Chereads / Di Manakah Kebahagiaan Ku? / Chapter 5 - Bab 5

Chapter 5 - Bab 5

Setelah menunaikan solat subuh, Nabila menyiapkan sarapan pagi selepas memberi si Comel makan dan minum. Setelah selesai menyiapkan sarapan pagi, Nabila menghidangkan makanan di atas meja makan dengan lengkap bersertakan pinggan dan kutleri. Nabila mengemas tempat makan Comel sebelum menuju ke bilik Zalikha dan Nadia untuk bangunkan mereka sarapan.

Zalikha dan Nadia masih ingin untuk tidur dan berkata nanti kepada Nabila. Nabila menurut dan berlalu menuju ke dapur semula. Setibanya di dapur, Nabila menyedok makanan ke pinggan dan menjamu selera tanpa ibu dan adiknya. Setelah selesai makan, Nabila mengemas tempat makannya dan menuju ke biliknya untuk menulis nota bagi ibu dan adiknya,

'Assalamualaikum mak & Nadia,

Nabila keluar sekarang ni nak jalan-jalan dengan Izzati sekitar kampung dan ke pekan jugak . Makanan Nabila dah letakkan di bawah tudung salji. In shaa Allah sebelum tengah hari nanti Nabila balik, masakkan makanan tengah hari.'

Setelah selesai menulis nota, Nabila bersiap dan menuju ke dapur melekatkan nota tersebut di atas tudung salji. Setelah itu, Nabila membawa si Comel keluar dari rumah dan secara kebetulan, Izzati sampai di perkarangan rumah Nabila.

Nabila menegur Izzati, "Awal kau sampai….aku tak sempat lagi nak menunggu kau kat sini."

Izzati membalas teguran Nabila, "Amboi kau….aku sampai awal salah, aku sampai lambat salah, aku sampai on time pun salah. Habis tu kau nak aku sampai masa bila? Lagipun ada ke orang yang nak menunggu macam kau kata tadi? Biasanya orang taknak menunggu."

Nabila tergelak melihat reaksi Izzati dan berkata, "Aku gurau je lah. Aku kan memang penunggu orangnya. Sentiasa menjadi orang yang menunggu, menunggu kau bersiap, menunggu kau datang, menunggu si...", suara Nabila menjadi perlahan dan terhenti kata-katanya apabila teringat akan Irman.

Izzati melihat riak wajah Nabila dan bertanya, "Si si….si tu apa? Kau nak kata mamat tu ke?", dengan nada tidak berpuas hati.

Nabila tersenyum dan berkata, "Taklah….ni si Comel ni.", sambil mencium kucingnya yang berada di dalam pelukannya.

Izzati menjeling dan mencebik, "Yelah tu. Dah apa pasal kau nak tunggu Comel? Dia kan kucing.", kata Izzati dengan pelik.

Nabila menjawab, "Ada lah dia buat aku tunggu. Tunggu dia habis makan.", sambil memberi senyuman mengada kepada Izzati.

Izzati geram akan reaksi Nabila dan berkata, "Kau nak tunggu dia buat apa? Biar je lah dia makan minum. Masa tu kau buat lah apa-apa yang patut. Dia bukannya baby kau kena tengok dia makan, jaga dia makan. Even orang yang ada baby pun takde nak menunggu gitu sangat, sambil anak dieorang makan, sambil tu dieorang buat something. Ish kau ni….."

Nabila berkata, "Iyee lah ada orang, mereka akan buat something sementara anak dieorang makan. Tapi tak bermaksud aku kena ikut jugak macam tu. Anak aku, cara aku. Lagipun, bagi aku kucing ni dah macam baby. Semua haiwan bagi aku adalah baby. Sebab pemikiran dieorang dan dieorang punya gerak laku sama je macam baby, cuma luaran dieorang yang berbeza. Ada yang dilahirkan dengan luaran baby manusia, ada yang lahir dengan luaran kucing, anjing, kura-kura, arnab, dan macam-macam lagi.", dengan memberikan senyuman manis kepuasan.

Izzati berkata, "Amboi kau....panjang kau ceramah aku. Ye ye baik...cara kau. Al maklum lah aku bukannya beria sangat dengan haiwan. Aku tak takut, tak geli tapi tak berapa minat sampai nak bela."

Nabila tergelak dan mengiakan kata Izzati, "Betul. Kau memang takkan ada rasa nak bela mana-mana haiwan. Dah jum...nanti lambat pulak kita balik. Bising mak aku nanti."

Izzati berkata, "Yelah. Jum"

 

 

Nabila dan Izzati berjalan menuju ke pekan sambil menikmati angin kampung dan berborak bahagia dengan ketawa riang. Langkah mereka terhenti apabila melihat sebuah teksi menuju ke rumah Raihan. Izzati dan Nabila masih berdiri di tempat yang sama tanpa berganjak selangkah kerana ingin melihat siapa yang keluar daripada teksi tersebut. Mereka terkejut melihat Raihan yang keluar daripada teksi seperti orang yang bukan hanya ke pekan menggunakan teksi. Selang beberapa saat kemudian, ibu Raihan datang menyapa Raihan dengan pelukan bahagia seperti lama tidak bertemu. Selepas meleraikan pelukan, ibu Raihan perasan akan Nabila dan Izzati, lalu memanggil mereka.

Sementara mereka berjalan menuju ke arah ibu Raihan dan Raihan, ibu Raihan bertanya kepada Raihan, "Kamu dah makan?"

Raihan menjawab, "Tak lagi…tak sempat makan tadi."

Nabila dan Izzati sampai ke tempat Raihan dan ibunya berada, "Assalamualaikum, makcik.", kata Izzati sambil bersalaman dengan ibu Raihan, Fatimah, dituruti Nabila.

Fatimah menjawab salam dan bertanya, "Kamu berdua apa khabar?"

Izzati menjawab, "Kiteorang sihat je, makcik.", dengan senyuman.

Nabila memberi senyuman mengiakan kata Izzati dan bertanya, "Makcik lak apa khabar?"

Fatimah menjawab, "Makcik sihat, alhamdulillah. Kamu berdua ada kat kampung ni maksudnya dah cuti ke?"

Izzati menjawab, "Cuti hujung minggu je.", dengan sengihan.

Fatimah bertanya, "Bukan ke kamu berdua ni kerja dekat kedai bunga? Ada cuti hujung minggu ke kerja tu?"

Nabila menjawab, "Kiteorang memang kerja situ, makcik. Kalau ikutkan memang takde cuti hujung minggu, tapi disebabkan hari biasa kiteorang je yang kerja kat kedai tu, jadi sabtu ahad lak boss bagi cuti."

Fatimah bertanya, "Kalau sabtu ahad kamu berdua cuti, kedai siapa jaga?"

Nabila menjawab, "Ada pekerja part-time untuk dua hari tu."

Fatimah berkata, "Oh baguslah macam tu. Ni kamu berdua dah makan ke? Kalau tak makan lagi, makan sama dengan kami."

Izzati menjawab, "Maaf, makcik. Kiteorang dah sarapan tadi."

Fatimah berkata, "Takpe lah kalau macam tu. Ni kamu berdua balik berapa lama?"

Izzati menjawab, "Tak lama pun. Esok kiteorang dah balik. Kiteorang balik ni pun sebab nak mintak restu mak untuk sambung belajar."

Fatimah terkejut dan bertanya, "Oh nak sambung belajar? Asasi ke?"

Nabila menjawab, "Taklah. Diploma, makcik."

Fatimah terkejut dan bertanya, "Mak kamu bagi ke?"

Nabila menjawab, "Haah, mak bagi. Alhamdulillah.", dengan senyuman.

Fatimah berkata, "Alhamdulillah."

Izzati berkata, "Maaf, makcik. Kiteorang nak ke pekan ni, takut lambat lak takde yang best yang tinggal. Kiteorang gerak dulu."

Fatimah berkata, "Laa ye ke? Baiklah, kalau macam tu."

Nabila dan Izzati senyum dan bersalaman dengan Fatimah sebelum berlalu daripada perkarangan rumah Raihan. Raihan hanya melihat dan memerhati wajah dan gerak laku Nabila tanpa berkata sehingga Nabila dan Izzati berlalu untuk ke pekan.

Fatimah perasan akan pandangan mata anaknya dan menegur anaknya, "Kamu masih ada rasa lagi ke dekat Nabila?"

Raihan terkejut ditegur ibunya dan berkata, "Eh taklah. Mana ada Raihan ada feeling kat dia. Dahla jum kita masuk. Lama tak makan masakan ibu."

Fatimah melihat reaksi anaknya, tersenyum bahagia, lalu menuruti langkah Raihan ke dalam rumah.

Setibanya mereka di pekan...

Nabila dan Izzati berjalan di pekan melihat dan mencari bahan-bahan yang mungkin menjadi lauk mereka untuk tengah hari dan malam tersebut. Sementara mencari bahan, Raihan tiba di pekan dan mencari kelibat Nabila dan Izzati. Apabila Raihan menjumpai mereka, Raihan menuju ke arah mereka yang sedang memilih ikan dan menyergah, membuatkan mereka terkejut.

Izzati berkata, "Ish kau ni….terperanjat kiteorang. Kau ni kenapa?", sambil mengurut dada dan dituruti Nabila yang turut terkejut.

Raihan tergelak dan berkata, "Laa aku lama dah jumpa korang, main sergah-sergah.", dengan sengihan.

Nabila dan Izzati menjeling dan penjual ikan tersebut ketawa melihat telatah mereka. Penjual ikan tersebut berkata kepada Nabila dan Izzati, "Korang ni memang tak berubah dari dulu…tapi sekarang ni susah betul nak nampak korang ada kat pekan, terutama kamu Nabila. Bini pakcik dah rindu betul kat kamu."

Nabila terkejut dan berkata, "Allah, maaf pakcik. Nabila sekarang ni kerja dekat luar kampung kita. Jadi jarang ada kat kampung. Ini pun Nabila balik sebab nak mintak restu mak nak sambung belajar. Makcik Nafisah macam mana keadaan dia sekarang? Masih sakit-sakit belakang ke?", tanya Nabila dengan nada risau.

Penjual ikan tersebut menjawab, "Takpe Nabila, tak perlu minta maaf pun. Kamu tak salah. Pakcik cuma hairan, itu saja. Tapi syukur alhamdulillah, kamu dah kerja. Walaupun bukan kerja ofis, kerja biasa pun ok asalkan halal. Ni tambah lagi kamu nak sambung belajar. Allah, semoga kamu dipermudahkan segala urusan. Makcik Nafisah kamu tu masih lagi macam tu, sakit belakang sebab tu dia tak ikut pakcik sini. Tak payah risau lah ye."

Nabila berkata, "Amin. Terima kasih. Tapi..."

Penjual ikan tersebut memahami kerisauan di hati Nabila, lalu berkata, "Pakcik minta maaf, pakcik tak bermaksud nak buat Nabila risau. Pakcik hanya nak bagitau sahaja. Maafkan pakcik ye?"

Nabila berkata, "Takpe pakcik. Pakcik tak salah pun. Nanti pakcik boleh tolong sampaikan salam saya pada makcik?"

Penjual ikan tersebut berkata, "Boleh je Nabila. Dia pasti bahagia."

Izzati menyampuk bagi meredakan keadaan, "Ye lah, mesti bahagia dia kalau orang yang dia sayang dan rindu mengirimkan salam. Untung betul kau Nabila, ramai yang sayang kat kau. Kalau aku, takde orang nak rindu.", sambil membuat muka sedih untuk mengusik Nabila.

Penjual ikan tersebut tersenyum kerana faham akan maksud disebalik kata-kata Izzati dan dituruti penjual yang lain tersenyum.

Nabila berkata, "Ish kau ni, aku kan ada. Aku sayang kau, rindu kau."

Izzati tergelak dan berkata, "Aku gurau je lah. Saja nak usik kau.", lalu menjelir lidah pada Nabila.

Nabila berkata, "Ish kau ni.", sambil mengecilkan matanya memberi pandangan tidak berpuas hati.

Penjual ikan tersebut dan semua penjual yang berdekatan termasuk Raihan tersenyum dan ketawa geli hati melihat telatah mereka berdua.

Setelah selesai membeli ikan di kedai tersebut, mereka bertiga berlalu dan kembali melihat dan mencari bahan-bahan yang diperlukan.

 Sebelum meneruskan perjalanan mereka ke rumah masing-masing, Nabila menghentikan langkahnya setelah beberapa langkah berlalu daripada pekan.

Izzati bertanya, "Kenapa?"

Nabila menjawab, "Aku rasa aku perlu pergi rumah makcik Nafisah. Aku nak tengok dia."

Izzati dan Raihan memandang antara mereka dan mengeluh kerana tiada sebab untuk mereka menghalang, "Hmmm jum lah.", kata Raihan.

Setibanya mereka di rumah makcik Nafisah, mereka memberi salam di hadapan pintu. Nafisah menjawab salam mereka dan membuka pintu. Alangkah terkejutnya Nafisah apabila melihat Nabila di hadapan matanya, lalu memeluk Nabila dengan tangisan menuruni dari matanya tanpa henti. Setelah selesai melepaskan rindunya pada Nabila, Nafisah meleraikan pelukannya dan memerhati muka Nabila, lalu tersenyum bahagia. Manakala, Nabila tersenyum bahagia dan lega apabila melihat Nafisah mampu berjalan walau tidak sepantas dulu. Raihan dan Izzati turut gembira melihat keadaan Nafisah dan aksi manis antara Nabila dan Nafisah. Tanpa sedar, hati Raihan berbunga bahagia apabila orang yang dicintainya begitu lembut dan baik hati. Terlahir senyuman bahagia yang manis di bibirnya.

Nabila bertanya pada Nafisah, "Boleh kami masuk?"

Nafisah tersedar daripada menatap wajah Nabila dan berkata, "Kami? Allah, lupa makcik. Kamu berdua ada sekali. Maafkan makcik. Boleh masuk, jum lah.", sambil tersengih.

Izzati dan Raihan tergelak melihat telatah Nafisah dan berkata antara mereka. "Comel betul makcik Nafisah.", kata Izzati dan Raihan mengangguk mengiakan kata Izzati.

Apabila mereka tiba di ruang tamu rumah Nafisah, Izzati membantu Nafisah untuk duduk. Raihan mengambil tempatnya dan dituruti Izzati setelah membantu Nafisah.

Nafisah berkata, "Maaflah rumah makcik nampak bersepah sikit. Tak larat nak mengemas."

Izzati berkata, "Eh takpe makcik. Lagipun takde lah bersepah mana. Okay je ni.", sambil memberi senyuman.

Nafisah tersenyum dan bertanya, "Eh mana Nabila?", sambil mencari kelibat Nabila.

Nabila menuju ke arah mereka tidak lama kemudian dengan membawa talam berisi empat cawan kosong, pinggan kecil, dan teko.

Nafisah berkata, "Allah, maaf menyusahkan kamu Nabila."

Nabila berkata, "Eh takde apa lah makcik. Nabila okay je."

Izzati bertanya, "Bila masa kau ke dapur?"

Nabila berkata, "Tadi. Masa aku masuk rumah lepas makcik dah masuk kat dalam."

Mereka terkejut dan Izzati berkata, "Sempat jugak kau kan ke dapur."

Nabila senyum dan menuangkan air ke dalam cawan, lalu memberi kepada mereka semua. Setelah selesai memberikan cawan, Nabila mengambil tempatnya di sebelah Izzati.

Nabila bertanya pada Nafisah, "Keadaan makcik macam mana sekarang?"

Nafisah menjawab, "Macam ini je lah, Nabila. Ada masanya terlalu sakit belakang makcik ni, ada masanya pulak sakit sikit. Masa dia sakit sikit je, makcik boleh temankan pakcik kamu tu ke pekan. Bila dah sakit gini, tak dapat lah nak ke pekan.", sambil mengurut belakangnya.

Nabila berkata, "Kalau macam tu, makcik nak Nabila urutkan?"

Nafisah berkata, "Boleh jugak."

Nabila berkata, "Nabila urutkan dekat dalam bilik tu lah."

Nafisah berkata, "Boleh boleh."

Nabila membantu Nafisah untuk bangkit dari kedudukannya dan menuju ke arah satu bilik untuk berurut. Setelah selesai berurut, mereka kembali menuju ke ruang tamu.

Setibanya mereka di ruang tamu, Nabila membantu Nafisah untuk duduk dan Izzati bertanya, "Macam mana, makcik? Sedap ke urutan Nabila?"

Nafisah senyum dan berkata, "Sedap", sambil memberi ibu jari.

Izzati dan Raihan tergelak, manakal Nabila hanya tersenyum dan mengambil tempatnya kembali. Setelah selesai minum, mereka meminta diri untuk balik. Namun, Nabila tidak lupa untuk mengemas cawan dan teko sebelum balik.

Dalam perjalan balik...

Raihan bertanya, "Bila korang balik rumah sewa?"

Izzati menjawab, "Pagi esok. Kenapa?"

Raihan menjawab, "Kalau macam tu, kita lepak kat sawah petang nanti, nak?"

Nabila menjawab, "Aku tengok dulu macam mana keadaan. Takut nanti mak aku ada benda dia nak aku buat."

Izzati menjawab soalan Raihan, "Aku okay je."

Raihan yang mendengar jawapan Nabila kecewa, namun tidak menunjukkan rasa kecewanya pada mereka. Tetapi, Izzati perasan akan perubahan riak wajah Raihan dan menahan gelak.

Izzati mengusik Raihan, "Oh so maksudnya kau nak lepak petang nanti sama-sama tu hanya kau dan Nabila je la?", sambil mengangkat keningnya dan nada mengusik.

Raihan membalas, "Haah, aku nak lepak dengan Nabila je. Sebab kalau kau ada, menyibuk je nak menyampuk.", dengan nada mengusik.

Nabila tergelak melihat mereka dan berkata, "Eh korang ni. Dah jum, balik."

Apabila sampai di rumah menggunakan pintu belakang, Nabila mengemas meja makan dan mencuci bekas makan dan minum ibu dan adiknya setelah meletakkan barangannya di atas kaunter meja dapur. Setelah selesai mengemas meja makan, Nabila mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat ikan masak asam pedas.

Nadia menuju ke arah Nabila dari belakang dan menegur Nabila yang sedang memasak, "Balik gak kau, kan? Aku ingatkan kau taknak balik dah ke sini. Ye lah, hari tu kau bukan main lagi nak keluar dari rumah ni. Kata nak cari kerja dan berdikari, ikut kawan kau. Ni kenapa kau balik?"

Nabila menjawab, "Aku balik ni sebab nak mintak restu mak untuk aku sambung belajar.", dengan tenang.

Nadia bertanya, "Laa perlu ke kau mintak restu mak kalau kau nak sambung belajar?"

Nabila menjawab, "Eh mesti lah. Bila ada restu orang tua, pelajaran kita akan berkat. Macam tu jugak dengan kerja. Hari tu kan aku ada mintak restu dan izin mak untuk aku kerja kat luar kampung and duduk serumah dengan kawan aku. Masa aku kerja, alhamdulillah segala urusan aku senang je sebab ada restu dan berkat. Sebab tu aku boleh je bagi duit kat mak walaupun aku perlu bayar sewa rumah dan keperluan aku kat sana. Nanti kau nak apa-apa macam apa yang aku nak buat, kau mintak restu mak. Biar berkat apa yang kau nak buat."

Nadia berfikir dengan kata-kata Nabila dan Nabila menyambung kata, "Masa aku takde, kau kena tolong mak buat kerja rumah gak tau. Jangan biar mak buat semua, kau lak goyang kaki. Kalau boleh kau yang buat semua. Jangan bagi mak buat apa pun. Ye lah sampai bila kau nak macam ni je? Kau kena belajar jugak macam mana nak uruskan kerja-kerja rumah. Kalau kau tak belajar, nanti macam mana kau nak uruskan keluarga kau sendiri. Even sebelum tu pun, macam mana kau nak tackle hati bakal mak mertua kau kalau kau tak pandai buat kerja rumah?"

Nadia berkata, "Eh kau nak ceramah aku pulak. Aku tau lah semua tu, tapi aku sibuk lah dengan kerja sekolah."

Zalikha mencuri dengar perbualan mereka berdua dan mencelah, "Betul kata Nabila tu, anak mak ni kena belajar buat semua tu, biar nanti senang masa nak berlaki. Tapi Nabila, kau tak perlu nak tegur Nadia. Biar aku yang tegur. Kau buat je kerja kau diam-diam.", gertak Zalikha pada Nabila, namun lembut nadanya pada Nadia.

Nabila hanya diam dan tenang, tanpa bunyi. Nadia pulak menjelir lidah dan tersenyum sinis kepada Nabila apabila Zalikha menuju ke ruang tamu, lalu menuruti Zalikha dari belakang dan menuju ke biliknya. Manakala, Nabila hanya diam dan memasak tanpa melawan serta menahan pedih di hati.

Pada malam tersebut….

Setelah Nabila selesai menunaikan solat, Nabila bertanya Izzati melalui aplikasi WhatsApp berkenaan rancangan untuk pulang keesokkan hari.

"Assalamualaikum Izzati. Macam mana esok? Nak berangkat pukul berapa?"

Izzati membalas,

"Waalaikumussalam. Kita berangkat lepas sarapan esok, dalam pukul 10 pagi macam tu. Okay tak?"

Nabila membalas,

"Aku okay je. Tapi aku taktau pukul berapa mak aku bangun pagi esok."

Izzati membalas,

"Kalau macam tu, kau bangunkan mak kau lepas sarapan ke, takpun tak payah bangunkan. Lepas sarapan, kalau mak kau tak bangun masa tu, kau keluar je lah dari rumah. Tulis nota je ke, kan?"

Nabila membalas,

"Ish kau ni. Taknak lah gitu. Aku masuk rumah masa datang hari tu dengan cara bagus, takkan aku nak keluar ni cara macam tu. Tak elok lah. Lagipun kan aku datang mintak restu dia, nanti bad mood pulak dia kalau aku keluar gitu je. Tak berkat pulak restu tu."

Izzati membalas,

"Hmmm kau ni kan. Nasib baik sebab mak kau. Kalau kau baik gini sebabkan orang lain, memang aku dah naik angin. Fine. Kita gerak bila kau dah salam & inform mak kau. Tapi ye lah sebelum pukul 10 macam tu aku call teksi. Pastu sampai je teksi kat depan rumah aku, aku masuk dalam teksi, then terus ke rumah kau. Then, aku dengan pemandu teksi tu tunggu je kau kat depan rumah kau sampai kau selesai."

Nabila membalas,

"Baiklah. Hehe thank you. Tapi kan, nak bawak apa je untuk diploma?"

Izzati membalas,

"Kalau barangan macam untuk mandi, baju, semua tu aku rasa tak perlu bawak apa dari sini. Aku rasa dari sini, kita just bawak document-document penting je. Yang berkaitan je lah."

Nabila membalas,

"Hmmm okay. Pasni aku pack document-document yang berkaitan. Thanks."

Izzati membalas,

"Okay, sama-sama. Aku pun lepas ni baru kemas."

Nabila membalas,

"Okay. Jumpa esok."

Izzati membalas,

"Okay."

Setelah selesai berbincang, Nabila dan Izzati mengemas barangan mereka. Nabila termenung apabila memikirkan dirinya yang hendak menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Hanya senyuman yang terukir di bibirnya apabila memikirkan itu, namun hilang kemudian apabila teringat akan memorinya dengan Irman setelah matanya terpandang meja belajarnya. Air matanya mengalir laju, namun Nabila mengesat air matanya dengan cepat dan cuba untuk menenangkan dirinya serta kembali mengemas barangannya.