π·Miss Gangster Si Pengutip Hutangπ·
"Ini dia dokumen yang cik mahukan.."serah Peguam Alastair ke depan Hera sewaktu duduk di sofa tepi Hera duduk.
Waktu ini mereka dua orang berada di kediaman Riana pada petang itu. Hera sendiri baru dari akademi. Riana masih ada di pejabat kerana urusan kerjanya yang tiada penghujungnya itu. Disebabkan Hera sudah hafal jadual maksunya itu, Hera atur pertemuan dengan Peguam Alastair untuk membantu dia uruskan beberapa hal.
"Semuanya ada di sini?"tanya Hera sambil capai sampul coklat yang diserahkan kepadanya.
"Ya cik...gambar serta semua rekod peribadi Tuan Nathan.."
Bila Hera keluarkan isi sampul itu, dia melihat rekod akaun bank serta gambar-gambar dimana papa dia keluar Bersama dengan perempuan yang berlainan. Tidak hairan dengan hal itu. gambar-gambar itu di letakkan ke tepi sebelum dia focus pada dokumen penting yang seterusnya.
Dokumen hak milikan harta dan asset milik papanya.
"Berapa semua yang papa saya miliki dalam saham New West?"tanya Hera sewaktu membaca isi kandungan dokumen itu dengan teliti. Walaupun dia tidak berapa faham, tapi mengikut detail yang tertera di situ ianya cukup untuk buatkan dia laksanakan misinya.
"30 peratus.."jawab Peguam Alastair.
"Atas nama siapa?"
"Puan Nadia."Peguam Alastair pandang kagum akan gadis yang masih mengenakan uniform akademi di badan itu. Walaupun muda, Hera cukup matang untuk handle urusan berat seperti ini. Tidak hairan la kenapa mendiang tuan Abraham dia memilih Hera sebagai pemegang saham dan pewaris Utama. Bukan Puan Nadia atau Puan Riana sendiri.
Hera berdengus mengejek sebaik membaca senarai akaun dan perbelanjaan papa dia yang begitu melampau-lampau sekali.Siap guna duit syarikat lagi tu. "Bagaimana dengan kedudukan saya di New West dan syarikat Induk Abraham?"
"Cukup banyak untuk menguasai dan menjual beli aser yang ada.."peguam Alastair hulur tangan untuk tunjuk sesuatu di kertas yang Hera pegang. "Kolum berikut memberitahu berapa peratus dan jumlah asset penuh yang Cik Hera pegang.."
Mata Hera gerak ke jari itu lalu membaca butiran di dalam kolum itu.
"Macam mana dengan mama saya?"tanya Hera sewaktu selak muka surat seterusnya untuk membaca butiran yang lain. "Adakah dia sihat?Masih bergaduh dengan papa saya?"
"Menurut pengintip upahan yang cik minta saya sediakan itu, mereka beritahu Puan Nadia sibuk dengan urusan butik dan perniagaannya...jarang ke rumah...kalua bergaduh atau tidak kami tidak pasti.."beritahu Peguam Alastair lagi.
"Kalau begitu teruskan kepada rancangan seterusnya la.."beritahu Hera sambil meletakkan helaian kertas itu ke atas meja semula Bersama-sama dengan sampul tadi. Lantas memandang Peguam Alastair dengan renungan mesra.
"Maksud cik?"
Hera memberikan renungan gelap ke Peguam Alastair sebelum tersenyum penuh sinis.
"Kuatkuasakan surat pengeledahan dan penyitaan Aset Nathan...berikan waran tangkap dengan alasan penggelapan wang syarikat dan penyalagunaan kuasa. Selepas itu sita semua asset yang dia ada. Bekukan akaun peribadi dan rahsianya. Pendek ceritanya mufliskan orang tua tu sampaikan lelaki tu sehelai sepinggang."
Peguam Alastair yang dengar terdiam buat seketika, namun setelah menyedari bahawa Hera ada alasan yang tertentu lakukan hal itu, dia mengangguk kepala tanpa bertanya lebih lanjut mengenainya. "Baik."
Selesai berkata, matanya menjeling ke kepingan gambar papa dia dengan sugarbaby dan perempuan simpanan lelaki itu. "Setelah papa saya di tahan, paksa dia tandatangan surat cerainya....kemudian serahkan surat cerai itu kepada mama saya Bersama dengan gambar-gambar ni...biar mama saya tengok suami jenis apa yang mama saya sanjungkan dan cintakan separuh mati tu selama ini.."ujar Hera dengan nada mendatar dinginnya.
Sekarang giliran mereka untuk belajar apa itu sakit.
Rasa sakit yang selama ini dia tanggung sendirian kerana mereka.
Hera mahukan mereka yang sakiti dia selama ini merasainya...merasai sakit tu..
Sakit bila apa yang disayangi telah mengkhianati mereka
Sakit kerana kehilangan perkara yang berharga seperti harta, nama dan kesenangan..
Sakit bila di kecewakan dengan orang yang mereka cintai
Rasa sakit bila ditinggalkan tidak berdaya seorang diri
Merasai sakit bertarung dan struggle sendirian sewaktu semua orang pandang rendah pada diri mereka dan dianggap sebagai manusia paling tidak berguna dan sampah dipandangan mata.
"Bila Cik Hera mahu saya laksanakannya?"tanya Peguam Alastair tidak lama kemudian. Dia seluk tangan mengeluarkan telefon hendak menghubungi jabatan cukai , pihak berkuasa dan mereka yang membantu dia sediakan maklumat.
"Secepat mungkin kalau boleh. Saya harapkan yang terbaik dari encik."ucap Hera semasa memberi tundukan terima kasih kepada lelaki yang beza 14 tahun dengan umurnya itu.
Peguam Alastair pun sama membalas tundukan itu dengan hormat. Dulu dia bekerja buat Tuan Abraham.Dan kesetiaannya itu tidak pernah beralih arah. Cuma bezanya kali ini tuannya ada versi muda mendiang tuan lamanya. Dan dia harap cik muda di hadapannya ini akan lakukan hal yang lebih baik untuk semua suatu hari nanti.
"Akan saya laksanakannya kalau begitu."tunduk Peguam Alastair bernada patuh.
Mata Hera pandang kepala Peguam Alastair dengan renungan dingin sewaktu lelaki untuk tunduk kepadanya.
"Kirim salam saya pada mereka sewaktu kamu temui mereka nanti."pesannya buat kali terakhir."Beritahu mereka yang miss gangster datang nak kutip hutang
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·