"Tak guna…Macam mana kau boleh terlepas ha ?!"
Jerit Lothar sambil mengacukan senapang ke arah mereka.
" Selagi wujud pengkhianatan dan kesedihan dalam bandar ni, selagi itulah aku takkan menyerah kalah !!"
Oyen lantang bersuara lalu berlari pecut ke arah Lothar dan memberikan satu tendangan yang padu di bahagian rahang lothar .
"Urgh!!"
Lothar menjerit kesakitan sebelum jatuh dan rebah ke tanah.
"Okey jadi apa rancangan nya ?"
Wadi berkata sambil berlari .
"Wadi, Aidit , Kau nampak tak kotak-kotak kat depan sana tu?"
Inspektor Sulung berkata .
"Nampak !! "
Wadi berkata .
" Nak buat apa dengan kotak tu ?"
Aidit berkata
"Macam ini Selagi bekalan mereka tak habis selagi itulah mereka akan terus membedil benteng-benteng di sana . Jadi apa yang aku nak korang buat sekarang tak lain tak bukan adalah letupkan kotak-kotak tersebut. Dan musnahkan meriam-meriam di sana . "
Inspektor Sulung menerangkan .
"Baik Inspektor !!'
Kata wadi dan Aidit .
" Woi apa yang korang buat kat sini . "
Jerit Pegawai yang menjaga .
"Cepat !! Pergi sekarang !!"
Jerit Inspector Sulung lalu mengeluarkan Pistol dari koceknya dan mula menembak.
"Jom Wadi !!"
Aidit berkata lalu menarik tangan Wadi.
Sementara itu Oyen dan Lothar sedang bertarung .
" *Sigh* Boleh tahan jugak kau ni…"
Lothar berkata sambil membersihkan pedangnya .
Oyen yang pantang menyerah segera bangun dan membentuk kekuda . Dan berkata .
"Aku takkan benarkan kau ambil alih Kuala Lumpur dengan mudah !!"
Oyen berkata lalu membaling batu-batu kecil ke arah Lothar .
"Arghh…SAKITLAH TAK GUNA !!"
Lothar menjerit lalu terus berlari ke arah Oyen dan cuba membelah Oyen . Namun Oyen mengelak serangan tersebut dengan lincahnya dan membalas nya dengan tumbukan di leher Lothar .
" *Bluuek!! …ARghhhhh"
Lothar termuntah darah dan senak .
"Mustahil!! Aku adalah ketua pakatan Todessturm !! Takkan orang yang berketurunan pembesar macam aku ni boleh kalah dengan orang hina macam kau !!"
Lothar berkata sambil cuba untuk berdiri walaupun kakinya sudah cedera parah dek terkena balingan batu-batuan oleh Oyen .
" Apa yang membuatkan kau layak untuk cakap sebegitu ?"
Oyen membalas .
"Huh?"
Lothar terkedu kehairanan .
"Tak kiralah kau lahir dari darah pembesar ataupun dari darah yang kelas bawahan .Akhirnya di hari yang terakhir kita semua mempunyai warna darah yang sama dan membusuk juga di akhir hayat . "
Oyen berkata lalu memandang ke tepi.
"Aku…Aku…"
Lothar terdiam .
" Jangan risau tak terlambat untuk kau bertaubat , Kau boleh hentikan semua ni ! Lagi-lagi dengan kuasa yang kau ada ! Serah diri dan semua nya akan aman tanpa pertumpahan darah yang dahsyat !!"
Oyen berkata sambil mendekati Lothar .
"Diam !! Apa yang kau tahu !? lepas semua benda yang aku telah lakukan kat kau , kau masih mahu menamatkan semua ni dengan berdamai ? !"
Tenking Lothar .
"Lothar tunggu dulu !"
Oyen cuba menenangkan Lothar .
"Dan apa ni? Kau sudah memaafkan aku ? Apa kau sudah gila kah ?!"
Lothar berkata sambil mengacungkan pistol ke dagu Oyen .
"Lothar…"
Oyen berkata .
"CAKAP OYEN !! CAKAP !!! APA YANG BUATKAN KAU YAKIN BAHAWA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA UNTUK PENDOSA YANG HINA MACAM AKU NI !?"
Jerit Lothar sambil menangis.
"Entahlah aku pun tahu , Aku kalau bab agama ni aku tak arif sangat tapi selagi Matahari tak terbit dari barat selagi itulah pintu taubat masih terbuka untuk hambanya. "
Oyen membalas .
Jawapan oyen tersebut telah membuatkan Lothar meletakkan senjata nya ke tepi .
"Aku juga nak berterima kasih kat kau sebab telah memberikan aku peluang berjumpa dengan Kakak aku …Walaupun sekejap tapi ia sangat bermakna buat aku. "
Oyen mengucap terima kasih kepada Lothar .
"Sama-sama…"
Lothar berkata lalu menembak Oyen di perut .
"Guarghhh…"
Oyen rebah ke tanah menggigil .
"Apa yang kau cakap bodoh? Huh?! "
Lothar berkata lalu memijak perut Oyen .
"Blueakkk"
Senak Oyen.
"Pintu taubat ? Itu semua mengarut !! Di dalam dunia yang anjing makan anjing . Mana ada benda seperti Tuhan!! Itu semua cuma kepercayaan yang karut, Kuno dan langsung tak masuk akal !!"
Lothar berkata .
"Jangan…Jangan seronok sangat…heh.."
Sinis Oyen yang nyawa-nyawa ikan .
"Heh nak lindungi dunia dari pengkhianatan konon,Lihatlah !! Kau sekarang sedang dikhianati !! Apa yang buat kan kau yakin dapat capai impian yang karut sebegitu ? Huh?!"
Lothar berkata lalu mencekik Oyen dan mengangkatnya .
" Selagi…Selagi wujud serbuk-putih di muka bumi ni…Selagi itulah pengkhianatan akan terus berleluasa…Sifat kecewa apabila dikhianati amatlah perit sebab aku pernah merasainya sendiri dan sebab itulah aku tak nak orang lain turut sama merasainya. "
Oyen berkata . Perlahan-lahan . Pandangan nya sudah mula kabur dan hampir buta .
"Itu sahaja jawapan kau ? Hmph mengecewakan !!"
Balas Lothar lalu membaling Oyen .
"Membiarkanmu mati dengan sendiri adalah kesalahan terbesar aku jadi kali ni aku akan pastikan yang kau mati betul-betul kali ni !!"
Lothar berkata lalu mengisi peluru ke dalam pistolnya.
"Cantiknya bulan malam ni..Bertuah sekali kau ya untuk mati pada malam yang indah sebegini..Eh?...Apakah!?"
Lothar terkejut apabila Oyen bangkit dari kecederaan yang parah dan lukanya mula sembuh dengan segera.
"Tak mungkin !! Takkan lah kau pun Puaka jugak !?"
Lothar berkata dengan ketakutan .
"Kejap ekor tu…"
Lothar terkejut apabila melihat ekor musang di belakang Oyen .
"Kau dah khianat aku…Kau dah hancurkan kepercayaan aku terhadap kau !!"
Jerit Oyen .
"Tch kau diberkati oleh kaum Mihosune rupanya…Kalau macam tu. "
Lothar berkata lalu mengeluarkan picagari dan mencucuk dirinya.
Dan pertarungan antara Oyen dan lothar pun bermula.
"Kebaboom"
"WArghh bisingnya!!"
Jerit Wadi .
"Bodoh apa kau bebal sangat pergi letupkan tanpa bagi tahu dulu !?"
Aidit berkata lalu mengelap darah di telinga nya .
"Tengok tu , Kenapa mereka semua mula berlari lintang pukang macam kambing dilepaskan dari kandang . "
Wadi berkata .
"Entahlah …Jom kita laporkan diri kepada Inspektor Sulung . "
Aidit berkata lalu beredar.
Di Masjid Salahuddin Abdul Aziz.
"Hmm.."
Abdulhamid melihat keadaan dengan menggunakan terompong .
"Jadi kita nak buat apa tuan ?"
Tanya seorang pegawai.
"Wadi,Aidit Sulung Oyen…Terima kasih, sekarang serah kan yang selebihnya kepada aku !!"
Abdulhamid berkata .
"Dengar sini semua!! Walaupun kita telah dihentam dengan teruk oleh mereka , kini sudah sampai masa untuk kita mara ke depan !! SUDAH JELAS !! ..YANG ALLAH DI PIHAK KITA !!"
Jerit Abdulhamid lalu mereka semua marak ke depan membanjiri pertahanan Todessturm
Sebelum sempat tentera Amerika sampai, Askar-askar melayu telah berjaya menawan pelabuhan klang dengan senang.
5 km dari masjid pukul 3;00
Lothar yang kini sudah cedera parah dan mukanya sudah tidak lagi kelihatan seperti manusia disebabkan oleh pengambilan serbuk-putih yang terlampau.
"Menyerah sajalah !!"
Jerit Oyen lalu menumbuk Lothar bertubi-tubi
"Guargh…"
Lothar menjerit kesakitan lalu menendang Oyen .
"Tak boleh jadi ni…Kekuatan dia langsung tak sama macam puaka-puaka yang aku lawan sebelum ni…Arghh..Kalau ni berterusan badan mungkin takkan dapat menahan kerosakan yang selanjutnya !!"
Oyen berkata .
"Perlukan bantuan ke , Ketua ?"
Wadi berkata
" Seramnya..Jadi inilah puaka ya ?"
Tambah Aidit.
"Korang berdua !!"
Senyum Oyen .
"Jom ketua ! Kita sama-sama kalah kan raksasa tak guna tu bersama-sama !!"
Seru Wadi .
"Ayuh!!"
Sahut Oyen .
Lalu Wadi dan Aidit terus berlari ke arah Lothar dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mata, kaki dan sendi Lothar.
"ARGHHHH"
Ngaum Lothar
"Sekarang ketua !!"
Jerit Wadi .
Lalu oyen terus berlari ke arah lothar, Dengan tumbukan , di menumbuk terus menembusi dada Lothar merampas jantungnya.
"...Apa yang kau dah buat?!"
Lothar menggigil ketakutan .
"AKu tertanya …Adakah kau lebih sedap dari Yamtuan kudin?"
Oyen berkata lalu memasukkan jantung lothar ke dalam mulutnya.
"Pu…Pulangkan !! Arghh…Guarghhh…"
Lothar mula memuntahkan darah dan jatuh ke tanah .
"Kita dah menang kah ?"
Lelah Wadi.
"Yalah kot …Kan ketua?"
Aidit berkata lalu melihat Oyen .
"Hmm?"
Oyen sedang menelan Jantung Lothar
"Wahhhh"
Wadi dan Aidit menjerit terkejut.
Beberapa hari selepas itu . Negara-negara yang terlibat dalam insiden Todessturm seperti Filipina,Jerman,Jepun meminta maaf dan membayar pampasan kecuali Singapore dan Amerika Syarikat.
Kuala Lumpur kembali aman dan damai…Untuk bebepa bulan.
Inspektor Mahmud dan Sebahattin gagal untuk dijejak, kes yang sama juga untuk Ketua Pengedar yang lain .
DI kafe .
"Aduh..Susahnya nak jawab soalan ni!!"
Ngeluh Rizky
"Aduh …Kau ni kan , Baru sejam kita belajar takkan kau dah penat?"
Tegur Murni .
"Hmm…"
Oyen dan Rai khusyuk membaca buku rujukan .
"Eh!? Korang janganlah senyap je tolong lah aku !!"
Rayu Rizky .
" Seronok nampak ? Boleh kami sertai sekali ?"
Kata Detektif Siti.
"Detektif Siti! Inspektor Sulung ! Apa yang korang buat kat sini ?"
Oyen berkata dengan nada yang teruja .
"Oh kami baru sahaja lepas habis selesaikan kes , kebetulan kami lalu kat sini masa nak pulang. "
Inspektor Sulung berkata .
"Oh yakah?Mari-mari , duduklah biar saya belanja…Eh cincin apa tu ?"
Murni berkata .
"Cincin ni ? Hehe…Inspektor !"
Siti berkata dengan nada yang gembira.
"*Sigh* Kami sudah bertunang. "
Ngeluh Inspektor Sulung sambil memandang kanan .
"Wah yakah?! Tahniah !!"
Jerit Murni dan Rai.
"Hehe apa kata kita sambut berita gembira ni?"
Oyen bercadang .
"aduh…Habislah kering lah nanti dompet aku. "
Ngeluh Murni dengan nada yang kecewa.
"Takpa biar aku yang belanja. "
Pelawa Inspektor Sulung.
Dan semua Orang menyambut dengan kegembiraan.
Sementara itu di Sekolah henry Gurney cawangan Labuan .
Pelajar No. 4 68897eo
"Antara kesalahan yang dilakukan olehnya adalah mencuri dan dia juga terlibat dalam aktiviti Penyuludupan rokok. "
Kata seorang Warden .
"Awak pasti awak mahu jamin dia sebagai anak angkat awak ?"
Tambah Warden tersebut .
"Hehe..Mestilah !"
Syazwani Irsyad .
"Baiklah kalau itu yang kau mahu…Woi bangun !!"
Jerit Warden .
"Hmm?"
Pelajar No.68897eo memberi reaksi .