"Ad, keluarlah bilik. Kamu sudah terlalu lama di dalam bilik."
Ad membuka sedikit pintu biliknya, dia memanggil ibunya dan berbisik.
"Ibu, ibu dengar tak? Ad dengar ada bunyi tapak kaki orang di luar rumah kita. Ad takut."
Puan Nohara hairan dengan apa yang di katakan Ad.Belum sempat hendak di tanya Ad sudah menutup pintu biliknya semula. Puan Nohara menangis melihat keadaan Ad yang menyedihkan. Hari berganti hari, Ad hanya duduk menyendiri di biliknya.Terkadang membaca komik,menonton TV dan suatu masa dia hanya termenung di dalam biliknya, dia sudah menutup dunia luar untuknya.Terkadang juga kedengaran suara ketawa tanpa sebab.
Sudah masuk hari isnin,hari itu menjadi berbeza.pintu bilik terbuka Ad turun ke bawah dan duduk di meja makan. Itu adalah kali pertama dia turun ke bawah setelah sekian lama tidak keluar bilik. Puan Nohara agak terkejut melihat Ad sebegitu, Ad hanya tersenyum-senyum sahaja.
"selamat pagi ibu"
Dia berfikir bahawa keadaan Ad sudah membaik pulih. Puan Nohara pun menghidangkannya makanan. Setelah selesai makan, Ad memberitahu kepada ibunya dia ingin ke taman permainan. Puan Nohara melihat perlakuan Ad seperti tidak terjadi apa-apa mula membuatnya merasa risau tetapi hanya dia mengiyakan sahaja dan mengizikan Ad keluar. Petang itu, Ad pergi ke taman permainan berdekat dengan rumahnya, dia hanya duduk termenung di buaian.
"Hari ini mesti jadi…mesti jadi…
Dia melihat ke awan dan tersenyum." yang indah itu ada..tapi mungkin bukan di sini."
Ad menundukkan wajahnya kebawah,Kemudian terus bergegas berlari ke suatu tujuan kelihatannya dia sudah merancang sesuatu. Jam menunjukkan pukul 4 petang, sekolah South emblem separa tutup kerana masih ada lagi pelajar yang mengikuti kelas tambahan serta bersukan di padang. Ad tiba menghampiri sekolah dan melihat pada pagar sekolah ada seorang penjaga yang mengawal, dia tidak mungkin dapat masuk kerana bukan lagi waktunya pelajar untuk masuk lagi pula dia masih digantung persekolahan kerana kesalahan yang di tuduhnya. Dia melalui jalan tepi sekolah dan menuju ke kebelakang sekolah memanjat pagar sekolah.Di bahagian belakang kurang pengawasannya.
Dia masuk secara berhati-hati dan bergerak dari satu bangunan ke satu bangunan. Ad masuk ke kelas Sumire dan menghampiri meja Sumire. Dia mengambil kertas yang dicari bawah-bawah meja dan pen. Dia menulis sepucuk surat untuk Sumire dan meletakkan di bawah meja Sumire. Selesai sahaja menulis, Ad terus berjalan menuju ke tingkat atas sekolah. Seperti lega sudah menyampaikan sesuatu yang diinginkannya.
Ad melihat awan dan tersenyum, dia berdiri di berdekatan tembok bangunan dan memanjat ke atas, dia sekali lagi dan memandang ke bawah.
"Mintak maaf semua."
Pengawal keselamatan terlihat seseorang berdiri di atas bangunan dan berteriak kepadanya.
"Hei! Kamu buat apa di atas tu! Jangan terjun!!"
Suppp!!..
Bayangan orang terjun dari bangunan dengan laju. Sumire masuk kekelasnya selepas habis ke kelas tambahan, dia ingin mengambil barangnya yang tertinggal di dalam kelasnya. Sumire terlihat ada sepucuk surat di bawah mejanya. Di depan surat itu tertulis daripada Adrian kepada Sumire.
"Sumire, terima kasih pernah menjadi sahabat Ad yang terbaik. Ad takkan pernah melupakan Sumire dan janji yang pernah kita buat. Selepas ni Sumire takkan nampak Ad lagi. Dan ini adalah pernyataan yang terakhir yang ingin Ad katakan bahawa Ad bukanlah seorang pencuri."
Sumire terbaca sambil menangis. Dia melihat bayangan orang jatuh dari tepi tingkap dan apabila melihat keluar dia terkejut apabila mengetahui Ad terbaring di situ.
"Ad!!!"
Berbalik kepada Sumire yang mengingatkan tentang ingatan Ad. Sepertinya ingatan Ad kembali semula sedikit demi sedikit, airmatanya mula mengalir deras.
"Benarkah semua ini?"
kenapa saya buat perkara begitu?
dan kenapa saya merasakan sakitnya juga?
"Itulah yang sebenar-benarnya Ad, kamu dapat melihatnya dengan jelas dan merasakannya kerana itu ingatan kamu."
"Jadi kalau semua ini hanya mimpi, bererti kamu juga hanya sebuah mimpi."
"Saya diwujudkan atas perasaan Sumire dan orang-orang yang menyesal setelah tahu tentang kebenaran yang kamu telah di aniaya. Dan saya di hadirkan untuk menyedarkan kamu, benar Ad, kamu tak salah Ad."
Ad menangis.
"Tapikan..jika saya balik lagi ke dunia nyata lagi pasti dunia nyata lebih menyakitkan."
"Kamu akan pergi buat selama-lamanya jika tidak ada perasaan untuk bangun Ad."
Tiba-tiba Emma datang.
"Ad, kenapa Ad menangis?"
"Ad tak mahu tinggalkan dunia ini. Ad sudah nyaman di sini daripada nyata. Dunia nyata itu kejam dan menyakitkan."
"Sumire kenapa kau buat Ad bersedih, pergi kau dari sini!"
Sumire terkejut.
"Ini bukan realiti kehidupan Ad. Mungkin hidup Ad teruk sebelum ini tapi selepas terungkap kebenaran Ad takkan derita lagi."
"Jangan dengar kata dia, dia cuma nak menjauhkan Ad dari Emma je."
Ad memegang tangan Emma dan berjalan, sempat berkata kepada Sumire.
"Jangan ganggu kami lagi. Pergi! Pergi!"
Sumire hanya terpaku, semakin lama semakin jauh dan jauh. Sumire menjerit.
"Ad! Ad! Ad!!!"
Kelihatan mesin denyutan jantung berbunyi semakin lama semakin mendatar. Tetttt…dan terus mendatar. Yang berbaring di hospital itu Ad. Dan Ad telah tiada. Ad selubungi orang-orang yang pernah ada di sisinya. Ibunya, Dodo dan Sumire. Ad dikuburkan. Permandangan menjadi gelap gelita.