Chereads / Bukan Crush Aku / Chapter 4 - Eratkan Hubungan

Chapter 4 - Eratkan Hubungan

Hari itu, aku menghantar Adam pulang ke biliknya, tetapi hanya sehingga di luar bilik. Tapi aku tidak menyangka biliknya begitu kecil. Bahkan, stor rumahku lebih besar daripada ini. "Sudah tahu bilik ini kecil, kenapa korang berdua memadatkan diri di sini?" aku meluahkan.

"Woi, korang berdua takde kerja lain ke?"

"Hah?"

Haih. Sejak Lock dan Hans mengenali Adam, mereka semakin kerap lepak dengan Adam. "Tolong aku pergi beli air kopi. Pape je, asalkan kopi sturbeck."

"Kenapa kau tak order makan je? Lagi senang," protes Lock. Aku hanya memandangnya dengan rasa pelik. Lihatlah situasi ruang ini, korang berdua dah memadatkan bilik ini.

"Dah aku bagi kad, janji kau beli kopi sturbeck dekat sebelah pekan dari bandar ni, limit 1500 ringgit je," sengaja aku suruh dia beli air di tempat yang jauh.

"Serius ke, pape je aku boleh beli?"

Aku mengangguk lalu mendorong mereka keluar dari pintu. Adam kembali dari kedai serbaneka, menggenggam beg plastik berisikan mi segera. "Korang nak pergi mana?" dia bertanya sambil menyengetkan kepala sedikit.

"Nah, Zayn suruh pergi order air sturbeck," balas Lock. Hans tidak banyak berkata, dia hanya angguk dari belakang.

"Aku ada beli mi samjang, nanti kita makan sama okey?"

"Korang berdua je makan, Zayn dah bagi kad dia untuk kami belanja. Korang dating la ye."

Adam tergamam. Wajahku tidak menunjukkan sebarang reaksi; aku tahu kedua-dua mereka suka menyakat orang. Adam mengalih pandangannya dari aku. "Perisa apa yang kau beli?" aku bertanya untuk memecahkan kejanggalan ini.

"Spicy cheese."

Aku mengangguk, menunjukkan bahawa aku okay dengan pilihan perisa yang dia beli. Tanpa Hans dan Lock selama beberapa jam, mungkin petang baru mereka selesai berbelanja. Walaupun mereka dari keluarga yang berada, tapi wang saku mereka terhad.

Ayahku seorang CEO di sebuah syarikat STA, salah satu syarikat gergasi di negara ini; memiliki 25 subsidiari dan salah satu subsidiari terbesar diurus oleh ibuku sendiri. Keluarga kami merupakan ahli usahawan dalam industri perkapalan, reka bentuk fesyen, kosmetik, dan perlancongan.

Ibu bapaku selalu tiada di rumah, kerana urusan di luar negara. Jadi mereka menghantar wang dalam jumlah yang agak banyak untuk aku belanja.

Setelah memasak mi segera itu, aku dan Adam menjamu selera, walaupun hanya dengan telur mata dan hirisan daun bawang sebagai hiasan atas mi segera itu.

"Minggu depan kau buat apa?" aku mencuba memecahkan keheningan.

"Takde apa," jawabnya ringkas.

Maknanya, dia ada masa lapang pada minggu depan.

Telefon aku bergemetaran, aku menerima pesanan nofitikasi dari seseorang. "Awak free tak minggu depan. I nak ajak awak pilih beg tangan baru"

Orang yang menghantar pesanan itu adalah teman wanitaku.