π·Manipulasiπ·
Suara jurulatih terpekik-pekik di tepi padang kedengaran sayup dari kejauhan. Pemain pasukan ragbi tahun akhir dan junior masing-masing sibuk buat latihan walaupun jadual mereka padat dengan tugasan dan persiapan peperiksaan. Dengan semua yang ada di situ sikit pun tidak curi tulang atau bergurau. Kebanyakannya mereka berikan semua yang mereka ada untuk pemilihan pemain terbaik yang bakal berlangsung nanti.
Dan dalam ramai-ramai di situ Que, Alan dan Joshua paling menonjol. Seperti di Kolej lama, begitu la prestasi mereka sewaktu dalam latihan. Bersungguh-sungguh dan komited.
Di tempat bangku, kelihatan Hera sedang duduk bersila sambil tunduk membaca buku serta menelaah. Untuk hilangkan rasa bosannya dia kunyah gula-gula getah sambil tu. Sementara di sebelahnya, Kayden sedan beri tunjuk ajar akan subjek pembelajaran History. Sejak mula waktu makan tengah hari sehingga la ketika itu. Dua orang itu gigih menelaah.
"Beritahu aku tiga factor pembubaran parti pada tahun 1973.."tanya Kayden.
Hera selak muka surat catatan notannya lalu cari point tersebut. Bila dia Nampak apa jawapannya, terus dia beritahu. "Politik bercanggah dan perebutan kerusi antara ahli parti.."jawabnya.."Faktor ketiga aku tak tahu.."
Kayden mengangkat kepalanya, memandang ke tepi dengan kening berkerut kerana silau. "Hish...itu lah..bila belajar fokus..bukan termenung."keluhnya.
"Kau tahu ke apa jawapannya?Kalau bagus sangat beritahu aku la.."agah Hera yang masih tunduk menyelak helaian muka surat buku teks yang ada di tepinya.
"Manipulasi kuasa..."jawab Kayden dengan bangga.
Mendengar perkataan itu, Hera pun palingkan kepala ke sisi. Kening kirinya terangkat sebelah. MUka handsome mengamit hatinya untuk di tenung dengan lama. Heh!Macam kena betul!"Apa kau cakap?"tanya dia dengan sengih meleret sambil melentokkan kepala sedikit semasa memandang lelaki itu.
"Manipulasi kuasa.."ulang Kayden dengan sabar.
Tiba-tiba Hera ketawa, dia lemparkan kepalanya ke belakang. Mendongak memandang langit biru di atasnya.
Kayden buat muka pelik. "Memangnya ada yang kelakar ke dengan jawapan aku tu?"
"Tak adalah..jawapan tu tak kelakar, tapi disebabkan yang menyebutnya adalah kau, aku rasa kelakar.."seloroh Hera sambil turunkan kepalanya dan pandang semula ke Kayden. Manipulasi kuasa. Macam apa yang Kayden dah lakukan terhadap dia!Kelakar betul!Lelaki ni jawab soalan yang sebenar-benarnya sangat sesuai untuk Kayden.
Masih tidak faham apa yang berlaku, Kayden hanya diam memandang bingung ke gadis di sebelahnya.
"Hei..Kayden..kau tahu.."ujar Hera.
Lalu Hera letakkan buku ke tepi dan turunkan kakinya bersila untuk anjak ke Kayden. Memandangkan Kayden telah gunakan kuasa maksu untuk manipulasi diri dia demi kepentingan sendiri, tak salah kan kalau dia gunakan cara yang sama?
"Apahal?"balas Kayden sambil lirik atas ke bawah dengan curiga.
Sambil ngesot merapat ke sisi Kayden, dia topang tangannya di bangku itu. mahu menyondongkan diri ke depan muka lelaki itu. Lantas Hera tersengih. "Kalau aku tanya kau...nak tak jawab dengan jujur pada aku?"tanya dia selepas itu.
Kayden tidak berganjak atau jarakkan diri bila Hera merapat begitu. "Tentang apa?"
"Kau suka dekat aku tak?"tanya Hera dengan perlahan.
Air muka Kayden jatuh. Dia terpempan lalu berkedip mata kerana terkesan dengan soalan yang diajukan. "Dah kenapa kau tanya macam tu?"
"Beritahu je la.."
Kayden larikan pandangannya ketepi kerana berasa malu. Dalam diam dia mengetap gigi kerana tidak tahu hendak berkata bagaimana lagi.
Dia nak Kayden rasa sakit yang sama!Sama macam yang dia rasa bila di khianati! "Sebab aku sukakan kau.."senyum Hera dengan semanisnya.
Tidak menjangkakan hal itu, mulut Kayden terbuka sedikit. "Ka-kau apa?"
"Kenapa?Kau tak sukakan aku?"tanya Hera dengan kening berkerut seakan kecewa.
Tidak tahu kenapa. Kayden terus menggeleng kepala."Eh tak"
"Hah?Tak suka aku?"
Kemudian kalut-kalut Kayden mengangguk kepala"Ya...aku suka kau.."lafaznya kerana gelabah.
Dasar lelaki!Semuanya sama. "Oh really?"sorak Hera dengan gembira. sebelum memeluk sekeliling leher Kayden. "Kalau macam tu kita official ya?"ajaknya dengan sengih jahat meleret sewaktu rehatkan dagu di bahu itu.
Perasaan Kayden bercampur baur. Ada terkejut. Ada gembira. Namun paling banyak adalah serba salah. "Okay..."angguknya semasa memegang belakang badan Hera.
"Thanks!Aku happy mendengarnya.."ucap Hera lagi dengan nada ceria suka yang dibuat-buatnya. Lepas dia buat Kayden mabuk kepayang pada dia, akan dia tinggalkan lelaki ni macam tu saja. Biar Kayden tahu apa itu rasa sakit di khianati!
Tanpa di sedari, ketika itu Que yang sudah berehat dari latihannya ternampak dua orang itu dari jauh. Bersama renungan terkilannya, Que berdiri sekejap memerhatikan Hera memeluk Kayden sebelum berpaling dari situ.
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·