Chereads / Kiub Alam Semesta Kuno / Chapter 4 - Kembali Ke Kampung Halaman

Chapter 4 - Kembali Ke Kampung Halaman

"Bersujud dihadapanku 3 kali dan kamu akan menjadi satu-satunya muridku"

Yoda ketawa terbahak- bahak. Selama 25000 tahun hidupnya dia tidak pernah mengambil sesiapa sebagai muridnya. Hidupnya penuh egois, malahan dia tidak memandang kultivator lain yang lebih rendah darinya. Malah 3 klan besar atau dipanggil holy land turut memberinya muka, tidak berani untuk memprovaksinya. Memprovaksi bererti kematian. Di setiap benua ada satu Holy Land , clan yang sudah wujud lebih dari 10000 tahun dengan warisan yang berpuluh ribu tahun atau mugkin ratusan ribu tahun.

Peter bersujud 3 kali dan berkata " Murid peter menyapa guru". Tiba-tiba Peter tersentak. Matanya tertuju ke bahagian kaki Yoda.

"Guru.....kakimu..."

"Hahahaha..kamu seperti melihat hantu, matamu hampir tersembul keluar. Tidak pernahkah kamu melihat roh spiritual?" Yoda ketawa melihat Peter yang hampir mundur kebelakang kerana terkejut. Peter terkejut melihat kaki Yoda yang tidak menyentuh tanah, terapung, bahkan telapak kakinya kabur dan seperti asap yang kelabu.

"Roh spiritual? Ya ..aku pernah mendengar tapi tidak pernah melihatnya. Jika ini hanya roh spiritual guru, bermaksud tubuh sebenar guru berada di suatu tempat?" Tanya Peter.

"Iya benar. Tubuhku berada di suatu tempat yang sangat jauh dari sini. Berjuta batu dari sini. Dan aku datang khas untuk mengangkatmu sebagai muridku." Yoda telah berkelana selama bertahun-tahun dengan roh spiritualnya hanya untuk mencari bakal pewaris kiub alam semesta kuno dan dia berakhir berjuta batu jauhnya dari kerajaan Apocalypse Star. Dia memang bertujuan untuk mencari pewaris atau murid yang jauh dari kerajaan Apocalypse Star untuk memberi masa muridnya untuk berkembang dalam kultivastinya.

"Khas untuk mengangkatku sebagai murid guru? Apakah guru sudah lama memerhatikan ku?" Peter bertanya meminta kepastian. Peter sedar yang dia bukanlah genius yang istimewa dalam kultivasi. Di klan Petir Ungu dia hanyalah murid inti kepada pavilion pemurnian pil. Dia lebih pandai meracik pil dari seni kultivasi. Peter berada pada ranah master dan hanya mampu meracik pil rank 2 dalam permurnian pil. Mampu meracik pil rank 2 pada usia 17 tahun dianggap genius di wilayah kecil seperti wilayah Hu Ming.

"Iya ..aku telah lama memerhatikan mu, aku tahu agak banyak mengenaimu termasuk sedikit berkenaan keluargamu. Nak..aku memilihmu bukan kerana ranah kultivasimu, kultivasi boleh dibentuk dengan keberuntungan. Aku memilihmu kerana persamaan antara kita."

"Aku juga bermula tanpa bakat dalam kultivasi, hanya kultivator yang rata-rata. Tapi keberuntungan ku melebihi orang lain. Aku akan memberimu satu alat yang akan mengubah keberuntungan mu di masa akan datang" Kata Yoda menjelaskan. Tetapi kata-kata Yoda hanya membuatkan Peter semakin tertanya-tanya, fikirannya dipenuhi oleh tanda tanya.

"Kamu akan memahami semuanya nanti. Aku akan membawamu balik ke kampung halamanmu nanti setelah menyembuhkan cederamu"

"Makan pil ini dan sembuhkan cederamu" kata Yoda sambil membalingkan pil ke arah Peter. Peter menyambutnya dan melihat pil itu." Ini pil rank 5...pil star dust!". Mata Peter hampir tersembul keluar. Hanya grandmaster permurnian pil yang mampu meracik pil rank 5 . Di wilayah Hu Ming hampir tidak ada yang mampu untuk meracik pil rank 5, bahkan penatua Morris juga hanya mampu meracik pil rank 4.

"Aku bukan meracik pil itu. Aku mendapatkannya dari pembantaian ke atas kultivator lain di masa laluku. Aku bukanlah kultivator dalam pemurnian pil. Aku hanya tahu memakan pil, tidak untuk meraciknya." Yoda tersenyum sambil melihat ke sosok tubuh Peter.

Peter duduk bersila di atas sebuah batu. Dia memakan pil itu dan mula menyerap tenaga dari pil itu.

"Ini akan memakan masa yang agak lama" Fikir Yoda. Dia memerhatikan sosok pemuda di depannya. "Aku berharap aku memilih murid yang benar. Harapanku agak besar untukmu nak. Aku mungkin tidak akan cukup masa membimbingmu sehingga benar-benar kuat" Yoda menghembus nafas. Sedikit kelegaan dan kesakitannya berkurang, seksaan kerajaan Apocalypse Star kepadanya mungkin akan mencapai kemuncak apabila mereka menyedari kiub alam semesta kuno tidak ada lagi di tubuhnya. Astroz pasti akan membunuhnya dan akan mula mencari siapa perwaris baru kiub alam semesta itu.

8 jam kemudian, siang telah menjelma, Peter mula membuka matanya. Tubuhnya terasa ringan , meridian terasa hangat , darahnya lancar dan dia merasa seperti akan melayang ke udara. Hatinya gembira, cederanya sembuh, tubuhnya malah lebih bertenaga dari sebelum dia sakit.

"Terima kasih guru" Peter berlutut dan tepi matanya basah. Kesedihannya hilang. Dia kemudian memandang ke arah Yoda dan berdiri membelakangi Peter yang melihat ke arah hutan Black Tree. Kota Hu Ming dapat dilihat di kejauhan, hanya sebesar semut. Ngauman beberapa binatang buas dapat didengar di dalam hutan.

"Aku sudah lama tidak melihat keindahan seperti ini. Terlalu lama.." bisik hati Yoda.

Dia kemudian berpusing dan memandang Peter. "Apakah cederamu sudah sembuh?". "Iya guru.Aku sudah sembuh. Aku sudah boleh memburu binatang buas sekarang" Peter tersenyum. "Oh iya? Di kawasan hutan itu ada binatang buas Acromantula. Kamu boleh pergi memburunya , aku akan menunggumu di sini" Yoda tersengih dan duduk ke bongkahan batu sambil menutup mata. Peter yang mendengar kata-kata Yoda mencibir bibirnya dan berkata " Aku hanya bergurau guru." Melihat itu Yoda ketawa terbahak-bahak, "Aku menyangka kamu sudah menjadi kurang siuman selepas memakan pil hahaha". Binatang buas Acromantula adalah labah-labah setinggi 2 meter dan berada pada ranah mortal.

Yoda kemudian berkata "Aku akan membawamu ke kampung halaman mu, bertemu dengan keluargamu, 7 hari kemudian aku akan menjemputmu dan kita akan berkelana ke seluruh benua"

Yoda kemudian menghampiri Peter, memegang bahunya dan semuanya menjadi kabur.