"Eric ? Jauh termenung, fikir siapa tu ?" Tanya Datin Ratna kepada anak sulungnya, terselit sedikiy kerisauan. "Mama, Eric ada suka someone dan Eric rasa mama pun tau siapa" balas Eric. "Sedalam mana cinta kamu dekat dia, Eric ? " tanya Datin Ratna lagi. "Eric sanggup mati demi keselamatan dia, mama. Eric sanggup buat apa sahaja asalkan dia bahagia, mama." Balas Eric. Datin Ratna tersenyum mendengar jawapan dari anaknya. 'Tahniah, Thea' bisik hati Datin Ratna. "Jaga hati Thea elok-elok, Eric. She have been hurt enough" pesan Datin Ratna.
Sedang Thea membuat kopi didapur, lagu "As It Was" sebagai ringtone telefon bimbitnya berdering. "Hello. Assalamualaikum Thea !. Hari ni nak tak kita pergi IOI City Mall ? Pukul 2:30 aku ambil kau" ajakkan kawan baiknya, Dhia Farhanah. "Waalaikumussalam, Dhia. Boleh juga, lagipun aku bosan duduk rumah ni. Nanti aku cakap dekat abang aku dulu ya ? Kalau dia izinkan aku keluar, nanti aku roger kau." Balas Thea. "Okey ! Aku tunggu tau !. Assalamualaikum" "Waalaikumussalam" balas Thea. Sebenarnya, dia agak takut untuk keluar hanya sebab masa lalunya. Tapi In Syaa Allah, semua akan baik-baik sahaja. Thea terus mendail nombor Angahnya, Erize atau Aayan. "Assalamualaikum angah, Dhia ajak Thea pergi IOI City Mall. Pukul 2:30 nanti dia datang pick-up Thea. Boleh ke ?" Izin Thea kepada Dayyan. "Waalaikumussalam little princess. Sure but please, wear the necklace that i gave you okay ?. Jaga diri, sebelum keluar rumah baca doa keluar rumah dan ayat kursi. Angah ada kerja ni, apa-apa jadi nanti, tekan aje rantai tu ya ?" "Baik angah" Erize terus menutup call itu.
"Dhia, kita pergi Popular dulu nak ? Aku nak beli novel" ajak Thea. "Okey, aku pun kebetulan nak beli komik" balas Dhia. Dengan itu, Thea terus berlalu ke seksyen fiksi. 'Uish, rambang mata ! Banyak pula yang keluar ye. Sebelum ni aku datang tak ada pun sebanyak ni !' Bisik hati Thea. Sedang Thea memikirkan mana satu novel yang ingin dibawa pulang, seorang lelaki melanggar bahunya secara tidak sengaja. "Aduh.. eish sakit lah ! Lain kali jalan pakai mata, bukan pakai lutut !" Jerkah Thea. "Err sorry.." lelaki itu terus memandang Thea untuk meminta maaf. "Kau.. kau buat apa dekat sini ?" Soal Thea. "Oh, Thea ? What a coincidence. Aku datang nak cari buku lah, tak akan nak curi kau" balas Ammar, sedikit sarkastik. Disebabkan ketakutan, Thea terus berlari pergi sambil membawa novel ke kaunter. Thea terus mendail nombor Dhia. "Dhia, aku tak boleh cari kau sebab kau pendek. Yang penting kita kena balik." "Eh kenapa ? Kita baru sampai" balas Dhia. "Ammar ada dekat sini." Balas Thea, suaranya terselit sedikit ketakutan. Selepas Dhia mendengar nama lelaki itu, dia meletakkan kembali komiknya dan berlari keluar kedak tersebut. "Kau lari dulu, kunci dekat kau kan ? Masuk kereta dulu, lock pintu kereta. Kejap lagi aku sampai" balas Dhia dan terus menutup call itu. Thea terus akur dengan arahan Dhia.
'Till we meet again, my dear' bisik hati Ammar.