Chereads / (Jangan)Lepaskan Aku Pergi / Chapter 7 - Tujuh : Lawan

Chapter 7 - Tujuh : Lawan

Keadaan sudah mula berubah. Ad bangun dari tidurnya dan termenung panjang. Dia memikirkan tentang apa yang telah terjadi kepada dirinya. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Dengan sekelip mata sahaja dia dijauhi semua orang, dibenci sedangkan semua itu adalah khianat semata. Fikirannya semakin terbelenggu, dia menjadi malu untuk bertemu dengan sesiapa. Yang dia mampu kata adalah apa salah dirinya.

Pada pagi itu, Ad keluar sebentar setelah diminta ibunya untuk membeli sedikit barang-barang dapur. Waktu sedang berjalan pulang dengan membawa barang-barang dapur, dia terlihat sekumpulan pemuda nakal bermotorsikal yang sedang melepak di kawasan taman permainan. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada salah seorang dari pemuda itu. Orang itu adalah Joey.

Ad berhenti. Muka Ad menjadi kemerahan seperti adanya haba panas yang keluar pada mukanya. Dia terus berjalan menuju kepada Joey. Joey perasan Ad datang kepadanya dan saling bercakap-cakap dengan pemuda yang lain.

"Lihat siapa yang datang, itu adalah seorang pencuri terkenal di sekolah dia sekarang di gantung sekolah."

"Kau sengaja perangkap aku kan? Kau yang rancang semua ini!"

"Hey pencuri, apa kamu cakap ni? Kamu nak menuduh orang lain pula ya."

"Aku tahu kau yang buat semua tu, siapa lagi yang mengajak aku masuk ke bilik guru untuk ambil dompet Cikgu Zack tu?"

"Kau ada bukti ke aku yang ambil?" Ad tidak mampu memberikan sebarang bukti tetapi dia berasa sangat marah.

"Aku ingat aku sahabat kau."

"Bila masa pula kita ni bersahabat? Kau tak nampak aku sedang melepak dengan siapa? Mereka semua ni sahabat aku."

"Kau memang tak guna Joey!" Ad memberikan satu tumbukan di muka Joey.

"Aduh!"

"Kurang ajar kau pencuri!" Joey membalas semula tumbukan kepada Ad. Mereka berdua bergaduh terguling-guling sehingga terbaring di tanah. Barang-barang yang dipegang Ad jatuh bersepah.

Tidak lama kemudian, Sumire melalui kawasan itu. Sumire terkejut melihat Ad dan Joey sedang bergaduh di situ dan terus berlari kepada Ad.

"Hentikan Ad! Kamu ni dah semakin melampau Ad. Kamu dah banyak buat masalah sekarang kamu pukul kawan kamu sendiri. Apa nak jadi dengan kamu ini?"

"Ini semua Joey punya pasal! Semua salah Joey!" Joey berpura-pura menjadi seperti orang yang tidak bersalah.

"Sumire, saya cuma duduk dengan kawan-kawan saya di sini. Dia tiba-tiba datang terus pukul saya, dia tuduh saya pula yang buat jahat pada dia."

"Kau jangan nak berlakon jadi mangsa lah!"

"Sudah Ad! Saya taknak dengar lagi. Ternyata kamu memang orang jahat Ad, saya tak mahu kenal kamu lagi."

Ad terpaku. Orang yang dia sayang, Sumire, juga dah tak percaya dia lagi. Kesedihan terpancar di muka Ad. Salah seorang dari sekumpulan pemuda bermotorsikal yang memerhatikan pergaduhan antara Joey dan Ad datang kepada Sumire memberitahu kepadanya untuk pergi kerana dia akan selesaikan masalah tersebut.

"Cik Sumire, cik Sumire pulang lah dulu ya biar saya yang selesaikan masalah mereka ini."

Sumire yang terlihat kesal melihat muka Ad terus berlalu pergi. Setelah Sumire pergi, pemuda itu datang kepada Ad dan meminta Ad untuk meminta maaf kepada Joey.

"Kenapa pula aku perlu minta maaf kepada orang yang fitnah aku?"

Tidak banyak bicara, pemuda itu terus menumbuk-numbuk Ad tanpa henti.

"Aku tak suka orang yang banyak bicara! Bila aku cakap buat, kau buat lah!"

Satu lagi pukulan diterima Ad. Pemuda itu tidak bersendirian, teman mereka yang lain turut ikut sama memukul Ad. Joey hanya tersenyum sahaja melihat Ad dipukuli sehingga layu terkulai. Bila melihat Ad seperti sudah tidak sedar, Joey menahan pemuda-pemuda yang lain untuk menghentikan tindakkan mereka.

"Berhenti dulu! Dia dah tak sedarkan diri."

"Dia sudah mati ke?"

Joey ketakutan bila mendengar penyataan itu dan terus meminta pemuda semua untuk pergi.

"Mari kita pergi nanti tiba-tiba polis nampak kita yang lakukan habislah kita. Jom! Jom!"

Joey dan sekumpulan pemuda bermotosikal itu bergegas pergi meninggalkan Ad yang hanya terbaring tidak sedarkan diri.

Pagi berganti petang, petang berganti malam. Ad tersedar dari pengsan, dia hanya melihat kegelapan malam. Ad meraba-raba tanah untuk mengumpulkan barang-barang yang dibawanya dan berjalan pulang ke rumah dengan mengikuti cahaya lampu. Dia sampai tidak mampu berjalan dengan benar dan seperti berada dalam separuh sedar.

Sampai sahaja di rumah, ibunya sudah menunggu di hadapan rumah. Tanpa menunggu lama, ibunya terus memarahinya. Kemana kau pergi? Ibu cuma minta kamu keluar pergi beli barang ibu ke kedai sahaja. Apa nak jadi kamu ni? Dengan baju koyak rabak, sekarang dah suka bergaduh pula? Ad hanya berjalan diam, meletakkan barang yang dibeli di tepi dan terus masuk ke dalam biliknya. Ad terbaring tanpa menukar pakaiannya yang masih koyak rabak. Ad mencuba menutup mata dan tertidur.

Pada keesokan harinya, matahari telah naik sambil mendengar kicauan bunyi burung, Ad masih terbaring. Dia merasa satu badannya seperti remuk dilanggar lori, terasa sakit akibat dipukul sekumpulan pemuda bermotorsikal yang bersama dengan Joey semalam. Ad kemudian memaksa dirinya untuk bangun dan mandi kerana badannya banyak kesan tanah dan darahnya.

Selesai sahaja mandi, dia terus duduk di dalam biliknya. Apabila dia melihat pintu biliknya, seperti ada trauma yang datang kepadanya. Sebuah ketakutan akan dunia luar. Bermula pada saat itu, dia sudah tidak lagi mahu keluar dari rumah dan menyendiri di dalam biliknya. Ibunya mula merasa khuatir pada dirinya.