"Berita terkini, Kumpulan sindiket, 7.3 India Kiri dilaporkan telah menyerang kereta diraja Pahang, dan telah mencederakan beberapa pegawai di raja. Suspek dikatakan telah melarikan diri dengan beberapa barang kemas diraja tepat pada pukul 5 petang semalam. Apa apa maklumat mengenai geng India kiri boleh di-
"Aduh asyik berita pasal India kiri sahaja , tak ada berita lain ke ?" Ngeluh Oyen.
"O i Oyen apa kau tercegat kat situ lagi ?! Cepatlah siap kita dah lambat dah ni!!" Pak-Teh menyapa dengan suara yang bengis sambil mengetuk kepala Oyen dengan senduk nasi.
"Sakitlah kak !!!" Balas Oyen dengan Marah.
"Takda sakit sakit, cepat kita dah lambat ni , bukan kita patut pergi sekolah pukul 12 setengah?" Jawab Pak-Teh.
"HA??/ 12 setengah tapi sekarang dah pukul 2!!" Oyen terkejut lalu cepat cepat bersiap dan berlari ke pintu keluar bersama Pak-Teh dengan tergesa-gesa .
Kuala lumpur , ibu negara bagi Malaysia. Asalnya sebuah kawasan perlombongan yang lalu berkembang menjadi kawasan perdagangan yang giat berkembang. Dua bangunan ikonik yang menjadi lambang kebanggaan bagi ibukota tersebut ialah Menara berkembar Petronas dan Menara kuala lumpur. Makanan yang yang digemari penduduk setempat adalah Nasi lemak dan aneka Nasi kandar. Walaupun begitu , Disetiap metropolitan yang megah, akan wujud satu sisi gelap tak kira di mana
.Namun tak cukup dengan itu, Satu era baru gangsterism baru telah terhasil..
DI Sekolah
"Fuhh...Nasib baik sempat,Kalau tak dah lama kita kena denda kan kak ?" Oyen menarik nafas lega sambil minum air tin .
"jangan seronok sangat, nanti merana, ni kerja kau dah siap :" Pak-teh membalas dengan nada yang ingin tahu.
"Hehe dah siap ...kot" Oyen membalas dengan was-was.
"Selamat tengah hari Korang !!" Murid lelaki berbadan sasa menyapa Oyen dari belakang. .
"Oh samsudin kau rupanya , tak sangka kita berjumpa lagi." Oyen membalas dengan wajah gembira,
"Oh Udin, hi, lama tak nampak, mak kau sihat?" Pak-Teh membalas dengan wajah separa gembira .
"Apa pulak UDIN?! Nama aku Samsudin, woi S.A..M.S.U.D.I.N" Samsudin membalas dengan marah .
"Yelah, yelah ha apa kau nak cakap sampai kena datang ke kelas kami? Penting sangat ke?" Pak-Teh membalas dengan kaki di atas meja.
"Hehe ah relakanlah, oh okay lah okeylah, petang ni, kalau boleh aku nak ajak Oyen pergi satu ekspo kat pusat beli-belah , ingat nak ajak kau sekali . Macam mana kau setuju tak ?. Samsudin menyapa dengan nada yang gembira.
"Wah!!! Hebatnya,boleh tak kita pergi tak Kak?" Oyen bergembira tak terhingga.
"Hmm tak pastilah. Bukan ke korang ada tuition petang nanti?"
"Yalah"
Wajah Oyen berubah dari gembira ke muram."
"Hmph pontenglah sajalah apa susah? Tuition saja kot"
Samsudin menyampuk dengan muka resah.
"Haahlah , boleh juga lagi pun bukannya selalu pun dapat pergi karnival macam ni kan ? betul tak."
Oyen bergembira dengan begitu naif .
"Buatlah apa yang korang suka, jadi apa-apa jangan menyesal eh ."
Pak-Teh bercakap dengan nada yang marah sambil memandang muka Samsudin dengan tajam seolah-olah mahu menusuk keluar jantung beliau.
Di petang hari mereka berdua , Samsudin dan Oyen bergerak dari sekolah ke karnival . Mereka berjenaka dan bergelak ketawa macam dunia tak kiamat esokā¦.sampailahā¦
"Okey kita dah sampaiā¦"
Samsudin berkata dengan nada yang lemah dan keruh.
"Yeay!! Tapiā¦.Ini selangkong terbiar..Mana karnivalnya?"
Oyen keliru dan bingung ,dipenuhi dengan persoalan.
Samsudin berbisu...seolah-olah roh nya sudah tiadaā¦
"HOI, ini ke budak yang kau maksudkan ha?!"
Lelaki samseng muncul dari entah ke mana dengan membawa paip diiringi dengan beberapa lelaki samseng yang lain.
"S...Samsudin a...Aku ta..TAku!'
Badan Oyen bergetar-getar sehingga terkencing '
"Menarik ni...Dahlah permintaan untuk manusia separuh kucing makin meningkat heheheheheh."
"Tolong ā¦.Jangan apa apa kan akuā¦."
Oyen menggigil sambil meminta tolong .
"Nah ini Upah, dah pergi main jauh-jauh"
Samseng itu menghulurkan Samsudin 1 bag kecil berisi dadah..
"Betul cakap kak...kalaulah aku ikut cakap kakā¦.Mesti..*sob* *sob* Benda ni takkan terjadiā¦."
Oyen menangis teresak-esak , berserah kepada takdir gelap yang menanti..
TIBA-TIBA,
"WARGHHHH Mata aku...Mata aku!!"
Samseng menjerit penuh kesakitan dengan darah yang mengalir tanpa henti dari soket matanya.
"EH...Apa yang jadi?!"
Oyen terkejut, penuh pertanyaan.
"Aku dah agak memang ada benda yang tak kena...Rupanya Udin yang aku kenal ...sudah Berpaling tadah!!"
Kak-Teh memandang Samsudin dan samseng-samseng yang lain seakan-akan Harimau mahu memburu.
"Tak guna...Kau fikir siapa ha?! Kami ni dari Geng India kiri 7:3 !! Dan orang macam kau takkan mungkin dapat-"
Belum sempat samseng itu menghabiskan kata-katanya, telinga kirinya dicakar dengan teruk mengakibatkan kesakitan yang melampau.
"Mampus kau Betina tak guna!! Bluuekkk"
"Alamak kala...kalau aku tak belah mungkin aku pulak yang jadi mangsa!!"
Samsudin melarikan dengan membawa beg kecil itu seolah-olah nyawanya sendiri.
"Bagitau Boss korang..sesiapa sahaja yang melanggar kod kami..Atau memasuki kawasan kami tanpa izin...Akan dapat balasan yang setimpal!!"
Pak-Teh memberi sambil menghunuskan kuku tajamnya pada leher samseng yang terselamat.
" KAKAKKKKKKKK"
Oyen berlari ke arah Kak-Teh dan memeluknya dengan erat .
"EH janganlah Kakak senaklah.."
Kak-Teh cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Oyen.
" *Sob* *Sob* TAK NAK,TAK NAK!! UWAAAA"
Oyen Memeluk Pak-teh dengan penuh erat tidak mahu melepaskannya.
"Alahai kamu ni...Takpelah...Jom Marilah kita balik."
Dengan itu bermula kisah pengembaraan Oyen dalam menjaga Ibu kota dari anasir-anasir jahat yang menanti.
"Tak guna!! Asal korang semua tak boleh di harap Ha?! Menyusahkan aku je nak tanggung kos rawatan korang."
Seorang lelaki berbadan besar menengking samseng-samseng di atas katil.
"Maaf encik tapi boleh pelahan sikit tak? Kami tak nak Encik mengganggu pesakit yang lain."
Jururawat yang menggigil ketakutan menegur lelaki berbadan tegap tersebut
"Maaf bos...kami bukan apa tapi...Dia ahli gang lain...Gang baru tuan.."
Samseng berterus terang pada boss mereka dari mula hingga akhir.
"Gang baru ya? Baiklah aku terima alasan korang kali ni, tapi ingat ni. Wanita kucing tu korang kena tangkap sebab harga mereka di pasaran gelab dah melebihi 200 Dinar."
"Baik Boss!!'.