Chereads / That's Not My Problem / Chapter 85 - Bab : 85

Chapter 85 - Bab : 85

🌷Super🌷

"Hei!"panggil orang dari belakang.

Sarah yang mahu bergerak ke arah tangga itupun berpaling. Sekali bila dia pusingkan badannya, tiba-tiba saja satu tamparan hinggap di muka sebelah kirinya dengan padu.

SLAP!

Berpaling kepala Sarah akibat tamparan itu.

Sarah merasakan telinga dia berdesing, pipinya kebas dek tamparan itu dan sakit perlahan-lahan menjalar di sekitar leher serta kawasan mukanya.

Dalam keadaan mulut ternganga dan tangan menekap pipinya, Sarah palingkan kepala memandang ke depan semula.Keningnya mencerlung tajam.

"What the f*ck!?"tanya Sarah semasa bertentang mata dengan Hera dekat lorong koridor yang senyap sunyi tiada kelibat satu pun pelajar.

Hera yang berdiri di situ tersengih sambil memandang tapak tangannya.

"Oops?Tangan aku terbang sendiri dekat muka kau la..."Hera pandang tapak tangannya dengan muka acah-acah terkejut.

Sarah menyeringai bengang lantas gerak hendak mengangkat tangan menampar Hera. "Isy!Perempuan ni kan..."

Hera tidak mengelak, dia malah berdiri di situ. Sesaat sebelum tangan itu hinggap di pipinya, dia cengkam kemas pergelangan tangan Sarah dan pusingkan lengan itu ke belakang dan sandarkan muka itu di dinding berdekatan dalam sekelip mata.

"Argh!"teriak Sarah kerana terkejut. Dia bergelut hendak lepaskan diri. "Hei perempuan!Berani kau sentuh aku kan!Nak mati sangat ke!Kau tahu tak aku ni siapa!Ayah aku orang berpengaruh dalam akademi ni tahu tak!"bebelnya semasa menggeliut di balik kekangan Hera.

Hanya menggunakan lengan kanan sahaja, Hera tolak belakang bahu Sarah. "Kalau aku jadi kau, aku takkan berani-berani angkat tangan ke muka aku ni.."selorohnya sambil membelek kuku jarinya dengan bersahaja.

"Memangnya kau siapa!Kau ingat aku takut ke!Aku boleh bawak hal ni ke mahkamah!"

Hera ketawa jahat. Dia pulaskan tangan Sarah lebih kuat."Cuba la kalau kau nak...aku dah tak hairan dengan mahkamah atau penjara sekarang ni tau..."selorohnya Bersama sisa ketawa. "Dan tentang ayah kau...aku boleh petik jari je jadikan syarikat famous ayah kau kilang kasut"

"Apa?"mata Sarah cuba menjeling ke balik bahu. "Apa kau cakap hah!Lepaskan aku la perempuan gila!!!!"jeritnya sekuat hati.

Masa itu la, Hera pusingkan badan Sarah dan tolak gadis itu supaya menghadapnya semula. Lalu leher Sarah di cekiknya dengan sebelah tangan. Menghalang gadis itu dari terus bernafas apatah lagi menjerit.

Terkedu terus Sarah dekat situ. Dia bawa tangannya mahu melepaskan tangan Hera dari lehernya. Tetapi gagal. Nafasnya mula cetek. Matanya seakan mahu menjegil keluar dari soketnya.

"Kau tahu apa persamaan kau dengan burung gagak?"soalnya dengan renungan gelap. "hati kau sama hitam macam bulunya...tak puas nak sakiti orang lain, kau beria nak rampas orang lain punya?Ingat sikit...kau dengan Kayden dah tak ada apa-apa...kalau kau dekati dia...muka cantik kau akan berakhir dekat jalan tar depan akademi ni nanti.."desisnya di depan muka Sarah.

Kaki Sarah bergelut hendak berdiri kerana dia mula tidak dapat bernafas.

melihatkan keadaan Sarah mula terkapai-kapai seperti orang kelemasan, baru la Hera lepaskan cengkamannya dan berdiri menjauh dari Sarah.

Sarah jatuh melurut ke lantai dalam keadaan bersandar pada dinding di koridor itu. Dia terbatuk-batuk memegang lehernya kerana berasa sesak hendak mencari udara untuk bernafas.

"So lain kali...fikir dua kali sebelum kau nak buat apa-apa...dan ini adalah balasan kau sebab tampar aku"kata Hera dengan nada mendatar memberi amaran.

Sambil memegang lehernya, Sarah takut-takut mengangkat kepala dongak memandang Hera. Air mata mengalir dari tepi mata kerana rasa sakit dan tidak boleh bernafasnya tadi. "Si-siapa kau yang sebenarnya?"tanya dia terketar-ketar.

Bersama sengih meleret ke kanan di bibir, Hera tunduk memandang Sarah Bersama tangan di dalam poket kotnya. "Aku?Hera Xiana. Miss Gangster dari New West...selamat berkenalan. And make sure behave okay. Jangan tunjuk perangai bitchy kau depan aku lagi...atau syarikat ayah kau jadi taruhannya."pesa dia sebelum berpaling dari situ dengan langkah yakin.

Sarah yang baru hendak bersuara mahu menempik marah tidak jadi apabila telefon dalam poket kotnya berdering. Buatkan dia membatalkan niatnya, dia hanya pandang pemergian Hera sambil mengeluarkan telefon dari poket kot.

Dibawa saja ke depan muka, Sarah Nampak nama ayahnya tertera di skrin. Seperti baru melihat sesuatu yang bernilai, dia dengan bersemangat jawab panggilan itu. Dia mahu mengadu pada papanya supaya lakukan sesuatu terhadap Hera nanti!Biar padan muka perempuan tu!

"Papa!"rengek Sarah dengan bersungguh. "Papa tahu tak tadi-"

"Sarah...syarikat kita telah di beli"beritahu papa Sarah dengan tiba-tiba dalam panggilan itu. "Mereka telah beli dengan harga yang tinggi sampaikan papa tak boleh nak tolak permintaan mereka itu"

Mulut Sarah ternganga. kening dia berkerut. "Apa papa kata?"

"ya...ada seorang pemilik dari syarikat terbesar dan berpengaruh bernama Abraham Funding telah membeli syarikat kita.namanya...He...Hera Xiana?Hah..itu la namanyaharga yang mereka tetapkan terlalu tinggi sampaikan papa sendiri tak boleh nak tolak tawaran tu..."

Mata Sarah terbutang kaku sewaktu memandang ke hujung koridor dimana Hera menghilang diri tadi. Rasa dumbfounded yang amat sangat!