🌷Ex Tak Sedar Diri🌷
Dring!
Bunyi notifikasi menarik perhatian Hera semasa dia baru sahaja hendak capai gelas berisi jus orennya. Sambil pegang gelas, sambil itu Hera palingkan kepala ke sisi dulang makanannya. Lalu ternampak nama Kayden di skrin tersebut. Malas mahu mempedulikan mesej itu, dia kembali focus pada makanannya.
Bersama semangat tidak sabar hendak makan, Hera pun capai garfu dari tepi pinggan dalam dulang itu lalu di bawa dekat pada makanannya. Selepas seharian memerah otak menghadap kelas Calculus dan Sejarah, dapat juga dia menjamah makanan.
Ketika sudu itu hendak naik ke mulut, tiba-tiba ada kaki muncul dari tepi lantas menyepak bawah meja tersebut dengan kuat. Impak dari sepakan itu telah membuatkan sup di dalam mangkuk terpercik keluar, dan air dari gelas tadi ikut tumpah.
Hera apa lagi, dia yang terkejut nak elak dari terkesan sisa percikan itu berdiri dengan laju menahan nafas dengan tersentak. Dia buat muka 'what the f*ck!' sewaktu tolehkan kepala ke tepi meja makan ketika itu.
Dengan serentak semua pelajar lain yang turut sedang menjamu selera di meja berdekatan perhatikan kejadian tersebut dengan minat.
Sarah, berdiri di tepi meja itu dengan tangan bersilang di dada. Muka berlagak samseng sambil mendabik dada. Dia pandang judging ke Hera dari atas ke bawah dengan sinis.
"Kau dah kenapa!"bentak Hera tidak semena. keningnya mencerlung merah.
"hei perempuan!Aku warning kau eh!jauhkan diri kau dari Kayden!!Atau hidup kau akan susah!"dengking Sarah sambil tunding jari ke muka Hera marah-marah.
Hera buat muka tak faham!
Kayden?
Siapa pulak perempuan gila depan dia ni?
"Kau ni siapa pulak?Tiba-tiba nak warning orang...memangnya Kayden tu boyfriend kau ke?"tanya Hera dengan muka berlagaknya. Suka hati betul! Tak Nampak orang tengah makan?Boleh pulak main sepak-sepak!
Sarah menunjal bahu Hera dengan jari telunjuknya kuat-kuat.
"Aku...Sarah O'Connor, bekas teman wanita Kayden;...dan selain aku tiada siapa dibenarkan untuk Bersama dengan dia...termasuklah perempuan murahan seperti kau nI!"dengking pelajar perempuan berambut pendek parah bahu itu.
Hera melepaskan dengusan mengejek. Dia Tarik sengih meleret menahan diri dari ketawa.
Ex?
Memang sah perempuan depannya ini gila!
"Kalau macam tu...kenapa dia sekalipun tak pernah ungkit pasal kau dekat aku kalau dia tu adalah kau yang punya...gurlz!Please...back to reality okay..kau tu hanya ex...you know. B.E.K.A.S....which mean you are his past. jangan jadi angjing yang menyalak dekat bayang sendiri...it not look pretty.."kata Hera dengan berlagak. Nampaknya dia ada alasan yang kukuh untuk buatkan dia putuskan relay dia Bersama Kayden.
Sarah berang. Dia bengang mendengar komen tersebut. Darahnya berderau laju naik ke otak di saat jari jemarinya di kepal kuat.
"Kau jangan berlagak!Aku tahu kau siapa!Aku boleh ceritakan segalanya kepada Kayden tentang masa silam kau dan alasan kenapa kau pindah ke akademi ni...dan Kayden pasti akan kecewa dengan hal tu sekiranya dia tahu siapa teman wanita dia ni yang sebenar-benarnya!"ludah Sarah dengan begitu benci sekali.
"Hahahah...apa?Rahsia?Siapa aku yang sebenarnya?So kau patut tahu apa yang mampu lakukan untuk perempuan mulut c*ba* macam kau ni!"sembur Hera pula dengan bersahaja.
PANG!
Satu tamparan hinggap dalam sekelip mata ke tepi muka Hera.
Nafas Sarah naik turun sewaktu dia turunkan tangannya yang kebas dek menampar pipi itu perlahan-lahan ke sisi. Matanya menjegil bulat.
Kepala Hera berpaling laju ke kanan impak dari tamparan itu. Bukan hendak marah atau menangis, dia malah ketawa kecil. Tangan kanannya naik menyelak rambutnya ke belakang telinga sebelum lidahnya di gerak-gerakkan ke bahagian dalam pipi yang di tampar. Sambil jelling ke Sarah, Hera sentuh tepi bibirnya. lantas ternampak darah di situ!
"Lain kali mulut tu longkang la lagi...aku suka je tampar muka orang free-free macam ni.." sengih Sarah dengan bangga setelah itu. "And one more thing....Kau ingat ya...aku akan pastikan Kayden kembali pada aku semula!!" pesan Sarah sebelum berpaling dari situ.
Ceh!!
Hera berdecit menyampah. Matanya menjeling ke belakang badan Sarah sewaktu gadis itu menjauh dari meja makannya ketika itu. "Macam la aku hamak sangat dengan mamat tu!"getusnya sebelum kembali duduk dan nikmati makannya. Sikit pun tak peduli nak hiraukan rasa sakit di pipinya.
Ala maklum
Bukan kali pertama dia di tampar atau di kasari..
Semua ni small matter buat Hera!