Chereads / Oyen Bolkiah :Undisputed / Chapter 23 - Chapter 2 : Gelombang pertama, Kecemasan Malaya bahagian 2

Chapter 23 - Chapter 2 : Gelombang pertama, Kecemasan Malaya bahagian 2

"Baiklah Pertarungan kali ini sangat berbeza dari yang lain. Sebab kita bukan berlawan dengan geng sindiket biasa sebaliknya kita akan berlawan dengan pakatan Militan yang berpengalaman. "

Terang Abdulhamid.

"Gulp"

Wadi, TG , Murni dan Oyen Menelan air liur.

" Pakatan mereka terdiri daripada Pengikut Restorasi kesultanan Sulu dari Filipina, Veteran dari Amerika Syarikat dan bebarapa orang yang anti-Melayu dan Dalang yang bertanggung jawab menggabungkan mereka semua adalah Lothar Von Lubenboff dan Korechika Akashiba. "

Terang Abdulhamid.

"Jadi kita hanya perlu bunuh diorang berdua sahajalah?"

Oyen Berkata.

"Tepat sekali, Tetapi untuk mendekati mereka lebih susah dari berlawan dengan mereka ."

Abdulhamid berkata.

"Buat masa ni kita diburukkan lagi dengan Askar-askar Diraja Johor yang sedang sibuk mengawal kemaraan tentera Singapura dari selatan pada masa yang sama majoriti askar melayu sedang bertempur dengan pakatan Todessturm yang sedang mara ke bawah dari utara siam. "

Terang Abdulhamid.

"Dasyatnya.."

TG Berkata.

"Jadi adakah kamu semua sebulat suara mahu mempertahankanlah bangsa dan negara ?"

Abdulhamid bertanya.

"Setuju!!"

Oyen berkata tanpa berfikir.

" Woi serius lah!? "

Murni terkejut mendengar apa yang dikata oleh Oyen .

"Baiklah , Hamood Terangkan. "

Abdulhamid berkata.

"Selepas pertempuran antara Pakatan Todessturm dan tentera Melayu di pelabuhan Klang. Kapten Restorasi Mikadzuki , Korechika Akashiba sudah cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang iaitu di bawah jajahan Pakatan Todessturm . Misi kamu semua tak lain tak bukan adalah menyerbu Kawasan jajahan mereka dan Bunuh Korechika Akashiba "

Hamood berkata.

"Maaf, Nak tanya kenapa dari tadi korang berdua tak habis-habis asyik nak suruh bunuh Akashiba korechika dan Lothar Von Lubenboff?"

Murni bertanya.

" Begini, Dalam suatu Organisasi , Ketua memainkan peranan yang penting dalam memastikan organisasi tersebut dapat beroperasi dengan lancar. Senang cerita ketua bertindak sebagai Tiang utama sesuatu bangunan yang pencakar langit yang megah . Dan apabila ketua mati sama seperti Tiang utama yang sudah rapuh maka Bangunan utama akan runtuh dengan senangnya ."

Abdulhamid berkata.

"Faham, Faham. "

Murni dan TG Berkata.

"Jadi laluan mana yang kami patut ambil untuk pergi ke sana ?"

Oyen bertanya.

"Oh pasal tu, Rasanya jalan terbaik adalah melalui Jalan cheras dan seeloknya kamu bertolak sebelum Subur. "

Hamood berkata.

"Wadi, Aidit mana ?"

Oyen bertanya

"Oh dia masih di Indonesia bersama Rizky. "

Wadi membalas.

"..."

Oyen terdiam dan merasa hampa.

"Sebagai penutup kata untuk operasi ini, Inspektor Sulung akan menolong kamu semua sebagai pemandu. "

Hamood berkata.

"Eh Inspektor Sulung? Bukankah dia hanya bertanggungjawab Aktiviti Serbuk putih tahap rendah ?"

Oyen Berkata.

"Entahlah Dia sendiri yang tawarkan diri untuk mengambil bahagian dalam operasi ini dan memandangkan Dia yang paling rapat dengan kamu semua jadi saya rasa apa salahnya kan ?"

Abdulhamid berkata.

Tanpa sebarang pertanyaan Oyen dan pengikutnya beredar dari situ dan pulang.

"Hamood ada apa-apa info mengenai Inspektor Mahmud dan Inspektor Sebahattin ?"

Abdulhamid bertanya.

"Maaf tuan , Tapi nampaknya mereka seperti sudah hilang dari radar dan orang terakhir yang nampak mereka adalah dari jabatan Kastam tu pun sebelum Pakatan Todessturm mengisytiharkan perang terhadap kita. "

Hamood membalas sambil membelek semula kertas laporan .

"Menarik…Mereka seolah-olah macam sudah yang ini bakal terjadi. Hamood agaknya kamu mereka berada di mana sekarang ya ?"

Abdulhamid bertanya kepada Hamood sambil minum kopi.

"Entahlah…"

Hamood membalas.

Di pelabuhan klang, Jauh di dasar laut.

"Jadi Kaulah Inspektor Mahmud ya? Polis Korup yang terkenal dengan melakukan banyak pakatan dengan ketua Penggedar Serbuk putih "

Lothar Berkata sambil menghirup teh .

"Ehe..Di saat ekonomi yang tak mengena, saya sebagai Inspektor bergaji rendah perlulah berusaha mencari rezeki tambahan betul tak ? Hehe.."

Sengih Mahmud sambil mengigil memegang cawan teh .

"Saya harap kecurangan awak tidak membawa binasa pada awak satu hari nanti. "

Lothar berkata melihat peta.

"Oh kau tengah tengok peta apa tu ?"

Inspektor Mahmud bertanya.

"Inspetor boleh kamu beritahu saya apa tujuan kamu datang ke kapal salam saya?"

Lothar berkata.

"Oh ya lupa pula, Maklumlah Kapal selam awak ni bertaraf lima bintang. .."

Inspektor Mahmud Berkata .

"..."

Lothar memberi reaksi menyampah.

"Apa-apa pun , Oyen dan pengikutnya sudah bertindak dan kini mereka dalam perjalanan untuk membunuh Orang penting dalam Pakatan Todessturm. "

Inspektor Mahmud berkata.

"Oh itu sahaja ke ?"

Lothar membalas.

"Hoi Hoi Kenapa dengan reaksi sebegitu !?"

Inspektor Mahmud Terkejut.

"Gerhard !!"

Lothar menjerit.

"Ya Puterra!!"

Ketua Skuad Paratrooper dan Zeppelin

Gerhard Muller

"Buat apa yang patut. "

Lothar berkata.

"Tak rasa melampau ke sampai nak hantar skuad udara ?"

Inspektor Mahmud berkata.

"Biarkan !! Ini Oyen Bolkiah , Memandang rendah pada nya akan menjadi kebinasaan kita seua nanti !"

Lothar berkata .

Di lokasi rahsia. .

"Baiklah , Semua dah ada ?"

Inspektor Sulung berkata .

"Uwarghhh Ngantuknya…"

Murni berkata.

"Eh Detektif Siti! Apa yang kamu buat di sini ?"

Oyen berkata kerana terkejut melihat Detektif Siti yang sedang duduk di tempat duduk

Hadapan .

"Oh Oyen !! Lama tak nampak. Kamu sihat ?"

Detektif siti bertanya khabar.

"Woi korang nak gerak tanpa aku ke ?"

Aidit berkata

"Aidit?!"

Wadi terkejut melihat Aidit yang sampai.

"Macam mana kau boleh sampai ?"

Murni bertanya.

"Oh Aku pakai jalan laut, Lepas tu aku terus ke sini . "

Aidit membalas.

"Okeylah kalau semua dah ada jadi mari kita bertolak sekarang !!"

Oyen berkata.

"Nanti dulu sebelum kita bertolak , Ada sesuatu aku nak bagi kat korang semua. "

Inspektor Sulung berkata .

"Apa dia ?"

Wadi bertanya.

"Ini dia "Hadiah " Dari sultan dan perdana menteri "

Detektif siti berkata sambil membuka kotak.

"Wah….Ini..Ini ..Pistol Jenama P7 dengan calibre 9 +19mm parabellum !!"

Wadi dan AIdit berkata sambil teruja .

"Wah teruja nampak ?"

Sulung memuji Wadi dan Aidit.

"Mestilah Kami dulu masuk kelab senjata jadi kami memang arif dalam ni hehe.."

Aidit berkata.

"Kejap kalau kau kat sini …Mana si gatal tu?"

Oyen berkata .

"Oh Rizky? Dia kat rumah tidur, Kenapa ketua ?"

Aidit membalas.

"Takdelah….Lebih baik dia tak datang Ugh…meluat aku kalau dia ada."

Oyen berkata dengan muka yang meluat.

"..."

Aidit berasa hampa mendengar jawapan tersebut.

Setelah itu mereka pun beredar menuju sasaran.

"Hmm…Nampaknya Mereka dah mula bergerak..krew bersiap sedia."

Gerhard berkata.

Pukul 5:20.

"Humm Lagi 30 minit lagi nak masuk subuh…"

Wadi berkata.

"Eh haahlah …Tapi nak solat kat mana eh?"

Oyen membalas.

"Takpa kita solat dalam lori nilah apa susah ?"

Aidit menyampok.

"Ergh…Aku rasa lebih baik sembahyang tepi."

Oyen berkata.

"Haah setuju. "

Wadit berkata.

"Arghh…Cemburunya aku tengok budak-budak tu sembang."

Detektif siti berkata .

"Eh tak nak sembang dengan aku ke ? Dah alang-alang kita duduk bersebelah ni kan elok berkenal sapa?"

Detektif siti berkata sambil menyapa Inspektor Sulung yang khusuk memandu.

"Kita di sini sebab kita ada misi, bukan nak bina persahabatan . "

Inspektor Sulung membalas.

"Hmm… Dinginnya kau ni >"

Rungut Detektif Siti.

"Hmm?"

Detetif Siti ditawarkan tin Kopi.

"Eh ..Hehe rupanya kau nak berkawan jugak kan ?"

Detektif siti berkata.

" Minum jelah , Kita nak masuk kawasan musuh jadi, lebih baik kita masuk dengan penuh bertenaga. "

Inspektor Siti berkata.

"Hehe nak kawan, cakap sahajalah hahahaha."

Detektif Siti tergelak.

"Hmm?"

Wadi memberi reaksi.

"Kenapa Wadi"

Murni bertanya.

"Takdelah …cuma kau tak rasa ke ini macam gelap sangat padahal dah nak masuk subuh kot. "

Wadi berkata.

"Betul jugak…Tapi Kalau gelap macam ni selalunya waktu malam pukul 12 malam . Eh.."

Aidit berkata selepas itu terkejut .

"Bunyi apa tu !?"

Oyen berkata.

"Ketua tengok tu..Diatas sana !!"

Wadi dan murni menjerit.

"Subahanallah !!"

Oyen dan laln-lain terkejut melihat sebuah zeppeli yang megah terbang di udara .

"Perhatian. Serahkan Ketua Kuala Harimau atau menyerah sahaja jika tak mahu pertumpahan darah. Cepat sikit kalau lama sangat nanti gas helium aku habis. "

Gerhard berkata .

"!!!"

Tanpa berfikir panjang Inspektor segera menekan padel dan pecut ke hadapan .

"Nak lari ya?"

Gerhard berkata.