Chereads / That's Not My Problem / Chapter 67 - Bab : 67

Chapter 67 - Bab : 67

🌷 Mintak Tolong🌷

Peluh dingin yang merintik membasahi dahi dikesat dengan belakang tangan sewaktu tangan satu lagi sibuk mewarnakan kanvas di depannya. Tanpa sedar terpalit sedikit warna itu di dahinya semasa dia berbuat begitu. Seusai itu, dia cekak perut sebelah kanannya sambil menggigit bawah bibir.

Sakitnya!

Kalah rasa period cramp!

Nafasnya pun tidak teratur.

Entah kenapa rasa sakit dia semakin menjadi-jadi selepas makan tengah hari tadi.

Bila tak tahan, nafas Lelah lepas dari bibir dia. Hera berkerut kening dengan bersusah payah sewaktu menahan sakit yang dirasai pada sebelah kanan perutnya. Dia ingatkan sakitnya akan berkurangan seperti kebiasaanya selepas makan ubat gastrik, tapi tak tahu pula sakitnya semakin teruk!

"Baik...untuk ton warna seterusnya, kamu boleh pilih sama ada lakaran background kamu tu nak waktu bila, senja?Pagi?Petang?Malam?..kalau kamu pilih senja, tengok kad warna bernombor 56r4.."arah pensyarah seni kepada pelajar-pelajar di dalam makmal seni.

Hera pun tunduk, dalam keadaan sakit itu dia pandang kad-kad yang tersusun di meja kecilnya. Dibeleknya satu persatu sebelum memilih warna mengikut ton warna yang dia kehendaki.

Joshua yang berada di sebelah kiri stesen Hera menoleh. Dia jengah leher sewaktu mahu memandang kad yang di pilih Hera. Ton warna senja.

"Kau punya waktu senja ke?"tanya Alan kepada Hera.

"Urm.."balas Hera sambil mengangguk kepala.

Alan perasan sesuatu tak kena, tapi tidak jelas sebab rambut panjang Hera tutup tepi muka itu. Jadi dia tak dapat nak pandang sepenuhnya wajah itu.

"Kau tak apa-apa ke?"tanya Alan dengan kening berkerut hendak tahu.

Baru Hera mengangguk, dia dengan mengejut bangun dari bangku. Tidak sempat nak berkata apa-apa, apa lagi pamit minta diri, Hera pecut berlari keluar dari situ dalam keadaan tergesa-gesa. Tangannya menekap mulut.

Pensyarah dan pelajar lain dalam kelas itu ikut mengangkat kepala masing-masing untuk lihat pemergian Hera itu. Alan sendiri terkejut. Dia ada salah cakap ke?Terkebil-kebil bingung dia di bangku itu. "Joshua kenapa dengan Hera?"tanya pensyarah sewaktu dia berdiri di sebelah seorang pelajar lelaki,

Memang tak la dia tahu. Joshua buat muka dumbfounded lalu menjungkit bahu tak tahu.

Pintu bilik di tolak kasar sebelum Hera tertunduk di depan sinki. Sempat dia pegang rambutnya rapat ke dada sewaktu memuntahkan segala isi yang ada. Ingatkan dah habis,sekali tu angin dari dalam perutnya tolak kuat kerongkongnya supaya muntah lagi sampai timbul urat beliratnya.

Seketika berlalu, Hera pun tidak muntah lagi. Dalam keadaan terketar-ketar tangannya buka kepala paip dan biarkan air mengalir deras melaluinya. Dia mengangkat kepala dari tunduk dan membersihkan kotoran yang dia buat. Mulutnya di cuci dan di kumur.

Ketika itu, dia merasakan seperti urat sarafnya menarik-narik yang menyakitkan hingga menyebabkan Hera berasa pening. Tapi dia biarkan saja. Mungkin sebab masuk angin. Setelah bersih semuanya, baru la Hera pandang ke cermin di depan sinki ketika itu. Betapa terkejutnya dia bila tengok mukanya yang kelihatan pucat,bibirnya tidak merah seperti biasa, peluh penuh membasahi dahi dan lehernya hingga rambut hitamnya melekat di sana sini.

Merasa ada yang tak kena pada dirinya itu, Hera tanpa berlengah mencapai telefonnya dari balik kot uniform yang dipakainya. Susah payah dia nak seimbangkan dirinya dari pitam di situ semasa tunduk menyentuh itu dan ini pada skrin itu. Dia menyentuh nombor yang mana satu-satunya berada dalam kenalan telefonnya. Lantas telefon itu di tekap ke telinganya sewaktu berjalan keluar dari bilik air itu.

"Hello?Ya. Ada apa Hera?"sapa Riana dalam panggilan tidak lama kemudian.

Hera pejam mata dengan kuat sewaktu bersandar pada dinding di sebelahnya. "Aunt dekat mana?"tanya dia kedengaran senormal yang mungkin.

"Oh..aunt ada dekat jabatan kementerian pelajaran sekarang. Ada mesyuarat agung antara dekan-dekan akademi seluruh negeri. Kenapa?Kamu perlukan apa-apa ke?"tanya Riana.

Bawah bibirnya di gigit pula dengan terdesak. Nak halang rintihan dan esakan keluar dari bibirnya. "Saja call..."dia tak boleh susahkan maksu dia untuk gegas dapatkan dia ke sini. Cukup la apa yang maksu dia dah buat. Takkan la hanya kerana dia sakit begini perlu mengada-ngada. Lagipun dia dah besar. Boleh uruskannya sendiri."Boleh maksu berikan nombor Kayden?Hera tak sempat lagi nak save nombor dia.."mintanya dengan suara di kawal yang terdesak.

"Boleh..nanti aunt send pada kamu.."

Setelah itu Hera jatuh terduduk di lantai koridor depan tandas dengan tangan terkulai di bawah tidak berdaya. Dia sandarkan badannya ke dinding berdekatan sebelum kepalanya tergantung ke bawah kerana begitu tidak berdaya.

Dring!

Bunyi pesanan diterima bergema sepanjang koridor yang lengang itu.