"Adam! Nanti lepak sama nak tak?" Jerit Aliya dalam kelas.
"Tak nak la. Aku bukannya ada duit nak keluar" balasku
"Ala~ tak best la takde kau"
Aku menarik kerusi dan duduk semula di tempat duduk ku. Sebenarnya, aku nak lepak dekat library nanti. Namaku Adam, aku merupakan seorang pelajar di X universiti dalam bidang pengurusan perniagaan. Ada sebabnya aku nak lepak dekat library nanti.
Kelas aku pagi itu hanyalah kelas tiga jam sahaja. Usai kelas, aku langsung pergi lepak di perpustakaan . Pandanganku mulai memusat terhadap sekolompok kumpulan remaja lelaki dibawah pokok yang redup.
"Pleaselah Hans bagi aku main PS5 kau kat rumah kau nanti" Pinta Lock
"Bapak ah, kau main game dah la berjam-jam, haritu mulut mak aku berbuih marah kat aku, kau tak."
"Ala bolehla~" Pinta Lock sambil acah memeluk tangan Hans.
Comel betul mereka dua tu, lepas ni aku nak tulis kat buku diari akulah.
Aku dah hafal tempat mereka selalunya lepak, Jam macam ni memang mereka akan lepak bawah pokok tepi perpustakaan.
Aku berjalan sambil mengukir senyuman di bibir aku. Haha~ crush aku memang comel, lagi-lagi si Lock tu, memang one of my favourite.
Senyumanku pudar apabila buku diari aku hilang tanpa dikesan. Puas aku mencari kalau-kalau terselit dicelah-celah buku nota. Mana aku letak? Takkan aku lupa nak bawa? Sambil ku cari di dalam perpustakaan.
"Sedang mencari ni ke?"
Ini yang aku tidak suka. Rimas la apabila orang pegang barang peribadi aku.
"Err haha bukan aku punya"
"Jawapan yang salah tapi tak mengapa sebab aku jumpa bende yang menarik dalam ni~ lagipun ada nama kau kat sini."
Aku dan dia terjepit dalam kejanggalan. Dia dah tahu rahsia aku. Apa yang patut ku lakukan?
"Tolong Zayn. Jangan bagitau kat kawan kau. Aku merayu sangat-sangat." Suaraku mulai serak.
"Oh kenapa pulak, mereka tu kan kawan aku. Takkan la aku nak biarkan kau stalk mereka sampai graduate?"
Mataku tidak dapat ku tahan lagi. Aku menitiskan air mata kerana takut akan diskriminasikan dan dijauhi oleh orang-orang lain.
"Pfft, aku gurau jela. Macam ni jela. Apa kata kau ikut je apa saje permintaan aku, pastu aku bagi buku kau balik lepas tiga bulan. Nak tak?"Zayn sambung sambil usap mataku.
Diselubungi rasa malu aku hanya menganggukan permintaan dia. Tiga bulan bukanlah lama sangat kan?
Keesokan harinya~
Aku masih gugup hendak masuk kedalam kelas. Bagaimana kalau Zayn tidak menepati janjinya? Aku paksa diri aku masuk ke kelas. Keriuhan kelas dapat didengari tapi tiada seorang pun bergosip fasal aku. Mungkin aku cuma paranoid sahaja. Tak mungkin dia mengingkari janji.
Kelas berakhir dengan izin pensyarah untuk bersurai. Sosok Zayn berdiri di hadapan pintu kelas.
"Bagi nombor fon kau sat"
Humph! Kau jangan nak berharap aku akan bagi nombor telefon aku.
"687-000-xxxx" Bapak ahh, apa benda yang aku buat ni.
"Okay thank you awak"
Aku hanya membalas dengan jelingannya sebelum Zayn pergi dari situ dengan senyumannya. Apa la yang dia nak buat dengan nombor aku.
Petang tu aku balik, dengan badan yang penat aku ingat nak lelap kejap, tapi tertidur sampai petang. Anjak sahaja lah memandangkan aku ada kelas pagi.
*Ring *Ring
Aduh siapa pulak yang call aku malam-malam buta macam ni ; omel ku.
"987-000-xxxx? Takde name orang, ni mesti scammer."
Aku angkat panggilan dari orang yang tak dikenali.
"Woi kau nak scammer orang pun, scam la siang celik, ni kau scam aku malam-malam dah kenapa bahenol." Marah ku
"Hahaha" Pemilik suara itu hanya ketawa.
Suara itu macam kukenal.
"Bahenol bapak mu yang bahenol"
"Eh sayang, awak apa khabar" Oh Tuhan aku dah pasrah.
"Sayang pantat mu la sayang. Aku send location kat kau nanti, kau tolong teman aku nak?
Keadaan agak janggal disini.
Aku tidak berkata banyak hanya meng-iyakan permintaan dia sahaja. Tempat itu tidak lah jauh dari kawasan kediaman aku, selang beberapa minit kemudian aku ternampak dia dalam kedai 24 jam.
"Sini kau duduk sini, depan aku"
Aku tidak menyoal. "Kau pilihlah apa yang kau nak makan. Nanti aku bayar."
Dia menarik tangan aku dan pilih makanan yang sudah diproses. Aku hanya membontotinya sperti anak kecil. Usai memilih makanan, kami menuju ke kaunter perbayaran. Kemudian kembali ke tempat duduk tadi.
"Kenapa nak suruh aku teman lak? Kau kan banyak kawan?" Soal ku.
"Kawan aku tu tak lepak malam. Main game je dorang. Lagipun aku nak kau je."
Aku memandang dia penuh tanda tanya. Mereng jugak budak ni.
Jam menunjukkan 12 pagi. Zayn berkeras nak teman aku balik. Dia menemani aku balik sehingga tibanya di kawasan kediaman tempat tinggal aku.
Lambaian dari Zayn mengakhiri pentas kejadian malam ini.