Chereads / Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 26 - Bau ( True story)

Chapter 26 - Bau ( True story)

" Wah.. banyak juga madu kelulut yang berjaya di sedut" Tegur Ramee bila melihat peti sejuk milik abangnya Himee dipenuhi oleh botol-botol berisi madu kelulut. Madu kelulut ni banyak khasiat. Abangnya menternak lebah madu kelulut. Rasa madu kelulut tidak semanis madu lebah. Tetapi khasiatnya lebih berbanding madu lebah biasa. Lemah tenaga batin? Madu kelulut boleh selesaikan masalah itu. Banyak ubat-ubatan tradisional mengunakan madu kelulut sebagai campuran dalam ubat mereka.

" Sekarang musim kelulut menghasilkan madu" Kata abangnya.

" oh? ingatkan kelulut hasilkan madu sepanjang masa" Komen Ramee.

"Madu kelulut ni hasilnya banyak sekitar bulan February hingga bulan ogos. September hingga January hasil madu kelulut akan berkurang hingga 80%. Jadi biasanya, harga madu kelulut akan naik sekitar bulan september hingga January" Terang Himee panjang lebar. Ramee angguk-angguk tanda faham.

" Banyak juga log sarang kelulut, abang tak tambah lagi? lagi banyak log lagi banyak hasil madu" Ujar Ramee.

" Bukan senang dapatkan log sarang kelulut ni.. macam-macam pengalaman sudah pernah lalui untuk dapatkan log sarang kelulut.. kena scammer pernah.. ada ular ikut tinggal di log sarang kelulut pun pernah" Cerita Himee, Menurutnya log sarang kelulut miliknya 98% dibeli dari pemburu sarang lebah kelulut. Harga satu log sekitar 120-150 satu log yang masih asli keluar dari hutan. Bagaimana pun Himee akan buatkan 'rumah' dalam bentuk kotak untuk kelulut itu supaya madu yang terhasil mudah di tuai hasilnya. Jika membeli log sarang kelulut yang sudah siap dengan 'kotak rumah', harganya jauh lebih mahal. Sekitar 500-1000 untuk satu log sarang Kelulut.

Ramee terpegun bila Himee cakap tentang ular di dalam log sarang kelulut.

" Ular? alamak takutnya. ular bisa?" Ramee rasa makin tertarik dengan cerita abangnya Himee.

" Entahlah.. warnanya coklat kulitnya berkilat.. mujur tidak kena patuk ular masa angkat log sarang kelulut tu" Sambil dengar cerita, Ramee lihat Himee buat muka lega. Nyata sekali pengalaman itu meninggalkan perasaan seram pada dirinya.

" Hmmmm.. rasa macam nak beli satu log. simpan satu di bajit untuk ayah. Nanti boleh lah ayah dan maci ambil madunya untuk kegunaan mereka sendiri hasil madu tu.." Kata Ramee.

" Ada.. pernah letak satu di bajit. Tapi ayah suruh ambil balik.. sebab ada monyet suka kacau kebun. Log sarang lebah kelulut pun kena kacau oleh monyet. Takut kelulut lari dari sarang sebab diganggu monyet, ayah suruh bawa balik semula." Ujar Himee lagi.

" Oh.. macam tu. alah.. jahat pula monyet di kebun tu" Ramee kecewa. Tapi Ramee tahu kawasan kebun tu memang banyak monyet. Masa kecil dulu Ramee pernah dikejar monyet. Bukan kecil pun, sekitar umur 14 tahun. Mulanya dia ke kebun dan terdengar bunyi monyet yang ramai seperti berpesta buah. Masa tu musim buah, pokok buah-buahan galak berbuah. Mulanya dengan garang Ramee menjerit menakut-nakutkan monyet-monyet itu sambil memukul-mukul pokok berdekatan. Tapi melihat Ramee hanya seorangan dan monyet-monyet itu satu kumpulan besar ( Sekitar 7-12 ekor monyet) Monyet-monyet itu malah menjadi marah dengan membesarkan mata mereka dan menunjukkan gigi yang tajam. Ramee berlagak tidak takut tetapi beberapa monyet berbadan besar bahkan ingin turun ke tanah dan seperti ingin membelasah Ramee. Ramee ketakutan dan angkat langkah seribu!

" Cakap pasal log sarang kelulut di bajit. Aku ada juga satu pengalaman masa angkat keluar log sarang kelulut tu" Kata-kata Himee mematikan lamunan Ramee tentang monyet di kebun ayahnya.

"Pengalaman apa?" Tanya Ramee sambil tenung muka Abangnya. Abangnya senyum.

" Cerita ni Ronee pun ada sekali.. masa tu malam jumaat. Bila ayah suruh ambil balik log sarang kelulut tu, aku minta tolong Ronee sama-sama angkat. Berat tu kalau angkat satu orang. Log tu letak di tanah kau di tengah-tengah dekat pokok manggis, kami pergi tu dalam jam 9 malam lepas makan" Tambah Himee lagi. Ramee mengerutkan keningnya. Dia rasa pelik. Kenapa ambil balik log sarang kelulut pada waktu malam?

"Jam 9 malam?" Himee senyum lagi bila ditanya begitu oleh Ramee.

" Sarang kelulut ni mana boleh sembarangan pindah. Waktu malam saja boleh pindahkan sarang kelulut. Waktu malam semua askar-askar.. semua rakyat jelata kelulut masuk ke dalam sarang. Kalau buat waktu siang.. hampir 80% lebah kelulut keluar dari sarang mencari madu" Dengar penjelasan Abangnya Ramee mulai faham.

" Betul juga.. nanti bila lebah-lebah tu balik dari menyedut madu, Aik..? tengok sarang sudah hilang" kata Ramee sambil ketawa.

" Ya.. Kalau pindahkan waktu siang walaupun pindahkan sarang tu cuma 10 meter dari tempat asal sarang itu diletakkan. Lebah kelulut tetap tidak akan dapat jumpa sarang yang sudah pindah 10 meter dari tempat asal. Dia akan terus berlegar di tempat pertama seolah-olah antena lebah-lebah tu sudah pin di lokasi pertama waktu pagi di mana mereka mula keluar dari sarang untuk mencari makan" Terang Himee panjang lebar.

" Jadi kalau pindahkan sarang lebah kelulut mesti buat pada waktu malam. Bayangkan hunter sarang kelulut masuk jauh ke dalam hutan. Potong kayu yang ada sarang kelulut dan bawa balik, dilakukan hanya pada waktu malam" Himee berhenti sekejap untuk menyalakan api rokoknya.

"Biasanya hunter akan cari waktu siang sarang-sarang lebah kelulut. bersihkan kawasan yang ada sarang lebah kelulut itu dan akan datang memotong pokok di mana ada sarang lebah kelulut itu pada waktu malam dan membawanya pulang sebelum menjelang pagi, bukan kerja mudah hanya untuk jualan 120-150 ringgit setiap log sarang kelulut" Dengar kata-kata Himee, Ramee rasa kagum dengan kegigihan pemburu sarang lebah kelulut.

Tanah kebun yang pada mulanya milik ayah, sudah pun dibahagikan sama rata oleh ayah kepada anak-anaknya yang seramai 4 orang. Ramee dapat bahagian kebun paling hujung yang dekat dengan paya bakau. Paya bakau itu memang tempat tinggal monyet. Ia sejauh 200 meter dari rumah ayah. 200 meter angkat log sarang kelulut bukan lah jauh sangat, cumanya kebun milik Ramee itu pokoknya tinggi-tinggi dan ditanam rapat-rapat. Kalau berjalan dicelah-celah kebun buah-buahan itu serasa macam berjalan di dalam hutan tebal. Memang agak menyeramkan bagi Ramee kalau berjalan diwaktu malam. Jadi pada malam jumaat tu Himee panggil adiknya Ronee menolong mengangkat log sarang lebah kelulut...

" Mana letak log sarang kelulut tu?" Tanya Ronee sambil bersiap-siap.

" Dekat pokok manggis.. di kebun Ramee" Beritahu Himee. Mereka turun ke tanah bersama-sama. Dengan 'lampu kepala' di dahi masing-masing. Himee berjalan di hadapan mengetuai dan Ronee mengekori rapat di belakang. Bulan mengambang hampir penuh. Cahaya bulan agak terang. Suasana sangat tenang. Tidak ada angin. Senyap. Bunyi cengkerik pun tidak kedengaran. Himee teringat kata-kata Ayah. Kalau berada di dalam hutan, jika hutan yang kamu lalui tiba-tiba bertukar senyap, berwaspadalah. Biasanya terdapat sang harimau berdekatan. Apabila binatang-binatang dalam hutan menyedari kehadiran harimau, Semua akan serta merta senyap kerana takutkan raja rimba itu. Tapi Himee yakin kawasan kebun mereka tidak ada harimau, Pemburu-pemburu yang datang ke kawasan hutan sekitar kebun mereka tidak pernah ada kes tentang harimau. Biasanya mereka terjumpa babi hutan saja.

Bila Himee dan Ronee lalu di sebelah sungai tiba-tiba mereka terhidu satu bau yang sangat wangi.

" Hmmm... wanginya" Tegur Ronee. Himee berpaling pada Ronee. Dia sangat marah dengan mulut cabul Ronee.

" Jangan tegur" Kata Himee dan Ronee serta merta menutup mulutnya. Dia tersedar yang dia telah buat silap.

" Sorry" Ujarnya dengan rasa bersalah. Bau wangi itu semakin kuat dan mengikuti langkah mereka lebih kurang sejauh 50meter. Kemudian bau itu hilang. Himee dan Ronee merasa lega. Akhirnya mereka sampai di pokok manggis di mana log sarang kelulut itu terletak. Tanpa buang masa mereka pun angkat. Himee angkat di depan manakala Ronee angkat di belakang. Mereka pun bergerak balik ke rumah yang sejauh 200 meter dari tempat itu. Apabila mereka sampai di tempat yang mempunyai bau wangi yang kuat tadi, Himee rasa bulu romanya meremang. Dia mempercepatkan langkah. Ronee hampir tersandung kerana cuba menyangi rentak langkah kaki abangnya Himee.

" Tunggu.. jangan laju" Kata Ronee. Himee terpaksa memperlahankan langkahnya. Tapi dia rasa tidak sedap hati. Bulu romanya masih tegak berdiri. Tiba-tiba log sarang kelulut yang mereka angkat terasa sangat berat. Hingga mereka terhenti dan berpandangan sesama sendiri. Mereka turunkan log sarang kelulut itu ke tanah. Tiada apa yang aneh pada Log sarang kelulut itu kecuali ia terasa berat sekali.

" Cepat.. Kita angkat semula. Bismilah..." Dan sebaik saja ucapan itu, log sarang kelulut itu ringan semula seperti asal. Himee dan Ronee merasa lega dan berjalan semula melalui denai kebun tadi. Sampai di tepi sungai tadi, tiba-tiba mereka tercium bau yang sangat busuk. Bau busuk itu mencucuk-cucuk hidung. Ronee tidak berani menegur bau itu tapi mukanya kelihatan pucat kerana takut.

" Cepat!" gesa Himee sambil mempercepatkan lagi langkah. Bau busuk itu terus mengikuti mereka dan tidak mau hilang. Himee mula terkumat kamit membaca alfatitha. Mendengar abangnya membaca Alfatitha. Ronee pun ikut membaca. Bau itu kemudiannya hilang. Tapi sepanjang jalan menuju ke rumah. Mereka rasa seperti diperhatikan. Akhirnya mereka sampai juga ke rumah. Himee dan Ronee merasa lega.

" Letak dulu lah log ni di halaman rumah" Ujar Himee.

" Malam ni tidur sini sajalah.." Kata ayah pada Himee. Bila teringat log yang mereka angkat tadi tiba-tiba menjadi berat. Dan bau wangi serta bau busuk yang mereka hidu dalam perjalanan dan juga rasa diperhatikan sepanjang jalan. Himee Setuju. Memandu pulang malam-malam selepas mengalami hal-hal itu tadi buat dia berfikir macam-macam. Dia risau ada yang "ikut' di dalam kenderaanya jika dia pulang juga ke rumahnya malam itu.

" Jadi.. malam tu abang tidur di rumah ayah? Rena tak cari abang" Tanya Ramee bila dengar cerita pengalaman Himee.

" Ya.. tapi pagi besoknya.. bila kami tengok log yang kami angkat semalam tu. Kami terkejut beruk. Ia bukan log sarang kelulut tetapi telah di ganti dengan kayu pelik yang kelihatan hampir reput" Kata Himee buat Ramee terkejut.

" Bukan log?"

" Bukan.. aku segera tengok ke kebun kau. Log itu masih di sebelah pokok manggis tidak terusik. Kami mungkin angkat 'benda' lain"

" Astagaaa.. macam mana boleh macam tu?" Tanya Ramee dengan rasa meremang. Himee hanya angkat bahu tanda tidak tahu.

" Esoknya Ronee demam. Malam berikutnya aku bawa kawan berpengalaman dalam hutan angkat log yang sebenar. Malam esoknya tidak ada apa-apa gangguan dan log sarang kelulut berjaya di pindahkan ke sini" Kata Himee mengakhiri ceritanya.

"Eh.. seram juga. lagi-lagi part bau busuk dan Log tiba-tiba jadi sangat berat tu" Komen Ramee.

" Hahaha.. rumah kita di bajit tu pun sebenarnya banyak kisah seram aku pernah kena.. tapi itu lain kali lah aku cerita.. lapar ni.. jom masuk makan tengah hari.." Kata Himee lalu bangun. Ramee pun rasa lapar dan mengekori langkah abangnya menuju ke rumah.

habis!

****

kisah benar dan diolah dalam bentuk cerpen