Klang,Meru
"Adam,mana kau pergi hah?ada Entiti mengamuk dekat Setia Alam.Pengetua suruh aku yang urus tapi aku malas lah...Kau uruskan boleh?"tanya Zuhair
"Boleh,boleh.tapi kau kena belanja aku makan tengah hari.Boleh tak?"tanya Adam kembali
Zuhair hanya mengangguk lemah sambil melihat isi dompetnya yang sudah berada dalam keadaan "sakaratul maut" atau hujung bulan.Adam tanpa fikir panjanh terus menggunakan teknik teleportasinya ke tempat di mana sebuah Entiti mengamuk.Terlihat Entiti sebesar bas bergred Bumi sebesar bas mengamuk di pinggir gudang barangan kemudian dengan mudahnya dikalahkan oleh Adam.
"Penumbuk Lohong Hitam Mikro!" Seketika,terbentuk sebuah gumpalan hitam di tangannya lalu digenggam dan terus ditumbuk ke arah Entiti tersebut.Entiti tersebut terus menghilang sebaik sahaja tumbukan itu mengenai tubuh gergasinya.
"EASY!macam makan nasi je!"jerit Adam dengan nada sombong.Seketika,terasa sebuah getaran kecil di sekitarnya.Mata Cakrewalanya dapat menangkap sebuah Kuasa Sumpahan yang agak besar dari suatu arah.
🔥
Suatu hutan di Gombak
"Cura,dah siap ke belum rancangan kau nak serang sekolah tu?Tanya Awan.
"Hamba sudah siap tetapi Si Galaksi tu menyusahkan kerja aku.Cis,tak guna betul!"maki Obscura.
"Tapi hamba ada cara terakhir,Tuan Lama!" Hutang yang tadinya riuh-rendah dengan bunyi-bunyian kini hening ketika perkataan 'Tuan Lama' disebut.Tuan Lama,sebuah nama yang aman menggerunkan dan dikenali seisi alam.
"Kau biar betul Cura!?" Tanya Awan tidak percaya.
"Ya!"
"Suka hati kau lah Cura,tapi kau ada ke 'benda' tu?"soal Awan lagi.Obscura hanya mengangguk lalu menghilang dalam kegelapan hutan Gombak.Awan cuba mengejar tetapi langkah Obscura lebih laju daripada bayang itu sendiri
🔥
Loceng sekolah telah berbunyi menandakan bahawa sesi persekolahan pada hari itu telah tamat.Semua murid mengemas segala barang mereka lalu bangun daripada tempat duduk mereka sambil ketua kelas mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar pada waktu tersebut.
Farish yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke arah motornya di tegur oleh sahabat baiknya,Harz
"Farish! nak pergi mana tu!? Kita pergi lepak dekat tempat biasa nak? Soal Harz sambil menyarungkan topi keledarnya
Farish hanya mengangguk lalu menaiki motorsikal berjenis LC.Harz lalu tersenyum dan terhs menaiki motorsikal besarnya.Bunyi deruman engin motor yang mempunyai lebih 600 CC itu memecah suasana
hiruk-pikuk para pelajar yang ingin pulang ke rumah masing-masing.
Mereka berdua terus memandu meninggalkan kawasan sekolah menuju ke destinasi yang di tuju.Selang beberapa minit memandu,mereka sampai di kafe mewah yang biasa mereka kunjungi yang terletak di kawasan Setia Alam.Bunyi deruman engin motor Harz yang berjenama Yamaha membuatkan tumpuan orang sekeliling tertumpu ke arah mereka berdua.
Mereka memarkir motorsikal masing-masing di hadapan kafe mewah tersebut dan berjalan terus ke arah pintu masuk.
"Harz,tak boleh slow-kan bunyi enjin motor kau ke? Tanya Farish menyampah.Harz terus berjalan,tidak mengendahkan soalan kawanya itu dan terus berjalan menuju kaunter.
"Hoi! Kau dengar tak?!!" Tanya Farish marah.
"Ya,aku dengar.Farish,boleh order-kan tak?Aku malulah...tapi macam biasa aku yang belanja.Aku nak latte caramel,susu almond." Pinta Harz sambil mengangkat keningnya.Mukanya memerah kerana menahan malu bahawa penjaga kaunter memandang dan memberi sebuah senyuman kerana Harz ialah seorang introvert dan pemalu,sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain disebabkan masa kecilnya yang hanya berada di dalam rumah kecuali Farish dan keluarga Harz.
"Hish!tak habis-habis dengan malunya.Nasib baik kau selalu belanja aku kalau tidak dah makan buku lima aku ni ha!" Marah Farish.Harz hanya tersengih,tahu bahawa sahabatnya sudah lelah melayan sifat malunya yang tidak bertempat.
Setelah memesan,mereka mencari tempat yang selesa di tepi tingkap untuk melabuhkan punggung mereka setelah seharian menghadap bebelan guru yang sungguh memerah otak.
Selang beberapa minit, seorang pelayan menghantar pesanan mereka berupa mocha dan caramel latte custom ke meja mereka.Pelayan itu melemparkan sebuah senyuman.Farish lalu membalas senyuman itu dan mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.Harz tertunduk menghadap telefonnya,cuba mengelak tentangan mata.
Tiba-tiba,terdengar bunyi dentuman yang hanya boleh didengari oleh mereka berdua.