Chapter 6 - Onic, sang raja iblis?

Hening-

Seika memejamkan matanya apabila dia sudah bersedia menerima impak daripada cahaya tersebut. Tetapi tidak ada yang berlaku.

Malahan, seika merasakan sesuatu yang lain, iaitu tiupan angin yang kencang.

Seika dapat merasakan angin yang kencang menghamtam rupanya.

Kerana rasa ingin tahu yang kuat seika membuka matanya secara perlahan, dan terkejut dengan pemandangan yang dia lihat, lalu secara naluri berkata di benaknya.

'APA INI...'

Dari pemandangan yang penuh dengan tragedy di kawasan padang sekolah, tiba-tiba berubah menjadi pemandangan dataran padang rumput yang rata yang memenuhi perlihatannya.

Seika dapat melihat pemandangan dataran padang yang rata di hadapannya, kawasan padang yang berwarna hijau dan sedikit berbukit-bukit rendah dan langit yang berwarna biru dapat dilihat oleh seika serta angin yang kencang yang ditiup ke mukanya.

Seika tidak dapat berkata apa-apa. Seika terkagagum dengan pemandangan yang menakjubkan ini, juga dia sama sekali tidak memahami kenapa dia boleh berpindah ke tempat ini.

Sehingga menimbulkan pertanyaan di benaknya, walaupun seika tidak akan dapat menjawab soalan itu.

'Tempat apa ini...'

Dalam kesunyian.

Tiba-tiba seika merasakan rasa nyeri di belakangnya,Seika rasa seolah-olah di tikam oleh sesuatu di belakangnya sehingga membuat seika secara reflek melihat ke belakang.

Apabila seika melihat ke belakang dia dapat melihat sebuah cermin raksasa yang menutupi seluruh pemandangan padang di belakangnya dan juga langit. Yang dapat diertikan seperti dinding yang membatasi antara kawasan padang dan kawasan dalam cermin itu.

Seika dapat melihat pemandangan di dalam cermin. TIDAK, mungkin lebih tepatnya, seika hanya dapat melihat warna hitam sahaja dalam cermin tersebut.

Seika mengerutkan dahinya kerana rasa tidak sedap hati dan berkata di benaknya.

Cermin raksasa apa itu?

Seika tidak memahami kejadian yang tidak masuk akal ini.

Dalam tenggelam dalam fikirannya, tiba-tiba... Sebuah tangan muncul di sebalik dinding cermin raksasa tersebut seperti menekan-nekan untuk mencuba keluar daripada cermin tersebut,tetapi tidak boleh.Seika hanya dapat melihat tangan berwarna hitam dan berkata di benaknya.

'tangan?'

Seterusnya,selepas tangan itu meronta-ronta untuk beberapa saat tiba-tiba cermin raksasa tersebut retak sedikit sehingga asap berwarna hitam dalam cermin tersebut keluar dengan sedikit, hampir tidak terlihat asap yang keluar daripada cermin itu.

Selepas itu, asap berwarna hitam itu mula masuk ke kawasan dataran padang walaupun hampir tidak terlihat asap itu, asap itu menjadi angin yang kencang dan asap ditiup ke arah seika.

Seika dengan panik mencuba melindungi wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

Angin yang berwarna hitam itu menyapu tubuh seika dengan kencang.

Tiba-tiba seika merasakan suatu perasaan yang muncul entah dari mana.

Entah kenapa apabila seika terkena angin berwarna hitam ini muncul perasaan ini.

Iaitu perasaan yang tidak dapat difahami oleh seika dan seika mengeluarkan perasaannya dalam bentuk perkataan di mulutnya walaupun dia berkata tanpa sedar.

"WAKTUNYA SUDAH TIBA..."

***

Pemandangan menjadi normal semula. Mata seika terbeliak, kerana melihat pemandangan di hadapannya berubah menjadi pemandangan tragedy di padang sekolah semula.

Dan sekejap, cahaya berwarna hitam itu menghamtam dirinya dan pemandangan berubah dan kembali semula, seolah-olah pemandangan yang seika di dataran padang yang rata tadi, hanya sebuah ilusi.

Seika mencuba melihat sekeliling dengan cemas, kerana risau apa yang berlaku kepada adiknya dan akmal yang juga dihamtam oleh cahaya hitam tersebut, tetapi tidak ada yang berubah sama sekali sejak kali terakhir pemandangan dia berubah.

Akmal terjatuh ke tanah kerana terkejut dan luisa juga terdiam di tempatnya sambil mencuba melindungi jasad amir dari hataman cahaya tadi.

Mereka bertiga terdiam.

Mereka tidak dapat berkata apa-apa kerana syok.

Tiba-tiba...

Denyut.

Seika dapat merasakannya... Rasa sakit di mata kanannya. Dia segera mengangkat tangan kanannya dan meletakkan di mata kanannya. Rasa sakit itu denyut-denyut dan setiap denyutan itu membuat semakin sakit matanya sehingga hampir membuat seika menjerit kesakitan.

Seika terus mencengkam mata kanannya dengan tangannya kerana kesakitan,dia tidak merasakan perubahan yang lain dari tubuhnya.

Walaupun dalam kesulitan untuk menahan sakit, seika mula mengajukan pertanyaan.

"cahaya apa itu... dan...apa itu tadi?"

Seika tidak tahu kenapa rasa sakit matanya terjadi-jadi lagi, apabila pemandangannya berubah semula.

Tapi bukan itu yang harus dia risaukan sekarang.

Seika yang sambil mencekeram mata kanannya kerana rasa sakit yang luar biasa.

Cuba melihat makhluk yang mencuba menghancurkan bandar ini.

Anehnya pedang besar yang tadi menghilang dan berubah menjadi sabit semula tanpa menghamtam permukaan bumi.

Yang lebih anehnya lagi perlihatan makhluk itu tertuju di kawasan di mana seika, luisa dan akmal berada.

Seika menelan air liurnya, kerana merasakan perasaan nyeri yang kuat dari pandangan makhluk tersebut.

Jantungnya berdegup kencang dan nafas yang tidak teratur.

Seika merasakan aura ingin bunuh daripada makhluk itu.

Dan bukan hanya seika yang merasakan sensasi itu Luisa dan akmal juga merasakan hal yang sama dan perlihatan mereka bertiga tertuju ke arah yang sama iaitu makhluk itu.

Tiba-tiba...

Makhluk itu meluncur di udara dan mendarat di padang sekolah.

Makhluk itu terdiam di sana tanpa bergerak sama sekali dan orang ramai berpondong-bondong lari menjauh dari makhluk itu. Mereka juga tahu makhluk itu adalah punca daripada Semua tragedy ini.

Dalam keheningan, akhirnya makhluk bergerak. Dia menghentak sabitnya ke tanah dan melepaskan genggamannya dari sabit serta meletakkan tangan ke dada yang membuat dia dalam posisi memberi hormat dan makhluk itu berkata sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Salam kenal wahai penduduk planet ini. Aku adalah 1 daripada 10 raja iblis, dan aku berada di peringkat 1 daripada 10 peringkat raja iblis, dan ingatlah wahai penduduk planet ini. Nama aku 'Onic'"

Nama makhluk itu onic dan dia raja iblis?

Semua orang di padang tercangak mendengar salam berkenalan yang ringkas tetapi ngeri. Anehnya walaupun makhluk itu bukan dari planet ini, tapi mereka semua dalam padang sekolah ini memahami kata-kata dari sang makhluk asing itu.

Mungkin semua orang akan menganggap dia hanya melawak kalau tragedy seperti ini tidak terjadi. Semua orang sudah melihat makhluk itu terbang di udara dan memegang pedang yang besar, tidak mungkin semua ini hanya jenaka.

Onic atau iblis itu sambung berkata.

"Aku datang ke planet ini untuk mencari seseorang dan orang itu berada di sini. Tapi sayangnya saya tidak tahu mana satu dirinya di kelayak ramai ini, jadi... Maaf kamu semua akan mati di sini."

Semua orang di kawasan padang tercengang dan terdiam, kerana tidak memahami maksud daripada makhluk itu, atau lebih tepatnya mereka memahami kata-kata makhluk itu tapi mereka tidak faham makna 'mati di sini?'

Onic mengangkat semula wajah dan mula memegang sabitnya kembali dan...

Makhluk itu bergerak dari tempatnya dan maju kehadapan sambil melibaskan sabitnya.

Dan tanpa peringatan apa-apapun kawasan padang itu diliputi darah.

Onic menikam dan melibas setiap manusia dihadapannya.

Badan orang-orang terbelah menjadi dua akibat terkena sabit dan jeritan ketakutan mula di dengar di seluruh padang sekolah.

Ramai orang berlumba-lumba melarikan diri dari makhluk itu.

Tetapi dalam sekejap hampir separuh orang di kawasan padang sekolah itu mati terbelah dua.

Seika, luisa dan akmal yang melihat dari kejauhan merasakan jijik dan hampir membuat mereka bertiga muntah.

Luisa yang tidak tahan melihatnya memegang mulut dengan tangannya sambil menangis dan berkata.

"Kenapa ... Kenapa dia melakukan ini?!"

Kenapa dia melakukan semua kekejaman ini, hanya sebab ingin mencari seseorang, tidak bolehkah dia mencari dengan cari lebih baik?. luisa tidak memahaminya.

Seika yang melihat adiknya menangis membuat hatinya terasa sangat sakit, seika terdiam untuk beberapa saat tapi... Ini bukan masa untuk itu!

Seika mendapatkan kembali kesedarannya, dan segera bangun sambil menahan rasa sakit yang luar biasa di kaki kirinya dan berkata di benaknya.

INI BUKAN MASANYA UNTUK MELAMUN!!

Seika dengan panik memegang tangan adiknya dan berkata.

"Aku tidak tahu apa yang melaku, tetapi kita harus pergi dari sini luisa!!"

"Tidak!"

Luisa menipis tangan kakaknya dan berkata sambil menangis.

"Kita tidak boleh meninggalkan orang lain dan jasad amir kakak!!"

Luisa tahu mungkin tindakannya akan membawanya dan abangnya serta akmal ke kematian di kerana kan keegoisannya,tetapi luisa tidak dapat meninggal orang lain dan amir begitu saja.

Seika faham dengan perasaan adiknya kerana tidak ingin meninggalkan jasad amir dan orang lain, kalau boleh seika juga tidak ingin meninggalkan mereka... Tapi, seika tidak dapat melakukan apapun dengan itu. Jadi seika hanya dapat satu kesimpulan bahawa dia harus bertahan hidup dan membalas perbuatan si makhluk bernama onic itu. Dengan tekad itu seika berkata dengan tegas kepada adiknya.

"Luisa aku faham dengan perasaan mu... Tapi kalau kita tidak pergi sekarang kita juga akan mati oleh pembunuh gila itu!"

Luisa terdiam apabila terkena fakta walaupun dia sudah mengetahuinya. dengan itu seika mengambil kesempatan itu untuk memegang tangan luisa dan mengangkatnya luisa secara paksa, walaupun begitu luisa hanya diam tanpa melawan dan serta-merta mencuba berlari sambil berkata kepada akmal.

"Ayuh mal!! Kita kena pergi sekarang."

Akmal yang melihat tragedy pembunuhan di hadapannya sambil memainkan anting-anting nya tanpa ekspresi sama sekali membuat seika merasakan nyeri. Seolah-olah akmal hanya menganggap tragedy di hadapannya hanya sebuah pertunjukan yang membosankan.

Seika melihat kosong ke arah akmal. Tetapi dalam beberapa saat akmal mula membalas perkataan seika.

"Ya, ayuh pergi."

Seika mengelengkan wajahnya dan mencuba melupakan apa yang dia lihat tadi dan fokus kepada tujuan yang lebih penting iaitu bertahan hidup dari tragedy ini.

Mereka bertiga mula berlari ke pintu gerbang.

***

Semasa mereka berlari onic melihat mereka sambil membersihkan darah di sabitnya dengan cara mengayun sabitnya sehingga darah keluar daripada cabang tajam sabit.

Dan tiba-tiba onic dapat merasakan kehadiran orang itu lagi. Tapi sekarang kehadirannya semakin kuat dan itu membuat onic merasakan perasaan gembira.

Seterusnya, onic mencari dari mana kehadiran orang tersebut dan perlihatan onic tertuju ke arah gadis yang di tarik oleh seorang lelaki. Onic dapat merasakannya kehadiran orang yang dia cari. Orang yang membuat dia ingin menikamnya sehingga menjadi cebisan daging.

Dan onic mula tersenyum disebalik Armor dan berkata dengan suara yang sangat gembira.

"Jadi kau di sana yaa~"

Onic membetulkan posisi sabitnya dan fokus untuk mencarik-carik si gadis bermata hijau itu.

Dengan itu onic maju kehadapan dengan kelajuan yang tidak masuk akal.

Seika yang sedang berlari menuju ke gerbang sekolah dengan memegang tangan adiknya dan akmal di sampingnya. Tiba-tiba merasakan nyeri, seika dapat merasakannya itu adalah niat ingin membunuh sehingga membuat bulu roma seika menegang.

Seika berhenti berlari dan diikuti juga oleh akmal dan mencari punca dari mana niat membunuh itu.

Akmal yang bingung bertanya kepada sahabatnya itu

"Seika?"

Tapi seika tak berbalas tapi sebaliknya,

seika dapat melihat makhluk itu atau nama onic sedang menuju ke arahnya dengan kelajuan yang tidak maksud akal.

Seika mengerutkan dahinya dan menelan air liur kerana takut dan secara naluri berada di hadapan adiknya untuk mencuba melindungi adiknya dari onic.

Akmal yang baru menyedari kedatangan onic, mula menuju ke arah Seika untuk menghentikan tindakannya itu.

Onic yang semakin mendekati mula mengangkat sabitnya ke langit untuk membunuh serangga yang menghalanginya.

Akmal yang baru dapat memegang bahu seika, berkata.

"Kau bodoh!"

Di sisi lain, Luisa yang gugup apabila melihat mereka berdua mencuba melindunginya, membuat dia merasakan ketidakupayaan sehingga merasakan perasaan sakit di hatinya dan berkata di benaknya.

'Apa kita akan mati di sini? Apa tidak ada yang boleh aku lakukan? Apa aku sampai akhir akan selalu dilindungi oleh kakak? TIDAK, aku sudah memutuskannya di hari itu, aku yang akan mula melindungi kakak di hari itu!'

Luisa masih ingat lagi janji yang dia ukirkan ke dalam hatinya dulu semasa abangnya yang menanggung kesemua penderitaannya. Waktu itu luisa berumur 5 tahun sedangkan abangnya 6 tahun dan waktu itu ibubapa kami meninggalkan akibat kemalangan dan abang terpaksa menanggung ketamakan daripada saudara mara kami untuk merebut harta warisan daripada ibubapa kami. Tapi abangnya dengan senyum yang lebar melindungi dirinya daripada orang tamak itu. Sehingga luisa mengukir janji kepada dirinya untuk melindungi abangnya mulai hari itu.

'Tapi apa yang boleh aku lakukan?'

Ya, makhluk bernama onic itu akan maju kehadapan mereka bertiga dan membunuh mereka bertiga. Tidak ada yang dapat luisa lakukan terhadap itu kerana dia tidak memiliki kekuatan untuk melindungi dirinya atau abangnya. Kesimpulannya,Mereka akan mati disini.

Tapi... entah kenapa suatu perasaan aneh muncul dan berkata di hatinya yang membuat suatu keyakinan mutlak di hatinya.

'Tidak!, ada yang dapat aku lakukan.'

Tiba-tiba sebuah cahaya berwarna kuning keluar daripada kawasan hatinya luisa, dan membentuk garisan cahaya berwarna kuning yang mula melimukti seluruh tubuh luisa seperti cacing atau ular yang merayap ke seluruh tubuhnya.

Kali ini aku yang akan melindunginya!

Seika yang baru menyedari cahaya yang terang di belakangnya, mula memusingkan wajahnya dan melihat luisa diliputi oleh garisan cahaya berwarna hitam seperti cacing dan berkata dengan gagap kerana terkejut.

"Lui...sa?"

Luisa menyentuh tubuh kakaknya dan garisan cahaya berwarna kuning itu merayap ke seluruh tubuh kakaknya beserta juga akmal yang menyentuh bahu seika sekali juga merayap ke tubuh akmal melalui tangannya seperti cacing.

Semuanya terjadi dalam sekejap.

Seika yang melihat mulut adiknya berkata sesuatu.

"Kali ini, aku yang akan melindungi kakak."

Adiknya tersenyum dan cahayanya semakin terang, seterusnya... Hilang?

Onic yang sudah bersedia untuk menerkam serangga yang hanya berjarak beberapa meter lagi. Tiba-tiba melihat cahaya berwarna kuning yang terang menyedari penglihatannya.

Setelah itu, cahaya itu menghilangkan dan onic menikam... Angin?

Impak daripada serangan onic membuat tanah terbelah dua.

Para serangga dan orang itu menghilangkan daripada pandangan onic dan meninggalkan debu.

Onic membetulkan struktur tubuhnya dan menghentak kan sabitnya ke tanah serta mula berbicara.

"Nampaknya ini tidak akan berakhir dengan terlalu membosankan."

Onic menghelakan nafas segar di sebalik Armor-nya.

Setelah beberapa saat, onic mengangkat tangan kanannya dan tiba-tiba Armor di kawasan tangan kanannya itu menghilang, dan menunjukkan satu tangan yang kecik seperti tangan seorang gadis.

Siapa yang melihat tangan itu mesti tidak percaya bahawa tangan itu sudah mengambil banyak nyawa di planet ini.

Selepas itu,Onic memetik jarinya dan ada sedikit cahaya berwarna ungu semasa onic memetik jarinya.

Tiba-tiba muncul lilitan hitam yang sangat besar di belakang onic.

Mungkin lilitan hitam yang besar itu akan muat kalau untuk memasukkan dua menara kembar sekali gus.

Onic yang tidak mengalihkan penglihatannya sama sekali berkata di sebalik lilitan hitam itu.

"Pergi cari si bangsat itu serta bawakan dia ke hadapan aku, dan... Hancurkan planet ini."

Di dalam lilitan hitam yang besar itu muncul empat mata yang besar.

Terdapat makhluk yang sangat besar didalam lilitan hitam yang besar itu. Makhluk raksasa itu tidak menjawab soalan daripada onic, tapi onic sudah tahu jawapannya walaupun makhluk raksasa di dalam lilitan hitam itu tidak menjawab.

Onic tersenyum disebalik Armor peraknya dan mengangkat tangan kecilnya serta menggenggangnya sehingga mengeluarkan bunyi kerana perasaan yang amat gembira. Akhirnya dia sudah menjumpai orang yang di carinya dan sekarang dia dapat membalas orang itu.

"sekarang 'PPAS' tidak akan ikut campur, jadi... Mari kita mulakan pembalasan dendam!"