🌷Berbaik Tak Jadi🌷
Dring!
Dring!
Dring!
Tanpa henti sesi notifikasi berkumandang di tengah malam itu. Sampaikan pemilik telefon itu sendiri tidak senang tidur. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri.
Dring!
Dring!
"Urghh!!!"ngerang Hera semasa bangun dari baring marah-marah. Macam nak maki hamun pun ada saat ini.
Lantas telefonnya di ambil dari night stand sebelah kanan katil. Setelah di pegang dia baca isi pesanan yang dihantar. Dan bila dia baca, kening Hera terus terangkat tinggi kerana terkejut.
'Kenapa tak jawab call aku?'
'Kau okay?'
'Hera?'
'Babe?Answer me please...😭'
'Hera!Mana kau?Kenapa tak balas chat aku?'
'Hera please.....'
'Kenapa kau ni?'
'Aku cari kau...call kau...mesej kau. Kenapa kau tak reply?'
'Aku nak jumpa kau...'
'Sekarang...'
Brittt!
Britt!!
Hera melompat terkejut kerana bunyi itu. Ada panggilan masuk.Bila tengok pemanggil itu adalah Kayden, dia melepaskan keluhan mengalahnya. Lelaki ni memang degil ya?masih tak faham Bahasa agaknya dengan apa yang dia cuba lakukan sekarang ni? Nak tak nak kena jugak jawab call tu.
Butang putih di slide ke tepi.
"What the f*ck!" deram Kayden dalam panggilan serta merta."Apa masalah kau ni Hera!"
Yang mendengarnya pula buat muka. "Cantik betul bahasa?"balas Hera.
"Turun sekarang!"arah Kayden. "Atau aku pekik depan rumah kau.."
Mendengar makluman itu, Hera terus tersentak turun dari katil dan gerak ke jendela.
"Do you know how hard im trying to reach you for one day?"tanya Kayden lagi dengan marah.
Berdiri saja di jendela itu, Hera nampak Kayden berhoodie putih sedang berdiri dekat laman. Betul-betul menghadap jendela biliknya. Sambil pegang telefon di telinga, Hera duduk dekat tembok batu jendelanya lantas menopang dagu dengan tangan satu lagi.
"Memangnya kau nak apa cari aku?"tanya Hera sambil memandang Kayden di bawah laman itu.
"Sebab aku risaukan kau la...apa lagi. Aku dapat tahu Sarah jumpa kau...tampar kau...yang kau tak balas kenapa?Kau biar je dia sakiti kau!?Seriously?"bebel Kayden.
Hera tarik sengih meleretnya. Rasa hendak ketawa kerana berasa sakit hati yang amat sangat. "Oh really?Kau risaukan aku?Such a sweet boyfriend are you..."ucapnya dengan nada menyindir.
Kayden dekat bawah sudah berkerut kening tak puas hati. "Turun sekarang"arahnya sambil tunding jari ke lantai laman itu.
Buat seketika Hera mengetap erat bibirnya saat memandang Kayden yang nekad itu. Dia tahu cepat atau lambat dia kena selesaikan jugak hal ni. Dan hari itu adalah sekarang! Terus Hera berpaling dari jendela dan keluar dari bilik tidurnya. berhati-hati untuk tidak buatkan maksunya terjaga, dia menuruni anak tangga dengan senyap tetapi lekas.
Sesampai saja di pintu, selak pintu di buka lantas Hera melangkah keluar dari situ. Semasa dia berjalan, pada masa itu Kayden turut mendekatinya. Dan sebaik mereka berdua saling bersemuka, dua orang itu berdiri menghadap antara satu sama lain.
Seorang dengan muka selamba bersahaja. Seorang dengan muka serius macam nak buinuh orang.
"Now what?"tanya Hera dengan tangan bersilang di dada.
Kayden buat muka kesal sebelum melepaskan Keluhan mengalahnya. "Aku mintak maaf bagi pihak Sarah.."ucapnya sambil menguak rambut depannya ke belakang. "Aku tak tahu Sarah akan buat macam tu sekali pada kau..."
Hera tidak membalas. Dia hanya diam memandang muka serabut Kayden.
"Kalau itu alasan kenapa kau tak hiraukan satu hari ni...aku berani sumpah dekat kau yang aku dengan Sarah memandang dah tak ada apa-apa. Apa yang berlaku antara kita orang dah lama settle..."tambah Kayden lagi.
"Bukan itu alasannya.."kata Hera sambil termenung memandang tali yang tergantung di tepi hood pakaian Kayden ketika itu. Sebenarnya hati dia berat hendak beritahu sendiri mengenai kenyataan yang dia tahu niat sebenar Kayden kenapa lelaki itu mendekati dia. Sebab dia tak sanggup nak tengok Kayden mengiyakannya! "Tanpa aku jelaskan apa puncanya..kau obviously tahu apakah ia?"katanya sambil naikkan mata ke mata Kayden. Dia harap sangat yang takkan ada orang lagi yang bakal mengecewakan dia atau khianati kepercayaan dia. Dan harapannya itu adalah Kayden. Tapi lelaki ini malah lakukan hal yang sama seperti orang lain telah lakukan!
Kerutan di kening Kayden perlahan-lahan kelihatan. Lelaki itu kelihatan bingung dan tidak faham. "Kalau bukan Sarah alasannya?Apa lagi?"tanya dia buat seketika sambil berfikir. Dan tiba-tiba wajah Que terlintas di fikirannya. "Takkan la sebab Que...mamat tak guna tu dah beritahu yang dia nak get back dengan kau ke?sebab itu ke?"soalnya dengan nada hampir hendak marah.
Hera gigit bahagian dalam bawah bibirnya dengan kuat sebaik mendengar jawapan Kayden. Lelaki ini hanya fikirkan soal perasaan sendiri!Langsung tak peka terhadap dirinya sekarang ini! "Itu je yang ada dekat dala kepala kau?Cinta?"tanya dia dengan renungan terkilan. "Kau tahu...cinta tu takkan wujud kalau tak ada kejujuran dalam suatu perhubungan.dan kau expect aku nak teruskan hubungan ni kalau kau sendiri tak jujur pada aku sehingga sekarang...?"dada tu di tamparnya dengan geram.
"Apa yang kau merepekkan ni Hera?Aku tak faham"ujar Kayden mahu memegang kedua-dua belah lengan Hera.
Dengan marah Hera tepis tangan Kayden. "Berhenti boleh tak...aku fed up kau tahu?Aku try bagi peluang dekat kau untuk jujur dengan aku...tapi tak. Kau still buat bodoh macam aku ni perempuan lembab yang takkan tahu tentang deal kau dengan maksu aku tu!"luahnya dengan berang tetapi bernada perlahan yang keras.
Air muka Kayden terus jatuh. Bahunya turun hilang semangat sebaik mendengar perkataan yang terpacul dari mulut Hera.
"Aku percayakan kau...aku berharap pada kau..tapi kau sama macam Que dan semua orang dalam hidup aku...mana aku tak marah.!"luah Hera Bersama mata berkaca mahu menangis. "Selain maksu, aku open dengan kau sebab aku percayakan kau...dan apa aku dapat?hanya pengkhianatan di atas kepentingan kau sendiri!"dada itu di tolak lagi dengannya semasa bercakap.
"Hera aku-"
Bersama muka berkerut sedih, kolar hoodie Kayden di cengkamnya dengan erat."Infact...couple semua ni hanya la alasan supaya aku boleh sakitkan hati kau..tapi tak...sebaliknya hati aku yang sakit...sebab apa?Sebab aku tak sampai hati nak putuskan relay ni...aku sedar kau dah tipu aku..tapi aku masih berharap pada kau...don't you think how f*cked up is that?"
Kayden cepat-cepat capai pergelangan Hera. "Aku boleh jelaskannya Hera.."
"No!"Hera tolak Kayden ke belakang dan dirinya ikut berundur ke belakang. Sambil jalan mengundur dia pandang wajah devastated Kayden."Aku tak perlu dengar apa-apa penjelasan dari kau...sebab mulai hari ni kita putus. Kau dan aku dah tak ada apa-apa lagi. Mulai hari ni jangan kau muncul depan mata aku lagi...apa lagi bercakap dengan aku...kalau kau buat hal tu jugak...aku akan susahkan hidup kau.."pesannya sebelum berpaling dari situ.
Sementara Kayden yang berdiri dekat situ sudah tercengang bagai nak apa. Dia pandang tak berkedip belakang kepala Hera ketika itu.
Masuk sahaja ke dalam, Hera sudah bersandar di pintu dengan mata terpejam rapat dan bibir digigit geram. Patutnya dia rasa happy lakukan semua ni. Namun hati dia turut khianati dirinya sekali. Tidak tahu kenapa betapa kecewanya dia rasa bila lafazkan kata putus itu. Ibarat seperti dia yang di tinggalkan.
Buat sekali lagi.
Dikecewakan.
Dikhianati.
Ditinggalkan.
Di sakiti.
Sesiapa tolong beritahu salah apa yang telah dia lakukan kepada mereka semua ini?