"APA!?!?" Jerit Khai. Ali terus menutup mulut Khai supaya tiada siapa dengar.
"Ssshhhhh! Perlahan sikit suara kau tu." kata Ali sambil melepas tangannya yg berada pada mulut Khai.
"Sorry ii hehe.." jawab Khai sambil menggaru lehernya yg tak seberapa gatal. "Kau serius pasal ni Ali? Benda ni tak boleh buat main tahu?" tanya Khai dengan nada yg serius dan sedikit sedih untuk mendapatkan kepastian daripada Ali.
"Haah.. Aku serius. Lagipun, aku rasa ejen muda lain pun akan setuju.." jawab Ali tersenyum sedih. "Lebih baik aku belah daripada sini. Kalau tak, aku cuma menyusahkan semua orang je" sambung Ali.
Ali dipeluk erat Khai. "Jangan! Jangan tinggalkan aku! Kau je Bff yg aku ada selain Moon dengan R.O." kata Khai yg mula menitis air mata.
"Khai... Sorry.. Aku harap kau fhm. Aku fhm kau sedih.. Aku pun sedih. Tapi aku kena terima kenyataan yg aku takkan jadi super ejen.. Berkali aku cuba buktikan diri, tapi sia-sia je. Takde siapa pandang pun. Semua org lebih byk tgk kesilapan aku." hujah Ali
Khai tak bersuara dan hanya menggigit bibirnya sambil mendengar penjelasan Ali dengan teliti.
"Ali.." kata Khai tapi dipotong Ali "Khai.. Aku nk minta tolong kau boleh?" tanya Ali sambil menghulur tangannya yg menggenggam sesuatu.
"Apa?" tanya Khai.
"Aku nk kau sampaikan benda ni pada Ejen Geetha boleh?" jawab Ali sambil memberi objek di tangannya kepada Khai.
"Ali... Benda.. ni..." kata Khai tersekat-sekat menahan air mata.
"Tolong ye Khai. Kau je yg aku paling percaya utk ni.." kata Ali, matanya berkaca.
Khai sekadar menunduk menandakan faham.
Ali tersenyum sayu sebelum mula melangkah pergi tetapi langkahnya terhenti mendengar Khai memanggilnya.
"Ali!!" Jerit Khai. Ali menoleh dan melihat ke arah Khai yg sedang mengangkat buku lima menunjukkan tanda fist bump. "Kau jangan lupa aku tau!!" kata Khai tersenyum
Ali mengangkat buku limanya juga dan berkata "Oritee!!" sambil tersenyum sebelum memulakan langkahnya semula.
Khai melihat ke arah Ali sebelum pandangannya tertumpu semula ke arah objek di tangannya.
"I.R.I.S....." katanya perlahan.
Khai menyimpan I.R.I.S dlm poketnya sebelum berlalu pergi daripada situ.
_______________________________________
~Dalam bangunan utama Akademi
Sepanjang perjalanan, Khai hanya memikirkan bagaimana hendak menerangkan tentang kejadian yg berlaku dan bagaimana nk menerangkan keinginan Ali utk berhenti.
"Haih... Lebih baik aku berterus terang" kata Khai sebelum menghampiri destinasinya. Di hadapan Khai sekarang, sebuah pintu berteknologi tinggi berwarna merah. Terpampang nama seorang ejen di pintu tersebut.
"Ejen Geetha.." kata Khai perlahan sebelum memasuki bilik ejen tersebut.
"Ye-- ye Khai? Ada apa ii ke kamu nk berjumpa dgn saya?" kata Ejen Geetha yg sedikit terkejut melihat Ejen muda tersebut.
"Ejen Geetha.. Ali.. " kata Khai tetapi terhenti.
"Ali? Kenapa dgn dia?" tanya Ejen Geetha.
Khai mengeluarkan I.R.I.S drpd poketnya dan memberinya kpd Ejen Geetha.
"Ali... Berhenti.." jawab Khai, kesedihan terpampang di wajahnya.
Ejen Geetha terkejut dgn apa yg dikatakan oleh Khai sebelum mengambil I.R.I.S drpd ejen muda tersebut.
"Be-- betul ni Khai? Kamu tak bergurau kan?.." tanya Ejen Geetha yg sedikit tidak percaya.
Khai hanya menggelengkan kepalanya.
"Baiklah.. Terima kasih Khai. Kamu boleh pergi sekarang. Saya perlu berjumpa dgn ketua-ketua teras berkaitan ini." kata Ejen Geetha.
Khai menganguk dan berlalu pergi meninggalkan bilik tersebut.
"Ali... Kamu pasti dgn pilihan ini?.." kata Ejen Geetha perlahan sambil melihat ke arah I.R.I.S.
_______________________________________
~Di rumah
"Assalamualaikum" kata Ali sambil memasuki rumahnya sebelum mendengar ayahnya menjawab salam.
"Waalaikumsalam. Eh Ali, lambat balik?" tanya ayahnya, Dr. Ghazali, salah seorang daripada peneraju Cyberaya.
"Hari ni ada perjumpaan kelab stem, sbb tu lambat sikit. Hehe... " jawab Ali, menggaru lehernya sambil berjalan ke arah tangga sebelum mengajukan soalan yg sama kepada ayahnya pula. "Ayah pulak? Awal ayah balik hari ni?"
"Hari ni projek ayah dh habis" jawab Dr. Ghazali. "Kamu nk makan apa ii tak Ali?" sambung Dr. Ghazali.
Ali hanya meng-oh-kan sahaja sebelum menjawab semula "Takpe la ayah, Ali dh mkn dh"
"Okey. Oh ye, mcm mana sekolah Ali?" Tanya Dr. Ghazali sekali lagi sambil membancuh kopi.
Langkah Ali berhenti apabila mendengar persoalan ayahnya. Emosi sedih mula dirasai Ali tetapi memikirkan pasal M.A.T.A, Ali menyuarakan kehendaknya.
"Ayah.." kata Ali. Dr. Ghazali yg sedang menikmati kopinya terus meletakkan cawan keatas meja setelah mendengar suara Ali yg sedikit serius dan mengangkat sebelah keningnya.
"Ali nk pindah boleh?"
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx