Chereads / Di Manakah Kebahagiaan Ku? / Chapter 8 - Bab 8

Chapter 8 - Bab 8

Pada hari yang sama...

Raihan sibuk membuat kerjanya tanpa menghiraukan masa dan apabila tiba masa berehat, Raihan masih sibuk membuat kerjanya.

Rakan sekerja Raihan menegur Raihan apabila melihat Raihan masih membuat kerja, "Hoi! Dah masuk masa rehat dah ni. Lepas berehat, kau sambung lagi."

Raihan terkejut ditegur rakan sekerjanya, berkata, "Ish kau ni. Kalau ye pun nak tegur, takyah lah macam tu sekali, sampai menepuk belakang aku bagai.", sambil memegang belakangnya.

Rakan sekerjanya tergelak dan berkata, "Ye lah. Kalau tak ditepuk gitu, kau takkan dengar. Tadi je aku dah panggil kau, kau tak dengar. Sibuk sangat dengan kerja. Orang lain pun kerja jugak, tapi takde lah macam kau. Khusyuk sangat."

Raihan berkata, "Dah nama kerja, memang lah kena buat betul-betul. Tapi, ye lah, aku memang minat kerja berkaitan dengan haiwan air. Jadi, terkhusyuk pulak. Hehe.."

Rakan sekerjanya terkejut dan berkata, "Haiwan air?"

Raihan menjawab, "Ye lah. Haiwan air. Ikan, udang, sotong…eh betul kan? Haiwan air? Ke binatang air?"

Rakan sekerjanya menjawab, "Hmmm ye lah kot, haiwan air. Eh dah jum, makan. Aku lapar ni."

Raihan berkata, "Ha, jum.", lalu menuju ke arah bahagian rehat untuk pekerja.

Setelah mereka siap mengemas diri, mereka mengambil tempat di meja serbaguna di bilik tersebut untuk makan. Namun, mereka belum membuat pesanan di aplikasi pesanan makanan.

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Han, kau nak makan apa?"

Raihan bertanya, "Kau order dekat app mana?"

Rakan sekerjanya menjawab, "Dekat Grab."

Raihan menjawab, "Oh, kalau situ, aku nak McD lah."

Rakan sekerjanya terkejut dan berkata, "Kau memang tak kisah kan?", sambil tersenyum.

Raihan bertanya, "Maksud kau?"

Rakan sekerjanya menjawab, "Ye lah, kan ramai yang boikot McD. Tapi kau lak boleh je nak order. So, maksudnya kau tak kisah lah nak order McD walaupun ramai yang boikot dari membeli."

Raihan berkata, "Oh, haah. Aku tak kisah sebab bagi aku, hal ni terpulang kat masing-masing. Nak pilih boikot ke tak. Lagipun, niat aku order untuk makan, untuk isi perut aku. Bukan untuk membantu Israel. Walaupun orang kata, order tu kira membantu dieorang. Tapi bagi aku, tak semestinya. Kalau aku beli McD dekat tempat dieorang, ye, boleh je dikatakan aku membantu. Tapi kalau aku membeli dekat sini, bagi aku tak, sebab bila aku membeli kat sini, aku yakin dengan makanan dia halal and dalam masa yang sama, membantu pekerja yang mendapatkan rezeki mereka dekat situ. Kalau takde yang membeli, takde lah duit gaji dieorang. Kesian, orang kita takde pendapatan untuk makan. So, sambil aku order dengan niat nak makan, nak isi perut, aku membantu orang kita yang kerja kat situ untuk dapatkan duit untuk kehidupan dieorang jugak."

Rakan sekerjanya berkata, "Amboi kau. Panjang pulak kau ceramah. Aku tanya je tadi, bukan minta kau berceramah."

Raihan tergelak dan berkata, "Laa aku bagitau je reason aku. Ye lah, lepas aku jawab gitu je nanti mesti kau akan tanya lagi. So, better aku bagitau terus je dengan reason aku."

Rakan sekerjanya berkata, "Hmmm ye lah. Ni kau pilih lah, kau nak yang mana.", sambil memberi telefon pintarnya yang menunjukkan kedai McDonald di aplikasi Grab kepada Raihan.

Setelah mereka membuat pesanan di aplikasi Grab, mereka kembali berborak.

Rakan sekerjanya berkata, "Aku dah order. Aku nak tanya something."

Raihan yang sedang bermain dengan telefon pintarnya terkejut dan bertanya, "Kau nak tanya apa?"

Rakan sekerjanya berkata, "Takyah lah terkejut sangat. Aku nak tanya, kau memang ada hati dekat kawan kau yang pakai baju purple tadi kan?"

Raihan menjawab, "Ye lah aku terkejut, tengah best aku main phone, kau tiba-tiba kata kau nak tanya something. Takut soalan kau tu aku payah nak jawab. Untuk soalan kau tu, hmmmm aku memang ada hati kat dia, tapi aku tak pernah bagitau pun."

Rakan sekerjanya bertanya, "Kau tak pernah bagitau? Kenapa kau tak confess?"

Raihan menjawab, "Ye lah, sebelum ni aku ingatkan tunggu kiteorang dah berumur atas 20 tahun. Sebab taknak bagi harapan apa-apa kat dia, diri aku, and family kiteorang, ye lah sebab sekampung. Tapi, masa kiteorang lower form sekolah menengah, dia dah boyfriend. So, aku taknak ganggu lah."

Rakan sekerjanya berkata, "Hmmm memang takde peluang lah kau dengan dia."

Raihan mengiakan kata-kata rakannya dan sedang mereka memikirkan hal tersebut, panggilan telefon dari aplikasi Grab muncul dan rakannya mengangkat panggilan tersebut. Pesanan mereka tiba dan mereka mula menjamu selera.

Pada masa yang sama…

Irman, Zamir, dan Alif menuju ke ruangan makan di tingkat bawah apabila diberitahu akan makanan tengah hari sudah selesai dihidangkan oleh Mak Jah.

Setibanya di meja makan, Zamir dan Alif serentak berkata, "Wah!! Sedapnya bau, dari rupa pun sedap."

Zamir berkata, "Mak Jah! Terima kasih, nampak sedap menu ni."

Alif dan Irman berturutan mengucapkan terima kasih kepada Mak Jah selepas Zamir mengucapnya.

Mak Jah yang berada di dapur menyahut kata Zamir, "Alhamdulillah. Sama-sama. Makan lah."

Mereka bertiga mengambil tempat masing-masing di meja makan tersebut dan mula menyedok makanan.

Ketika makan, Alif terfikir dan bertanya kepada Irman, "Man, lepas ni kau nak buat apa dengan perasaan kau?"

Irman terkejut dengan soalan Alif dan menjawab, "Maksud kau? Buat apa?"

Alif menjawab, "Ye lah. Sekarang kan kau macam dah gila bayang dengan Nabila, tapi kau nak taknak kena lupakan Nabila. Jadi, sekarang ni kau nak buat macam mana?"

Irman mengeluh dan Zamir berkata, "Bukan macam gila bayang, tapi memang gila bayang dah."

Alif berkata, "Eh ye tak ye.", lalu tergelak dan dituruti oleh Zamir.

Irman menjeling Zamir dan Alif, lalu berkata, "Laa yang tu nanti nanti lah. Kita focus makan dulu."

Zamir berkata, "Eh takde nanti nanti. Nanti nanti kau tu alih alih memang takde khabar. Kita bincang sekarang, dah kebetulan Alif buka topic ni. Kiteorang nak dengar jawapan kau."

Irman mengeluh dan berkata, "Hmmm aku taktau nak buat apa. Kalau nak katakan busykan diri, aku dah pun busy. Hari ni je aku cuti. Kalau nak katakan cari orang baru, siapa? Korang bagitau aku nak buat macam mana?"

Giliran Zamir dan Alif yang mengeluh. Alif berkata, "Tak pun macam ni, kau follow the flow je lah. Tapi, kau tak payah nak selalu ke kedai bunga tu, area situ pun kau tak perlu pergi. Ye lah, kalau kau dah pergi area situ, memang kau akan ingin ke kedai bunga tu. Kalau dah ke kedai bunga, memang sah-sah kau nak jumpa dia. Bila jumpa dia, tak kisah lah kau nak introduce kau tu Irman ex dia ke tidak, tapi bila kau dah jumpa dia, memang confirm kau akan susah nak lupakan dia lepas tu. Kalau kau nak jalan-jalan release stress, kau ajak kiteorang. Sebab kalau kau gi jalan sorang, memang fikiran kau akan mudah melayang ke Nabila. Sekurang-kurangnya, bila kau dengan kiteorang, kau takkan ke situ melayangnya."

Zamir setuju dan mengiakan kata-kata Alif, serta berkata, "Betul kata Alif tu. At least secara perlahan kau akan lupa pasal dia."

Irman mengeluh dan berkata, "Aku nak gitu, tapi hati aku berat nak buat. Seolah macam aku betray Nabila."

Zamir dan Alif menepuk dahi mereka, lalu Zamir berkata, "Kau ni….dah memang korang dah putus. Betray apa nya."

Irman berkata, "Ye, aku tau. Tapi still, itu yang aku rasa bila aku imagine aku buat macam tu."

Alif berkata, "Nak taknak, kau kena jugak buat macam tu. Ni untuk kebaikan kau."

Irman mengeluh dan berkata, "Okay."

Setelah itu, mereka kembali menjamu selera dengan fikiran masih aktif memikirkan hal tersebut. Setelah selesai makan, mereka bertiga menuju ke ruang tamu, dan Alif menghidupkan televisyen di ruang tamu. Apabila televisyen tersebut sudah dihidupkan, Alif memilih siaran dan memilih untuk menonton drama yang tengah hangat dimainkan di kaca televisyen. Zamir dan Irman hairan melihat Alif yang leka menonton drama.

Irman bertanya, "Alif, kau layan ke drama?"

Alif menjawab, "Haah, aku layan.", sambil pandangannya masih melekat di kaca televisyen.

Zamir dan Irman memandang antara mereka, dan tergelak kecil. Irman mengusik, "Patutlah tadi, ayat macam pandai bagi cara. Rupanya daripada drama."

Alif menjeling dan berkata, "At least aku ada idea nak buat apa."

Irman dan Zamir tergelak, lalu Zamir berkata, "Ye, idea kau memang ada. Tapi, aweknya takde. Kau jalinkan hubungan couple dengan mana perempuan pun tak, takyah nak berlagak."

Alif mencebik dan berkata, "Alaa, nanti nanti tu ada lah. Tak perlu nak rush. Aku kan pencinta wanita.", dengan lagak.

Zamir dan Irman mencebik, "Ye lah, pencinta wanita. Tapi tak semua wanita yang mudah jatuh cinta kat kau.", kata Zamir.

Alif menjeling dan berkata, "Dah dieorang tu taktau aku punya charm, nak buat macam mana."

Irman berkata, "Tadi kata dapat idea dari drama, kau tunjuklah kau punya charm tu kat wanita-wanita tu. Haa mana tau aku lak yang boleh belajar dari kau."

Perasaan kecewa Alif pada mulanya ketika diusik, kini berubah menjadi gembira apabila Irman berkata ingin belajar daripada dirinya. Lalu, Alif berkata, "Boleh, nanti aku ajarkan kau."

Zamir dan Irman tergelak, "Tak pun, aku satukan kau dengan kawan perempuan aku. Nak?", kata Zamir.

Alif memandang Zamir dengan hairan dan bertanya, "Kawan perempuan kau, bukan ke Rias tu je? Kalau Rias, memang no lah."

Zamir menjawab, "Taklah. Takkan aku nak satukan kau dengan Rias. Dia tu kan dah macam kawan kau jugak. Kawan perempuan aku yang lain lah."

Alif bertanya, "Kawan perempuan kau yang lain? Berapa banyak kawan perempuan yang kau ada?"

Zamir menjawab, "Aku ada ramai kawan perempuan, tapi aku setia dengan awek aku. Kau nak tak?"

Alif menjawab, "Hmmm boleh gak. Tapi kau pilih yang elok lah, yang sesuai dengan aku."

Zamir berkata, "Aku pilih yang aku rasa elok untuk kau, tapi kau nilai dia lagi lah. Kita buat blind date je senang. Kalau nak mengharapkan kau untuk pilih hari nak ajak dia, memang tak ke mana perkenalan tu. Kalau buat blind date, at least aku yang set kan tarikh untuk kau dengan dia. Amacam?"

Alif menjeling dan menjawab, "Hmm ye lah. Suka hati kau lah.", sambil berbaring di atas sofa untuk kembali menonton drama.

Zamir dan Irman hanya melihat gerak laku Alif, dan memandang antara mereka, lalu tersenyum.

Pada masa yang sama…

Nabila dan Izzati berjalan-jalan di pusat membeli belah yang berdekatan untuk melihat barang-barang yang dijual di pusat membeli belah tersebut.

Setelah berpuas hati melihat kesemua barang-barang di setiap kedai di pusat membeli belah tersebut, Nabila mengajak Izzati untuk pulang, "Zati, balik jum. Dah takde apa nak di tengok ni.", sambil memandang ke kiri, kanan, belakang, dan hadapan.

Izzati berkata, "Eh, jap. Kita tak beli lagi barang dapur. Kita beli tu dulu, baru balik. Okay?"

Nabila menjawab, "Okay."

Setelah membeli barang dapur, Nabila dan Izzati pulang ke rumah sewa mereka. Apabila tiba di rumah, Nabila menuju ke dapur tanpa berlengah dan menyimpan semua barang belian mereka. Setelah selesai menyimpan barangan tersebut, Nabila menuju ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk pakaian seharian. Selesai bersiap, Nabila menyiapkan diri untuk menunaikan solat dan menuju ke ruang tamu setelah selesai menunaikan solat, dan begitu juga dengan Izzati.

Ketika tiba di ruang tamu, Nabila menghidupkan televisyen dan mereka menonton drama yang sedang hangat di siaran televisyen. Nabila dan Izzati leka menonton drama sehinggakan terlupa akan masa.

Apabila azan Maghrib berkumandang, mereka terkejut dan menepuk dahi, "Allah, dah maghrib. Tak ready lagi barang untuk masak.", kata Nabila.

Izzati berkata, "Takpe. Kita solat dulu, pastu baru masak."

Nabila berkata, "Okay."

Nabila dan Izzati pergi menuju ke bilik mereka untuk menunaikan solat, dan Nabila kembali ke tingkat bawah untuk ke dapur bagi menyiapkan makan malam mereka. Sebelum memasak, Nabila mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak dan mula dengan persiapan memasak. Izzati menuruni tangga dan tanpa berlengah menuju ke arah dapur, sambil berkata, "Wah!! Sedapnya bau. Tak sabar betul aku nak makan.", dengan memegang perutnya.

Nabila berkata, "Sabar sabar. Sedia dulu tempat makan."

Izzati berkata, "Baik, mak."

Nabila tersenyum, namun segera simpan senyuman dan memberi jelingan kepada Izzati. Izzati tergelak kecil melihat jelingan Nabila, lalu mengambil pinggan dan kutleri untuk dibawa ke meja makan. Sementara menunggu Nabila siap memasak, Izzati menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Setelah selesai memasak, Nabila menyedok lauk dan nasi ke dalam mangkuk lauk dan nasi, lalu menghidangkannya di atas meja makan. Izzati terhidu akan bau enak dan memandang ke arah meja makan dan ternampak mangkuk lauk, lalu menutup televisyen tanpa berlengah dan menuju ke arah meja makan.

Nabila berkata, "Epp belum lagi. Aku tak hidangkan lagi air. Sabar.", seolah tahu akan Izzati sudah berada di meja makan.

Izzati berkata, "Laa aku tengok je. Tak buat apa pun."

Nabila berkata, "Ye lah tu."

Izzati tidak menghiraukan kata Nabila dan menyedok nasi ke dalam pinggan mereka. Apabila Nabila tiba di meja makan dengan membawa satu bekas air di tangan, Izzati berkata, "Aku tak makan lagi k. Aku cuma cedokkan nasi je kat pinggan kita."

Nabila berkata, "Hmmm ye lah. Aku tak kata apa pun."

Izzati mencebik, lalu membantu Nabila menuangkan air dari bekas ke gelas mereka setelah Nabila meletakkan bekas air tersebut di tempatnya. Nabila menyedokkan lauk ke pinggannya ketika Izzati menuangkan air mereka, dan mengucapkan terima kasih apabila Izzati memberinya gelas berisi air. Izzati mengambil tempatnya dan menyedok lauk ke dalam pinggannya. Setelah Izzati selesai menyedokkan lauk, Nabila mengangkat tangan untuk membaca doa dan dituruti Izzati.

Selesai makan, mereka mengemas bekas makan masing-masing dan Izzati berkata, "Kau naiklah dulu, solat. Ni biar aku kemas. Kau dah penat masak tadi, biar aku tolong kau kemas ni. Settle kemas ni, aku naik solat."

Nabila berkata, "Baiklah. Kemas betul betul tau. Jangan tertinggal satu pun."

Izzati berkata, "Ye, mak. Kau ni kan, tau lah aku. Ingat aku tak pandai kemas ke?", sambil membuat riak wajah merajuk.

Nabila berkata, "Laa aku remind kan je. Takyah lah merajuk.", sambil memujuk Izzati.

Izzati berkata, "Takde lah aku merajuk. Dah, pi naik atas solat."

Nabila tersengih dan berkata, "Hehe, ye lah."

Nabila menaiki tangga dan menuju ke biliknya untuk bersiap diri untuk solat dan kemudiannya menunaikan solat tanpa memikirkan hal yang lain. Izzati menuruti langkah Nabila ke bilik untuk menunaikan solat setelah selesai mengemas meja makan dan bekas makan mereka.

Selesai sahaja menunaikan solat, mereka menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Nabila yang dahulu ke ruang tamu, menghidupkan televisyen dan menonton ulangan drama petang tersebut. Izzati kemudiannya menuju ke ruang tamu selang beberapa minit selepas Nabila mula menonton drama tersebut. Mereka menghabiskan waktu malam mereka dengan menonton drama dan melabuhkan tirai pada pukul 11 malam.