🌷Last Request🌷
Pintu jeriji besi yang memagari ruangan pertemuan terbuka lalu diikuti dengan seorang warden penjara melangkah masuk ke situ. Lantas Nathan yang berpakaian banduan warna kelabu cair pula yang berjalan memasuki ruang berdinding kaca dan mempunyai kerusi serta telefon. Apabila dia mengangkat kepala memandang ke depan, matanya terus di sapa kelibat seorang gadis bermafela sekeliling leher warna biru gelap. beanie warna putih di kepala dan kot tebal berwarna biru gelap di balik dinding kaca ruang pertemuan itu.
Kembang kempis terus hidungnya. .
Warden penjara itu kemudiannya pimpin Nathan yang bergari pada tangan itu ke kerusi menghadap Hera secara paksa. Setelah itu baru dia bergerak ke meja kecil di penjuru ruangan tersebut.
Hera menyambut kehadiran papanya itu dengan renungan dingin dan wajah tanpa reaksi. Dia berdiri dari duduknya lantas memberi tundukan kecil sebagai tanda hormat sebaik mereka berdua bertentang mata.
Dengan marah Nathan duduk di kerusi itu dan bercemberut tidak puas hati memandang Hera. Rasa hendak maki pun ada saat itu!
Tanpa berlengah Hera capai gagang telefon di situ lalu di lekap ke telinga kanan, Setelah itu baru la dia duduk sondong ke depan mendekat pada dinding kaca di depannya itu.
Mata Nathan menjeling tajam ke Hera. Dia pandang anak perempuannya itu Bersama perasaan berombak marah di dada. Jadi dia pun capai gagang telefon dan di bawa ke telinga sebelum mula memaki hamun!
"Dasar anak tak guna!Anak jenis apa yang humban ayah sendiri dalam penjara!Binatang pun tak sekejam ni la!Mentang-mentang dah kaya!Terus lupa ibubapa sendiri!!"tempik Nathan sekuat hati melalui gagang tersebut.
Walaupun nyaring dan membingitkan telinga yang mendengarnya, Hera sikit pun tidak terkutik. Malah dia tersenyum ikhlas saat memandang wajah papanya itu. Dengan setia menunggu bebelan itu tamat. .
BAM!
Nathan memukul permukaan dinding kaca di depannya dengan marah.
"Adakah ini caranya kamu balas jasa baik yang papa telah berikan kepada kamu?Huh?besarkan kamu?berikan kamu tempat tinggal?Dan jaga kamu sehingga menjadi pewaris Utama?Begini caranya?"lampiasnya lagi sekuat hati.
Mata Hera tidak berkedip takut dengan pukulan itu, malahan dia ketawa kecil. "Papa marah ke?"tanya dia semasa menopang bawah rahangnya dengan kepala terlentok malas ke tepi.
"Mesti la marah!Soalan tak guna apa yang kamu tanyakan tu!"ngaum Nathan dengan berang sekali.
"Itu la yang Hera rasakan Sewaktu meringkuk di dalam penjara hari tu...rasa tidak berdaya...sendirian...takut...sedih...dan semua perasaan yang papa rasakan. Itu la yang Hera rasai selama ini"beritahunya dengan nada perlahan dan lemah lembut.
Nafas Nathan naik turun, lelaki itu cengkam erat gagang telefon tersebut. Rahangnya berketik kuat.
"Jaga Hera atau lebih kepada sakiti Hera dengan skema jahat papa untuk jatuhkan Hera dan mama?"tanya dia lagi dengan renungan berkaca. "Jangan nak Perasan lebih la yang papa dah buat banyak pengorbanan dalam keluarga kita ni"
Nathan membuka mulut hendak berkata, tetapi cepat-cepat di pintas Hera.
"Just stop it dad. I begging you. Stop all this greediness...please.."rayu Hera. Dia mahu memberi peluang kepada papanya ini untuk bertaubat dan mengalah. Supaya dia boleh mempunyai keluarga yang sempurna semula.
"Siapa yang tamak sekarang ni!Huh!Bukan kamu ke!?Disebabkan hidup papa jadi begini Hera!Sebab kamu!Habis musnah semua yang papa bina!Suka la kamu selepas miliki semua ni kan...boleh la kamu tunjuk belang menyusahkan kamu tu!"bidas Nathan dengan kening mencerlung.
Hera Tarik senyuman sedih. Dia cuba cari papa dia melalui renungan tidak bermaya di mata itu, tetapi tidak. Dia sama sekali tidak dapat mengesan secalit pun perasaan kasih atau perhatian dari papanya. Betapa kecewanya dia sekarang ini. Dia fikirkan tindakannya ini dapat mengubah fikiran papanya untuk berhenti dari mengejar harta. Namun sangkaannya meleset.
"Hera datang ke sini bukan nak cari gaduh dengan papa...tapi sebaliknya nak berikan tawaran pada papa."maklum Hera dengan nada serak mahu menangisnya.
"Tawaran apa?Tawaran yang papa perlu minta maaf untuk semua kesalahan dan mengaku kegiatana yang papa lakukan kepada kamu?Macam tu?"soal Nathan dengan benci. "Jangan mimpi!Papa tak pernah anggap kamu sebagai anak papa sebab alasan perkahwinan papa dengan mama kamu hanya la kerana harta...tapi kini semua itu sudah tiada gunanya!Kamu telah miliki segalanya sementara papa berakhir di sini seumur hidup papa!"
Masa ini la air mata jatuh mengalir ke pipi Hera dengan perlahan-lahan sedangkan dia sedang tersenyum. "Kalau macam tu, Hera minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki untuk segalanya."ucapnya dengan sedih. "Sebab papa akan terus berada di sini selama 15 tahun akan datang.."
"Kalau itu mahu kamu, lakukan la..sebab mulai hari ni aku tak pernah ada anak bernama Hera Xiana dalam hidup aku!"lafaz Nathan dengan renungan penuh nekad. Berang mendengarnya Nathan terus hempas gagang telefon itu tempatnya semula sebelum bangun dari situ tanpa berlengah.
Hera kaku duduk di situ Bersama wajah kemerahan dan basah dengan air mata. Perlahan-lahan tangannya jatuh ke bawah Bersama gagang telefon dalam cengkamannya. Dia cuba beri peluang kepada papanya. Malangnya papa dia begitu nekad mahu membuang dia hingga ke akhirnya.