"Sudahlah Hongfet ...Kau dah tak ada tempat nak lari..Menyerah dan bagitau sahaja siapa yang pembekal dan ketua kau!!"
AIdit menengking .
"Aku Takkan menyerah..Aku bekerja keras untuk posisi ni, Posisi aku adalah barisan hadapan bagi geng kami, GENG BINTANG TIGA !!"
Hongfet Menjerit sambil mengacukan Pistol ke arah Oyen.
Tanpa berfikir, Aidit segera berlari ke arah Hongfet hanya untuk cuba menepis Picu pistol dari ditekan.
"Lepaskan!! AKU KATA!!"
Tanpa berpikir dua kali, Hongfet mengambil Pistol di pokek belakang dan menembak bahu Aidit. Dengan sepantas kilat, dia melarikan diri dengan mencuri basikal berdekatan.
"TAK GUNA!! WADI KAU JAGA AIDIT AKU AKAN KEJAR DIA!!"
Oyen yang tak sabar segera bergegas mengejar Hongfet .
" Oyen Tunggu!!...OYEN !!"
Wadi cuba untuk memanggil tetapi tidak berjaya.
"HONGFET !! JANGAN LARI SELAGI TAK BAGITAU SIAPA PEMBEKAL KAU!!!"
Oyen menjerit tetapi tidak dijawab lalu di membaling dua batu bata yang tepat mengena tengkuk Hongfet mengakibatkan dia terjatuh dari basikal .
"APA...APA LAGI KAU NAK!???"
Hongfet berkata sambil mengacungkan pistol Ke Arah Oyen.
"Bagitahu aku siapa ketua kau, baru aku lepaskan kau."
Oyen berkata dengan ekspresi yang marah.
"Heh..Jangan Harap...Sebab...EHEK...Kau tahu tak…*BEEB* *BEEB*"
Tiba-tiba kedengaran panggilan telefon Hongfet berbunyi
"Oh ..Yakah?"
Hongfet tersenyum dan meletakkan Pistolnya ke bawah..
"Woi Cepatlah bagitahu siapa Ketua kau!!"
Oyen menengking .
"Baiklah …*BLUUEEK* * URGHH* Memandangkan kau berjaya Jatuhkan Aku sampai ke paras paling bawah...Aku bagitahu kau dua benda dan satu berita buruk."
Hongfet berkata sambil mengelap darah di mulutnya.
Dengan penglihatan yang semakin menghilang Hongfet berkata.
"Pertama , Posisi aku dipanggil Pengedar mutlak Utama. Dan ada leih dari seorang yang mengedarkan serbuk putih…."
Hongfet berkata.
"Mustahil"
Oyen terkaku.
"Ya...HAHAHAHAH..Kau masih mahu tahu Benda kedua? Pada awal tahun depan...Tepat 6 petang , Mesyuarat antara 11 negeri Pengedar Mutlak utama akan berlangsung ….*Ughh*"
Hongfet berkata sambil menunjukkan telepon ke arah Oyen.
"Berita buruk….Ketua Kuala Harimau..DAH MAMPUS!!"
Hongfet menjerit.
"Akak….AKAK KKKKKK"
Oyen menjerit dan menangis teresak-esak.
Tanpa membuang masa Hongfet segera mengambil pistol dan menembak kaki Oyen.
"Tak guna kau !! HONGFET….HONGFET!!!!"
Oyen berlari kearah Hongfet walaupun kakinya berdarah dengan teruk.
'Gila apa ke Budak ni !? "
Hongfet terkejut dan mula panik. Kecederaan pada tengkuknya memburukkan lagi keadaan.
Dengan setiap pecutan, Kakinya mengeluarkan darah ,
Dengan Setiap Pecutan, kakinya menjerit kesakitan.
Walaupun tersiksa...Namun niat dendam tidak terpadam, Dia melompat dan menerkam Tengkuk Hongfet mengakibatkan dia melaungkan kesakitan yang terlampau tak cukup dengan itu dia menusuk dengan lebih dalam lagi sehingga tangannya menyentuh tulang belakangnya.
"ARGHHHHHHHHH"
Hongfet menjerit kesakitan yang tak terhingga, akibat tidak tahan lagi, Hongfet mengambil langkah drastik dengan mengeluarkan Uzi dengan niat dapat menembak Oyen tetapi malangnya dia terlepas dan tertembak kepalanya sendiri dan mati disitu serta-merta.
"Berita terkini dalam pukul 3 pagi semalam, di sekitar simpang di pelabuhan
Klang . Telah berlaku kejadian tembak-menembak mengakibat 2 orang remaja wanita dan seorang lelaki dewasa meninggal. KES disiasat dibawah Akta Senjata api 1960."
"Untuk maklumat yang sangat berharga seperti ini Dua dari orang tinggi Kuala Harimau meninggal…*Sob* *Sob* dan tangan kanan Aidit terpaksa dipotong...Awak...AWAK DIMANA DISAAT KAMI DITIMPA KESUSAHAN?!"
Wadi menengking Inspector Sulung yang sedang minum milo ais seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"TAK GUNA….Ketua!! Izinkan saya-"
Sebelum sempat berkata Wadi dihentikan oleh Oyen.
"Inspektor boleh terangkan apa rancangan seterusnya?"
Oyen bertanya'
"Ketua..:
Wadi terkaku.
'Berdasarkan Informasi yang Oyen Dapat, Kita akan teruskan dengan rancangan asal. Memandangkan mesyuarat ini akan berlangsung pada tahun depan. Kita akan buat hal masing-masing."
Jelas Sulung .
"Apa?!"
Oyen dan Wadi terkejut .
"Jadi buatlah apa yang patut ya"
Sulung beredar.
"Jadi apa yang awak nak buat?"
Oyen bertanya pada kepada Wadi.
"Hmm ...kalau sayalah, saya akan habiskan masa dengan TG, dia masih lemah lagi dalam pelbagai bidang akademik jadi saya akan tolong dia, pada masa yang sama saya akan melawat AIdit dari masa ke semasa. Kau pula"
Wadi membalas.
"Aku pula akan menyambung aktiviti Sekolah….Dan uruskan kertas kerja Kak-Teh."
Oyen berkata sambil memandang ke jendela.
"Ketua walaupun saya sudah berpasangan tetapi kalau ketua perlukan apa-apa, saya, keluarga dan TG ada untuk awak . "
Wadi berkata sambil menggenggam tangan Oyen dengan muka yang manis.
"Ba...Baiklah! "
Oyen malu-malu kucing selepas mendengar kata-kata Wadi yang mencairkan hati.
Kematian Ketua Kuala Harimau , Hayan Pak-Teh telah mengakibatkan perpecah-belahan dalam geng dan posisi ketua direbut-rebut tanpa henti.
Oyen yang dah hilang minat serbuk putih mula fokus pada pelajaran dan hidup secara bersendirian, mengasingkan diri dari semua benda yang boleh mengganggu pelajarannya' sehinggalah suatu hari…
"Oi Oyen, Lama tak nampak"
Rizky menegur dengan menepuk belakang Oyen.
" Kau...Nak apa?"
Oyen bertanya.
"Takda apa. saja cari kau. Khabar sihat?"
Rizky bertanya.
"Sihat, "
Oyen berkata sambil membuka buku teks,
"Kau ni Dari tadi asyik jenguk buku saja, Jomlah ikut aku kita pergi lepak."
Rizky memberikan cadangan sambil menunjukkan pamphlet Karnival.
Apabila Oyen melihat Pamphlet itu dia teringat akan peristiwa lepas dimana Pamphlet yang sama diberi oleh Samsudin.
" Umm..Takpelah Kau pergilah sendiri"
Oyen menolak dan menyambung semula membuat kerja rumah .
"Kau ni Oyen, Aku tahulah yang Akak kau dah mati tapi ini tak bermaksud kau perlu hidup penuh depresi "
Rizky Berkata sambil mengusap kepala Oyen .
"..."
Tiba-tiba Oyen berasa tenang yang seakan-akan merasakan yang dia sedang diusap oleh seorang insan yang lama dinantikan kepulangannya. Dengan senyuman di muka Rizky Dia memegang Oyen dan mereka keluar dari kelas, menuju ke pintu keluar. DIsinari cahaya , Oyen merasakan sesuatu perasaan baharu seolah-olah dilahirkan semula.
"Oyen,Oyen cuba awak rasa gula-gula kapas ni, "
Rizky menghulurkan Gula-gula kapas kepada Oyen .
"Mmmm..Manis!!"
Oyen berkata dengan muka yang comot.
"Apalah awak ni "
Rizky tersenyum sambil mengelap mulut Oyen dengan kain .
"Jom ! Kita naik itu"
Rizky memegang tangan Oyen dengan erat dan berlari ke arah merry-go-round .
Sedikit demi sedikit Kesedihan, keperitan dan kesakitan yang dialami Oyen bersilih ganti dengan gelak ketawa, Kegembiraan dan keseronokan .Dan Senyuman di mukanya mula terukir sedikit demi sedikit sehinggalah senja datang melawati hari yang indah itu.
"Oyen...Cantikkan awan senja? Ton warna Oren di langit itu nampak sama macam warna rambut awaklah"
Rizky berkata dengan mukanya yang mula memerah.
"Terima kasih *Crunch*"
Oyen berkata sambil memakan ayam goreng .
"Oyen ...Aku ada benda nak luahkan pada kau.."
Rizky berkata sambil mengeluarkan kotak kecil.
"Hmm?"
Oyen terasa janggal .
"Oyen sudikah engkau menjadi isteriku ?"
Rizky berkata sambil menunjukkan Sekotak Cincin kahwin.
"Tak nak "
Oyen berkata dengan memandang Rizky Dengan jijik.
"Haha... Oyen kau bergurau sahaja kan ? Cincin ni mahal kot…"
Rizky tergelak tetapi di dalam hati, dia merasakan yang ini adalah satu penipuan.
"Rizky , Aku sirius, Aku tak nak lakukan Zina , aku tak nak lakukan hubungan sebegini!!"
Oyen tegas dengan keputusan tanpa dia sadari yang dia telah meluka hati seseorang dengan kejujurannya.
"Kenapa..Kenapa kau tolak cintaku yang tulus ni?!"
Tengking Rizky.
" Dua benda, satu berita buruk untuk kau."
Oyen berkata
"Apa!?"
Rizky menengking.
" Benda pertama, sebelum Kak-Teh meninggal dia banyak berpesan pada aku untuk sentiasa menjaga hubungan dengan tuhan dan jangan sesekali melanggar larangannya Disamping Itu kak-Teh juga berpesan untuk sentiasa mengikutii fitrah manusia. "
Jelas Oyen dengan riak wajah sirius.
"Agama? Fitrah? Larangan? Ini semua mengarut!! Buat apa nak kisah tentang pesanan orang yang dah lama mati? Dan Siapa pula yang kisah tentang larangan Tuhan yang kau sendiri tak pernah nampak apatah lagi berjumpa?! Tambah lagi kau tu pun bukannya Manusia sangat!!"
RIzky mencuba dengan segala upaya untuk meyakinkan Oyen supaya dia menikahinya. Tetapi langsung tidak diindahkannya .
"Itulah yang dipanggil Iman , mempercayainya tanpa rasa ragu-ragu dan yakin terhadap kekuasaan nya yang Agung "
Jelas Oyen dengan Senyuman.
"Lagi..Apa yang berita buruknya ?"
Rizky bertanya dengan air mata sedikit demi sedikit mula mengalir.
" Berita buruknya adalah, Kalau aku cakap Ya, tu belakang kau"
Oyen mengacungkan jari ke belakang Rizky.
"!"
Rizky terkejut apabila melihat beberapa Orang Polis Syariah yang kelihatan sedang bersedia untuk menangkap Rizky.
"Apa-apa pun aku tetap takkan setuju untuk menjadi "isteri" Kau ,jadi ini sebagai seorang kawan
Boleh aku mintak satu permintaan dari kau?"
Oyen bertanya sambil menghulurkan ke arah Rizky.
"Tch..Apa yang kau nak?"
Jeling Rizky sambil memegang tangan yang dihulur Oyen .
"Carilah Lelaki idaman kau"
Oyen berkata sambil menggenggam erat tangan Rizky.
"HAHAHA...Ikut kau lah"
Rizky tergelak.
Dan hari mereka pun diakhiri dengan terbitnya matahari di selang kepuasan dari kegembiraan di festival tersebut.
Sementara itu di sebuah apartemen yang tak beralamat tinggalah seorang lelaki gemuk berkacamata bernama Hen