"Hera! Barang-barang yang hendak dibawa sudah kemas ke belum? Pastikan malam nie siap, esok kita mau jalan awal".
Suara ma kedengaran dari sebalik pintu. Aku meletak tablet ku ke sisi ku. Mataku melirik kepada dua beg besar, satu beg sederhana dan satu beg kecil, baldi besar dan kecil pun berada di atas beg sederhana, kesemua barang-barang yang disimpan itu terletak di hujung katil. Setelah memastikan pandangan dan ingatan yang betul, pastikan aku bukannya salah pandang atau halusinasi.
"Sudah ma! Dah siap dah~ Baju nak dipakai untuk esok pun dah~".
"Okay", lepastu dengar bunyi tapak kaki melangkah jauh dari pintu.
Setelah beberapa minit, aku pegang balik tablet dan kembali baring di posisi asal. Aku sedang menonton video di YouTube tentang reaction gacha life dan aku sedang tengok react as Ai Hoshino. Ai Hoshino adalah karakter dari anime oshi no ko yang merupakan anime baru, aku tidaklah berapa tengok anime nie, dua adik kecil saya yang menengok, saya tengok spoiler je. Karakter nie bolehlah dikira sedih, karakter nie mati gara-gara dia punya stalker yang telah hilang akal, hanya kerana Ai ada dua orang anak.
Aku mau cakap tarik nafas dulu.
Ko sape nak tiba-tiba bunuh dia?! Kau ingat kau dia punya laki? Pacar? abang? Apa hak kau nak marah-marah macam tu?! Dia pun manusia juga bade---ehem!!jangan maki- dan ada dua orang anak lagi mau dijaga! Cuba kalau mak kau kena bunuh kerana alasan bede-ehem!!!- tu, kau mahu?!!!
Nak mengamuk jugalah saya sedikit...dan nak naik muak dengan sikap stalker melebih-lebih itu. Kalau aku ada di sana, aku terajang itu lelaki. Suka suki je nak bunuh orang, lepas tu bunuh diri sendiri pula! Dasar!
Aku cekik kang!!
Ehem!!
Baik aku bertenang, nanti terlebih pula aku hingga betul-betul menumbuk dinding nanti.
Nak buat cam ne? Aku marah!
Bertenang lah kalau gitu! Boxxx-jangan maki!!
Aih...
Tarik nafas
Hembus
Ulang balik..
Dah tenang?
Mari kita pikir tentang apa nak jadi esok
Apa nak jadi ye?
Aku rasa nak terjun dari bangunan kerana jantung aku tidak berhenti nak berdegup.
Heeeh.....
Rasa nak tulis cerita pula tentang pengalaman ini. Nak tulis tentang apa ye? Tentang seorang gadis yang datang ke tempat baru, terlihat dingin, disalah ertikan kerana secara tidak sengaja terlibat dengan cinta monyet tidak kesampaian kerana keluar dari jamban dan lebih lagi.. Cerita yang bagus!! Tapi nak mula cam mana ye?
Aku bukannya pandai sangat nak main ayat nie..
Mungkin aku pandai sikit...dalam memutar belit ayat..? Aku tidak sukalah..
Putar belit ayat..
Terus teringat diri sendiri macam itu karakter Mary Sue atau white Lotus ke green tea...aku tak pastilah...
Tapi itu yang kau jadi.....kerana betul-betul suka buat latar belakang yang menyedihkan...
Nak buat macam mana? Aku...rasa sedikit jatuh cinta dengan kesedihan... Apa kalau Junko Enoshima ke? Yang dari danganronps kata? DESPAIR!!!
I love it... sedikit? Setengah? Aku tak pastilah... tapi aku tahu bukan semuanya kerana aku pun.. suka juga yang jenis berharap... Aku suka berharap....sedikit..
..
..
**Third POV**
"..."
Hera duduk termenung sambil memandang ke luar tingkap kereta. Atuk Hera, Diluq, yang memandu kereta dan ibunya Hera, Gia yang menjadi tukang map, walaupun tadi hampir tersesat juga, tapi tidak akan bercakap tentang itu. Mereka bertiga menuju ke tempat pengajian Hera yang terletak di ibukota negara mereka.
Hera memandang begitu banyak dari pokok-pokok ke bangunan-bangunan yang bertingkat-tingkat dari tepi tingkap. Dia melihat banyak jenis bangunan yang sangat menarik dengan hiasan, nama atau bentuk bangunan itu.
Hera melihat ibunya akan mengambil gambarnya atau ambil gambar bersama-sama dan upload di dalam group whatsapp khas untuk keluarga. Gia akan memanggil namanya bila dia mau ambil gambar bersama-sama.
Hera mendengar atuknya berkata tentang ibukota dan tempat-tempat yang dekat dengan ibukota mengalami pembangunan yang maju, lain dari yang dulu, dulu hanya sedikit je bangunan yang tinggi seperti sembilan puluh tingkat itu. Hera tidak dapat membayangkan untuk berada di lantai setinggi itu. Kerana Hera akan terfikir, apa ia akan mengasyikkan kalau terjun dari lantai tertinggi ini? Dan apakah dia akan mati?
'Apa jadi kalau aku mati ye?', Hera fikir dengan wajahnya yang sedari tadi lansung tidak berubah dari wajah yang tidak menunjukkan sebarang perasaan. Dia jarang sekali ketawa atau pun tersenyum.
'Apa guna aku ye? Nanti kalau aku tak dapat buat? pasti sia-sia je semua nie!? Adik aku lebih layak kerana dia rajin dan pandai, bukan macam aku...
"Hera, makanlah kuih tu kalau lapar ataupun tidur. Jauh nie perjalanan kita".
"...okay".
Hera mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan tentang pemikiran yang datang secara tiba-tiba dan lebih baik tidur.
'Aku tidur lamabr semalam kerana tengok reaction gacha sampai jam dua pagi. Dan cerita yang aku nak buat semalam pun belum terbuat lagi. Mah...sekarang kite tak boleh nak fokus sangat tentang menulis...bidang kite dah lain..dan.. dah sikit ruang nak buat...hm..'