Tiga hari berlalu, sehari sebelum hari pendaftaran untuk Nabila….
Setelah selesai bersarapan, Nabila dan Izzati kembali ke bilik hotel mereka, dan seperti kebiasaannya, Izzati merehatkan badannya di atas katil. Manakala, Nabila hanya duduk di atas katilnya sambil bermain dengan telefon pintarnya. Tanpa paksaan, mata Izzati tertutup dengan sendiri dan membawa Izzati ke alam mimpi, serta dituruti oleh Nabila, tanpa dipaksa, mata Nabila perlahan-lahan tertutup dan badannya rebah dengan sendirinya secara perlahan.
Apabila masing-masing berada di alam mimpi, masa berlalu tanpa mereka sedari. Azan Zohor berkumandang dan Izzati tersedar dari tidur. Izzati meregangkan badannya sedikit, lalu mencuba untuk membangunkan Nabila daripada tidur. Apabila Nabila sedar daripada tidurnya, Nabila turut meregangkan badannya, sementara Izzati menuju ke bilik mandi untuk mengambil air wudhuk.
Nabila dan Izzati menunaikan solat Zohor bersama, dan setelah selesai menunaikan solat, Izzati bertanya, "Kau settle kemas barang-barang kau?", sambil mereka mengemaskan telekung dan sejadah mereka.
Nabila menjawab, "Kemas gitu je dah. Kejap lagi aku kemas betul-betul."
Izzati berkata, "Okay."
Selesai sahaja mengemas telekung dan sejadah mereka, Nabila mengemas barang-barang yang perlu untuk dibawa ke asrama pada keesokan harinya, sementara Izzati hanya berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefon pintarnya.
Setelah selesai mengemas barang-barang, Nabila mengambil tempatnya di atas katil, lalu mengambil telefon pintarnya yang terletak di atas meja kecil yang berada di sisi katilnya.
Izzati bertanya, "Dah settle semua? Ada lagi yang tak lengkap?"
Nabila menjawab, "Dah settle. Takde lagi yang kita perlu beli."
Izzati berkata, "Okaylah macam tu. So, kita tak keluar lah hari ni, kan?"
Nabila menjawab, "Haah, kot."
Izzati bertanya, "Kot?"
Nabila menjawab, "Mana lah aku tau. Kau ada tak nak ke mana-mana?"
Izzati menjawab, "Hmmmm, aku takde lah ada specific tempat nak pergi, tapi nak keluar tu ada lah rasa tu. Kau lak?"
Nabila menjawab, "Aku takde plan apa-apa. Kalau kau nak keluar, boleh je aku temankan. Jum."
Izzati berkata, "Yeayyy!!! Okay, jap kemas."
Nabila tergelak geli hati melihat reaksi Izzati dan mengikuti langkah Izzati untuk menyiapkan diri.
Setelah bersiap, Nabila bertanya, "Kita nak ke mana?"
Izzati menjawab, "Aku ada search tadi sementara tunggu kau siap. Ada shopping mall yang besar lagi berbanding The Spring. Hari kita ke situ and hari-hari selepas tu, kita kan takde ke mana sangat area The Spring tu. Kita cuma ke area India Street je."
Nabila bertanya, "So, apa nama shopping mall tu?"
Izzati menjawab, "Vivacity Megamall."
Nabila berkata, "Uish, gempak nama. Boleh lah, jum. Aku dah siap dah ni."
Izzati berkata, "Okay, jum. Aku order Grab."
Nabila berkata, "Okay."
Nabila dan Izzati keluar daripada bilik hotel mereka dan berjalan menuju ke lif, sambil Izzati membuat pesanan di aplikasi Grab.
Setibanya di Vivacity Megamall…
Nabila dan Izzati terpegun dan masing-masing berkata, "Wow!!! Betul besar lagi dari The Spring."
Nabila bertanya, "Eh, jap. Vivacity ni or shopping mall dekat tempat kita yang besar lagi?"
Izzati menjawab, "Entahlah. Tapi, takpe lah. Tak kisah mana satu lagi yang besar. Asalkan dia shopping mall. Sama je."
Nabila berkata, "Betul betul. So, sekarang ni nak ke mana? Makan? Jalan-jalan, tawaf shopping mall ni? Atau kau ada dah specific kedai yang kau nak pergi?"
Izzati menjawab, "Specific kedai tu takde. Jalan-jalan dulu lah, jum."
Nabila berkata, "Okay, jum."
Izzati terpandang satu kedai dan berkata, "Oh, sini ada Bath&Body Works juga."
Nabila bertanya, "Mana?"
Izzati menjawab, "Tu.", sambil menunjukkan kedai tersebut kepada Nabila.
Nabila berkata, "Oh, ye lah. Kau nak masuk ke?"
Izzati menjawab, "Tak lah. Takut nanti terbeli, hehe"
Nabila ketawa setuju dan berkata, "Betul betul."
Izzati berkata, "Kita tengok ni je lah. Macam pameran kereta."
Nabila berkata, "Haah, dekat banting dia kata GWM."
Izzati berkata, "Tu macam kereta Ora yang viral hari tu. Ada kereta Haval juga. Nak tengok?"
Nabila berkata, "Boleh gak."
Nabila dan Izzati berjalan ke arah kereta Ora tersebut dan mereka disapa lembut oleh pekerja di situ, "Hello", sambil memberi senyuman mesra.
Nabila dan Izzati menyahut sapaan tersebut, "Hello"
Pekerja tersebut berkata, "Boleh tengok kat dalam."
Nabila membuka pintu kereta Ora untuk pemandu, dan duduk di dalam kereta tersebut. Pekerja tersebut mengambil tempat di kerusi penumpang sebelah pemandu, sementara Izzati mengambil tempat di kerusi belakang.
"Wow! Ada massage.", kata Nabila sambil terpegun apabila merasakan belakang badannya seperti diurut.
"Ye, untuk driver ada massage function dekat kerusi. Untuk penumpang, takde.", kata pekerja tersebut.
Kemudian, pekerja tersebut menunjukkan katalog kereta tersebut kepada Nabila dan Izzati, dan menerangkan kepada mereka fungsi-fungsi dan ciri-ciri kereta tersebut.
Pekerja tersebut berkata, "Model kereta yang you guys duduk ni is 500 Ultra 2024 Model. Untuk yang ni, dia ada two-tone color. Kalau yang 400 Pro 2024 Model, cuma ada one-tone color. Kereta Ora ni kereta elektrik, so dia tak pakai minyak petrol. Just nak bagitau je lah, takut you guys fikir kereta ni macam kereta biasa guna petrol. So, battery capacity untuk kereta ni, model 500 Ultra ni, besar lagi berbanding yang model 400 Pro, 63.139 kWh and 47.788 kWh."
Nabila berkata, "Maksudnya yang model 500 Ultra ni, lebih gempaklah function dia?"
Pekerja tersebut menjawab, "Ye, betul."
Nabila dan Izzati berkata, "Oh, okay."
Pekerja tersebut bertanya, "Miss berdua dah bekerja ke? Atau masih study lagi?"
Izzati menjawab, "Kiteorang belajar lagi."
Pekerja tersebut berkata, "Oh, kalau macam tu tak dapat lah nak beli kereta dulu. Takpe, tengok-tengok dulu."
Nabila berkata, "Betul."
Izzati bertanya, "Nak tengok kereta Haval tu boleh tak?"
Pekerja tersebut menjawab, "Boleh, jum."
Nabila dan Izzati melihat dalaman kereta Haval kemudiannya dan seperti ketika melihat dalaman kereta Ora, Nabila, Izzati, dan pekerja tersebut mengambil tempat mereka di dalam kereta Haval. Pekerja tersebut menerangkan fungsi-fungsi dan ciri-ciri kereta Haval kepada mereka.
Pekerja tersebut berkata, "Kereta Haval yang ni model H6. Dia ada high-performance Hev Battery and tangki minyak dia maximum 61L. Boleh sampai 1000km, sesuai untuk jalan jauh.".
"Ni dia punya brochure.", kata pekerja tersebut lagi sambil memberi risalah kereta Haval H6.
Nabila dan Izzati mengucapkan terima kasih, dan mereka melihat risalah tersebut. Nabila bertanya, "Kalau nak tengok bonet dia boleh tak?", selepas melihat beberapa muka surat risalah tersebut.
Pekerja tersebut menjawab, "Boleh."
Nabila dan pekerja tersebut keluar daripada kereta dan pergi ke arah bonet belakang kereta Haval H6. Ketika Nabila sedang melihat bonet belakang, Izzati yang leka melihat risalah, keluar daripada kereta Haval H6 tersebut apabila menyedari Nabila dan pekerja tersebut tiada di kerusi hadapan.
Nabila menyedari kehadiran Izzati di sisinya berkata, "Ti, tengok bonet dia. Luas lah."
Izzati turut melihat bonet belakang kereta Haval H6 tersebut apabila disuruh Nabila dan mengiakan kata-kata Nabila.
Pekerja tersebut berkata, "Memandangkan you guys belum bekerja lagi, tak dapat dulu lah nak membeli kereta. Tapi, mungkin boleh promote ke keluarga or kawan-kawan yang dah bekerja."
Izzati berkata, "Boleh. No hal."
Nabila berkata, "Boleh boleh."
Pekerja tersebut berkata, "Terima kasih."
Nabila berkata, "Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi tunjukkan and explain kat kiteorang."
Pekerja tersebut berkata, "Sama-sama."
Izzati berkata, "Kami pergi dulu. Terima kasih sekali lagi."
Pekerja tersebut berkata, "Sama-sama.", sambil memberi tunduk hormat kepada mereka.
Nabila dan Izzati juga memberi tunduk hormat kepada pekerja tersebut.
Setelah berlalu daripada kawasan pameran tersebut, Nabila bertanya, "Kita ke mana lagi? Situ lah, jum."
Izzati berkata, "Eh kau tanya, kau lak yang jawab."
Nabila ketawa dan berkata, "Kebetulan aku terpandang kedai tu."
Izzati berkata, "Ye lah. Jum. First time kau ajak aku ke kedai macam Lovisa ni. Kau okay tak?"
Nabila menjawab, "Aku okay je. Saja je nak ke situ and plus aku tau kau minat juga benda macam ni."
Izzati berkata, "Mesti lah aku minat. Aku kan perempuan."
Nabila dan Izzati tergelak bahagia sambil bergerak menuju ke kedai Lovisa. Mereka berjalan-jalan di dalam kedai Lovisa dan setiap kedai yang menarik bagi mereka di dalam Vivacity Megamall.
Keesokan harinya…
Setelah Nabila dan Izzati selesai menunaikan solat subuh, Izzati menerima pesanan mesej di aplikasi WhatsApp. Apabila Izzati membuka aplikasi tersebut, penyewa kereta yang Izzati berkomunikasi beberapa hari sebelum itu, memberitahu dirinya sudah di dalam perjalanan untuk menghantar kereta yang Izzati sewa ke hotel yang Nabila dan Izzati menginap ketika itu.
Izzati berkata, "Orang tu WhatsApp aku tadi, kata dia dah on the way ke sini dengan kereta."
Nabila terkejut dan berkata, "Uish, cepatnya. Kata sebelum 6.30 pagi."
Izzati berkata, "Betul lah sebelum 6.30 pagi."
Nabila bertanya, "Dia tak subuh ke?"
Izzati menjawab, "Allah, sayangku Nabila, kita sekarang ni dekat Kuching, Sarawak. Masa subuh sini dengan masa subuh kita dekat Semenanjung sana tak sama. Kita ni solat subuh tadi pun hampir nak terlepas tau masa subuh sini."
Nabila berfikir seketika dan tersengih apabila sedar akan kebenaran kata Izzati, "Ahh, hehe maaflah lupa.", kata Nabila.
Setelah selesai bersiap, Nabila dan Izzati turun ke lobi hotel untuk berjumpa dengan penyewa kereta tersebut.
"Assalamualaikum.", kata Izzati dengan senyuman.
"Waalaikumussalam.", jawab penyewa kereta tersebut sambil memberi senyuman dan memberi tunduk hormat kepada mereka.
Izzati dan Nabila terkejut akan tunduk hormat yang diberikan oleh penyewa kereta tersebut, lalu membalas tunduk hormat tanpa berlengah.
Penyewa kereta berkata, "Saya dah isi minyak kereta sampai full, jadi cik berdua tak perlu risau. Kunci kereta ada dekat dalam kereta. Saya tak tutup enjin sebab nak biarkan kereta sejuk dengan aircon. Tapi, saya buka kecil je sebab kat Sarawak pagi-pagi macam ni sejuk. Nanti kalau cik rasa sejuk sangat, boleh tutup aircon and turunkan tingkap, guna aircon semula jadi.", sambil memberi senyuman.
Nabila bertanya, "Aircon semula jadi?"
Penyewa kereta tersebut menjawab, "Ye, aircon semula jadi. Angin."
Nabila dan Izzati berkata, "Ahh!!"
Izzati berkata sambil tergelak, "Hahaa oh ye tak ye. Maaflah pagi-pagi macam ni, ada blur sikit kepala ni."
Penyewa kereta berkata, "Takpe. Normal tu. Mari, saya tolong letakkan barang ke dalam kereta."
Izzati bertanya, "Eh, takpe ke? Susah-susah je."
Penyewa kereta tersebut menjawab, "Taklah. Tak susah pun.", sambil memberi senyuman.
Izzati berterima kasih kepada penyewa kereta tersebut dan diikuti oleh Nabila yang hanya mendengar dan melihat mereka berbual, sambil memberi senyuman.
Setelah mereka mengucapkan terima kasih kepada penyewa kereta tersebut, penyewa kereta tersebut menjawab terima kasih mereka sambil memberi senyuman, lalu bergerak menuju ke arah barangan Nabila.
Izzati bertanya kepada penyewa kereta tersebut, "Maaf, nak tanya. Macam mana encik nak balik nanti?"
Penyewa kereta tersebut menjawab, "Kawan saya akan ambil nanti."
Izzati berkata, "Oh, kalau macam tu okay lah."
Nabila hanya mendengar perbualan mereka berdua sambil memunggah barangan ke dalam kereta bersama dengan penyewa kereta tersebut.
Setelah selesai memunggah barangan, Nabila dan Izzati sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada penyewa kereta tersebut sambil memberi senyuman manis.
Kemudian, Nabila dan Izzati memasuki kereta selepas memberi salam dan tunduk hormat kepada penyewa kereta tersebut.
Penyewa kereta tersebut menjawab salam dan membalas tunduk hormat mereka, lalu melambai tangan kepada Nabila dan Izzati ketika mereka memandu pergi.
Dalam perjalanan Nabila dan Izzati menuju ke Politeknik Kuching, Sarawak…
Nabila kelihatan ketakutan dan gementar.
Bagi mengurangkan rasa gementar dan ketakutan Nabila, Izzati bertanya, "Kau rasa lah kan, mamat tadi handsome tak?"
Nabila yang mendengar soalan Izzati menjadi hairan dan bertanya kembali, "Mamat mana?"
Izzati beristighfar dan berkata, "Kau ni, kan. Mamat tadi tu lah, yang penyewa kereta ni. Mamat mana lagi. Kau ni pun."
Nabila berkata, "Oh, dia tu. Hmmm", sambil berfikir.
Izzati menunggu jawapan Nabila dan berkata, "Aku tanya soalan simple kot. Handsome ke dak? Payah beno kau nak menjawab soalan satu tu. Haih"
Nabila tergelak dan berkata, "Dah keluar loghat dia."
Izzati berkata, "Iye lah, dah aku geram dengan kau. Macam susah sangat soalan aku tu. Lama betul fikir."
Nabila tersengih dan berkata, "Ye lah, ye lah. Aku jawab. Bagi aku, dia takde lah handsome sangat macam kpop idol kau, tapi okay lah ada rupa. Handsome level melayu kita. Haa, okay tak jawapan aku? Memuaskan tak? Hehe"
Izzati menjawab, "Jawapan kau okay dan memuaskan."
Nabila bertanya, "Tapi?"
Izzati menjawab, "Tapi, aku tak yakin level handsome dia tu level ideal lelaki kau. Kiranya bukan taste kau lah."
Nabila hairan dan bertanya, "Kenapa lak bukan ideal lelaki aku?"
Izzati menjawab, "Ye lah, kalau nak ditengok daripada rupa ex kau, rupa mamat tadi tak dapat nak lawan rupa ex kau."
Nabila berkata, "Oh, aku nampak point kau. Tapi, aku sebenarnya tak kisah pun pasal rupa dieorang. Ex aku tu kira tuah aku lah, tapi part tu je tuah. Kalau part perangai dia and apa dia dah buat, hmmm tu bukan tuah aku."
Izzati berkata, "Hmmm betul. Maksudnya kalau dengan mamat tadi pun kau okay lah?"
Nabila menjawab, "Kalau dah jodoh, aku okay je. Sebab bagi aku rupa tu tak bermaksud apa pun kalau perangai tak elok."
Izzati bertanya, "Okay, tu rupa. Kalau dari segi negeri kelahiran?"
Nabila menjawab, "Hmmm tu pun aku tak kisah. Lagi-lagi sekarang kita dah nampak macam mana orang Sarawak behave. So, aku okay je kalau jodoh aku bukan dari negeri yang sama dengan aku."
Izzati berkata, "Okay. Faham."
Nabila bertanya, "So, kau lak macam mana?"
Izzati bertanya kembali, "Macam mana apa?"
Nabila bertanya, "Kau okay ke kalau jodoh kau bukan se-handsome macam kpop idol kau, or bukan dari negeri yang sama dengan kau?"
Izzati menjawab, "Oh. Kalau aku, dari negeri mana aku tak kisah. Tapi, rupa tu aku pilih sikit. Hehe ye lah sebab nanti aku yang menghadap muka laki aku. So, nak elok lah tapi takde lah elok sangat macam kpop idol. Mamat tadi pun okay."
Nabila berkata, "Faham. Tapi, kau dah ada someone."
Izzati berkata, "Hehe tau. Aku cakap je tadi. Takde niat pun. Hanya menjawab soalan kau. Hahaa"
Nabila tergelak sama dan berkata, "Baiklah."
Izzati berkata, "Aku dari first day kita sampai sini, masih tak sangka yang culture or cara orang Sarawak drive ni lain daripada cara kita kat Semenanjung sana."
Nabila mengiakan dan berkata, "Aku pun perasan yang tu. Dieorang lebih berhemah and takde sangat main hon."
Izzati berkata, "Betul. Kalau kat tempat kita, ada je bunyi hon."
Nabila berkata, "Haah, taktau kenapa tapi aku lebih selesa macam ni. Maksud aku takde banyak sangat bunyi hon."
Izzati berkata, "Oh, faham. Kalau aku okay je dua-dua."
Nabila berkata, "Okay lah, at least kau boleh je dengan situasi yang tak banyak bunyi hon. Ye lah, kita kan dah biasa dengar banyak bunyi hon. So, kalau kau okay dengan situasi yang tak banyak bunyi hon yang bukan kebiasaan kau, okay lah tu. Kau senang nak blend. Hahaa blend, macam makanan lak blend-blend.", dan tergelak.
Izzati tergelak mendengar kata-kata akhir Nabila dan berkata, "Hahaa blend. Kau ni, kan. Tapi, betul lah kata kau."
Nabila dan Izzati tergelak apabila mengingati kata-kata yang menggelikan hati mereka.
Setibanya di Politeknik Kuching, Sarawak...
Izzati mencari tempat letak kereta yang kosong di sekeliling asrama Politeknik Kuching.
"Wahh!! Ramainya! Alamak, macam kena jalan jauh je ni, wei.", kata Izzati sambil menoleh kepalanya ke kiri dan kanan untuk mencari tempat letak kereta yang kosong.
"Itulah pasal. Takpelah, asalkan ada parking.", kata Nabila.
"Haah, daftar asrama kau yang penting sekarang. Haa, ada parking. Alhamdulillah! Jumpa gak parking.", kata Izzati.
"Alhamdulillah.", kata Nabila.
Setelah selesai memakirkan kereta, Nabila berkata, "Allah! Nervous aku."
Izzati bertanya, "Apa yang kau nak nervous?"
Nabila menjawab, "Entahlah. Tapi, aku ada rasa nervous tu."
Izzati berkata, "Hmmm, dah jum. Jangan lupa dokumen kau. Nanti jadi satu cerita lak nak patah balik ke kereta semata-mata nak ambil dokumen."
Nabila berkata, "Hahaa itulah pasal."
Nabila dan Izzati keluar daripada kereta dan mengambil dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran asrama.
Dalam perjalanan ke arah bahagian pendaftaran asrama, Nabila berkata, "Allah! Nervous lah. Aku takut ada yang tak lengkap."
Izzati berkata, "Ya Allah! Nabila. Kau ni kan. Takde benda nak di nervous engkau. Bukannya kau buat presentation ke apa. Kau pergi mendaftar je pun. Kau bagi dokumen-dokumen kau, pastu biar je lah urusetia tu cek. Kau tak perlu buat apa pun. Dokumen kau ni takde yang tak lengkap. Aku dan kau dah berkali-kali cek dokumen-dokumen ni sebab takut ada yang tertinggal or tak lengkap. Haih la kau ni. Tak pernah-pernah lagi kau nervous sebab benda macam ni. Selalu okay je engkau."
Nabila berkata, "Entahlah, wei. Aku sendiri taktau kenapa aku boleh nervous gini."
Izzati berkata, "Hmmm, dah jum. Aku ada. Nanti apa-apa aku tolong. Bawa bertenang. Okay?"
Nabila berkata, "Okay. Jum."
Nabila dan Izzati kembali berjalan menuju ke arah bahagian pendaftaran asrama.
Setibanya di bahagian tersebut, Izzati dan Nabila terkejut, "Wow! Panjangnya barisan.", kata Izzati.
Izzati berkata, "Lebih baik kau beratur sekarang sebelum makin panjang barisan tu."
Nabila berkata, "Haah. Okay.", lalu berjalan menuju ke arah barisan yang ditetapkan untuk Nabila oleh urusetia yang menjaga barisan pelajar baharu.
Sementara Nabila berada di dalam barisan dan berdiri di hadapan meja urusetia menunggu urusetia menyemak dokumen-dokumen miliknya, Izzati mengambil gambar Nabila sambil tersenyum dan tersengih.
Setelah selesai urusan di meja urusetia, Nabila menuju ke arah laluan untuk menuju ke bilik asrama. Izzati melihat Nabila menuju keluar dari barisan, memohon laluan daripada urusetia untuk pergi ke arah Nabila.
Setibanya Izzati di hadapan Nabila, Izzati bertanya, "Ada apa-apa masalah tak?"
Nabila menjawab, "Takde.", sambil menyimpan dokumen-dokumen ke dalam beg miliknya.
Izzati bertanya, "So, sekarang boleh gi tengok bilik lah, kan?"
Nabila menjawab, "Haah. Jum."
Nabila dan Izzati berjalan menuju ke arah bilik asrama Nabila dengan hati yang teruja. Setibanya di bilik asrama Nabila, mereka mendapati rakan sebilik Nabila sudah berada di sana sedang mengemas tempatnya.
"Assalamualaikum.", kata Nabila.
"Waalaikumussalam.", jawab rakan sebilik Nabila diikuti ibu bapa rakan sebilik Nabila.
"Nabila.", kata Nabila mengenalkan dirinya kepada rakan sebiliknya dan ibu bapa rakan sebiliknya, sambil menghulurkan tangan kepada rakan sebiliknya.
"Ani.", jawab rakan sebilik Nabila.
Setelah bersalaman dengan ibu Ani, Nabila mengenalkan Izzati kepada mereka.
"Ni, Izzati. Bestfriend saya.", kata Nabila.
Izzati menuju ke arah ibu Ani untuk bersalaman.
"Korang asal mana?", tanya ibu Ani.
"Kiteorang asal dari Selangor.", jawab Nabila.
"Oh, Selangor.", kata bapa Ani.
"Uncle auntie lak asal mana?", tanya Izzati.
"Kiteorang asal sini, Kuching.", jawab bapa Ani.
"Ah, kalau macam tu boleh lah Nabila belajar bahasa Sarawak dengan Ani, kan Nabila?", kata Izzati.
Nabila tergelak kecil dan berkata, "Haah"
Ibu Ani bertanya, "Parents Nabila tak datang ke?"
Nabila dengan tenang dan lembut menjawab, "Oh, tak. Dieorang sibuk dekat kampung."
Bapa Ani berkata, "Oh, sorry-sorry. So, dengan kawan je lah datang?"
Nabila menjawab, "Takpe. Haah, kebetulan Izzati sambung study kat Sarawak jugak. Tapi, bukan kat Poli ni. Dia sambung study kat UiTM."
Bapa Ani berkata, "Oh, berpisah lah ni."
Izzati berkata, "Haah. Nak buat macam mana.", sambil tersenyum.
Bapa Ani berkata, "Ye lah. Takpe lah."
Ibu Ani berkata, "Takpe lah. Masih dekat Sarawak jugak. Nanti cuti ke hari takde kelas ke boleh jumpa."
Nabila dan Izzati tersengih, "Betul. Nanti kita boleh plan. Boleh gak bawa Ani sekali kalau Ani nak lah.", kata Nabila sambil menoleh ke arah Izzati dan Ani.
"Boleh. Nanti kita plan.", kata Ani.
"Okay. Ani, ada apa-apa gik sik yang tertinggal (ada apa-apa lagi tak yang tertinggal)?", tanya ibu Ani kepada Ani dalam bahasa Sarawak.
"Bantal jak rasanya. (Bantal je rasanya.)", jawab Ani dalam bahasa Sarawak.
"Okay. Kita beli kaktok lah (Kita beli lepas ni lah).", kata bapa Ani.
"Aku try tanya urusetia dapat tak bawa kereta dekat sikit untuk load barang-barang kau. Nanti aku roger kau.", kata Izzati kepada Nabila.
"Okay.", kata Nabila.
Izzati meminta diri dengan ibu bapa Ani dan Ani untuk keluar dari bilik.
Bapa Ani berkata, "Juh lah. Kita balit gik. Nak beli bantal gik. (Jum lah. Kita balik. Nak beli bantal lagi ni.)", dengan ibu Ani dan Ani.
Ibu Ani dan Ani berkata, "Okay.", dengan serentak.
Bapa Ani berkata, "Kami balik dulu, Nabila. Nak beli bantal juga untuk Ani.", kepada Nabila.
Nabila berkata, "Okay, pakcik."
Bapa Ani memberi salam, "Assalamualaikum."
Nabila menjawab salam, "Waalaikumussalam."
Ibu Ani berkata, "Kami balik dulu ye, Nabila.", sambil menghulurkan tangan kepada Nabila untuk bersalaman.
Nabila menyambut huluran tangan ibu Ani dan menyalami tangan ibu Ani dengan penuh hormat.
"Assalamualaikum.", kata ibu Ani dan Ani secara bergilir.
"Waalaikumussalam.", jawab Nabila dengan senyuman.