Chereads / Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 25 - Tetamu malam

Chapter 25 - Tetamu malam

Dia menyedut udara malam banyak-banyak.. sebanyak mungkin. Deria luar biasanya dapat menghidu bau yang cukup enak. Sangat enak hingga dia menelan liurnya berkali-kali. Sambil bertengek dengan santai dia memandang bulan. Ya.. bulan mengambang penuh malam itu. Cantik.. masa pemburuan sudah tiba.

Dengan deria baunya yang tajam, dia dapat memastikan punca bau enak yang telah membuat seleranya mengelegak, membuak-buak. Tanpa menunggu lama dia menguakkan sayapnya, mengibas-ngibas seketika sebelum terbang melayang dan hinggap di tepi jenjela sebuah rumah. Bau yang enak itu ternyata keluar dari bilik tidur. Bau yang sangat mengoda.. bau manusia perempuan yang sedang berahi. Itulah bau paling enak untuk disantap.

Dia tahu manusia perempuan itu tidak memakai apa-apa di balik selimutnya. Dia dapat hidu bau yang sangat enak di sebalik selimut itu. Dia sedut bau itu dalam-dalam. Manusia itu sudah ranum. Sudah sedia untuk dinikmati. Dia senyum. Malam ini dia akan santap secara besar-besaran. Dia hembus tingkap kaca itu.. terkuak dengan sendiri. Angin malam menerjah masuk ke dalam bilik.

Dia mendekati katil. Dan hembus sedikit 'khayalan' ke ruangan bilik itu. Dan 'khayalan' itu mula bertindak seperti selalunya. Dia lihat manusia itu gembira menyambutnya. Tetamu yang kononnya dirinduinya.. halusinasi yang terhasil dari hembusan beracun-nya. Senjata paling ampuh untuk misi mengumpul tenaga- sumber nyawa makhluk sepertinya.

"Abang..."

Desah manusia itu lantas menariknya ke dalam rangkulan yang hangat, melepaskan rindu dan berahi.. Dan tetamu malam itu menyeringai dengan rakusnya.. tubuh enak itu diratahnya tanpa belas kasihan. Manusia itu mengerang.. merintih dan merengek manja dalam rangkulannya. Setiap inci tubuh itu di jilat dan di nikmati dengan lidahnya yang panjang lagi menakutkan. Perempuan itu merengek bila lidah panjangnya menghisap kedua-dua gunung kembar yang montok.

" Abang... ah... nikmat sekali" Desah perempuan itu. Dia melihat suaminya tersenyum kepadanya sambil meramas-ramas gunung kembar itu Suaminya segera menghisap puncak gunung itu dengan rakus seperti bayi kelaparan.Tubuh mereka bersatu.

" Abang... Mira rindu abang.." ucapnya lagi dan mendesah dengan nafas tercungap-cungap bila tubuhnya digomol oleh mahluk yang di mata kasarnya adalah suaminya. tubuhnya di belasah sepanjang malam oleh si 'suami'. Dia mengerang.. merintih dan merengek kenikmatan.

Mangsa kali ini adalah mangsa yang ke 1000. Benih yang di tanamnya di tubuh manusia ini akan tumbuh seperti manusia biasa pada kali ini. Dia menyeringai. Perempuan itu lemah longlai di atas katil setelah dia selesai menghirup semua 'tenaga' dan menanam benih pada mangsa terakhirnya di rahim perempuan itu. Sumpahan akan berakhir sebaik saja perempuan ini melahirkan keturunannya. Dia akan menjadi manusia biasa semula selepas sumpahan ini berakhir. Tetapi bayi yang akan di lahirkan nanti akan menjelma menjadi mahluk sepertinya menjelang usia 18 tahun. Dia berpaling melihat perempuan itu sekali lagi sebelum menghilang melalui jendela.

***

Perlahan dia buka mata. Lalu meraba-raba tilam di sebelahnya. kosong! Ke mana suaminya? malam tadi suaminya pulang. Sudah sebulan suaminya yang bertugas sebagai kelasi kapal tidak pulang. Ikut jadual suaminya di laut selama 3 bulan. Tapi semalam dia pulang! Dia dan suaminya menikmati malam yang indah yang panjang. Tenaga suaminya sungguh luar biasa semalam hingga dia berkali-kali climax.

" Aku bermimpi"?

Dia membuka selimutnya. Tubuhnya bogel di atas katil. Dia sentuh bahagian alat kelaminnya. Basah! ada banyak air meleket seperti air mani tumpah dari alat kelaminnya. Dia yakin semalam dia bersetubuh dengan suaminya.

" Abang.." Serunya. Tiada sahutan. Dia bangun dari katil. Memakai baju tidur yang terjatuh di lantai lalu keluar dari bilik. Benar-benar tidak ada sesiapa di rumah hanya dia sendirian.

" Aku mimpi basah semalam?" bisiknya pada diri sendiri. Mukanya serta merta merona merah. Malu sendiri. Tapi mimpi basah itu terasa sangat nyata. Setelah sebulan di tinggalkan suaminya untuk berkerja sebagai kelasi kapal pedagang, dia merasa haus dengan sentuhan suaminya. Dia mengusap kedua gunung kembar miliknya sambil membayangkan nikmat yang dirasainya semalam ketika si 'suami' mengomol gunung kembarnya itu.

"ah... abang. aku rindu kau" Desahnya lalu melangkah ke bilik air. Bila rindu pada sentuhan suaminya dia terpaksa menyentuh diri sendiri untuk memuaskan keinginan itu.

Perempuan itu tidak sedar dari atas pokok di tepi rumahnya ada mahluk bersayap hitam dan bertanduk tajam sedang melihat gelagatnya melalui tingkap kaca itu. Dia perlu pastikan benih yang ditanamnya di rahim perempuan itu tumbuh menjadi bayi dan lahir ke dunia. Sambil tersenyum dia berbisik.

" Malam ini aku akan datang lagi.. tunggu ya sayang"

******