Jika telah diberi peluang seribu tahun kepada aku hanya untuk mendedikasikannya dalam penulisan, aku akan melakukannya. Kerana bagiku, dunia penulisan itu adalah seperti dunia baharu. Kerana satu buah cerita membuka kepada satu dunia baru, kehidupan baharu. Pembaca akan seperti meneroka dunia yang baru dengan hanya membaca sebuah buku.
Aku amat menyukai akan cerita-cerita yang telah keluarkan emosi aku. Aku punya sedikit masalah untuk mengekspresikan diri.
Apa....
Apa aku sedang depress?
Mungkin..
Mungkin sebab itu aku sangat suka cerita yang sangat menyedihkan atau cerita yang bikin panas. Aku sangat suka.
Sekarang...usiaku telah mencapai usia sembilan belas tahun, aku telah menamatkan persekolahan pada usia tujuh belas tahun. Aku telah melakukan pelbagai kerja sampingan bila selesai sahaja tamat pengajian, seperti menjaga budak-budak, hantar surat khabar pada setiap pagi dan jadi tukang casher pada waktu malam. Dapat duitlah juga, dan dapatlah bantu keluarga sedikit.
Sebenarnya, aku tidak kisah jika aku buat kerja sampingan ini, aku tidak berharap nak sambung belajar, sebab, dapat bantu keluarga kan? Dapat bantu terus keluarga. Kerana keluarga aku bukanlah keluarga yang senang. Legipun, aku ada masa juga untuk membaca atau menulis cerita. Walaupun semua tidak ke mana...
Sampailah usia aku genap sembilan belas tahun, ma ternampak notis pengambilan tentera khas bagi orang-orang yang mempunyai kebolehan.
Orang-orang yang mempunyai kebolehan tu, kalau secara fantasinya adalah orang yang mempunyai magic lah. Secara ringkasnya, dan ia hanya sebilangan kecil, tetapi kekuatan orang-orang ini adalah dua atau lebih kali lipat dari orang biasa.
Jadi, apakah aku masuk?
Iya, aku masuk. Kedengaran sangat Cliche ke? Entahlah, aku pun tidak tahu.
Aku.. punya kebolehan yang sangat bersesuaian untuk pengambilan ini. Tapi aku sedikit ragu-ragu. Ini maksudnya aku harus menumpukan fokus ku untuk latihan-latihan yang akan diberikan. Mungkin aku tidak akan ada masa untuk membaca atau menulis cerita lagi.
Tapi ma macam berkeinginan ingin masukkan aku dan juga gaji yang ditawarkan dapat membantu keluarga menjadi lebih baik.
Mungkin aku bebal.. Aku tidak tahu mana mahu pilih.
Aku masih ingat bila ma nangis bila nampak keputusan sekolah menengah aku. Keputusan aku itu tidak adalah A, tapi ia juga tiada E, D atau G. Kira baguslah. Teringat akan keputusan ketika aku enam belas tahun, aku lansung tiada belajar dan lebih bermain, jadi bila tau saja peperiksaan nak dekat, aku belajar sekajap lepas tu tutup buku, sungguh anak yang tidak sedar untungkan aku nie? Aku dapat rasa yang aku tidak akan dapat jawab peperiksaan ini, mestilah aku kan tidak belajar?! Aku awal-awal minta maaf sama ma. Bila keluar saja keputusan, ma kata, "Tak apa, tahun depan, usaha lagi dan belajarlah sungguh-sungguh ye? Ingat, belajar itu penting".
Ma yang bekerja untuk mencari duit untuk menanggung keluarga ini, ayah sakit dan tidak boleh buat kerja berat-berat.
ma aku kecil ja badan dia, ma akulah yang paling penat di dalam keluarga aku.
Jadi, aku pikir. Kalau aku ambil ini peluang, aku dapat bantu keluarga jadi lebih baik dari apa yang aku usahakan sekarang.
Aku ikut sajalah. Menulis cerita itu, nanti-nati sajalah. Aku boleh buat pada masa kosong, atau...lebih baik aku tinggalkan sajalah.
Aduhai...
Jadi tentera khas... okay sajalah. Aku boleh ja..
Rindu lah juga sikit...untuk menulis...
Dan juga, tempat pengajian untuk tentera khas
ini sangat jauh dari keluarga...
Maksudnya, aku perlu urus diri sendirilah ni? Tidak ada lagi suara bising dari adik-adikku, tiada lagi suara ma membebel bila ruang tamu bersepah, tiada lagi ayah yang akan ajak untuk sama-sama menengok anime baru..
Apalah aku nie! Kan ada telefon, bolehlah berhubung dengan keluarga? Tapi aku dengar,hanya pada hari minggu saja boleh pegang telefon. Tak apa. Tak apa.