" Jenily?!! dimana kamu?? auntie Shene nak kita berkumpul ni nanti dia marah pulak" jerit Jeremy sambil mencari Jenily di kawasan yang berdekatan dengan hutan.
Jeremy yang merasa sesuatu yang bergerak dikawasan semak-samun setelah beberapa minit ia berteriak memanggil Jenily. Jeremy tanpa rasa takut sama sekali menghampiri semak-samun itu sambil berkata
" Jenily, cukuplah dengan mainan bersembunyi kamu tu. ingat abang tak tahu Jenily cuba nak takutkan abang."
tiada sama sekali respon yang diterima oleh Jeremy tetapi Jeremy mendengar bunyi-bunyi seperti orang berbisik. Jeremy merasa sedikit geram dengan perangai adiknya yang sentiasa menakut-nakutkan dia.
" Jenily!! ehhh??" Jeremy berasa keliru kerana tiada sesiapa di semak-samun itu setelah ia memeriksanya yang membuatkannya sedikit seram sejuk serta keliru.
" Hey!! abang... " jerit satu suara dari belakang Jeremy.
Jeremy yang terkejut mendengar suara itu terus memusingkan kepala kearah suara itu.
" abang buat apa dekat sini? auntie Shene dah risau tu" kata Jenily
Jeremy yang masih dalam keadaan keliru dan terkejut akan peristiwa tadi terus memegang tangan Jenily dan membawanya keluar dari kawasan tersebut.
Jenily yang merasa sedikit hairan akan kelakuan abangnya membuatkannya untuk berdiam diri untuk seketika.
WAKTU DI RUMAH
Jenily melakukan pekerjaan rumah iaitu mengemas dan membantu auntie Shene untuk menyiapkan makan malam. uncle Larry dan Jeremy sibuk dengan memotong kayu-kayu untuk kegunaan harian.
Jeremy yang masih keliru dengan kejadian tersebut secara tidak senjaga bertanya kepada uncle Larry.
" uncle.... ada tak benda-benda yang ada di kawasan hutan pergunungan yang selalu kami lawati tu? soal Jeremy.
Larry yang mendengar soalan dari Jeremy terdiam untuk seketika untuk memberikan jawapan yang mudah difahami Jeremy.
" boleh dikatakan setiap hutan atau kawasan pergunungan mempunyai makhluk yang menghuni sepertinya spirit, elf, beast, dan sebagainya tetapi setiap kawasan dihuni oleh satu ras sahaja untuk mengelakkan pergaduhan tetapi ada tempat yang dihuni oleh kesemua ras tersebut. " jelas Larry dengan detail.
Jeremy yang mendengar penjelasan dari Larry sedikit sebanyak membuatkan rasa kelirunya berkurang tetapi rasa ingin tahunya pula meningkat.
" untuk ras Beast dan ras Dwarft sebahagian dari mereka memang tinggal dengan manusia tetapi untuk ras yang lain hanya ada tertulis di buku-buku dongeng dan dokumen sahaja tetapi untuk memastikan kewujudannya memang sukar kerana tiada bukti yang jelas mahupun melihatnya secara mata kasar.... adakan ini hanya dongeng atau rumour?? " soal Jeremy dengan nada ingin tahu.
" Jeremy... dunia ini sungguh luas dan jeremy masih kecil lagi... mungkin uncle boleh belikan buku untuk Jeremy untuk belajar semua tentang persoalan Jeremy itu.." kata Larry .
" betul ke uncle nak belikan untuk Jeremy? tapi.... bukan ke harganya mahal untuk satu buku tambahan pulak untuk sampai ke pekan memakan waktu yang amat panjang....." kata Jeremy dengan nada sedih kerana ia tahu bahawa ekonomi keluarganya tidak stabil.
" untuk kebahagiaan Jeremy dan Jenily sudah pasti uncle dan auntie akan tunaikan" kata Larry sambil mengusap kepala Jeremy dan memberikan senyuman lebar untuk menenangkan hati Jeremy.
" uhmmm" balas Jeremy.
SETELAH SELESAI WAKTU MAKAN MALAM.
Jenily yang telah selesai mencuci piring dan membuat minuman panas untuk semua... tetapi ia tidak melihat Jeremy..
" uncle Jeremy mana?" soal Jenily
" dia ada dekat pondok tu" jawab Larry
Jeremy yang melihat kearah langit malam yang dipenuhi bintang-bintang seketika dikejutkan oleh suatu suara yang memanggil namanya.
" Lucas? ouh sorry atau Jeremy?" usik Jenily
" panggil je abang kan senang dan lagi satu jangan gunakan nama Lucas tu... faham Lyza?" balas Jeremy.
" haii haiii..... lagi pulak Lucas dan Lyza dah lama mati.... " kata Jenily sambil meletakan cawan kopi di sisi mereka berdua.
" abang rasa kehidupan kita disini akan bahagia tak?" soal Jenily
" Lucas dan Lyza tidak akan mati tetapi sebahagian dari diri kita yang sekarang ini.... abang yakin untuk kehidupan di dunia yang baru ni dan keluarga yang kita ada ni... abang yakin kita akan bahagia" balas Jeremy dengan tenang.
Jenily yang mendengar respon abangnya itu membuatkannya gembira dan tenang.
" uhmm!!" balas Jenily sambil melemparkan senyuman kearah Jeremy lalu melihat kearah langit.