π·Orang lama pernah beritahu pesanπ·
Cari kawan biar memilih...
Cari lawan jangan sekali...
Sarang tebuan jangan di jolok...
Jangan disangka air yang tenang tiada buayanya...
Mereka semua yang minta semua ini dari dia..
Selama ini dia tidak mahu melawan kerana enggan menambah masalah, tapi kalau sudah sampai melepasi tahan kesabarannya, memang takkan dia biarkan mereka begitu sahaja.
Walaupun orang itu adalah ibubapanya sendiri!
Siaran berita di skrin televisyen sedang rancak menayangkan berita mengenai usahawan terkenal dan berpengaruh telah di tangkap. Mana-mana siaran terpapar perkara yang sama. Semua muka yang sama dan nama yang sama di sebut berulang kali.
Hera duduk di sofa dalam kedudukan bersila. Mengunyah buah anggur hijau sewaktu menunggu maksunya siap masakan makan malam untuk mereka berdua nanti.
Selepas selesai siapkan tugasan yang dibekalkan dan buat nota ringkas untuk peperiksaan akhir, Hera turun ke tingkat bawah.Dan sejak itu la dia bertapak di situ.
Dan sepajang masa itu juga, telefon skrin sentuh di sebelah kanan kaki Hera yang bersila sudah bergetar setiap kali ada panggilan sebanyak berpuluh kali sepanjang masa itu.
Tetapi tidak dihiraukan Hera kerana dia tahu siapa yang menghubunginya.
Sementara di dapur, Riana yang sibuk lakukan itu sejak tadi ditemani dengan suara chef dari siaran di ipadnya.Sama sekali tidak tahu apa yang telah berlaku.
Disaat Riana gerak membawa mangkuk berisi brokoli dan lobak yang siap di siang, ketika itu la telefon bimbitnya mula berdering.
Deringa itu serta merta menghentikan pekerjaan Riana ketika itu. Tanpa berlengah, Riana letakkan mangkuk ke kaunter dapur semula dan capai telefon bimbit yang tergeletak bersebelahan dengan ipadnya.
Capai saja telefon itu, dia lihat ke skrin.Lantas ada nama abang iparnya di situ.
Hairan kenapa, dia jawab panggilan itu dengan kening berkerut. "Hello?"sambut Riana semasa berpaling ke dapur.Mahu kecilkan api dapurnya.
"Mana Hera!?"marah Nathan.
Tersentak Riana. Dia jarakkan telefon dari telinga dia dan menjegil mata bulat."Apa yang dah berlaku?"tanya dia selepas tekap telefon semula ke telinga.
"Aku call Hera...budak bertuah tu nak jawab!Mana dia Riana!"
Semakin berkerut kening Riana dibuatnya. Dia gerak keluar dari dapur untuk ke ruang tamu. " Ada je ni hah...dekat ruang tamu. Yang kau marah-marah kenapa?"
"Mana aku tak marah....Hera dah susahkan hidup aku dengan merampas segalanya dari aku...tak cukup dengan tu dia paksa aku ceraikan Nadia!Mana anak tak sesar di untung tu....berikan phone ni pada dia sekarang!"ngaum Nathan seberangnya.
Riana jadi tergamam sebaik tiba di depan laluan ruang tamu itu. Dia nampak Hera sedang turut memandang ke arahnya kerana gadis itu mahu gerak keluar dari situ.
"Dia ugut aku....Hera ugut aku kalau aku tak tanda surat cerai tu...dia akan bekukan segalanya dari aset aku...!"bentak Nathan lagi.
Hera yang berdiri hanya tiga langkah menghadap Riana beri renungan kosong dan muka bersahaja tidak bersalahnya. Dia agak kehairanan taktala maksu dia diam di situ memandang dirinya seperti baru melihat hantu.
"Ada apa aunt?"tanya Hera blur-blur.
Perlahan-lahan Riana turunkan telefon dari telinganya dan memandang bungkam ke Hera. Tertanya-tanya sendiri bagaimana anak muda dihadapannya ini lakukan hal sebesar ini sendirian dengan begitu sadis sekali?
Bukan terhadap orang lain, tapi darah dagingnya sendiri.
"Hera..."panggil Riana dengan nafas tertahan_tahan.
"Hm?"Hera menjungkit kening tanda menyambut panggilan itu.
Riana atur langkahnya mendekati Hera selangkah demi selangkah dengan perasaan takut. "Adakah kamu....punca semua kejadian yang menimpa ayah kamu sekarang?"tanya dia separa berbisik.
Hera buat muka poker face. Tidak memberi sebarang emosi.
"Ayah kamu masuk penjara dan ibu kamu diceraikan.....adakah ianya semua perbuatan kamu?"tanya dia dengan curiga.
"Kalau Hera yang buat...apa aunt nak buat?" tanya Hera dengan sengih jahat meleretnya.
Riana terus menahan nafas terkejut dan membeliakkan mata. "Mereka adalah ibubapa kamu, Hera...."lafaznya dengan begitu terpempan sekali.
Hera kerutkan hidung sewaktu tersenyum jalan melepasi maksunya. "Mereka sekadar ibubapa di atas kertas sahaja. Buat apa Hera nak kisah pasal mama dan papa?"kepalanya dilentokkan ke kiri."Mereka sendiri tak pernah fikir tentang anak mereka yang sakit dan sendirian ...buat apa Hera pedulikan mereka?"
Setelah itu Hera menghilang ke dapur
Meninggalkn Riana yang begitu dumbfounded dengan situasi itu. Tiba-tiba saja dia berasa selfconsius!
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·