Chereads / Sumpahan Bumi / Chapter 1 - Episode 1

Sumpahan Bumi

🇲🇾Zera_1
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 4.2k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Episode 1

Episode 1 - Keluarga Yang Biasa

Apa itu keluarga? Apa yang penting sangat keluarga tu? Bila aku berumur 12 tahun, aku dan adik aku menyaksikan pertengkaran antara mak dan ayah aku. Mereka tidak habis bertengkar, sampai kata-kata dari ayahku keluar dan berkata "Kita bercerai!" dengan nada yang kuat. Adik aku yang baru berumur 9 tahun hanya boleh berdiam diri, menutup telinga kerana bunyi bising diluar.

Apabila suasana menjadi sunyi, bunyi terakhir adalah suara hentaman pintu di pintu hadapan rumah. Adikku mula menangis. Aku yang melihatnya langsung memeluknya sambil menenangkannya. Tak lama kemudian, mak aku masuk kedalam bilik. Aku menidurkan adikku sementara sehinggalah dia tidur dengan nyenyak. Aku mula perlahan-lahan keluar dari bilik untuk pergi berjumpa dengan mak.

"Mak...?" Aku memanggil mak dengan perlahan dan suara bergetar. Mak yang sedang duduk disamping tilam hanya terdiam sambil mengeluarkan suara tangisan. "Mak.. Jangan la nangis.." Aku cuba untuk menenangkan mak. Mak mula mengelap air matanya lalu memeluk aku. Mak berkata "Tidak apa jika ayah pergi, kan?" sambil memandangku dengan muka yang sedih. Aku yang tidak tahu mahu masalah rumah tangga yang dialami keluarga kita, hanya berdiam diri. Tapi disebab kan rasa marah yang ada pada aku, aku membiarkan ayah pergi bercerai dengan mak.

"Mak.. Jangan sedih lagi.. Tak apa Mak. Biar Ryan ganti kedudukan mak dan ayah. Biar Ryan yang bekerja." Kata aku dengan sepenuh hati.

"Tidak. Jangan. Fokus lah dulu ke sekolah kamu. Lulus untuk berjaya. Jangan jadi macam ayah, ye?" Mak dengan tangisan memberi nasihat kepada ku.

Bertahun-tahun telah berlalu. Kini aku sudah berusia 20 tahun. Aku sudah tamatkan sekolah, keputusan aku adalah lulus. Fikir nak sambung belajar, tapi ternyata tidak. Kerana aku harus menjaga adik aku. Adik aku sekarang berusia 17 tahun. Dia akan tamat sekolah tak lama lagi. Aku sebagai abang rela bekerja yang biasa-biasa untuk mencari duit buat Adik aku. Mak sudah tiada, telah meninggal 2 tahun lalu. Rasa kerinduan terhadap mak memang kuat. Sekarang satu-satunya keluarga yang tinggal adalah adik aku. Aku mengambil tanggungjawab yang besar. Tapi semua itu mudah kerana aku dibantu oleh kawan-kawan dari sekolah.

Pada tanggal Juli 11 2024, hari isnin. Aku bangun pagi seperti biasa dan membangunkan adik aku yang selaly terlajak tidur. Aku menjerit "Sarah! Bangun! Dah pukul berapa ni! Cepat! Sekolah! Dah besar pun nak kena kejutkan ke!" sambil membebel dengan mulut layaknya seperti mak aku yang dulu ketika membebel pada diriku. "Ye, ye. Jap jap. Kul berapa?" Jawab dan soal si Sarah. "Dah pukul 6:10 pagi dah. Kau masuk kul 7:20 kan? Cepat! Nanti lambat!" Jawab aku kepada Sarah. Sarah hanya berdiam diri membangunkan dirinya dari tempat tidur lalu bersenam untuk sementara waktu sebelum pergi ke bilik air.

Beberapa minit sudah berlalu. Aku didapur sudah memasakkan sarapan untuk aku dan adik aku. Adik aku setelah lamanya baru keluar dari biliknya dengan pakaian baju sekolah. Kami pun bersarapan sehingga lah waktunya untuk bergerak ke sekolah. Aku menghantarnya di pinggir jalan dekat dengan pagar sekolah. Disitu, ada 2 orang yang aku selalu jumpa bila hantar adik aku ke sekolah. Kata Sarah, mereka itu adalah kawannya. Nama mereka adalah Grashia dan Shelin. Mereka berdua berkawan rapat dengan adik aku Sarah. Aku suka tentang hal itu kerana mengetahui adik aku ada kawan yang sangat baik.

Giliran aku untuk melakukan pekerjaan aku sendiri. Aku berjumpa dengan kawan aku yang bernama Galliard. Dia adalah kawan baik aku sejak kecil lagi. Dia sekarang adalah orang yang sangat berjaya. Dia adalah orang kaya, sekarang sudah menjadi CEO muda perusahaan ayahnya yang sekarang sudah menjadi miliknya. Ayahnya sudah tua, tidak dapat memegang kedudukan CEO lagi. Galliard ingin aku untuk datang segera ke tempat dia berada. Entah apa yang dia ingin bincangkan sampai dia menyuruhku pergi ketempatnya dengan cepat.

- Bersambung -