Ali bangun daripada tidurnya yang nyenyak dan melihat jam di tepi katil. Jam menunjukkan 7.15 a.m..
"Alamak! Aku dah lambat!!" Ali bangun dan terus menuju ke bilik air untuk bersiap ke sekolah.
Selepas bersiap, Ali turun ke tingkat bawah menuju ke ruang makan. Ali mengambil duit diatas meja yg bapanya, En. Ghazali telah tinggalkan bersama sekeping nota yg bertulis.
Ali membaca nota tersebut.
Ali, ayah ada tinggalkan duit belanja kamu untuk harini atas meja. Ayah akan outstation untuk 3 bulan, jadi jaga rumah elok ii. Pasal duit jangan risau, ayah dah masukkan duit dalam akaun Ali. Jaga diri baik ii, nanti Uncle Bakar jenguk kamu dari semasa ke semasa.
"Ayah sibuk nampaknya.." bisik Ali sebelum terus keluar rumah dan menuju ke sekolah menaiki skateboardnya sebagai ganti kepada skuternya yg rosak akibat misi semalam.
______________________________________
~Di SRT Cyberaya 1🏫~
Sampai sahaja di sekolah, Ali mengawasi kawasan persekitaran untuk mencari kelibat seseorang yg cukup dikenali dan digeruninya.
"Tak nampak pulak dia ni, dh masuk kelas dh kot." fikir Ali sebelum terus berjalan memasuki pintu pagar sekolah.
"Ahem, kau tak boleh datang awal lagi ke?" Ali terhenti apabila mendengar suara yg cukup dikenalinya itu lalu menoleh ke belakang untuk melihat Alicia yg sedang bersandar di tembok dengan renungan yg tajam dan tangan yg berlipat kemas di dada.
Ali meneguk air liurnya sebelum hendak mula berkata tetapi dipotong kemas oleh Alicia.
"Denda cuci tandas untuk seminggu" kata Alicia dengan nada tajam sambil mengeluarkan tabletnya untuk memuatnaik kesalahan Ali.
"Seminggu?! Kau biar betul?!" balas Ali dengan nada yg tidak berpuas hati. "Aku lambat pun sbb misi semalam habis lambat sangatlah" kata Ali cuba meyakinkan Alicia.
"Ali! Jgn ckp pasal misi dkt tmpt macam ni. Lagi satu, misi tu habis lambat pun sbb kau cuai dan Komeng terlepas. Kau ni mmg tak boleh pakai!" jawab Alicia semakin marah.
"Ta-tapi.." kata Ali terkesan dengan kata ii Alicia sebelum dipotong oleh Alicia lagi "Tapi apa Ali?! Kau tahu tak misi tu gagal disebabkan kau!"
Ali tertunduk. Mulutnya terkunci mendengar kata ii Alicia tersebut. Tidak dinafikan yg dialah punca misi tu gagal.
"Dh, masuk kelas sebelum aku denda kau lebih teruk!" ugut Alicia
Ali tidak berkata apa ii lalu terus berjalan memasuki sekolah, pandangannya masih tertunduk, menuju ke kelasnya sambil Alicia merenungnya dengan berpuas hati.
Sepanjang hari Ali cuba untuk bercakap dengan Alicia tetapi kerap tidak diendahkan ataupun dijawab dengan sinis oleh Alicia.
______________________________________
Selepas tamatnya sekolah, Ali terus menuju ke Akademi Latihan M.A.T.A.
~Di Akademi~
"Harap ii harini ada misi" kata Ali dgn teruja. Ali meneruskan perjalanannya sepanjang koridor sebelum ternampak Alicia.
"Eh Alicia!" jerit Ali tapi tidak diendahkan oleh Alicia yg semakin laju berjalan.
"Eh..." bisik Ali merasakan ada sesuatu yang tidak kena. "Sepanjang hari dia mengelak drpd aku... " fikir Ali. Berputus asa untuk mengejar Alicia, Ali terus berjalan ke arah lobby dimana semua ejen muda berada.
"Weh, tengok siapa baru sampai! Raja Kegagalan!" kata Rudy dengan penuh sinis. Mulut Ejen Inviso itu memang tak tumpah macam pedang. Ruang lobby itu kemudian dipenuhi dengan gelak tawa ejen muda yang lain. Kecuali beberapa sahaja yg tidak termasuk.
"HAHAHAHAHAHA, penjahat mcm Komeng pun kau tak boleh lawan ke? " kata Roza yang kemudian disahut oleh Jet "Entah, Komeng yg pendek pun susah sgt ke nk lawan?"
Mika kemudian menyampuk "Jgn gelak sangat dkt dia. Mungkin I.R.I.S 'kawal' dia lagi kot. HAHAHAHA" semua ejen muda semakin kuat ketawa mendengar kata ii Mika.
Ali tertunduk sekali lagi. Matanya mula berkaca. Kata ii yg keluar drpd mulut ejen muda lain cukup memberi kesan terhadapnya. Bahu Ali di tepuk perlahan. Ali menoleh untuk melihat kawan baiknya Khai.
"Biar je kt diorang. Jom pergi tempat lain" ajak Khai. Ali tersenyum dgn senyuman yg sedih sebelum menganguk setuju.
______________________________________
~Di kawasan Taman Akademi~
"Kau okey tak Ali?" tanya Khai sambil melihat Ali. "Aku... Okey..." jawab Ali sebelum menyambung kata-katanya lagi "Khai... Aku rasa... Aku nak berhenti drpd jadi ejen lah..." kata Ali dgn penuh sedih.
"APA!?!?"
××××××××××××××××××××××××××××××××