Chapter 3 - Bab 3

Sementara menunggu perempuan tadi pergi memanggil anaknya , Hasi duduk di atas kerusi panjang di ruang tunggu . Dia merasa gementar kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan anak-anaknya .

-Waktu semalam

Sewaktu Hasi membaca surat yang dia terima dari Pak Li , Hasi merasa terkejut kerana surat itu ditulis oleh Alieca iaitu isterinya Hasi .

Sebelum Hasi pergi ke dunia lain , dia telah menikah dengan Alieca setelah dia baru mengenali Alieca selama beberapa minggu .

Hasi mengenal Alieca sewaktu kejadian J-Break iaitu monster tiba-tiba muncul dari arah bawah tanah dan menhancurkan apa-apa sahaja di hadapan mereka . Hasi ketika itu telah selasai melakukan perkerjaan tiba-tiba sahaja ternampak monster itu menyerangnya tetapi dia diselamatkan oleh Alieca dan jatuh cinta kepadanya dan setelah dia mengenalnya selama beberapa minggu dia langsung melamar Alieca tetapi setelah 3 bulan mereka menikah Alieca tiba-tiba menghilang tanpa memberitahu apa-apa kepada Hasi .

Hasi pula tidak merasakan apa-apa kerana dia berfikir Alieca mempunyai masalah yang menyebabkan dia tidak mengatakan apa-apa kepada Hasi . Setelah beberapa hari Alieca meninggalkan dia , Hasi memutuskan yang dia hendak mengembara ke seluruh dunia lalu ketika itulah Hasi langsung menghilang .

Setelah dia kembali dari dunia lain , dia dikejutkan dengan surat yang ditulis oleh Alieca bahawa dia telah mengandungakan anak-anak kembar mereka iaitu lelaki dan perempuan . Alieca telah membesarkan mereka selama 7 tahun tetapi anak-anak mereka hampir diculik oleh orang jahat . Alieca memutuskan bahawa yang dia harus menghantar anak-anak mereka kepada Hasin tanpa diketahui oleh orang jahat itu . Alieca percaya bahawa apabila anak-anak mereka dijaga oleh Hasi , orang jahat itu tak akan menemukan mereka .

' Masalah apa yang dihadapi oleh dia sekarang ini . Sekarang ini anak-anak aku juga ada orang yang hendak menculik mereka . Beraninya mereka melakukan penculikan terhadap anak-anak aku ' bisik hati Hasi dengan nada yang marah dan wajah yang dingin .

-Waktu sekarang

Sewaktu Hasi tengah memikirkan perkara itu , dia mendengar suara perempuan tadi memanggilnya lalu dia memalingkan mukanya ke arah suara tersebut .

" Maaf kerana membuat encik menunggu," kata perempuan itu dengan wajah yang cemas kerana membuat Hasi menunggu lama.

" Tak apa-apa . Mana anak-anak aku ," tanya Hasi kepada perempuan itu .

Perempuan terus memanggil dua orang kanak-kanak yang tengah bersembunyi di belakangnya . Ini dikeranakan banyak orang yang mengaku sebagai ayah mereka . Jika bukan kerana anak lelakinya , mungkin anak-anaknya sudah diculik orang jahat .

" Kalian berdua , jangan bersembunyi di belakang saya .Ayah kalian datang untuk menjemput kalian berdua," ucap perempuan itu sambil membujuk mereka berdua . Mungkin kerana kejadian sebelum ini membuatkan mereka lebih waspada .

Setelah perempuan habis membujuk , mereka berdua pun keluar dari belakang perempuan itu. Seorang anak laki-laki yang berpakain kemas bertali leher serta anak perempuan memeluk patung beruang menunjukkan diri mereka . Melihat anak-anak itu , Hasi pun menjadi kaku kerana warna rambut , mata dan paras rupa kedua-dua anak menyerupai dia Hasi . Tiba-tiba sahaja Hasi merasakan seperti jiwanya terhubung dengan mereka berdua .

' Tidak salah lagi , mereka berdua adalah anak aku ' bisik hati Hasi dengan gembiranya . Hasi ingin saja menjerit tetapi mengingat mereka berdua di hadapan anak-anaknya , dia menahannya lalu mengeluarkan senyumannya .

" Apakah kamu memang ayah kami ? ," tanya anak perempuan itu sambil memeluk erat patung beruang seperti takut jikalau dia bukan ayah mereka bersdua .

" Ya , saya adalah ayah kalian . Siapa namamu nak? ," Hasi menjawab pertanyaan itu tadi dengan memasang wajah gembira .

" Namaku Richa ," jawab anak perempuan itu dengan wajah yang gembira lalu ketika dia hendak pergi melangkah ke arah Hasi untuk memeluknya , langkah dia dihentikan oleh anak laki-laki yang berdiri di hadapannya .

" Adakah kamu betul-betul ayah kami ? tanya anak laki-laki itu dengan nada dan wajah yang serius . Dia seolah-olah tidak percaya kepada Hasi .

' Mungkinkah dia tidak percaya kepada saya ' fikir Hasi yang merasa panik . Tiba-tiba dia mengingat sesuatu yang boleh membuktikan yang dia adalah ayah mereka . Dia mengeluarkan sekeping gambar dari poketnya lalu menunjukkannya kepada mereka berdua .

" Ini adalah gambar aku dengan ibu korang waktu menikah ," kata Hasi sambil menunjukkan gambar itu .

' Ini memang ibu ' bisik hati anak lelaki itu . Setelah itu dia menatap ke arah Hasi . Kelihatannya dia sedang berfikir jika orang yang di hadapannya itu berbohong ataupun tidak . Kejadian sebelum ini juga dia memikirkannya .

" Adik , dia memang ayah kita, " bisik anak lelaki itu di telinga adik perempuannya . Mendengar perkataan abangnya , Richa langsung memeluk ayahnya .

Hasi merasa gembira kerana anak perempuan nya menyukainya sambil memeluknya tetapi dia merasa hairan kenapa anak lelakinya sepertinya tidak menyukai dirinya . Mungkin kerana dia tidak pernah sekalipun pergi mencari mereka berdua selama 7 tahun ini .

" Apa nama kamu nak? ," Hasi menanyakan nama anak lelakinya .

" Khazier ," balasnya muka acuh tak acuh . Tetapi dia hanya berdiri di hadapan Hasi .

" Kalau macam tu , mari kita pulang . Terima kasih kerana telah menjaga anak saya ," ujar Hasi lagi .

" Tak apa-apa , ini memang dah tugas saya ," balas perempuan itu .

" Selamat tinggal Cik Janny ," kata Khazier dan Richa lalu melambaikan tangan mereka ke Janny . Janny pun kembali tenang kerana anak-anak itu telah dijemput oleh ayah mereka .

" Ayah , ke mana kita akan pergi " tanya Richa .

" Sebelum kita balik ke rumah , apa kata kita makan terlebih dahulu . Setelah itu , mereka segera meninngalkan rumah jagaan kanak-kanak itu tetapi tidak jauh dari situ terdapat yang memerhati mereka .

" Tuan , ada yang mengambil anak-anak itu . Apa yang patut saya lakukan ," kata orang itu di telefon .

" Biarkan saja terlebih dahulu ," suara itu datang dari arah telefon . Suaranya agak garau dan itu adalah seorang lelaki tua .