Sebelum seseorang itu Tiba, Magnus sembunyi ke dalam semak-samun yang berdekatan,
Magnus cuba mengintai dari jauh untuk melihat siapa orang tersebut
Magnus sedikit berpeluh kerana berdebar-debar
Dan orang itu pun datang,
Orang itu berbadan tegap dan sangat tinggi.
Memakai baju perisai yang diperbuat oleh besi dan memakai topi yang sangat besar bewarna jingga.
Magnus Terus senyap dan tidak mengeluarkan bunyi kerana dia tak ingin dirinya diketahui
Orang tersebut senyap dan pandang ke arah Magnus.
Magnus berasa takut dan berkata "Tak mungkin dia nampak aku kan?"
Orang tersebut bercakap "Apa yang kau buat kat situ?"
Magnus dengan rasa takutnya, seluruh badanya gementar.
Orang tersebut datang ke Magnus dan bertanya "Kau tersesat ke?"
Magnus masih senyap kerana rasa gementar badanya membuatkan dia susah nak bercakap.
Dalam pikiranya masih bertanya macamana orang itu boleh jumpa dirinya, sedangkan dia dah sembunyi
Orang itu pun bercakap "Nama aku ialah Arthur, boleh panggil aku Raja Arthur"
Magnus berasa hairan
Raja Arthur bercakap "Kau tak kenal Aku?"
Memang la Magnus tidak kenal sebab Magnus baru sahaja tiba ke dunia itu.
Magnus pun cerita kepada Raja Arthur bagaimana dia tiba ke dunia itu, walaupun ada awalnya Magnus tidak mahu menceritakannya kerana masih tidak percaya dengan orang tersebut
Setelah itu
Raja Arthur berkata "Mungkin kau kurang tido ni, ni la akibat bila kau lemah" sindir Raja Arthur kerana berfikir yang Magnus cuma orang gila
Raja Arthur pun beredar dari situ dengan masih ketawa
Magnus terkejut rupa rupanya orang itu sangat sombong berbeza dengan penampilanya, dengan perasaan yang marah setelah dihina begitu dia pun beredar dari situ
"Siap la kau nanti !" Bisik Magnus dalam hati
Semasa Magnus berjalan beredar dari situ, Raja Arthur menoleh ke belakang sepintas lalu memandang Magnus dan tersenyum sinis sepertinya Raja Arthur mengetahui sesuatu