Chereads / Oyen Bolkiah :Undisputed / Chapter 11 - Chapter 4 : Kisah silam Wadi.

Chapter 11 - Chapter 4 : Kisah silam Wadi.

Semasa aku kecil dulu, Hidup aku dipenuhi dengan derita dan parut,.

"Ayah bolehlah!! Kali ni je, Semua orang dah ada beg,kasut dan seluar sekolah baharu ..Wadi seorang sahaja yang masih pakai yang lama."

Kata Wadi yang masih berumur 9 tahun.

"Tak boleh Wadi. "

Kata Encik Farhan sambil mengira wang di dalam tabungnya.

"Wadi dengar sini, dalam dunia ni ada banyak lagi benda yang penting selain Beg,kasut dan seluar baharu. "

Kata Encik Farhan sambil memegang lengan Wadi.

"Macam?"

Wadi bertanya.

"Tengok emas sebagai contoh, Kalau kamu hanya kumpul 1 gram sahaja ia akan kelihatan bosan dan tak penting , jadi kumpullah ia sampai ia mencecah Angka 1,000 gram dan disitulah Wadi akan lihat betapa pentingnya ia."

Encik Farhan Menunjuk emasnya kepada Wadi.

"Wadi , Ayah dah tak lama hidup dah...Jadi tolong ambil emas-emas ni semua dan lari bersama mak tiri dan adik-adik kamu. Walau apa jadi sekali pun jangan sesekali cuba gadai emas ni jika kamu tidak memerlukanya."

Kata Encik Farhan lalu terbatuk Darah.

"Ayah!!"

Wadi menjerit.

"Jangan risau."

Kata Encik Farhan dengan senyuman di wajah nya.

Dan di situlah hidupku bermula. Pekerjaan ayah aku ditarik. Jawatannya dirampas dan dia diberkas oleh polis seminggu kemudian kerana terjebak dalam mengendalikan urusan jual beli Serbuk-putih dan spesies terancam.

"TAk guna kau ! Tak guna kau !!"

Jerit puan Farhan yang sedang mabuk lalu memukul Wadi dengan periuk.

"Mak sudah-sudahlah tu!!"

Jerit adik pertama tetapi tidak diendahkan.

Kami tinggal melarat selepas kejadian itu. Mak aku mendera aku , kerana melihat mukaku yang mirip sedikit macam Ayah aku. Tapi mungkin sebab air yang dia minum tu kot buat muka aku nampak sebijik macam ayah aku.

Sampai Satu hari itu, aku terjebak dalam dunia delinkuen selepas cuba untuk selamatkan teman Wanita aku , Tengku TG Dayana . Aku ditawarkan berkerja sebagai kapten di Jakarta Jaya atas kekuatan yang dimiliki aku.

Buat pertama kali dalam hidup . Aku tengking balik mak aku yang mabuk, aku pukul dia sampai dia sedar….Masa tu aku ingatkan penderitaan aku sudah tamat tapi sebaliknya telah membuka pintu penderaan baharu bagi kedua-dua adik-beradik aku. Mereka mula trauma dan diselubungi ketakutan dan aku dimasukkan ke dalam Sekolah Juvana untuk beberapa bulan.

"Oi… Apa pasal kau nampak muram saja?"

Seorang lelaki bertanya.

"..."

Wadi dengan muka yang pucat tidak langsung memberi respons.

"Ceh ...Relakslah aku pun buat salah jugak tapi takdelah sampai depressi macam kau ni. "

Lelaki itu berkata lalu duduk di sebelah Wadi.

"Apa-apa pun , Nama aku Aidit , Aidit Hasbulla. "

Lelaki itu memperkenal kan diri.

"Aidit ?"

Wadi bertanya.

"Haah , Ayah seorang penyokong Tegar PKI Sampai namakan anak sulung sendiri sempena Ketua komunis hahah. Kelakarkan ?"

Aidit berkata. Lalu menghulurkan tangan mengajak Wadi turun untuk makan.

Semenjak hubungan antara kami terjalin dan kami menjadi rakan rapat di sekolah Juvana tersebut dan seminggu kemudian aku keluar dari sekolah tersebut. Tetapi adik-adikku sudah di ambil dan dijaga oleh ibubapa tiri baharu dan bila aku cuba lawat mereka berdua enggan menjumpa aku.

"Oh Macam mana seronok duduk Juvana ?"

Rizky menyapa.

"Yo Wadi lama Tak jumpa"

Kata seorang lelaki dengan suara yang Wadi kenal.

"Kejap kau…"

Wadi berkata.

"Ini akulah, Aidit Hasbulla. Aku baru je keluar semalam. "

Aidit berkata .

"Dah-dah mulai sekarang korang adalah kapten bagi divisi 75 dan divisi 8. Semoga berjaya haha."

Rizky berkata .

"HUH!?"

Aidit dan Wadi terkejut.

Kembali kepada masa sekarang.

Di Perpustakaan negara.

"Tuan pengarah , cuba bertenang dan apa sebenarnya yang kamu sedang cari !?"

Inspektor Tahsin cuba menenangkan Pengarah Abdulhamid.

"Tak Boleh , Ambil ni. "

Pengarah Abdulhamid memberi Buku kamus Jerman dan Jawi kepada inspektor Tahsin

"Nak buat apa dengan buku ni ?"

Inspektor Tahsin berkata. Pengarah Abdulhamid duduk di kerusi dan mengeluarkan surat Celal .

"Eh surat telegraf tu."

Inspektor Tahsin berkata .

"Saya baca kamu tukarkan maksudnya . "

Kata Pengarah Abdulhamid.

"Ba..Baiklah. "

Kata Inspektor Tahsin.

"Nampaknya ia ditulis dalam beberapa bahasa , Kemalettin pergi ambil kamus bahasa Perancis, Jawa dan sanskrit. "

Kata Pengarah Abdulhamid .

"Baiklah."

Kata Sarjan Kemalettin .

"Sedia Tahsin !"

Pengarah Abdulhamid berkata.

" Ya tuan "

Inspektor Tahsin berkata .

"__ . . . . . . "

Pengarah Abdulhamid berkata .

"Der.."

Kata Inspektor Tahsin .

" ___ . ___ . ___ . ___ . . "

Kata Pengarah Abdulhamid .

"Lelaki.."

Kata Inspektor

"Lelaki itu ? Kejap apa yang Celal cuba sampaikan ?"

Inspetor Tahsin tertanya.

"Menarik ni. Kemalattin ambil Kamus bahasa indon , melayu dan India segera. "

Pengarah Abdulhamid berkata .

"Ba..Baik !"

Kemalettin membalas.

Sementara itu.

"Oyen Bolkiah ya ? Menarik jadi inilah dalang yang bertanggung jawab membunuh Hongfet ? Menarik-menarik . "

Kata Inspektor Mahmud.

"Eh esok kita ada mesyuarat di antara Ketua pengedar kan ?"

Ketua Pengedar serbuk putih di Negeri Sembilan .

Dan Ketua geng Sembilan Sumatra. Abdullah DVD.

"Yalah kan tapi bukan korang buat 2 tahun sekali ke ? Kenapa nak buat awal sangat?

Inspektor Mahmud berkata.

"Hmm..*Sigh* Biasalah orang bodoh… Dengar sini, semenjak Rizky nur Soekarno membuka Cawangan Jakarta Jaya di Malaysia , Bilangan mereka telah meningkat dari 3 Juta ahli kepada 15 Juta ahli sekaligus mengawal dan merampas separuh dari stok Saham bahan untuk buat Serbuk Putih"

Abdullah berkata sambil memandang ke arah tingkap.

"Stok Saham ? Apa benda tu?"

Inspektor Mahmud bertanya.

" Gang mana yang dapat mengawal Stok saham dengan membeli atau merampas Saham pemilikan dari gang lain maka mereka juga dapat mengawal kuantiti hantaran stok Serbuk Putih ke simpanan mereka. "

Abdullah DVD berkata.

"Oh jadi kalau aku miliki Saham Serbuk putih sebanyak 12 peratus maka saya akan mendapat bekalan serbuk putih sebanyak 12 peratus lah jawabnya "

Inspektor Mahmud berkata .

"Tepat sekali! . Dan Saham Serbuk Putih kesemua sekali adalah 300 peratus dengan Jakarta Jaya mengawal 50 peratus daripadanya. "

Abdullah DVD berkata.

"Wah banyaknya. Jadi berapa peratus saham yang kau miliki sekarang?"

Inspektor Mahmud bertanya.

"Hmmm Saya miliki saham serbuk putih sebanyak 45 peratus asalnya tapi sebuah sebuah parti politik di Pahang telah mengugut saya dengan menyerah saya kepada Polis. Disebabkan itu, mereka talah berjaya mengaut Sebanyak 30 peratus dari aku dan kini mereka sudah jadi ketua Pengedar paling berjaya di Pahang."

Ngeluh Abdullah DVD .

"Ish ruginya. Kalau kau jumpa aku awal-awal mungkin aku bela kau dari ditangkap. "

Inspektor Mahmud berkata.

" Apa-apa pun Kematian Hongfet adalah topik utama kita sekarang, ditambah lagi dengan kematian dua orang kanan terbesarnya iaitu Nico Walch dan Iffan Meghat kini. kita langsung tak tahu siapa yang memegang Saham serbuk putih sebanyak 64 peratus."

Abdullah DVD berkata .

"Mashallah Banyaknya !!"

Inspektor Mahmud terkejut.

"Itulah sebab Mesyuarat diantara Ketua pengedar dari semenanjung asia tenggara dan beberapa negara asia yang lain akan berkumpul untuk mengundi untuk menentukan siapa akan miliki saham 64 peratus tersebut. "

Abdullah DVD berkata dengan muka sirius.

"Baiklah..Serahkan ini kepada aku. Biar aku yang siasat dan cari dokumen saham itu."

Inspektor Mahmud memberikan cadangan .

"Eh !? Apa maksud kau ?

Abdullah DVD terkejut.

"Apa yang kau perlukan sekarang adalah lengahkan mereka untuk berikan aku masa."

Kata Inspektor Mahmud.

"Oh menarik ni. Jadi apa yang kau nak kalau kau jupa dokumen tu?"

Abdullah DVD berkata.

" Aku Rancang nak bersara di rumah agam yang mewah di sebuah pulau yang terpencil haha."

Inspektor Mahmud berkata.

"Baiklah Setuju."

Abdullah DVD berkata.

DI KLIA .

"Argh kau memang tak boleh harap Agapito !!"

Orang kanan pertama , Ketua pengedar serbuk putih cawangan filipina di wilayah Lanao.

Armando Duterte.

"Ma..Maaf Armando!"

Orang kedua, Ketua pengedar serbuk putih cawangan Filipina di wilayah Sultan Kudarat.

Agapito Utah

"Dah Dah , Korang jangan nak buat hal kat sini. Karang tak pasal-pasal kita kena tangkap dengan Kastam. "

Ketua Pengedar Agung. Cawangan Manila,Filipina

Aquino Aguinaldo .

"Etua! Tengok si tak guna ni, dia pergi beli 3 tiket bas ke 3 bandar berasingan , Dah lah nak beratur panjang!!!"

Tenking Armando .

"Tiket ke bandar mana Armando ?"

Aquino bertanya.

"Sati ke bandar Cyberjaya , satu lagi ke pulau rintis dan satu lagi...kampung Durian runtuh?"

Armando membaca dengan bingung.

"Armando pergi jual tiket tu kat sesiapa, Biar aku pergi panggil Teksi."

Aquino membalas.

" Wah...Inikah yang dikatakan Tanah Melaya itu?!"

Ketua pengedar serbuk putih Agong cawangan Korea Utara.

Qim ill-Moon.

"Oi pujilah sikit. "

Qim ill menegur orang di sebelah nya.

" Tutup mulut kau kalau kau tak nak binasa. . "

Ketua pengedar Serbuk putih Agong cawangan Korea Selatan

Changgwi jug-eum.

"Sheesh, Dinginnya. "

Qim ill mengeluh .

"Usih ramainya!!"

"Eh ni dari negara mana?!"

"Genjer-genjer?!"

Seramai 100 orang keluar dari pintu pelepasan.

"Dengar sini semua! Sebaik sahaja kita rampas Saham tersebut , Kita bakal memulakan serangan ke atas Kuala Harimau dan selamatkan adik aku. Faham semua!?"

Ketua geng Jakarta Jaya Cawangan Indonnesia.

Sakuta bayu Soeharto.

"Eh Changgwi, Tak silap aku dia kan yang pegang Saham sebanyak 50 peratus tu kan? "

Qim ill berkata.

"Jangan tamak. Kalau kau serang dia sekarang nanti kau yang yang rugi. "

Changgwi membalas sambil memegang tangan Qim ill .

"Bising Lah, Aku malas nak layan kau!"

Tengking Qim ill .

"Kalau aku dapat, Saham milik aku akan meningkat dari 20 peratus kepada 70 peratus. "

Qim ill berangan.

" Tch, Dasar anjing tentera. "

Changgwi berkata.