Chereads / Sumpahan Bumi / Chapter 2 - Episode 2

Chapter 2 - Episode 2

Episode 2 - Lelaki Misteri

Aku mula membelok kereta aku untuk pusing ke arah berlainan. Aku membawa kereta menuju ke tempat si Galliard berada. Tak lama setelah itu, aku pun sampai di tempat Galliard. Disitu ada Galliard dan beberapa orang bawahannya duduk disekitar kawasan itu. Dia juga ditemani seorang bodyguard yang sedang memegang kertas entah apa isinya. Aku pun keluar dari kereta lalu berjumpa dan bersapa dengan Galliard.

Untuk mengetahui apa yang tergesa-gesa sangat dengan memanggil aku datang, aku menanyakan soalan kepada nya. "Galliard, ada apa ni?" Aku bertanya. "Sebenar ada sesuatu yang mengejutkan berlaku." Jawab si Galliard. Dengan rasa ingin tahu, aku terus menanyakan apa yang dia maksudkan. Galliard mula untuk menjelaskan apa situasinya sekarang. Dia memanggil bodyguard yang memegang beberapa helai kertas untuk ditunjukkan kepada aku. Galliard melihat kertas itu sebelum memberikannya pada aku. "Aku menemukan sesuatu yang sangat pelik. Tentang ni mungkin ada kaitnya dengan adik kau." Kata si Galliard. "Apa kena mengena adik aku dengan gambar tu?" Aku bertanya dengan rasa tak sedap hati. Perlahan-lahan dia menghulurkan gambar yanga da pada tangannya ke aku. Aku langsung mengambilnya dan melihatnya dengan tajam.

"Ini.." Reaksi ku yang terkejut. Dalam paparan gambar itu terdapat adik aku didalam gambar itu yang sedang berjalan kaki diwaktu petang. Gambar itu diambik dari atas bangunan. Disitu ditunjukkan bahawa adik aku sedang diikuti dan dilihat oleh orang itu secara senyap. Orang itu berada di belakang bangunan, tetapi entah kenapa badannya berwarna hitam. Aku menanyakan soalan kepada Galliard "Siapa ni?" lalu dijawab dengan "Kira-kira siapa? Manusia atau apa?". Situasi menjadi tegang dan aku mula merasa risau kepada adik aku. Aku pun membuat permintaan kepasa Galliard. "Galliard, kau boleh tak jaga kan adik aku?" tanya aku kepada Galliard. "Aku tak keberatan menolong kau. Kau kan kawan baik aku.." Jawab si Galliard. "Terima kasih." Aku ucapkan terima kasih kepadanya. "Sebelum tu, adik aku balik sekolah jalan kaki. Jadi, kau kena hantar bodyguard dia tepat jam 1 petang." Kata aku. Dia menyetujui perkataan ku. Perjumpaan yang penting sudah habis, kini diganti sebagai waktu berlepak sementara.

Setelah itu, aku mula bekerja part-time di sebuah kedai. Aku disitu bekerja dengan seorang perempuan yang tua 1 tahun daripada aku. Namanya Anise. Aku bekerja dengannya setiap hari. Tapi aku bekerja part-time manakala dia bekerja full-time. Dia ni orang yang baik dan tidak pernah marah pada aku. Mungkin dikatakan aku tak pernah berbuat kesalahan kepadanya. Tapi sebenarnya dah banyak kesalahan aku buat dan dia masih bereaksi biasa dan membantu aku menyelesaikan masalah yang aku buat. Aku meminta maaf padanya dan dia selalu memaafkan aku. Didalam hati aku mempunyai rasa suka kepadanya 30% dalam waktu 4 bulan. Mungkin 4 bulan lagi aku akan 60% menyukainya. Tetapi aku tak pernah cuba untuk mengungkapkan perasaan aku kepadanya. Aku takut terlambat tapi aku takut terjadi sesuatu yang tidak dimahukan berlaku. Aku cuba untuk menunggu beberapa bulan lagi untuk mengungkapkan perasaan aku kepadanya.

Waktu pagi yang hampir memasuki tengahari. Aku menunggu pelanggan dikaunter, manakala Anise menyusun barang-barang yang masih belum disusun dan yang tidak mengikut tempat atau ditempat kosong. Ketika dia sedang menyusun barang, secara tidak sengaja dia meletakkan barang yang dia susun di tepi tempat untuk menyusun barang. Ketika dilepaskan, barang itu jatuh menimpanya secara tidak sedar. "Aw..!" Jeritan perlahan si Anise membuat aku risau. Sebuah tin berisi telah jatuh ke atas kepalanya. Aku bergegas mendekatinya dan bertanya "Awak okey?" lalu dijawab "Saya okey." dengan senyuman yang manis ditambah rasa malu dari dirinya yang cuba untuk berdiri dengan cepat. "Saya tercuai tadi. Tu yang tin ni jatuh kat atas kepala saya.." Kata si Anise. Aku tertawa didalam hati, muka aku terlihat biasa diluar. Aku merasa itu hal yang paling aku suka. Selama ni, tak pernah ada yang macam ni berlaku. Aku tak peduli, rasa suka aku menaik secara tiba-tiba menjasi 45%.

- Bersambung -