiannya hancur, sekarang malah si kelinci ketakutan itu semakin menarik nafas si jerung yang sedang kelaparan.

"Sudah cukup..."

Sepertinya si jerung sudah tidak sabar menantikan makanannya. Si jerung melihat kelinci dengan mata yang tajam, dan berkata.

"Maju kau sini si bebal sialan! Seikaaaa!!"

Si jerung terus melonjak maju, kakinya yang berlari serta tiba-tiba tanah yang keras dibawahnya berubah menjadi seperti air yang lembut dan membawanya seolah-olah meluncur.di samping itu, di sekelilingnya batu-batuan mula berubah bentuk daripada pepejal biasa— tidak tajam. Berubah menjadi seperti anak panah mematikan sambil mengorbit si jerung dengan buncul yang akan membunuh kelinci apabila terkena.

'Ini tidak sepatutnya berlaku!!' kata Seika dibenaknya.

Si kelinci, atau lebih tepatnya Seika yang sedang di hujung tanduk mula merengek ketakutan. Entah kenapa dalam situasi ini membuatnya mencuba ingat kembali apa yang berlaku sebelum semuanya berubah menjadi tragedi seperti sekarang.

Semuanya bermula satu bulan lalu...

Tup*

Peluh yang membasahi muka Seika menitis jatuh ke permukaan bumi yang hijau.

Nafas Seika terisak-isak seolah-olah nyawanya diambil sedikit demi sedikit. Seika bernafas seperti seorang tidak cukup oksigen dan badannya juga gementar hebat.

"Hah... hah... hah..."

Kedua tangannya diletakkan di atas lutut kaki yang menandakan dirinya sedang kepenatan.

'Sial! Kenapa harus begini?!' fikirannya yang kacau mula menanyakan soalan.

Seika melihat kehadapan, Sekarang dirinya berada di kawasan lapang yang luas dan besar— jauh daripada Seika terdapat orang-orang, atau lebih tepatnya siswa dan siswi berlari merentasi kawasan yang luas ini, dan seika ketinggalan cukup jauh daripada mereka.

Sekarang mereka sedang berada dalam sesi latihan stamina.

"Bagaimana... Mereka... Boleh bertahan begitu lama?" Seika sulit mengutarakan kata-katanya kerana kehabisan nafas.

Mereka sudah berlari-lari selama 2 jam lebih, dan sudah tentu itu sangat gila dan tidak normal— sekurang-kurangnya untuk budak otaku akut seperti Seika.

Yang lebih sulit untuk dipercayainya adalah Adiknya— Luisa— dapat mengimbangi para pelajar lainnya. Sejujurnya Seika tidak terlalu terkejut kerana adiknya memang seorang atlet terlatih di sekolah lama mereka. Tapi itu berbeza untuk seorang yang selalu di rumah sambil memakan 4 kali sehari dengan sebahagian penuh makanan itu tidak sehat.

"Hanya sebegitu kemampuan kamu, budak."

Tiba-tiba muncul sesosok lelaki berambut panjang sehingga ke bahu berwarna hitam pekat, mengenakan pakaian Robe dengan logo Akademi Arcanum di dada kiri yang terkesan kemas, dan memiliki mata hitam kehijauan yang tajam menatap Seika— dia adalah Pakciknya, Fadhil Ansel atau dikenalinya sekarang sebagai Profesor Ansel guru kelasnya.

Seika tiba-tiba kehilangan semangatnya yang digantikan dengan kemarahan apabila melihat mata cemberut daripada Pakciknya.

Setelah kejadian di kelas, Seika tidak memiliki pilihan lain selain mengikuti aliran arus. Dirinya tidak memiliki wewangan untuk mengubah situasi. Hanya dapat pasrah walaupun masih memberontak.

Hanya melihat mata Pakciknya yang sudah lama tidak dilihatnya membuat Seika merasakan kelam dihari itu.

"Apa kau puas sekarang? Melihat aku seperti ini?"

Seika menatap tajam ke arah lelaki dihadapannya yang sedang menyelit kedua tangannya ke belakang sambil menatap hina.

"Sudah tentu. Tapi bukan dalam konteks itu, aku puas melihat adik kamu lebih berguna, Budak." Katanya sambil tersenyum sinis.

Entah kenapa melihatnya Seika merasa jengkel seolah-olah ingin merobek sahaja rupa sosok dihadapannya.

Mengingat kembali, sudah beberapa hari mereka pindah ke Akademi Arcanum ini, dan sepanjang mereka bersekolah di Akademi Arcanum tidak pernah lagi latihan sihir ditampilkan kepadanya; mereka hanya belajar seperti biasa seperti sekolah umumnya— yang lebih buruknya diwaktu subjek bahasa asing, Teknologi Nano Voice dihentikan secara otomatis dan mereka harus belajar tanpa menggunakan alat tersebut, sudah tentu seika amat buruk dalam pelbagai subjek bahasa.— cuma ditambahkan dengan lebih banyak latihan kardio.

Sungguh mengecewakan, bagi Seika yang menanti-nantikan petunjukkan sihir yang luar biasa seperti sebelumnya.

Dan semua itu berpunca pada guru kebenciannya yang hanya mengajari mereka hal itu.

Di samping itu, Pakciknya tidak pernah berubah. Ansel selalu hanya melihat Seika seperti budak kecil yang bodoh. Memikirkan itu, membuat seika mengetap gerahamnya.

"Sudah aku katakan, kau tidak akan mamp..." Seketika Ansel berhenti berkata.

Seika mendengus kasar, dan memalingkan wajahnya ke hadapan dan berlari anak-anak walaupun tubuhnya seperti ingin tumbang sahaja sambil mengabaikan perkataan Pakciknya juga berkata kepada Pakciknya.

"Aku masih, boleh maju. Jangan remeh kan aku pakcik sialan!"

Dengan itu Seika meninggalkan Pakciknya bersendirian.

Melihat anak nakal itu menjauh.

Ansel menatap keji kearah budak itu.

"Kau tidak akan mampu melindunginya selamanya , jika kamu masih seperti itu, budak."

***

"Haaa~"

Keluhan keluar daripada mulut Seika yang sedang meletakkan wajahnya di atas meja sambil menutup mata.

Sungguh melelahkan, itu yang difikirkannya.

Membuka matanya yang terlelap, Seika melihat kawasan sekelilingnya.

Bahu yang enak yang menggosok hidungnya dengan lembut sehingga meningkatkan seleranya apatah lagi baru habis marathon.

Sekarang setelah habis sesi latihan stamina, Seika dijamu pula dengan waktu rehat— satu-satunya waktu yang membuat Seika bahagia.

Wajahnya yang masih terhampar di atas meja sambil melihat dunia dengan pandangan terbalik. Kawasan ruangan makan & kafeteria di tenung-nya , sungguh meriah. Ramai Siswa dan siswi sedang menikmati makanan mereka dengan kelompok mereka. Mereka terlihat ceria di sana, dan dirinya yang disini terlihat hampa seperti orang mati.

"Kakak, sampai bila kamu ingin mengeluh?"

Satu suara memanggil namanya dengan tegas dan membuat dunianya lebih bersinar.

Mengangkat wajahnya dan melihat seorang gadis jelita dengan mata hijaunya berada di sampingnya sambil memegang tray makanan yang diisi dengan makanan yang seimbang dan sehat.

Luisa meletakkan tray makanannya di atas meja makan, dan duduk di samping kakaknya.

"Mengeluh? Ha. Sesiapa pun akan mengeluh: Dunia fantasi yang tidak diharapkan, dipaksa melalui latihan yang tidak berguna, dan bahkan sekarang aku harus berada didekat bajingan itu (Ansel)." Keluh Seika.

Luisa terdiam, mengambil makanan begizi di atas tray makanan dan memasukkan di mulutnya dan mencuba menikmatinya. Setelah itu,Luisa membalas.

"Itu hanya kerana kamu malas kakak." Luisa tidak mengungkit isu Pakciknya kerana ia juga tidak ingin berada didekat pria itu.

"Ugk-" sudah berapa kali Seika ditekan seperti ini.

Seika takjub kerana adiknya dapat mengikuti segala sesi latihan yang membebankan ini. Sedangkan dirinya hanya membebankan.

Walaupun bagaimanapun situasinya, satu-satunya yang Seika sukai daripada tempat ini adalah dia masih dapat menonton atau membaca karya fiksyen. Tanpa itu mungkin Seika lebih memilih mati kerana cerita fiksi adalah hidup bagi Otaku Akut seperti Seika.

Melihat kakaknya sebentar, Luisa mencuba menenung apakah ia harus menyoalkan ini. Rasa sedikit keraguan dihatinya. Tapi...

"Kakak bila kamu ingin berbaik dengan Akmal?"

Seika tersentak.

Menundukkan kepalanya Seika melihat kearah kirinya dimana selalunya sosok lelaki bernama Akmal akan berada di sana.

Sejak accident lalu— beberapa hari lalu, mereka tidak lagi bertemu dengan benar. Seika sentiasa mencuba mengelak dari berjumpa Akmal. Ironisnya dirinya yang dulu menasihati adiknya supaya membaik dengan Akmal malah berakhir seperti ini. Sekurang-kurangnya, adiknya tidak pernah mengejeknya akan hal itu.

Di kafeteria yang bising dengan suara para murid memekak, seika menghela nafasnya yang terdengar halus.

'Mungkin aku harus membaik dengannya nanti,' fikir Seika.

Seika sedar Akmal tidak benar-benar salah. Dia hanya memikirkan terbaik untuk kami, walaupun dia selalu menyembunyikan segalanya daripada kami.

Ingin mengutarakan fikirannya kepada Luisa. Tiba-tiba ada suara yang memanggil.

"Luisa."

"Hei Luisa."

Mendengar itu, Seika menelan pemikirannya dan mengalihkan pandangannya terhadap suara tersebut.

Tidak jauh daripada dia, dua perempuan datang kearah Seika dan Luisa— atau lebih tepatnya hanya datang untuk Luisa.

Satu gadis berambut Bob biru dan satu lagi gadis menawan dengan rambut putih— sedikit menyerupai maya.

Gadis putih datang dengan bangga sedangkan gadis bob bersembunyi di belakang si gadis putih dengan penuh ketakutan— dia takut terhadap Seika. Seika faham tindakan Itu, tapi ia sedikit menyakitkan hati Seika, itulah difikirkan Seika.

Si gadis putih melihat sebentar kearah Seika dan Luisa, dan tiba-tiba ia tersenyum menggoda.

"Oh~ maaf menganggu. Luisa, apakah aku menganggu bertengkaran kakak, adik?" Katanya dengan galak.

Luisa yang mendengarnya cemberut dan pipinya berkembang.

"Mana ada. Kami tidak bertengkar." Kata Luisa tegas.

"Ooohh~ betulkah?"

"Mumm~ jangan menggoda aku." Kata Luisa dengan marah tapi terlihat lucu.

"Hahaha, aku hanya sedikit menggoda." Kata si rambut putih dengan senyuman.

Seika yang terasa diabaikan hanya dapat terdiam pasrah.

Setelah puas menggoda Luisa yang sekarang sedang malu sendiri, Si rambut putih yang menawan mula melihat Seika dari bawah sampai atas seperti sedang menilai. Dan tersenyum.

"Apakah ia kakak kesayangan kamu yang sedang terkenal kebelakang ini, Luisa?" Kata gadis itu dengan senyuman menggoda.

Belakangan ini, fikir seika dalam benaknya. Memang benar belakangan ini nama Seika cukup buruk kerana tindakan cringe-nya semasa pengenalan diri dan tindakannya terhadap Guru kelasnya.

"Ya, sudah tentu, dialah kakak ku: seorang yang bodoh, cringe dan otaku akut sejagat" Kata Luisa dengan cepat tanpa ampun.

Mendengar itu hati Seika sedikit tersakiti seolah-olah seribu panah mencacak di hatinya.

Sambil menahan pedih Seika meletakkan tangannya di hati.

"Dah, bukankah tidak baik tiba-tiba datang tanpa memperkenalkan diri?" Tanya Luisa kepada gadis putih itu.

"Hahahah, benar juga. Aku benar-benar lupa."

'jadi selama ini kewujudan aku tidak penting?!' fikir Seika yang sedih.

Melihat Seika sekali lagi, dia tersenyum manis, bukan menggoda lagi. Penuh dengan keanggunan dia memperkenalkan diri.

"Hai, selamat siang. Saya mara, kawan adik awak, Luisa." Katanya sambil menundukkan sedikit kepala.

'Kawan? Kawan?! Bila Luisa mendapatkan kawan? Aku ini pun masih belum mendapatkan kawan. Apatah lagi dia sangat cantik. Bagaimana Luisa dengan mudah dapat berkawan dengannya!' kata Seika dibenaknya, ekspresi muka Seika juga terlihat masam.

Selepas itu, mara menunjuk-nunjuk kearah gadis ketakutan yang dari tadi berada di belakangnya dan memaksa supaya gadis itu juga ikut berkenalan.

Seika juga hampir melupakan kewujudan gadis tersebut seperti kehadiran gadis tersebut hampir tidak ada dari awal.

Seika hanya diam melihat kebelakangan mara.

Gadis bob yang dari tadi bersembunyi dan memegang bahu mara akhirnya, mula keluar dari tempat persembunyiannya.

Mendongak sikit ke Seika, dia berkata dengan wajah malu.

"Umm- umm... Hello, aku iman..." Katanya dengan pelan hampir tidak Seika dengar.

Kesan di mata Seika adalah dia adalah perempuan yang pemalu, tetapi itulah yang membuat Seika merasakan ia sedikit lucu.

Hening seketika menyelimuti mereka— walaupun ada siswa dan siswi yang lain sedang riuh-rendah di kawasan kantin.

Setelah sesaat Seika merasakan nyeri seperti diketik semut pada pahanya. Seika juga mula mengeluarkan suara kesakitan dan melihat kearah puncanya.

Tangan Luisa mencubit paha Seika dengan kuat.

Seika yang tidak faham dengan itu melihat kearah Luisa.

Luisa terlihat marah.

Setelah itu, adiknya datang mendekat dan membisikkan.

'Kakak kenalkan diri kamu juga.'

Seika bingung kenapa harus? Bukankah mereka sudah tahu namanya? Sehingga Seika juga ikut bisik.

'Tapi bukankah mereka berdua sudah tahu nama saya,Luisa?'

'itu tidak sopan kakak! Bagi tahu saja nama kakak lagi!'

Mendengar itu Seika hanya dapat mengalah dan menghelahkan nafasnya.

Melihat mereka berdua dia tersenyum dan berkata.

"Salam kenal, aku Seika. Kami berdua dari Malaysia." Katanya dengan lembut tanda hormat kepada kawan-kawan adiknya.

Tiba-tiba mata iman terbeliak dan dia mula berkata dengan ingin tahu yang besar sehingga dia tidak bersembunyi lagi di dalam gua.

"Malaysia? Kamu berdua dari Malaysia?! Iman juga dari Malaysia."

Seika juga ikut terkejut— wajar saja namanya iman, nama yang popular di Malaysia— dan melihat kearah wanita berambut bob itu. Kalau dilihat dekat-dekat memang dirinya terlihat lebih gelap seperti kulit orang asia tenggara, di samping itu. dia dapat melihat rantai perak yang bergantung di lehernya dengan seperti ketulan kristal indah aneh sebagai aksesoris rantai tersebut.

Mari kita samping kan dahulu rantai itu, Seika sedikit mengangguk menandakan 'Ya' kepada iman.

Melihat itu iman semakin bersemangat, tapi seketika semangat dia rongga. Baru sahaja bersoalan yang spontan muncul, walaupun soalan itu terdengar tidak sopan tapi tetap sahaja...

"Ini mungkin tidak sopan dan aneh untuk ditanyakan..."

Tanyanya dengan sedikit gugup.

Seika melihat iman sebentar dan berkata.

"Tanyakan apa sahaja kamu mahukan."

Mendengar itu, keraguan iman mungkin dapat dia ketepikan dahulu.

" kenapa nama awak berdua terdengar tidak seperti orang Malaysia?"

Soalan yang aneh tapi apa yang dikatakan iman memang benar, nama Seika dan Luisa sama sekali tidak terdengar seperti nama orang melayu, malah terdengar seperti nama orang Eropah dan Jepun.

Mendengar itu Seika dan Luisa saling memandang sebentar, dan tawa mereka pecah.

Iman yang terkejut dengan situasi itu bersembunyi pada belakang mara seperti kelinci sekali lagi.

Apakah aku salah tanya, fikir iman khuatir.

Setelah beberapa saat ketawa mereka yang menarik perhatian kebanyakan orang lalu-lalang di kawasan kantin. Luisa memandang Iman di belakang mara sambil berbekas sedikit ketawa.

"Kamu benar —prff... nama kami memang aneh..."

Setelah itu Seika di sampingnya sambung sambil tersenyum lucu.

"Itu.. prff... Kerana ayah kami yang bodoh yang memberinya."

Luisa dan Seika tiba-tiba teringat kembali kejadian dahulu semasa ayah mereka masih hidup sehat walafiat. Saat itu, dimana mereka tanya maksud nama mereka dan alasan ayah mereka sungguh konyol.

Seika yang sedikit kembali tenang, melihat adiknya dan mengalihkan ke iman.

"Ayah kami adalah seorang yang sangat menyukai bintang, dan merancang memberi nama kami seperti nama bintang, namun justeru dirinya salah memberi nama dengan maksud diingini dan berakhir memberi kami nama yang ia jumpa di Google tanpa kesahihan maksud namanya."

Walaupun ayah mereka menyukai bintang, konyol nya ayah mereka tidak terlalu menghafal nama bintang itu sendiri dan berakhir mencari maksud nama itu di Google.

Seika teringat lagi semasa ayahnya menceritakan itu dengan wajah konyol dan menyesal dia. Benar-benar membangkitkan nastolgia.

"Jadi apa maksud nama yang ingin ayah awak berikan?" Tanya mara dengan sedikit tertarik..

Seika dan Luisa saling memandang dan mereka berdua menoleh kearah mara bersama dan..

"Bintang pertama."— Seika.

"Bintang cahaya." —Luisa.

Kata dua saudara itu serentak sambil tersenyum.

***

(Semua pelajar kelas S-1 berkumpul di arena latihan segera.)

suara dari Nano Voice— yang hanya murid kelas S-1 yang dapat mendengarnya, tanpa menganggu yang lain.— mengganggu borak-borak antara Seika dan kawan adiknya.

Setelah perbualan kami tentang nama, Seika tiba-tiba akrab dengan kawan adiknya dengan baik. Walaupun Seika hampir tidak percaya dirinya dapat selancar ini borak dengan orang lain selain Amir dan Akmal.

Sekarang kesenangan mereka diganggu dan yang paling seika muak adalah suara yang memanggil mereka itu— iaitu pakciknya.

Mereka semua di meja itu saling memandang kecuali iman– dia masih terlihat takut atau malu?

Seika menghelah nafas berat, sejujurnya dia tidak ingin pergi dan melihat wajah pakciknya lagi.

"Nampaknya kita harus pergi sekarang" kata mara dengan melihat mereka semua sekilas.

Setelah mereka semua selesai makan, mereka berjalan di lorong yang mewah kembali.

Tiba-tiba tidak jauh dari kelompok mereka seorang lelaki memiliki taring seperti jerung mendekati mereka dari arah berlawanan, dan sekilas memandang Seika dengan mata penuh ancaman.

Melihat itu Seika terhenti, tapi si jerung masih terus berjalan melawati arus mereka.

"Kamu tidak perlu terlalu memikirkannya," kata mara disebelah ia.

Seika mendongak ke arah mara.

"Dia memang terlihat tidak menyukai kalian, tapi dia tetap bukan orang jahat, dia hanya susah mempercayai orang asing."

Seika hanya diam sambil memerhatikan sosok yang ganas itu semakin jauh dari mereka.

Tapi satu yang membuat Seika tertanya-tanya ialah.

"Mengapa dia pergi ke arah berlawanan dari arena?"

"Hmm... Itu mungkin kerana kakaknya." Kata mara.

"Kakak?"

"Kakak dia ialah salah satu orang terkuat di Akademi Arcanum ini, sekarang kakaknya memiliki misi harus dijalankan, mungkin kakaknya memanggilnya untuk melihat adiknya sebelum misi?"

Di sudut pandang Seika lelaki itu terlihat mengerikan, dia membuat Seika merinding hanya dia memandang dirinya.

'lelaki yang misteri.' fikir Seika.

Dan dengan itu jarak antara mereka berdua melebar. Namun takdir yang tragis semakin menghampiri mereka.