Pada petang itu, Magnus sepertinya sedang berfikir di pelabuhan bagaimana dia hendak mencari duit Yang banyak dalam masa Yang singkat.
Magnus menjerit "Woi !, sesiapa tolong bagi Aku pekerjaan Aku sanggup buat apa-apa asalkan dapat duit"
Semua orang yang lalu di pelabuhan itu memandangnya dengan pelik dan beredar dari kawasan tersebut.
Magnus tidak sedikit pun berasa malu kerana dia bertekad mencari duit, lalu sehelai kertas tebang ke arahnya
"Sape punya kertas la ni" Tanya Magnus dalam hati
Magnus pun mengambil kertas itu dan dia terkejut. Rupanya-rupanya itu adalah borang jawatan kosong sebagai hunter
Magnus sangat teruja kerana hadiah yang diperolehi adalah sangat besar, sebanyak RM 100 000.
"Banyaknya duit ini Aku suka ni!" Kata Magnus
"Tapi mana nak daftar?" Tanya Magnus pula yang teringin nak dapatkan kerja itu dengan cepat
Di hujung borang itu tertulis alamat untuk orang yang berminat.
Magnus hendak pergi ke alamat itu pada keesokan Harinya kerana Hari Sudah malam Dan Magnus pun sudah mengantuk