Chereads / Oyen Bolkiah :Undisputed / Chapter 6 - Chapter 6 : Dan setelah itu ...

Chapter 6 - Chapter 6 : Dan setelah itu ...

Selepas serangan mengejut oleh Cikgu Roslailee yang di bawah pengaruh dadah Serbuk putih ke atas Oyen dan Murni. Mereka berdua akhirnya bangkit juara dalam pertarungan yang sengit itu. Namun tak semudah itu , Quartet Singa Petir juga melakukan serangan ke atas Asmail dan Inspektor Sulung mengakibat Asmail terkorban akibat retakan di tengkorak yang kronik .

"Parah ni...Kalau keadaan ni berterusan silap-silap kita pulak yang terkorban nanti."

Aidit berkata lalu memandang ke arah Oyen .

"Umm Ketua aku bukan nak biadap tapi..Siapa dia sebenarnya?'"

Wadi berkata dengan penuh pertanyaan.

"HOHO...NAMPAK GAYANYA SUDAH TIBA MASANYA UNTUK AKU MELAKUKAN KEMUNCULAN. NAMA AKU ADALAH-"

Murni memperkenalkan diri namun di sampuk oleh Oyen.

"Nama dia Shohadah Murni Manis. Panggil dia Murni sahaja."

Kata Oyen dengan Selabar

"Oi Oyen , Sepatutnya aku yang perkenalkan diri bukannya kau ! AHHHH"

Murni menjerit tak puas hati.

"Hahaha kelakarlah korang berdua ni."

Sinis TG

"Setuju"

Wadi menambah.

"Baiklah ketua, Tanpa membuang masa boleh saya bentangkan tentang topik kita hari ini?"

AIdit berkata lalu disahut setuju Oyen.

"Mula-Mula sekali kta akan berbincang tentang penyusunan jawatan dalam Kuala Harimau. Berdasarkan undian dan cadangan ketua sendiri. Pertama , Presiden kuala Harimau Generasi keempat, Oyen Bolkiah diikuti dengan Naib Presiden Aidit Hasbullah . Ada apa-apa tentangan?"

Aidit bertanya.

"Kejap macam mana kau boleh dapat posisi Naib-presiden sedangkan kau baru sahaja masuk Geng ni ?"

TG Bertanya kehairanan.

"Bertenang TG , ada sebab kenapa aku lantik Aidit sebagai Naib-Presiden jadi janganlah marah kerana tak puas hati."

Jelas Oyen.

"Baiklah…"

Ngeluh TG.

" Seterusnya , Kapten Divisi Pertama dan kedua akan diambil oleh Wadi Farhan dan posisi penolong Kapten pula diambil oleh Tengku "TG" Dayana ."

Aidit berkata.

"YAYYYYY TAHNIAH SAYANG!!"

Gembira TG lalu memeluk lengan Wadi dengan erat.

"WOI Haramlah! "

Wadi berkata lalu menarik lengannya .

"Hey Aidit ka tak rasa ke acam berlebih sangat ? Mana mungin aku mampu nak pimpn dua divisi sekali gus . "

Wadi berkata sambil mengaru kepala.

"Umm..Maaf Wadi tapi disebabkan aku dah jadi Naib Presiden ,Posisi Kapten divisi pertama telah pun kosong jadi buat sementara waktu kau akan memegang jawatan ni untuk seketika."

Jelas Aidit.

"Baiklah"

Wadi bersetuju tanpa bantahan .

"Takpa Wadi nanti aku tolonglah sikit-sikit ."

TG memberikan kata-kata semangat.

"Akhir sekali posisi Kapten Divisi ketiga akan diambil oleh Shohadah Murni manis dan penolong kapten pula diambil oleh …"

Aidit membaca dokumen lalu berhenti sekejap dan terkedu.

"Oi Aidit asal kau ni Tiba-tiba saja diam ni?"

Oyen berkata.

Tanpa amaran Aidit jatuh ke lantai, menggigil ditambah mulutnya mula berbuih-buih.

"AIDIT!!"

Semua terkejut melihat keadaan Aidit seolah-olah jenazah yang sedang diazab.

"Wadi telefon ambulans cepat!"

Murni berkata . Dengan secepat mungkin Wadi segera mengambil telefon untuk mendail 999 tiba-tiba telefon tersebut meletop mengakibatkan telinga Wadi pekak berdesing untuk seketika.

"Tak guna adaah ini serangan musuh!? "

Kata Murni dengan segera dia mengeluarkan parang.

"Woi dari mana kau dapat parang sebesar tu !?"

TG Terkejut.

"Wadi kau okey tak?"

Oyen bertanya.

"Alhamdulillah , telinga aku cuma berdarah sedikit tapi pendengaran aku masih jelas."

Jelas Wadi lalu dia meletakan kain pada luka tersebut.

Secara tiba-tiba telefon Oyen berdering .

"ADAKAH KAU OYEN?"

Dengan Suara yang kocar-kacit.

"WOI ADAKAH KAU DALANG TAK GUNA YANG BERTANGGUNG JAWAB ATAS SEMUA NI!?"

Tenking Oyen .

"Jumpa kami malam ni kalau awak nak penawar untuk kawan awak."

Kata suara mister itu'

"Kat mana?"

Oyen bertanya namun tidak dijawab.

"Tak guna mula-mula Kakak aku , sekarang *Sob* *Sob* mereka mahu bunuh kawan-kawan aku pulak.."

Oyen menangis.

"Tenang Oyen kalau kita mengalah sekarang nanti sia-sia sahaja pengorbanan kakak kau nanti"

Kata Wadi sambil cuba menenangkan Oyen.

"Tiba-tiba pintu masuk terbuka

"?!"

Semua terkejut apabila melihat Inspektor Sulung yang berlumuran dengan darah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

"PAK CIK!! Apa pakcik buat sampai cedera parah sebegini?!"

Oyen berkata.

"Pukul 3 pagi ….*Sigh* Taman tasik Titiwangsa"

Sulung Berkata dengan sedaya upaya sebelum jatuh pengsan .

"Oi!!"

Murni berkata.

"Jangan risau dia cuma kehilangan darah."

TG Berkata.

"Kenapa mesti pukul 3 pagi? "

Kata Wadi dengan khairan .

"Mungkin sebab masa Polis akan rehat dari meronda untuk seketika . "

Jawab Murni .

"Baiklah Murni siapkan orang kita , malam ini kita akan menuntut dendam keatas singa Petir !

Kita akan hancurkan mereka cukup-cukup !"

Kata Oyen dengan Penuh semangat .

Sementara itu.

"Woi Adakah dia akan datang??!"

Kata Iffan sambil mengacungkan Pistol ke arah sosok misteri tersebut.

"Ya...Dia akan datang .'

Kata Sosok misteri tersebut.

" Hmph Bagus , sebenarnya organisasi kami tak suka nak guna kumpulan kecil macam awak tapi lupakanlah , Selagi Kuala Harimau tak roboh selagi itulah keselamatan adik kau takkan terselamat. !"

Kata Iffan sambil menembak beberapa das tembakan ke arah dinding sebelah sosok misteri tersebut.

"..."

Pasrah sosok misteri.

Taman Tasik Titiwangsa terletak di Tasik, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur , berkeluasan 230 ekar dan beroperasi dari pukul 7 Pagi hingga 6 petang. YA taman ini ditutup pada pukul 6 petang tetapi pada pukul 3 pagi akan berlaku perbalahan yang di mana ia akan menjadi batu loncatan yang hebat bagi Geng Kuala Harimau

" Aduh ngantuknya aku...ARGHH Aku dahlah esok ada SEKOLAH!!"

Ngeluh Wadi sambil mengaru kepalanya .

"Kau dah tahu kau ada sekolah esok kenapa kau ambil jalan hidup ni"

Kata Murni sambil menepuk Belakang Wadi .

"Oi Haramlah! (Aduh asal perempuan semua memang suka sangat sentuh aku ha?)"

Jerit Wadi lalu berkata pada diri sendiri.

"Siap sedia semua...Merek dah sampai."

Kata Oyen .

Dari kegelapan semak samun keluarlah sosok misteri yang kelihatan memakai satu jubah besar yang menutupi seluruh badanya dari wajah hingga hujung kaki.

"Eh..inikah Quartet Singa Petir?!"

Kata Murni.

Tiba-tiba petir menyambar sebaik sahaja sosok misteri itu mengangkat tangan lalu Damini, Kamirai dan Minami muncul di hadapan sosok misteri itu .

"Kyaaa!"

TG dan Murni menjerit ketakutan .

"Oh..Jadi korang ni dari bangsa Yildrim lah ya ? "

Oyen berkata sambil melakukan senaman memanaskan badan dengan ringan .

"Yildirim?? Apa benda tu Sial???"

Wadi kebingungan .

" Pada suatu ketika dahulu ada satu amalan pelik yang dilakukan oleh kaum terdahulu , dimana mereka akan melakukan persetubuhan di luar fitrah dengan pelbagai jenis makhluk , sampaikan benda halus seperti Jin dan syaitan pun mereka tebuk dan semua ni dilakukan demi mencapai kekuatan mutlak untuk digunakan oleh raja-raja terdahulu. "

Jelas Oyen dengan muka yang sirius.

"Jijiknya …"

Kata Murni dan TG .

" Dan dihadapan korang sekarang ini. Adalah buah telah terhasil berkat dari amalan pelik mereka yang terdahulu. "

Kata Oyen .

"Kejap jadi...Wow patutlah selama ni ketua memang kuat rupanya …"

TG berkata.

"Ya..Ini adalah kisah yang mana hanya orang macam kami sahaja yang tahu."

Kata Oyen .

"HAHAHAHAHA… Walaupun kau bagi tahu mereka kisah rahsia orang kita , apakah ia kan membantu korang?"

Kata Damini sambil menhalakan baton ke arah Geng Kuala Harimau.

"Tch , Cakap besar meh sinilah kita tengok siapa ya-"

Dengan sepantas kilat Wadi dipukul oleh Damini dengan dahan pokok sehingga mengakibatkan dia senak .

"WADI!!"

Jerit TG .

"Jadi inilah kekuatan korang ya?"

Kata Oyen lalu dia mengeluarkan Pisau dan mencampakkannya ke arah Damini , tepat mengena Kepala Damini.

"Warghhh"

TG Terkejut

"Apa kau buat!? KENAPA KAU KAU BUNUH DIA!!?"

Murni menjerit ketakutan.

Badan Damini berubah menjadi kilat lalu diserap oleh sosok misteri tersebut .

"EH!?"

Murni ,Wadi dan TG terkejut melihat kejadian tersebut .

"Aku dah agak jadi kau mesti badan utama dia …"

Oyen berkata dengan wajah tanpa berperikemanusiaan .

"!'

Oyen mengelak tendangan Minami dari belakang dan membalasnya dengan tumbukan yang memecahkan kepalanya.

"Ku..Kuat Oyen!!'

TG Kagum dan takut pada masa yang sama melihat kekuatan oyen yang luar biasa.

Tanpa membuang masa Oyen terus berlari ke arah Sosok misteri tersebut namun dihalang oleh Kamirai .

"JAn...Jangan mimpi aku ….Aku tak benarkan kau la_"

Oyen membantai kamirai dengan ganas ibaratkan beg pasir.

"Tch...Lemah!!"

Sosok misteri berkata lalu menyerap Kamirai dan Minami.

"Menyerah sajalah tak guna!!'

Tengking Oyen .

" Tak sangka rupanya kau ni ketua Geng Sebenarnya "

Sosok misteri itu berkata .lalu menanggalkan Jubah labuhnya .

"WAH Apa yang kau buat ni !? Eh!!"

Oyen terkejut .

"Mari tunjukkan aku Kekuatan sebenar Kuala Harimau!"

Kata Rai dengan tegas .

"Rai...Kenapa???'

Oyen terkejut kerana tidak dapat menerima hakikat realiti yang sekali lagi tidak memihak kepada Oyen.

"Eh budak tu "

TG terkejut.

"Eh kenapa ni?? Korang kenal ke budak tu?!"

Murni berkata .

"Kami jumpa budak tu tempoh hari sebelum, semasa nak ajak Oyen keluar "

Wadi menjawab persoalan Murni.

"*Sob* *Sob* Aku dah penat kau tahu tak!! Kenapa dalam banyak-banyak orang kau jugak yang mesti menjadi lawan aku ?!"

Marah Oyen , Tiba-tiba Rai muncul di belakang Oyen dan menengdangnya .

"Wah lajunya!'

TG berkata.

"Kepantasan budak tu mengalahkan Oyen ! Bahaya kalau ini berterusan silap-silap_"

Wadi ditampar oleh TG

"Percayalah! Jangan sesekali fikir begitu! "

Jerit TG ,

Oyen dan Rai berlawan tanpa henti , Tumbukan dibalas tendangan. Tendangan dibalas tumbukan.

Luka dan calar mula kelihatan di badan masing-masing . Sudah jelas yang kekuatan mereka berdua hampir sama namun kedua-dua pihak tetap berdegil menyerah sehinggalah…

"Wah pertarungan yang menarik...Apa-apa pun aku akan mengambl alih dari sini.

Kata Iffan .