Chapter 6 - BAB 6

Hasi langsung teringat ada sekolah yang tak jauh dari apartmen . Pendidikan di sekolah itu juga cukup bagus dan biaya kemasukan boleh disebut sesuai dengan keadaan sekolah itu .

" Baiklah, esok pagi ayah akan hantar korang pergi mendaftar . Jadi tidurlah awal malam ini supaya tidak mengantuk esok pagi " kata Hasi kepada anaknya lalu menunjuk ke arah bilik mereka masing-masing .

" Khazier , kamu tidur di sini dan Richa tidur di sebelah sana . "

" Baik ayah " ujar kedua-duanya .

Selepas itu mereka masuk ke dalam bilik tidur masing-masing lalu tidur

' Apakah mereka sudah tidur ' fikir Khazier . Dia melihat ke sekeliling dan hanya senyap seketika .

Selepas memastikan bahawa mereka sudah tidur , Khazier bangun dari katilnya lalu membuka pintu kamar . Khazier berjalan berinjit-injit supaya bunyi tapak kakinya tidak didengari lalu menuju ke arah pintu rumah dan membukanya .

Selepas berjaya keluar , Khazier langsung melihat ke arah hutan yang berada dekat dengan apartment itu . Seketika Khazier berlari pantas ke arah hutan itu lalu tiba dengan pantas dan berhenti di tengah hutan . Hutan-hutan hanya terdapat sedikit monster dan juga sangat lemah .

" Kenapa aku merasakan sesuatu melalui aku tadi ," ujar seorang askar yang tengah berjaga di kawasan masuk hutan itu .

Tempat itu juga dijaga sekumpulan askar tetapi Khazier dengan mudahnya melepasi pengawasan di hutan tersebut . Matanya memerhatikan sekeliling bagi memastikan tiada orang yang berada di sana .

" Kenapa kejadian hari berbeda dari kehidupanku sebelumnya . Pada kehidupanku yang lalu saat kami melalui tempat itu seharusnya ada berlakunya serangan terhadap kami " guman Khazier .

Pada kehidupan sebelumnya , dia dan adiknya pernah berada dalam bahaya beberapa kali lalu ibu mereka memutuskan untik menghantar mereka kepada ayahnya .

Tetapi waktu bukan ini yang terjadi . seharusnya akan ada seseorang yang lelaki berambut kerinting mengaku sebagai ayah mereka dan berjaya membawa mereka .

Selepas lelaki membawa mereka berdua menuju sesuatu tempat tetapi sewaktu dalam perjalanan , ada sekelompok orang yang menghabisi langsung lelaki itu .

Selepas menghabisi lelaki itu , orang itu memberitahu mereka berdua bahawa lelaki itu adalah orang suruhan musuh ibunya .

Mereka berdua langsung dibawa pulang ke kediaman datuknya kerana di sana lebih aman dari tempat lain dan bersama ibu mereka juga .

Tetapi di waktu umur 18 tahun , mereka mendapat khabar bahawa ibu mereka telah tewas akibat pengkhianatan sewaktu operasi pembasmian monster yang amat berbahaya .

Richa yang tidak dapat menerima kematian ibunya merasa marah dengan pengkhianat ibunya langsung menghancurkan orang berserta yang lain sehingga dampaknya begitu bahaya dengan kekuatannya . Richa telah dianggap sebagai pemberontak akibat perbuatannya .

Khazier juga telah menjadi sebahagian pasukan yang ditugas khas untuk menghentikan Richa . Perlawanan dengannya begitu sengit sehingga Richa kehabisan tenaga . Ketika hendak menyelamatkan adiknya , seseorang telah pun menghabisi dia terlebih dahulu . Khazier tidak dapat melihat orang itu dan dia menyesal kerana lambat menyelamatkannya tetapi dia berhasil menyimpan jiwa adiknya .

Selepas 13 tahun kejadian itu berlaku , dunia hampir mengalami kehancuran akibat ulah makhluk yang tidak dikenali dari dunia luar . Dia juga tewas perlawanan . Pada masa itu dia langsung mula membeci ayahnya kerana tidak pernah muncul walaupun ibu dan adiknya meninggal dunia tetapi dia tiba-tiba tersedar dan mendapati dirinya telah hidup kembali ke masa lalu pada usia 5 tahun .

' Kenapa juga aku tak dapat merasakan kehadiran mereka sama sekali waktu itu . Aku harap mereka dapat menghabisi langsung dia pada waktu itu ' kata dia dengan kebencian mengingat kembali apa yang telah pada ibu dan adiknya di kehidupan yang lalu . Hari ini dia melihat sendiri orang yang tidak pernah muncul di kehidupan sebelumnya .