🌷 Missing U🌷
Clap!
Clap!
Dua tepukan peringatan kedengaran dalam bengkel seni itu.
Menarik perhatian pelajar yang berada di dalam bilik itu. Mereka semua mengangkat kepala dari focus mencalit cat pastel pada kanvas masing-masing untuk memandang pensyarah mereka di depan kelas ketika itu.
"Baik...sampai di sini sahaja kelas kita. Pastikan kamu siapkan lukisan kamu dan hantarkannya pada Isnin hadapan"maklum pensyarah sebelum beredar.
Melihat pensyarah mereka berlalu keluar dari situ, suara keluhan demi rungutan mula menghuni ruangan tersebut.
"Ahh..sejuknya la..malas betul nak hadiri kelas satu hari ni.."
"Yalah...aku nak sangat duduk depan perapian dan minum hot chocolate dan marshmallow je rasanya sekarang.."
"Cepatkan musim sejuk datang...rasa macam semalam je musim bunga datang...tup-tup salji dah tebal dekat luar sana."
Bicara pelajar-pelajar yang ada di situ dengan rancak sewaktu mereka mengemas sepah masing-masing.
"Ohh"
"Kenapa?"
"Tengok tu.."
"Huh?Bukan ke itu Senior Kayden?Dia pandang sini ke?"siku pelajar perempuan kepada rakannya ketika itu.
Lantas semua yang Perasan pun palingkan kepala ke dinding kaca menghadap pemandangan luar kelas ketika itu. Berkerut kehairanan mereka ketika itu.
"Dia tengokkan siapa?"toleh pelajar di situ ke arah belakang kerana perasaan focus senior mereka ada di belakang mereka ketika itu. Seorang pelajar perempuan bersanggul dan berkaca mata dipandangnya dengan kening terangkat. Tanpa berlengah terus dia dekati pelajar perempuan itu. Belakang bahu itu di tepuk. "Hei Hera..Tengok tu."tunjuknya ke arah dinding kaca dimana Kayden sedang berdiri.
Hera yang sibuk mengemas peralatan seninya itu pun mengangkat kepala sebelum toleh ke arah yang dimaksudkan. Pandang saja ke luar dinding kaca di depannya itu, matanya terarah pada Kayden tyang sedang berdiri merenungnya dengan buku di tangan kiri dan tangan dalam poket seluar. Bersama perasaan tergugat, Hera tidak pandang dengan lama, dia pusingkan badannya semula dan Tarik zip begnya lalu keluar dari situ.
Dia menuruni tangga untuk ke tingkat bawah, menyimpoan barang di dalam lokar sebelum menuju ke cafeteria. Untuk tidak membuang masa menunggu makanan, Hera menghampiri kaunter yang menjual roti dan snek. Membeli satu pek sandwich dan satu kotak jus epal. Setelah itu baru la dia mengambil tempat di sebuah meja. Bukan meja biasa Kayden dan geng lelaki itu lepak atau dimana Que serta geng ragbi lelaki itu berada.
Hera memilih untuk duduk menyendiri.
Roti sandwichnya di bawa ke mulut yang sedia ternganga minta di sumbat Sewaktu empat orang lelaki mengambil tempat di meja sama dengannya. Sambil menggigit roti itu besar-besar, Hera pandang akan dua dua lelaki yang duduk berhadapannya lalu kanan dan kiri silih ganti.
Apa benda pulak dah nI!
Kayden, Noah, Arion dan Kyle selesakan diri mereka di situ sebelum mula menikmati makanan masing-masing.
Melihatkan Kayden yang bersahaja hirup sup cendawan dan roti bawang putih di tangan, Hera tanpa berlengah bangun dari situ. Memang tidak la dia hendak duduk bersama dengan empat scammer di depannya ini!Mintak simpang!
Tanpa bersuara Hera berdiri, mengemas makanannya untuk beredar dari situ. Namun tangannya di pegang oleh lelaki yang duduk di sebelah kanannya.
"Duduk."arah Kyle kepada Hera. Tangannya mencengkam erat pergelangan tangan Hera.
Kepala Hera pun tunduklah ke tepi. memandang tepi muka Kyle dengan perasaan jengkel. "Apahal pegang-pegang ni!Lepaskan sekarang."ketapnya dengan geram.
Kayden yang tidak mengangkat kepala itu hanya tunduk menikmati makanannya. Arion di sisi Kayden ketika pulak yang pandang Hera.
"Duduk je la Hera.."minta Arion kemudiannya.
Bersama hela nafas bengangnya, Hera pun duduk. Malas hendak buat kecoh dalam cafeteria tu. Lagipun dia sendiri sedang lapar sekarang ni. Dia fikirkan selepas bersetuju untuk duduk. Kyle akan melepaskan tangannya ke apa. Namun tidak, lelaki itu malah tetap memegang tangannya sementara sebelah lagi pegang garpu menghirup spageti bologna.
"Makan la..."suruh Noah pula. "Kita dah lama tak lepak sama macam dulu..apa salahnya kalua berkumpul macam ni.."
Nafas Hera naik turun tidak gemuruh. Dia boleh tahu akan aura bahang amarah Kayden didepannya ketika itu. Paling memburukkan lagi adalah dadanya mula sempit bila berada dekat dengan Kayden. Buatkan rasa rindu dia yang membuak selama beberapa hari ini meronta mahu dapatkan Kayden. Kalau ikutkan hati, sudah dia panjat meja depannyadan terkam Kayden sekarang jugak!
"So apa cerita kau beberapa hari ni?Hilang tak berkhabar, diam terus tak berkelibat?"seloroh Arion pula.
Hera tidak hiraukannya, dia hanya mendiamkan diri.
Kayden mengangkat kepala.Sudu di tangan di letakkan atas pelapik pada dulang. Lalu dia duduk menyilang kaki bersandar pada kerusi merenung Hera. "Biasalah....kalau namanya pun manusia tak ada perasaan, mana la dia kisah pasal hal orang lain...sebab itu la semua orang tinggalkan dia...sebab tak ada perasaan."getus Kayden dengan sinis.
Mata Hera menjeling laju ke Kayden. Terasa dia apabila mendengar kata-kata itu. Sedap je mulut bila bercakap. "Yalah...semuanya salah aku...aku yang jahat dekat sini..!Kau yang baik.What a jerk!"Dia pandang tepat ke Kayden sewaktu berkata sambil memberikan satu pukulan kuat hinggap di meja itu.
Kyle dan Arion berdiri kerana hal itu.
Sementara Kayden dekat kerusi sudah mengetap gigi dan mengepal jari jemari kerana berasa begitu jengkel dan marah dengan sikap tenang tiada perasaan Hera!
"Kenapa kau cakap macam tu?"soal Arion dengan kerutan kening tak percaya.
"Entah dia ni..saja nak keruhkan lagi keadaan."geleng Kyle dengan kesal.
Kayden pun melepaskan dengusan kasar tak puas hatinya lalu palingkan kepala ke arah lain dengan marah. Dia marah sebab perasaan suka dia pada Hera semakin hari semakin menebal sejak gadis itu melafazkan kata putus terhadapnya. Tak kira la apa dia, dia masih gagal hapuskan rasa sukanya terhadap Hera!
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷