Chereads / That's Not My Problem / Chapter 73 - Bab : 73

Chapter 73 - Bab : 73

🌷Busted Again🌷

Di suatu malam, dalam kediaman Riana.

Tingkat dua, bilik bacaan Riana menyala lampunya. Dan di dalam ruangan itu, Kayden berdiri tegak dengan tangan di belakang. Menghadap Riana yang sedang duduk bersilang kaki di sofa.

"So...apa yang kamu hendak katakan pada saya?"tanya Riana sebaik dia selesakan diri di sofa itu.

Mata Kayden terarah di lantai. Selama beberapa hari ini dia sudah fikir masak-masak mengenai deal dia dengan Riana. Mungkin ini yang terbaik untuk semua orang. "Patutnya saya beritahu hal ni pada puan sewaktu Hera di hospital...tapi saya tak sampai hati nak ganggu waktu puan bersama Hera. Sebab itu saya mintak kita berjumpa hari ni."

Riana ketap bibir, dia rehatkan lengan di arm rest sofa tersebut dengan kepala terlentok sedikit.

"Adakah semua ini mengenai deal kita?"

Kayden mengangguk kepala.

"Kamu hendak berhenti?"

Kayden mengangguk kepala lagi. Masih tidak memandang Riana. Dia ketap bibir erat-erat.

"Jadi kamu akan lepaskan begitu saja tawaran rekomendasi saya ke university berprestij tu sekiranya kamu bantu saya menjadi teman Hera dan bantu dia?"soal Riana yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan Kayden.

Kayden termenung memandang lantai buat seketika sebelum berkata dengan perlahan. "Awalnya niat saya setuju akan permintaan puan untuk jadi buddy buat Hera sepanjang dia berada di sini...dan tutor untuk pembelajaran dia, hanya la untuk dapatkan rekomendasi tu..tapi selepas tiga bulan luangkan masa bersama dengan Hera, saya tak dapat nak biarkan semua ni berlanjutan..saya tak nak sakiti hati Hera sekiranya dia tahu bahawa apa yang saya buat dan apa yang lakukan untuk dia hanya semata kerana tugas bukan kerana saya yang mahukannya."

Air muka Riana berubah. Dari serius kepada terasa.

"Sebelum hal jadi lebih serius, saya ambil keputusan untuk tolak tawaran puan."baru la Kayden angkat kepala memandang Riana.

"Apa yang buatkan kamu lakukan keputusan ni?"Riana tunding jari pada permukaan lengan sofa itu. "Segalanya sekarang berjalan dengan lancar?"

Keluhan Panjang dilepaskan sebelum dia berkata. "Sebab saya dah tersuka pada Hera..."lafaznya dengan bahu jatuh hilang semangat. Matanya dipejam rapat. "Saya tak sampai hati nak kecewakan Hera lagi sekiranya dia tahu, selama ini saya dekati dia kerana mahukan memenuhi kepentingan saya sendiri..."

Riana ketawa. "Jangan nak buat lawak Kayden...kamu bukan orang pertama yang dekati Hera kerana mahukan kelebihan...apa yang kamu perlu takutkan. Kalau suka beritahu, bukannya saya akan halang kamu dari bercinta dengan Hera..."ujarnya sambil tersengih.

Kayden mengetap giginya dengan erat.

"Ya sudah itu keputusan kamu...saya takkan halang. Tapi pelik pulak nanti kan kalau kamu tiba-tiba sahaja jauhkan diri dari Hera. Apa kata kamu berkawan dengan Hera sehingga tamat pengajian di akademi ini. Lambat atau cepat, kamu berdua akan berpisah ke haluan masing-masing kan?"cadang Riana.

Oleh kerana dia terkesima, Kayden tidak dapat mengatakan apa-apa mengenai cadangan Riana.

"Oh come on Kayden...bukannya rugi mana. Selama ni saya yang bantu kamu dan ibu kamu kerana kami bersahabat baik...takkan la benda kecil seperti kamu tidak boleh lakukan...biasa la...kalau setiap pertemuan itu akan adanya perpisahan..."dengan bersahaja sekali Riana berkata.

Untuk beberapa ketika, Kayden diam membuat pertimbangan. Dia cuba memikirkan kesan dan akibat sekiranya dia tidak hentikan semua ini dan teruskan juga berkawan dengan Hera seperti tiada apa-apa yang berlaku. Masalahnya sekarang, dia dah berhutang budi banyak dengan Riana. Kalau dia tak buat apa pulak Riana fikirkan nanti. Tak pasal-pasal rosak pula persahabatan ibunya dengan Riana.

"Baiklah...saya akan terus berkawan dengan Hera.."angguk Kayden tidak lama kemudian.

Senang mendengarnya, Riana tersenyum lebar. "Bagus. Sekiranya kamu kekalkan reputasi kamu dalam peperiksaan dan aktiviti kelab kamu, saya yakin, mana-mana university akan terima kamu sebagai pelajar mereka."

"Terima kasih puan."ucap Kayden dengan rendah diri. "Saya akan lakukan yang terbaik."

Tanpa di sedari mereka berdua,berdirinya Hera di tepi pintu yang terbuka sedikit itu. Niat dia ke situ adalah untuk hidangkan air dan snek untuk mereka berdua, tapi tak sangka pula sampai saja depan pintu dia terdengar akan perbualan dua orang itu. Pada mulanya dia enggan memasang telinga, tetapi topik perbualan mereka melibatkan namanya. Mahu tak mahu dia berdiri di situ tanpa menghasilkan sebarang bunyi dan dengar segalanya dari awal.

Dulang yang dipegang Hera dieratkan lagi cengkaman olehnya. Dia pandang ke dalam bilik itu melalui kuakan kecil pintu tersebut. Renungan bengang dan jengkel terarah di belakang kepala Kayden. Dia begitu berang sekali sebaik mengetahui hal sebenarnya.

Wah!

Sambil tersenyum mengejek. Hera pun menggeleng kepala.

Dasar manusia tak guna!

Semuanya tak guna!

Tidak ibubapanya.

Tidak rakan baiknya!

Tidak Kayden.

Semua orang hanya mahu ambil kesempatan keatas kesenangan di balik kesempitan dia!

Dia dah hadap cukup dengan semua ni!

Selama ini dia dah banyak berlembut dan bertolak ansur pada semua orang. Kemudian apa?Mereka pijak kepala dia!?

Tak kali ni!

Mereka semua akan terima bayarannya!

Tiada seorang pun yang akan terlepas dari karmanya!

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷