Chereads / That's Not My Problem / Chapter 68 - Bab : 68

Chapter 68 - Bab : 68

🌷 Penyelamat🌷

Di bengkel....

Bunyi bising mesin pemotong kayu dan orang menukang kedengaran kuat dari luar bengkel lagi. Tidak jauh dari pintu, kelihatan dua orang bercermin mata keselamatan jernih warna putih sedang menukul kayu dan memotong serpih playwood di situ. Sedang bekerja menyiapkan projek mereka.

Pelajar lelaki yang lain turut melakukan hal yang sama. Secara berpasangan, semua di situ sibuk. Hingga buatkan telefon yang sedang berdering atas helaian kertas pelan bina berdering pun tidak di sedari oleh empunya barang.

Setelah ia berdering beberapa kali, getaran telefon itu Berjaya menarik perhatian orang yang mahu mencapai pelan di situ untuk di periksa. Jadi dia ambil telefon itu lalu di sua ke depan muka tuan punya telefon.

Kayden yang ketika itu sedang tunduk membaca meter penstabil pada pembaris pembacanya tersentak, Elok mata dia pandang bebuli hijau di pembaris itu, terus beralih ke skrin telefonnya sewaktu ada panggilan masuk.

"Tak tahu...ada orang call kau sejak tadi.."beritahu Arion.

Kayden pandang nombor tidak dikenali di skrin itu dengan muka tidak berminat. Biasanya nombor tidak dikenali ini pasti dari peminat-peminat dia. Tanpa menghiraukan panggilan itu, Kayden kembali menyambung kerjanya. "Paling-paling peminat...dari mana aje la dia orang dapat nombor aku.."keluhnya dengan geleng kepala kesal.

Arion menarik tangannya semula. Dia memandang skrin telefon itu sebelum ke Kayden. Naluri dia beritahu yang panggilan ini perlu di jawab. "Kalau macam tu biar aku yang sound Budak ni."katanya semasa sentuh butang putih di skrin itu. Sebaik telefon itu di tekap ke telinga, Arion buka mulut hendak bersuara tetapi si pemanggil mendahuluinya.

"Kayden.."panggil suara Hera dengan lemah dalam panggilan itu.

Mata Arion terus membutang. "Hera.."panggilnya dengan cemas. "Kenapa dengan kau?"

"Mana Kayden?"tanya Hera lagi dengan tersekat-sekat.

Arion berpaling memandang Kayden. Dia cepat-cepat serahkan telefon itu ke rakannya. "Kay...Hera call...ada sesuatu tak kena dengan dia.."beritahunya dengan cemas.

Serta merta Kayden berhentikan kerjanya. Dia berdiri tegak dari tunduknya lalu capai telefon itu dan dibawa ke telinga sepantas kilat. "Hello?"

"Sesuatu tak kena dengan aku...tolong dapatkan aku dekat depan bilik air pelajar perempuan dekat dengan bengkel seni.."beritahu Hera dengan suara rintihan tanggisnya.

Senak memulas perut Kayden sewaktu dengar suara susah itu. "Aku on the way..kau tunggu."jawabnya dengan lekas sambil tanggalkan cermin mata keselamatan dari wajahnya kasar-kasar.

Arion dekat sebelah dah cuak sendiri, Dia bingung memerhati Kayden. "Apa yang dah berlaku.?"tanya dia.

Tanpa memutuskan panggilan itu, Kayden terus bercakap. "Tunggu..jangan off call.."mintanya sambil isyaratkan Arion kemas semua sepah di meja kerja mereka.

"Ada apa ni?"tanya Arion setelah faham. Dia pun gulung kertas, tutup buku nota dan susun kayu dengan tergesa-gesa.

"Aku tak tahu...kau call Kyle suruh dia tunggu dekat depan lobi bangunan seni sekarang. Aku pergi jumpa Hera. Kalau pensyarah tanya aku pergi mana, kau beritahu dia aku ke hospital hantar Hera ke sana.."pesan Kayden sewaktu tanggalkan apron kain jeans dari badannya dengan sebelah tangan lalu di letakkan atas meja itu.

"Hah?Hospital?Teruk sangat ke?"kening Arion berkerut sewaktu dia seluk tangan ke dalam poket seluar. Mengeluarkan telefonnya dari situ lantas tunduk menyentuh itu dan ini di skrin telefon.

"Tak sure..tapi macam teruk je bunyi...aku gerak dulu. Call Kyle sekarang. kau stay dekat sini."pesan Kayden semasa dia capai kot yang tergantung di dinding sebelahnya lalu disarung ke badan dalam keadaan tergesa-gesa.

Arion yang baru hendak bertanya pada Kayden tidak menjadi apabila rakannya itu sudahpun berlari keluar dari bengkel seperti lipas kudung. Hilang berdesup macam tu je depan mata dia. Masa itu juga Kyle jawab panggilannya.

Kayden yang sedang berlari tanpa henti itu, turun anak tangga dengan terburu-buru, tangan dia memegang erat telefon. Habis saja tangga di turuni, dia lari merentasi koridor hingga keluar dari bangunan. Beberapa meter berlari mengalahkan Usain Bolt sendiri, akhirnya dia tiba di bangunan Seni. Dia pecut terus ke dalam bangunan itu dan naik tangga untuk ke tingkat dua.

Hendak putus nafas dibuatnya!

Akhirnya Kayden tiba di koridor dimana Hera maksudkan. Tak lama pun dia tiba situ, dia boleh Nampak Hera ada dekat sebelah dinding dalam keadaan bersimpuh dengan telefon di tangan. Mahu luruh jantung dia dekat situ bila melihat keadaan itu.

Lelaki itu terus meluncur di atas lantai sehingga tiba di depan Hera sesaat kemudian. Belakang badan itu di pegangnya serta merta.

"Hei!"tegur Kayden dengan perlahan.

Hera yang dengar suara itu pun mengangkat kepala dengan lemah. Dia tatap wajah Kayden dengan mata yang kuyu sebelum mencebik sedih. "Sakit.."rengeknya sambil hulur tangan mencengkam tepi lengan berkot itu.

"It's okay...aku ada."kata Kayden sambil menyelak rambut Hera yang basah dengan peluh itu ke belakang telinga. "Jom kita pergi hospital.."ajak dia yang terus mencempung tubuh Hera gaya pengantin.

Sambil merintih sakit, Hera lingkarkan tangannya ke sekeliling leher Kayden dan rehatkan kepalanya di ceruk leher lelaki itu. Matanya di pejam rapat saat menahan sakit yang bertandang ketika itu.

Kayden berjalan laju merentasi koridor itu dengan wajah tegang seriusnya. Dia langsung dah tak fikir rasa penat atau lenguh dia kerana banyak berlari sejak tadi. Fikirannya cuma ada satu perkara saja. Iaitu Hera.