Chereads / Stesen Terakhir / Chapter 1 - Bab 1

Stesen Terakhir

🇲🇾Spy_030
  • 8
    Completed
  • --
    NOT RATINGS
  • 6.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1

"Jadi, rasanya kat sinilah tempat yang sesuai untuk kita pergi bercuti masa cuti semester, kan?" tanya Muaz sambil menunjukkan peta Genting Highlands kepada Kamal.

Kamal melihat peta yang ditunjukkan Muaz, sambil berfikir. Kemudiannya, dia membalas...

"Bolehlah ni, kita santai-santai sambil healing kat sana, ambik udara. Hilangkan stres kita kat sini, banyak sangat assignment yang lecturer bagi. Tapi aku dah siap semua dah!"

Nadia melihat mereka berdua dan menghampiri mereka.

"Korang bincang apa tu?" tanya Nadia.

"Ouh, takde papelah. Just plan for our vacation to Genting" balas Muaz.

"Fuiyoh, tak ajak aku sekali ke. Aku belum pernah pergi sana lagi tau" kata Nadia.

"Kalau nak join kau kena ajak sorang lagi lah. Nanti orang suspicious kalau ada sorang perempuan dalam kumpulan lelaki" kata Kamal.

"Kalau camtu, aku ajak Sarah lah" kata Nadia.

Sarah muncul di sebelah Nadia selepas namanya disebut.

"Ada apa ni?" tanya Sarah.

"Kitorang plan nak pergi Genting Highlands, aku nak ajak kau sekali" kata Nadia.

"Uuu, this gonna be a great journey for my content" kata Sarah.

"Kitorang tak kisah pun kalau kau nak record time perjalanan tu" kata Muaz.

Kamal sekadar mengangguk mengiyakan kata-kata Muaz.

"Jadi, nanti korang prepare lah barang-barang korang sekarang. Cuti semester minggu depan" kata Kamal.

"Tahulah, macamlah kitorang tak pernah gi melancong" kata Sarah sambil mensilangkan kedua-dua tangannya.

"Bukan apa, kitorang satu hari sebelum pun dah cukup kalau nak kemas barang" kata Muaz.

"MEMANGLAH! look at us! We're girls alright" kata Sarah.

"Ye, kitorang tahulah. Dah, sekarang ni, korang nak ikut ke tak?" tanya Muaz.

"Naklah!" jawab mereka berdua serentak.

"Jadi, korang pilih baju korang nak bawak, siapkan barang-barang korang sebelum Sabtu minggu ini. Aku dah tempah bilik kita" kata Muaz.

"Baik!" balas mereka berdua.

"Tapi, takkan kita pergi jauh-jauh just nak healing je?" tambah Nadia.

"Kita boleh gi theme park kat situ. And then, kita akan naik kereta kabel" kata Muaz.

"Uuu, mesti seronok" kata Sarah.

"Oklah, kitorang nak gi kemas barang kitorang" kata Nadia.

"Jangan tetiba siap awal, bendanya Sabtu ni, harini baru hari Selasa" kata Kamal.

"Ye, kitorang tahulah" kata Sarah.

Hari demi hari berlalu, dan cuti semester pun telah tiba. Mereka kini tiba di hotel yang telah ditempah mereka. Muaz berada di kaunter pendaftaran, mendapatkan kunci bilik mereka.

"Nah, kunci bilik korang" kata Muaz sambil menghulurkan kunci kepada Nadia.

Nadia mengambil kunci itu dan mengajak Sarah ke bilik mereka. Apabila pintu lif terbuka, mereka berselisih dengan Fahmi, senior di universiti mereka.

"Eh, korang buat apa kat sini?!" tanya Fahmi dengan nada teruja.

"Of course lah sebab kitorang ada vacation" kata Sarah.

"Kau pun melancong sini ke, Fahmi?" tanya Kamal.

"Taklah. Aku takde tempat nak pergi cuti-cuti ni, jadi, aku datang ke hotel ayah aku ni" kata Fahmi.

"Hotel ni ayah kau punya ke? Tak tahu pula" kata Muaz.

"Ye lah, ayah aku kan owner syarikat ni" kata Fahmi.

"Alang-alang kita berselisih, apa kata kau ikut kitorang jalan-jalan? Nak tak?" kata Sarah.

"Boleh je" kata Fahmi.

"Nanti kitorang turun balik. Nak letak barang dulu" kata Muaz.

"Ok, aku tunggu kat bawah" kata Fahmi.

Mereka berempat naik lif dan pergi masuk ke dalam bilik masing-masing. Setelah menyediakan barang yang perlu dibawa, mereka pun keluar dan turun ke bawah. Setelah mereka berkumpul, mereka pun bergerak ke destinasi pertama.