Jutaan batu dari kota kerajaan Apocalypse Star, seorang pemuda duduk di tebing tinggi, memerhatikan kota Hu Ming dari kejauhan. Di sebelah kota Hu Ming tersebar ratusan batu pergunungan Petir Ungu, yang menjadi tapak kepada klan Petir Ungu. Pandangan kosong pemuda ini seakan dunianya sudah hancur, kesedihannya dapat dilihat dari matanya.Klan Petir Ungu sudah menjadi tempat tinggalnya selama hampir 3 tahun, bersusah payah untuk menjadi salah satu murid utama di pavilion pemurnian pil. Usaha kerasnya untuk belajar kultivasi dan pemurnian pil, dia menjadi salah satu pelajar terbaik dalam hal-hal memurnikan pil ubat ubatan. Dia sudah berada di rank 2 dalam keterampilan pembuatan pil, menjadikannya murid kesayangan penatua Morris. Ramai senior yang iri hati atas keterampilannya.
Dalam hal kultivasi, dia tergolong dalam genius yang sederhana. Berada pada peringkat pertengahan consolidation realm pada umur 17 tahun sudah dikira separuh genius dalam generasinya. Minatnya lebih kepada pembuatan pil, tapi dia segera menyesalinya kerana kurang berusaha dalam kultivasi.
"Junior peter, para penatua dan dekan telah membuat keputusan untuk menyingkirkan kamu dari klan Petir Ungu.Cedera yang kamu alami telah menyebabkan kultivasi kamu hancur. Kamu tidak mungkin akan dapat berkultivasi lagi". Ayat ini masih terasa di telinganya, walaupun ianya sudah terjadi seminggu, tapi kepedihannya bagaikan baru berlaku tadi.Walaupun dia merasa ketidak adilan, tapi dia harus menerima takdir ,cederanya terlalu serius.
6 bulan yang lalu, dia keluar menjalankan misi untuk mendapatkan bunga teratai darah di pendalaman hutan. Misi 3 orang itu sepatutnya mudah walaupun mereka semua hanya berada di ranah consolidation realm. Hutan Black Tree memang terkenal dengan keberadaan binatang liar, tapi misi yang Peter dan kawan-kawannya ambil hanya berada di bahagian luar hutan. Semasa Peter dan kawan-kawannya asyik memetik bunga teratai darah di pinggiran tasik , buaya berkepala dua muncul dari tengah tasik dan menyerang Peter dan kawan-kawannya. Buaya berkepala dua setara dengan ranah awal Ascended Realm, ,menyerang dan membantai Peter dan kawan-kawannya. Demi menyelamatkan kawan-kawannya, Peter menyerang buaya berkepala dua dan dikejar ke tengah hutan Black Tree. Serangan ganas buaya berkepala dua hampir membunuh Peter, mujur dia sempat bersembunyi di dalam gua. Cederanya merosakkan meridian dan melumpuhkan kultivasinya, mungkin untuk selamanya.
Penatua Morris telah berusaha untuk menyembuhkannya, termasuk memanggil beberapa temannya dalam perubatan dari klan yang lebih besar. Namun keputusannya tetap sama, cederanya mustahil untuk di ubati. Setelah 6 bulan Peter telah dikeluarkan dari klan Petir Ungu. Kesedihan meyeliputi perasaannya, terasa hidupnya telah berakhir. Dia tidak tahu hendak kemana selepas ini. Balik ke kampung halamannya, pegunungan Endoras, dia pasti akan menjadi bualan yang akan memalukan keluarganya.
"Hurmmm..hidup ini sangat tidak adil" desis fikiran Peter. Usahanya selama bertahun dalam kultivasi, di anggap genius di kampung halamannya, pasti akan menjadi ejekan sekembalinya dia dengan kecacatan kultivasinya. Peter pernah berfikir untuk menjelajah ke klan lain untuk mencari orang yang dapat mengubati cederanya. Tapi mengungkapkan kata-kata tidak semudah melakukan.Dunia kultivasi sangat 'jahat dan menyakitkan'. Seandainya ada orang mampu mengubatinya, pasti dia tidak akan melakukan tanpa imbalan yang setimpal . Dan Peter tidak punya apa-apa selain dirinya sekarang ini.
"Kemiskinan apakah ini?" senyum pahit terukir di bibir Peter.
Peter berdiri dengan kepayahan, memandang sekali lagi ke arah Klan Petir Ungu. "Mungkin ada kebaikan dari kesusahan yang aku alami sekarang ini. Cuma masa yang akan menentukan" guman Peter menyenangkan hatinya. Dengan langkah berat, dia melangkah ke arah pergunungan. "Aku akan balik ke kampung halaman dan membuat rancangan apa yang perlu dimasa hadapan" fikir Peter.
Untuk balik ke kampung Peter, Pergunungan Edoras, adalah lebih cepat dengan menaiki kuda atau tungangan lain. Tetapi Peter merasa terlalu malu untuk bertemu dengan sesiapa sekarang ini. Lagi pula dia tidak tergesa-gesa untuk balik ke kampungnya. Melalui jalan hutan dan pergunungan adalah perkara bodoh yang akan dibuat Peter kerana kawasan hutan terdapat banyak binatang buas. Walaupun binatang buas yang mempunyai ranah tinggi hanya terdapat di kedalaman hutan tapi kultivasi Peter telah musnah, binatang buas ranah ascended cukup untuk membunuhnya. Tapi kesedihannya membuatnya kehilangan pertimbangan rasional dan pemikirannya kacau, dalam pemikirannya sekarang ini dibuang dari klan teleh 'membunuhnya'.
Setelah sehari penuh berjalan dia berjalan sekitar pinggir hutan Black Tree , dia tidak bertemu dengan sebarang binatang buas. "Agak menghairankan. Sepatutnya tempat ini banyak binatang pada ranah rendah", fikir Peter. Malam menjelang. Peter menjumpai sebuah gua di pinggir tebing berhampiran dengan sungai Rain falls. Sungai ini menjadi sumber utama kepada penduduk di Kota Hu Ming terutama manusia fana yang mengusahakan pertanian.
Peter duduk di sebongkah batu sambil melihat keluar yang semakin gelap. Emosinya mula membayangkan reaksi orang-orang kampung yang menanggapnya genius dahulu, pasti ejekan dan hinaan pada keluarganya akan menjadi 'makanan' sehari-harinya nanti. "hurmmm" bdengusan nafasnya panjang.
Peter mengeluarkan lampu Spirit Bug, menyalakan dan meletakkan di bongkah batu sebelah tempat dia duduk. Tiba-tiba jantungnya berdenyut pantas sambil memandang ke dinding gua. 3 meter dari lantai gua ada cakaran besar di dinding gua. "Apakah ini....cakaran beruang Clazomenae?!" kepanikan Peter bertambah apabila melihat cakaran itu masih baru. Dia terburu-buru memadam kembali lampu Spirit Bugnya dan perlahan-lahan melangkah keluar gua. Langkah kakinya secara cermat bergerak, mengelak bunyi sedikit pun. Beruang Clazomenae adalah berada di ranah akhir ascended, lebih menakutkan dari buaya berkepala dua yang mencederakannya.
Ketika hampir ke pintu masuk gua, tiba-tiba pepohon kayu di luar gua bergoyang, tanah begetar. Sepasang mata merah tersembul keluar dari kawasan pokok-pokok. Tingginya hampir 4 meter. Peter berdiri kaku, jantungnya seakan berhenti memandang ke arah beruang itu. "Mimpi buruk apakah ini? Adakah ini pengakhiran hidup ku?" fikiran Peter kaku saat beruang clazomenae mula bergerak ke arahnya.
"HARGGHHHHHH"
Beruang itu mula mengaum apabila melihat ke arah manusia yang berada ke dalam guanya. Beruang itu bergerak pantas ke arah Peter.
Peter tersedar dan mula berlari masuk ke dalam gua. Tapi lariannya terlalu lambat untuk beruang besar itu.Dia hanya mampu melangkah beberapa langkah dan memandang belakang. Pandangan terakhirnya adalah cakar besar kelabu yang berada tepat di kepalanya dan semuanya gelap selepas itu.