Chereads / That's Not My Problem / Chapter 80 - Bab : 80

Chapter 80 - Bab : 80

🌷Ex Versus New🌷

Belakang tengkuknya di gosok kerana lenguh dek tunduk membelek eksperimen selama sejam lebih tanpa rehat. Ini pun baru setelah selesai kelas chemistry dengan professor bercermin mata seperti mata lalat. Rasa berpinar pandangan matanya sekarang sebab contact lens yang semakin lama semakin kering kerana penat!

Kot di badan di rapatkan lagi kerana udara sejuk yang mulai bertiup sejak kebelakangan ini. Menunjukkan musin sejuk semakin lama semakin menghampiri. Kaki itu berjalan menyusuri koridor. Menghampiri kawasan laman berkolam renang air pancur.

Hera tunduk memandang kaki berkasutnya semasa menuruni tangga untuk ke lobi Utama. Pada waktu itu jugala ada yang memanggil namanya dari belakang. Dia pun toleh la ke belakangnya dengan kening berkerut.

Hah!

Apa lagi masalahnya ni!

Tak habis-habis lagi ke?

Sebaik lihat empunya suara, Hera terbutang mata luas kerana terkejut.

"Dah apa pulak masalah yang dia orang libatkan diri sekarang?"keluh Hera dengan malas sewaktu menunggu mereka menghampiri dirinya.

Joshua dan Alan berderap langkah mendekati hera. Masing-masing dengan muka berlebam dan kusut masai. Mata biru, bibir bengkak, tangan berbalut. Lingkaran hitam bawah mata jelas-jelas kelihatan di dua pasang mata itu.

Alan mendekati Hera terlebih dahulu dan diikuti Joshua dari belakang.

"Ada apa lagi ni?"tanya Hera dengan muka kerimasan. Matanya naik turun melirik akan Alan dan Joshua dengan risau. Memangnya duo ni sentiasa bernasib malang apa?

"Apa yang kau dah buat dekat Que hah?"tanya Joshua yang hampir saja hendak menerkam Hera, tapi sempat berhenti sebelum apa-apa terjadi.

Mata Hera menjeling tajam ke Joshua. "Apa yang aku dah buat dekat dia?"kenapa dengan Que?Kenapa dua orang ni berlebam?memangnya kenapa semua masalah orang akan datang menimpa diri dia!?

Alan mendekati Hera lebih rapat lagi lalu bersuara dari balik ketapan gigi. "Que hilang kawalan. Dia naik angin!Semua orang nak dibelasahnya. Dalam dorm tu dia dah macam kena rasuk!Mengamuk dan marahkan sesiapa je yang cuba jengkelkan dia. Dan setiap kali dia marah, mesti nama kau yang dia sebut!"

Alah!pasal itu je ke!"Kejap je marahnya tu. Nanti dia cool la..macam la kau baru kena dia.."balas Hera sewaktu berdengus kecil dan kembali mahu menuruni tangga. Nak balik!Dia ada urusan lain yang perlu di uruskan.

Alan pegang lengan Hera, dia tolak tubuh itu hingga bersandar pada dinding di tangga itu.

Berkedip mata Hera kerana itu. "Apahal ni!"marahnya tidak semena.

"Benci sangat ke kau dekat Que?Aku ingat kita dah berdamai..tapi kenapa jadi macam ni pulak?"tanya Alan dengan kesal.

"Sampai hati kau kan!Kau buatkan kita orang percayakan kau!Last-last apa?Kau kenakan kita orang balik!"marah Joshua pula.

Kening Hera mencerlung tajam. Semakin lama semakin menyirap dia menghadap Alan dan Joshua ni. Dua orang ini tidak habis-habis nak menyalahkan dia dah kenapa! "Kau cakap pasal apa ni?Aku tak faham la!Boleh tak cakap tu biar jelas?"rungutnya sambil menarik tangan dari cengkaman Alan.

"Tak payah pura-pura la..."marah Alan. "Teman lelaki kau tu....jumpa dengan Que, beri amaran pada Que supaya jauhkan diri dari kau lepas dia dapat tahu Que cuba get back dengan kau hari tu dekat tangga lepas kelas..."

Eh?Hujung bibir Hera terjungkit sedikit kerana kehairanan. What the heck?Kayden ada time tu?Lelaki tu dengar?Seriously?Haish!

"Ada-ada je la kau orang ni...bosan tahu tak!??"keluh Hera sambil seluk tangan ke dalam poket kotnya lalu keluarkan telefon dari situ.

"Kau ingat kau seorang?Sebelum kedatangan kau ke sini hidup kita orang okay je...lepas kau datang macam-macam terjadi!"tuduh Joshua lagi.

"Aku ingatkan kau dah berubah...tapi tak...kau semakin lama semakin kejam ada la!" tambah Alan pula.

Hera tidak membalas komen itu kerana sibuk menghantar pesanan kepada Peguam Alastair untuk tangguh urusan mereka. "Trust me...I can be more worse than being mean..." selorohnya sambil menaip di skrin.

Alan dan Joshua buat muka. Mereka semakin tak faham bagaimana Hera boleh bersikap tanpa perasaan seperti ini. Sedih hati lelaki mereka!

Seusai menaip, baru la Hera seluk semula telefonnya ke dalam poket dan pandang mereka berdua. Jatuh simpati pula dia bila tengok muka yang biasanya kelihatan macho dan babyface kini sudah bercalar balar dan berlebam.

"Mana Que sekarang?"tanya Hera.

"Ada..dalam bilik. Demam sebab sakit dan penat lepas kena belasah dengan boyfriend kau tu.."gerutu Joshua dengan muncung tak puas hatinya.

Lantas Hera buat muka menyampah. Nasib baik la dia sayangkan mereka bertiga ni. Kalau bukan mengenangkan mereka ini la rakan pertama dan terakhir yang dia ada, memang tidak akan dia hiraukan langsung.

"Bawak aku jumpa dia kalau macam tu.."beritahu Hera yang kedengaran seperti orang tidak ikhlas atau terpaksa di telinga mereka berdua. Tapi kenyataannya, dia benar-benar risaukan Que. Harapnya lelaki itu tidak apa-apa.

"Buat apa kau nak jumpa dia?nak bagi tambah dekat sakit dia lah tu!"tuduh Alan.

SPAK!

Satu pukulan hinggap di dahi Alan yang diberikan oleh Hera.

"Boleh tak berhenti tuduh aku macam aku ni jahat...dekat sini orang yang belasah kau orang adalah Kayden..bukan aku...dah tak sayang sangat ke mulut tu...nak aku jahit?" getus Hera dengan jelingan menyampah.

"Habis tu...siapa tak marah...Kayden dah sakiti Que...kau tu hah...jadi manusia pulak macam tak ada perasaan. hari tu kau kata..kau tak nak bercinta sebab kau masih berharap pada Que...tiba-tiba sampai sini boleh pulak kau bercinta dengan mamat sengal berlagak bagus nak mampus tu."bidas Joshua sambil aju tangan ke satu arah.

Semakin menyampah Hera bila Kayden asyik di ungkit sebagai teman lelakinya. Naik kembang tekak dia!Mahu saja dia beritahu mereka bahawa semua itu hanya lakonan semata-mata supaya dia dapat kecewakan Kayden!Tapi tak..dia akan biarkan dulu hal ni..

"Cakap tu tak boleh kuat lagi ke?Biar semua orang tahu...biar Que tahu!" ketap Hera sambil angkat tangan mahu memukul Joshua dek luahan suara lelaki itu.

"Dah memang betulkan.."cebik Joshua sambil menikus takut secara reflex sebab ingat Hera nak pukul dia, tapi tak!

"Sudah..jangan nak banyak bunyi...bawak aku jumpa mamat cengeng tu sekarang!"arah Hera yang kemudiannya berpaling mahu turun dari anak tangga.

Mahu tak mahu dua orang itu pun ikut akan langkah Hera dari belakang.