Chereads / MRS.ERIC DANIEL / Chapter 3 - BAB 3

Chapter 3 - BAB 3

"HAI HAII KAMI DATANG NAK KUTIP HUTANG" jerit Tengku Emir sambil menendang pintu rumah milik Syahrizal. "S#al." Bisik Syahrizal, hanya dia sahaja yang mendengar. "Kau nak lari kemana Syahrizal ?. Jangan ingat kau menyorok, aku tak nampak. Baik kau keluar, sebelum aku buat countdown." Kata Tengku Eric. Diam.. tiada suara, tiada bunyi telapak kaki. "Satu..Dua.. Tiga..Empat.. Li-" belum sempat Tengku Eric menghabiskan kiraannya, Syahrizal keluar.

"Pandai pun" kata Tengku Emir sambil senyum sinis. "B-bulan depan.. aku bayar.. A-aku janji.." Balas Syahrizal. Tengku Eric hanya senyum sinis. "Sampai bila kau nak janji, b#doh ?. Muak aku dengar." Balas Tengku Eric. Syahrizal hanya menggigil ketakutan. Kenapa ? Kerana aura Tengku Eric Daniel. Dia tidak seperti bapanya, Tengku Eric Daniel lebih ganas, lebih kejam dan berbahaya. Auranya digeruni ramai orang, hanya dengan renungannya sahaja. "Aku ada rancangan lebih baik. Kalau kau nak hidup, bagi aku anak kau atau aku gandakan hutang kau" Terkejut ? Ya, Syahrizal sangat terkejut tetapi dia tiada pilihan. "A- ambil anak aku, aku tak nak mati !" Balasnya tergagap. "Settle."

"Abang Ayyan, Thea dah lama tak nampak Eric. Dia kat mana ?" Soal Thea secara tiba-tiba. "Eh tanya pasal dia ni, suka ya ?" Balas Rayyan sambil tersenyum menyakat "Ish dia ni, Thea tanya aje" Balas Thea memuncungkan mulutnya. "Muncung sangat mulut tu. Eric ada kat Selangor, baru balik semalam. Kau nak jumpa dia ke ?" Kali ini, Erize pula bersuara. Thea hanya diam sebagai jawapan. Nak jumpa tapi.. tapi... Haih.. Ah lantaklah !

9:00 pm.

"Thea ! Eric dengan Emir ada ni, tolong buatkan air !" Jerit Rayyan dari ruang tamu. Ah sudah, dah kenapa tiba-tiba datang ni ?! Aku dah lah dengan pajama ni.. Nak tak nak, turun ajelah. Tengku Eric menoleh ke kanan setelah nampak bayang Thea, dia terus bangun dari duduknya. "Hello, my lady. It's been a long time. How are you ?" Ujar Tengku Eric. 'HOI SEJAK BILA SUARA KAU JADI DEEP NII' bisik hati Thea. Sabar Thea sabar. "Eh haa hai lama tak jumpa. Saya sihat, awak ?" Balas Thea. Kekok weh ! "I'm fine, thankyou. Sorry for disturbing you this night. Anyway you look cute with that pyjamas" katanya. Bahang muka Thea dibuatnya. "Saya nak buat air, duduklah dulu" kata Thea, menukar topik. Malu ! Eric hanya ketawa kecil melihat perangai Thea yang tak pernah berubah.

'You're still Thea Amanda, the first girl i fell for. Wait for me, my lady.'