Pagi itu,Farish bangun seperti biasa daripada katilnya yang empuk kagi melenakan sesiapa sahaja yang berbaring di atasnya.Dia meraba telefonnya,jam pada skrin telefon menunjukkan pukul 6:40 pagi.Matanya yang kuyu seketika segar dek kerana menyedari bahawa dirinya telah terlambat untuk ke sekolah.
"Alamak!dah pukul enam empat puluh!nanti lambat pula sampai sekolah!"ujar Farish dalam keadaan panik.
Masakan tidak,lagi setengah jam sesi pembelajarannya akan bermula lebih awal daripada tingkatan lain kerana dia ialah seorang calon SPM.
Tuala dicapai daripada penggantung baju dan dia terus berlari ke arah bilik mandi.Sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik mandi,terlihat seorang perempuan berambut panjang mencecah lantai berdiri di penjuru bilik mandi.Farish hanya buat tak endah sambil di dalam hatinya berkata "Heish menatang ni,ada je nak kacau aku pepagi ni" tangannya lantas mengambil gayung dan mencedok air di baldi lalu disiramkan ke tubuhnya.Matanya menjadi segar kerana air baldi yang sejuk menyentuh batang tubuhnya.
Entiti itu terus memerhati gerak-gerik Farish sambil terus mendekatinya."Jangan kacau aku lah!aku tak kacau kau kan!" Kata Farish dengan nada yang agak marah lalu kembali menyimbah air ke badannya.
Beberapa minit kemudian,Farish keluar daripada bilik mandi lalu memakai uniform sekolah dan keluar dari bilik tidurnya.
Dia bergegas mengambil kunci motornya yang tergantung di belakang pintu hadapan.Ketika melintasi sebuah meja,terlihat sebuah bingkai gambar arwah bapanya.Kenangan manis bersamanya kembali bermain di minda Farish.Apa sahaja yang dia mahu,akan dituruti dan diusahakan untuk mendapatkannya oleh ayahnya,Encik Qalif.
Pintu dikuak lalu dikunci kerana tiada siapa di dalam rumah.Ibunya bekerja di hospital lebih masa dan tidak pulang ke rumah sehingga esok.Farish terus menghidupkan enjin motorsikal LC lalu terus meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat yang terletak di sebuah taman.Suasana dingin di pagi hari sedikit sebanyak membantu Farish agar kekal terjaga dalam perjalanan.15 minit kemudian,dia sampai di sebuah bangunan megah.Tertera di papan tanda yang diletakkan di tembok bertuliskan
"Sekolah Menengah Kebangsaan Nurul Iman"
Farish terus menolak motornya ke dalam kawasan sekolah lalu disapa oleh salah seorang pengawal keselamatan yang dipanggil Pakcik Hadi.Farish sedikit berbual kosong degan Pakcik Hadi sambil terus menolak motorsikalnya ke tempat parkir motor.
Setelah meletakkan motor,dia terus meluru ke arah kelasnya dengan tergesa-gesa.